Anda di halaman 1dari 84

TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI PANJANG

Oleh: Tuan Haji Rusly bin Musa SMK SELANCAR

hakcipta @ razaliumor pspnphg

Straight to the point


Berasaskan format : FAKTA: HURAIAN : CONTOH ( F: H : C)
Lihat bentuk soalan dan peruntukan markah yang diberikan dihujung setiap pecahan soalan.

SISTEM PEMARKAHAN SISTEM PERENGGAN. Perenggan yang berasingan mestilah dibuat bagi setiap isi yang dihurai. Ini bermakna jika calon mempunyai 6 isi maka ia mestilah mempunyai 6 perenggan yang berbeza walaupun sesetengah isi itu hanya mampu ditulis 2 atau tiga baris sahaja. Jangan ulangi isi atau huraian konsep Repeat dan Awarded. Markah tidak akan diberi lagi bagi mana-mana perenggang yang diulang isinya atau sudah tepu markahnya bagi isi tersebut. Sebaiknya imbangilah huraian anda di sekitar

KUALITI PEMARKAHAN BAGI NILAI 2 MARKAH UNTUK SETIAP ISI

ISI SAHAJA TANPA HURAIAN LANGSUNG :


( 3 isi = 1 Markah) ISI DENGAN HURAIAN LONGGAR/RINGKAS : ( 1 isi = 1 Markah)
ISI DENGAN HURAIAN PADAT TANPA CONTOH :

( 1 isi = 2 Markah)

ISI DENGAN HURAIAN LONGGAR TETAPI ADA CONTOH : ( 1 isi = 2 Markah)

CONTOH TIDAK DIBERIKAN MARKAH KHUSUS, Tetapi contoh sangat penting untuk

Melengkapkan huraian contoh sebagai aksesori.


Menguatkan hujah/huraian/menyokong fakta.

CONTOH BOLEH TERDIRI DARIPADA:

Nama tempat/kawasan. Data. Pernyataan Cotation pengkaji seperti hipotesis, prinsip, hukum dll.

BAHAGIAN A (ALAM SEKITAR FIZIKAL)

Soalan 1 a) Peningkatan suhu di bandar adalah dipengaruhi oleh aktiviti manusia. Bincangkan. [13 M]
b) Cadangkan langkah untuk mengurangkan peningkatan suhu di bandar. [12 M]

Aktiviti manusia sememangnya boleh meningkatkan suhu di bandar sehingga terjadinya pulau haba. Namun begitu terdapat juga aktiviti manusia yang boleh menurunkan suhu di bandar.

Di antara aktiviti manusia yang menyebabkan suhu di bandar meningkat ialah: 1) Pembinaan bangunan konkrit dan jalan bertar yang menyerap dan menyimpan haba matahari pada waktu siang dan membebaskannya pada waktu malam sebagai haba pendam. Pada masa yang sama bangunanbangunan tinggi juga menyekat pengaliran keluar haba ke atmosfera pada waktu malam. Ini menambahkan lagi kadar simpanan dan pengaliran haba dalam atmosfera bandar seterusnya menggalakkan kejadian pulau haba

2) Pengurangan kawasan hijau dalam bandar disebabkan aktiviti penebangan pokok untuk digantikan dengan bangunan konkrit. Ini mengurangkan peratus kelembapan udara dalam bandar. Proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan tidak berlaku untuk membebaskan wap-wap air ke udara. Kesannya peratus kelembapan udara menjadi rendah, dan udara menjadi kering (dry air) yang seterusnya menggalakkan lagi peningkatan suhu di bandar. 3) Aktiviti pengangkutan dan perindustrian yang banyak membebaskan gas-gas rumah hijau ke atmosfera bandar seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dll. Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi ini menyebabkan kesan rumah hijau apabila bahangan bumi terperangkap oleh gas-gas pencemar berkenaan dan seterusnya suhu di bandar akan meningkat.

4) Pertambahan penduduk bandar. Kepadatan/kesesakan penduduk dalam bandar akan menambahkan sumber haba dalam bandar menerusi metabolisme badan manusia. Dianggarkan seorang manusia mengeluarkan haba pada kadar 100 - 300 watt bergantung kepada jenis kerja yang dilakukannya. Pertambahan haba oleh manusia ini akan menambahkan lagi jumlah tenaga haba yang tersimpan dalam bandar.

Namun begitu, tidak semua aktiviti manusia di dalam bandar boleh meningkatkan suhu. Terdapat pelbagai aktiviti manusia yang boleh merendahkan suhu di dalam bandar daripada terus mengalami pulau haba. Antaranya ialah:
5) Aktiviti penghijauan bandar (menanam pokok). Pihak berkuasa tempatan (PBT) banyak menanam pokokpokok peneduh di kawasan rezab dalam bandar, di bahu jalan dan juga di laluan jalan kaki. Di samping itu pemilik bangunan juga menamam pokok-pokok sebagai hiasan landskapnya. Aktiviti ini akan menambahkan kelembapan udara melalui proses transpirasi tumbuhan dan ia mampu menurunkan suhu di dalam bandar.

6) Aktiviti menambahkan kawasan badan air dalam bandar seperti tasik/kolam buatan manusia dan juga taman tema air misalnya Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur dan juga Taman air Sunway Lagoon. Kewujudan badan-badan air mampu menyejukkan udara melalui proses sejatan di permukaan, menambahkan kelembapan udara dan adakalanya mampu menurunkan hujan. 7) Aktiviti manusia seperti penggunaan pengangkutan awam contohnya LRT dan komuter, melaksanakan kempen berkongsi kereta, kempen penjimatan tenaga seperti kempen EARTH HOURS juga boleh mengurangkan peningkatan suhu di bandar. Ini kerana aktiviti ini mampu mengurangkan fenomena kesan rumah hijau apabila kadar perlepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera bandar boleh dikurangkan.

Kesimpulannya terdapat dua kesan daripada aktiviti manusia di bandar. Ada aktiviti yang boleh meningkatkan suhu dan juga ada aktiviti yang boleh menurunkan suhu di dalam bandar. Apa yang jelas pada masa kini, aktiviti manusia yang boleh menigkatkan suhu lebih besar berbanding dengan aktiviti manusia yang boleh menurunkan suhu.

b) Cadangkan langkah untuk mengurangkan peningkatan suhu di bandar. [12 M ]


Langkah yang terbaik untuk mengurangkan peningkatan suhu di bandar ialah dengan menggabungkan langkah perundangan, langkah pengurusan dan kempen serta pendidikan alam sekitar. 1. Langkah perundangan. Melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 seperti : Peraturan Udara Bersih 1978, Peraturan Pelepasan Asap Daripada Enjin Diesel 1996, Akta dan kawalan pembakaran terbuka dan lain-lain. Justeru agensi pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar, JPJ, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) mestilah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan yang lebih kerap untuk memastikan akta di atas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Seterusnya Hukuman seperti denda/kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi, penjara dll mesti dilaksanakan dengan tegas dan adil kepada manamana individu atau syarikat yang didapati membebaskan bahan pencemar ke udara tanpa kawalan.

Langkah Pengurusan Strategik yang meliputi: Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar seperti rezab jalan,rezab bangunan dan lain-lain. Pokok-pokok peneduh ini mampu mengekalkan udara lembab disamping menyederhanakan suhu sekitar. Membina lebih banyak kawasan badan air dalam bandar yang mampu bertindak sebagai pulau sejuk bandar seperti kawasan taman tema air, tasik reakreasi dll.Contohnya Taman Tasik Titiwangsa dan Sunway Lagoon. Penggunaan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik hidro, tenaga solar, biomass dll dalam aktiviti pengangkutan,perindustrian dan penggunaan isi rumah dalam bandar bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti banyak membebaskan gas-gas rumah hijau. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan kloroflourokarbon (CFC) seperti alat pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan dan sebagainya yang boleh menipiskan lapisan ozon seterusnya mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan. Sebaliknya menggunakan peralatan yang telah disahkan bersifat Mesra alam (Environmental friendly). Penggunaan petroleum tanpa plumbum. Perlepasan asap dari industri dan kenderaan biasanya dikawal dengan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Selain itu melarang aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menggalakkan aktiviti 3R.

7. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar


Kempen penjimatan tenaga seperti kempen Earth Hours oleh penduduk bandar. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan tenaga yang tidak cekap akan melepaskan lebih banyak gas-gas rumah hijau. Kempen menggunakan sistem pengangkutan awam seperti LRT, ERL, Komuter dan juga kempen berkongsi kereta.Termasuk juga kempen penggunaan basikal di dalam bandar dan mewujudkan zon khusus dalam bandar yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan diesel seperti lori, bas, truck dll. Pendidikan alam sekitar pula menerusi matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan IPT disamping memperkukuhkan peranan badan bukan kerajaan NGO.

Soalan 2
a) Mengapakah el-Nino sering berlaku di perairan tropika. [8 M ] b) Jelaskan kesan el-Nino ke atas unsur-unsur cuaca. [9M] c) Bandingkan kesan el-Nino di antara kawasan Asia Tenggara dengan Amerika Selatan. [8M]

a) Mengapakah el-Nino sering berlaku di perairan tropika?.

[9 M ]

Terdapat beberapa sebab mengapa el-Nino sering berlaku di kawasan perairan Tropika iaitu: 1. Perairan Tropika mendapat bekalan tenaga haba yang banyak dari matahari ekoran daripada lokasinya yang dekat dengan garisan khatulistiwa. Di samping itu, kawasan ini juga menerima tenaga matahari dalam keadaan sudut tepat. Ini menyebabkan kawasan tropika amat pesat mengalami aktiviti perolakan apabila suhu lautannya iaitu lautan Pasifik meningkat dengan cepat. 2. Lembangan lautan Pasifik yang ada di perairan Tropika merupakan lembangan lautan yang paling luas di dunia. Oleh itu apabila berlaku perubahan suhu di lautan ia akan mempengaruhi suhu daratan dengan lebih cepat. Kenaikan suhu lautan Pasifik membolehkan proses pembuakan (termoklin) berlaku dengan giat. Ini mewujudkan tekanan udara rendah di laut, seterusnya melemah dan menghentikan tiupan angin timuran ke bahagian daratan. Kesannya bahagian daratan mengalami cuaca panas el-Nino, kadar hujan amat sedikit serta kelembapan udara yang rendah. 3. Kawasan perairan Tropika yang terletak antara (5 U dan S hingga 35U dan S) merupakan lokasi/zon laluan angin utama dunia seperti angin timuran dan angin baratan. Di zon laluan ini tiupan angin amat dipengaruhi oleh perubahan suhu dan tekanan. Apabila suhu lautan Pasifik menjadi tinggi, tekanan udaranya menjadi rendah. Ini menyebabkan pergerakan angin timuran menjadi lemah dan terhenti di laut yang menyebabkan kawasan daratan tidak menerima hujan.

b) Jelaskan kesan el-Nino ke atas unsur-unsur cuaca. [ 8 Markah] 1. Cuaca panas dan udara kering. Dalam tempoh El-Nino, cuaca menjadi panas dan menyebabkan udara menjadi kering (dry air), lembapan tanih dan ystem akuifer tanah kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan seterusnya mengurangkan peratus kelembapan udara. Kadar sejatan pula amat tinggi.

2. Hujan sedikit. Taburan hujan yang turun di bahagian daratan juga amat sedikit. Ini disebabkan oleh tiupan angin timuran menjadi lemah dan terhenti di lautan Pasifik. Oleh itu lembapan udara yang terbentuk di laut tidak diangkut ke bahagian daratan khususnya di barat Pasifik yang menyebabkan hujan adalah amat sedikit.

3. Kemarau panjang. Sepanjang El-Nino, cuaca panas, udara kering serta hujan sedikit akan menyebabkan kemarau. Kemarau merujuk kepada keadaan ekurangan air yang dialami di sesuatu tempat. Kemarau juga menunjukkan keadaan imbangan air negatif iaitu kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun. Hal ini akan menyebabkan simpanan air di kawasan tadahan akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan bekalan air kepada sungai, tasik, dan empangan.
4. Fenomena Jerebu. El Nino menyebabkankan berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi sehingga membebaskan partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera sehingga membentuk jerebu. Dalam keadaan udara kering (dry air), partikel-partikel tersebut terampai dan berlegar dalam ruang udara serta sukar untuk hilang. Tiupan angin sumatera telah memindahkan jerebu dari Indonesia ke Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain. Fenomena ini dikenali

c) Bandingkan kesan el-Nino di antara kawasan Asia Tenggara dengan Amerika Selatan. [ 8 Markah] KESAN KE ATAS ALAM SEKITAR FIZIKAL Pada masa Asia Tenggara mengalami El Nino, kawasan Amerika Selatan pula dilanda fenomena La- Nina. Kedua-dua fenomena ini akan membawa dua kesan yang berbeza iaitu: 1. Kemarau dan banjir. Di kawasan Asia Tenggara mengalami kemarau yang disebabkan oleh cuaca panas el Nino yang menyebabkan jumlah hujan yang turun adalah amat sedikit. Manakala di kawasan Amerika Selatan pula mengalami banjir akibat hujan lebat luar biasa yang dibawa oleh angin yang bertiup dari lautan Pasifik menuju ke bahagian timurnya.

2. Jerebu dan ribut taufan. Cuaca panas El Nino di Asia Tenggara juga menyebabkankan berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi sehingga membebaskan partikel-partikel terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera sehingga membentuk jerebu. Dalam keadaan udara kering (dry air), partikel-partikel tersebut terampai dan berlegar dalam ruang udara serta sukar untuk hilang. Sebaliknya di kawasan Amerika Selatan biasanya dilanda Ribut/taufan. Tiupan angin yang kencang dari bahagian timur lautan Pasifik boleh menghasilkan ribut/taufan sekiranya angin tersebut bergerak secara berpusar melebihi 120 km sejam. Semasa La-Nina ribut taufan mudah berlaku.

KESAN KE ATAS ALAM SEKITAR MANUSIA 3. Menjejaskan aktiviti pertanian. Fenomena kemarau yang dibawa oleh cuaca panas El Nino akan menjejaskan aktiviti pertanian di Asia Tenggara khususnya tanaman padi sawah disebabkan oleh kekurangan bekalan air. Manakala di kawasan Amerika Selatan pula kawasan pertanian akan dibanjiri oleh hujan lebat dan dimusnahkan oleh ribut taufan.
4. Menjejaskan aktiviti harian penduduk dan kesihatan penduduk. Di kawasan Asia Tenggara cuaca panas El-Nino akan menjejaskan kesihatan penduduk seperti dihidrasi dan stroke haba selain menjejaskan bekalan air kepada penduduk serta mengehadkan aktiviti sosial penduduk. Sedangkan di kawasan Amerika Selatan banjir dan taufan akibat LaNina akan merosakkan infrasturktur fizikal kawasan pinggir pantai seperti kediaman, jalanraya, jambatan dan talian telekomunikasi disamping Hakisan dan tanah runtuh mudah berlaku.

Soalan 3 a) Sejauhmanakah faktor geologi mempengaruhi proses resapan air ke dalam tanah [ 13 ]

b) Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan berlakunya pencemaran air tanih [ 12 ]

Soalan 3
a). Sejauhmanakah faktor geologi mempengaruhi proses resapan air ke dalam tanah [ 13 ]

Faktor geologi atau batuan memainkan peranan penting mempengaruhi kadar resapan air ke dalam tanah. Di antara faktor geologi yang terlibat ialah: Faktor kekerasan dan kelembutan batuan. Keras 2 1 atau lembut batuan bergantung kepada keteguhan mineral yang membentuknya. Batuan keras seperti batu granit dibentuk oleh mineral yang teguh dan stabil dan amat sukar mengalami larut resap. Berbeza dengan batuan lembut seperti batu kapur yang dibentuk oleh mineral kalsium karbonat yang lemah dan mudah bertindakbalas dengan air. Oleh sebab itu kawasan batu kapur mengalami kadar resapan yang tinggi.

Faktor keporosan atau kejerapairan. Keporosan batuan bergantung kepada peratus liang pore (ruang udara) yang terbentuk antara mineral/butiran batuan. Contohnya batu pasir memiliki peratus liang pore yang banyak dan saiz liang porenya yang besar. Oleh sebab itu batuan ini amat poros dan mengalami kadar resapan yang tinggi. Berbeza dengan tanah liat, walaupun daripada jenis batuan lembut tetapi peratus liang porenya amat sedikit. Oleh sebab itu kadar resapan air bagi tanah liat adalah rendah. Di kawasan tanah liat air biasanya akan bertakung. Faktor rekahan atau rongga batuan. Saiz dan kepadatan rekahan amat mempengaruhi kadar resapan. Rekahan merupakan garis kelemahan batuan, di kawasan rekahan inilah berlakunya resapan air. Batuan yang banyak rekahan seperti batu kapur dan dolomit (batu garam) mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan yang amat sedikit rekahannya seperti batu marmar dan batuan metarmorfosis.

Struktur dan tekstur batuan. Struktur batuan merujuk kepada susun lapis batuan. Batuan enapan biasanya terbentuk secara berlapis-lapis. Jika susunannya menegak maka ia mudah mengalami resapan air terutamanya di kawasan ira (joint) antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Manakala batuan yang tersusun secara mendatar, kadar resapannya adalah rendah. Tekstur batuan pula merujuk kepada kekasaran atau kelicinan mineral batuan. Tekstur yang kasar, bersegi-segi, prismatik seperti batu pasir akan mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan yang licin dan berkilat.

Selain daripada faktor geologi, terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhi kadar resapan air ke dalam tanah. Antaranya ialah: Faktor hujan. Bergantung kepada kelebatan, 5 saiz dan jangka masa hujan. Hujan yang 2 renyai dalam jangka masa yang lama mengalami kadar resapan yang tinggi kerana setiap titisan berpeluang untuk meresap masuk ke dalam tanah sehingga tanih menjadi tepu air. Berbanding dengan hujan lebat dalam jangka masa yang singkat cenderung untuk mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan (run off) dan kadar resapannya adalah rendah.

Faktor litupan tumbuhan. Di kawasan hutan tebal (hutan primer) kadar resapan adalah tinggi kerana silara atau kanopi pokok melambatkan titisan air hujan daripada menimpa tanah. Titisan hujan ini cenderung meresap masuk ke dalam tanah. Berbeza dengan kawasan hutan sekunder atau kawasan lapang, halaju titisan hujan adalah tinggi kerana tiada halangan daripada silara pokok. Justeru ia cenderung mengalir di permukaan daripada meresap ke dalam tanah. Faktor kecerunan. Di kawasan cerun landai/rata, kadar resapan adalah tinggi ekoran daripada halaju pergerakan larian air permukaan (run off) adalah rendah. Pergerakan yang perlahan memberikan peluang kepada proses susupan/resapan berlaku. Berbeza dengan kawasan cerun curam, halajunya tinggi dan sebahagian besar air hujan akan mengalir di permukaan/tidak sempat untuk meresap ke dalam tanah.

Aktiviti manusia. Aktiviti penurapan muka bumi dengan simen, tar/bitumen dan aspalt akan menutup 2 8 liang-liang pore tanah. Oleh sebab itu kadar resapan amat sedikit atau mungkin tidak berlaku. Aktiviti penyahutanan, pemotongan dan peneresan cerun bukit juga akan mengurangkan kadar resapan sebaliknya menambahkan larian air permukaan kerana permukaan tanah tidak lagi dilindungi oleh tumbuhan. Halaju titisan hujan dan run off akan berganda. Kesimpulannya, faktor geologi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kadar resapan. Manakala faktor-faktor lain juga bertindak bersama-sama untuk meningkat atau memperlahankan kadar resapan air ke dalam tanah. Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 markah. Faktor geologi = 3 isi + Faktor lain = 3 isi. 1 markah lagi MAX untuk kesimpulan menjawab soalan sejauhmana. 13

b) Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan berlakunya pencemaran air tanih [ 12 ]


Aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran air tanih Aktiviti Pertanian. Penggunaan racun serangga dan rumpai serta baja kimia yang berlebihan khususnya dalam tanaman sayuran akan mencemarkan air tanih. Contohnya baja urea, NPK, racun raundup, paraquat dsb yang banyak digunakan oleh pekebun sayur di Cameron Highlands. Pencemaran tanih berlaku apabila sebatian kimia daripada racun dan baja akan dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanah dan sampai ke sistem akuifer bawah tanah.

Aktiviti Penternakan. Aktiviti penternakan dari ladang khinzir dan ladang ayam banyak mencemarkan air tanih. Ini berlaku apabila najis khinzir dan ayam di longgokkan di satusatu tempat atau di buang ke dalam kolam takungan. Pencemaran tanih berlaku melalui larut resap air hujan yang menimpa longgokan najis atau limpahan dari kolam takungan yang mengalir di permukaan tanah yang juga mengalami larutresap. Justeru itu air tanih tercemar dengan bakteria e Coli. Aktiviti Pelupusan sisa industri. Sesetengah sisa industri petrokimia seperti industri pembuatan cat, polistrin dan pembuatan baja kimia dilupuskan dengan cara menanam di dalam tanah. Pencemaran tanih berlaku apabila terdapatnya kebocoran terhadap tong sisa kimia yang ditanam. Proses resapan bahan kimia seperti amonia dan sulfat boleh mencemarkan air dalam tanah. Selain itu sisa pemprosesan industri getah dan kelapa sawit juga boleh mencemarkan air tanah apabila berlakunya limpahan dari kolam takungan sisa.

Aktiviti Perindustrian Perlepasan gas-gas pencemar udara seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan nitrus oksida akan berpadu dengan wap-wap , tepu dan turun sebagai hujan asid. Air hujan yang mempunyai nilai pH yang tinggi ini akan terlarutresap ke dalam tanah sehingga boleh mencemarkan kualiti air tanih. Pembuangan Sisa radioaktif/nuklear. Sisa nuklear dari loji pemprosesan tenaga nuklear juga dilupuskan dengan cara menanam ke dalam tanah. Pencemaran air tanih terjadi apabila berlakunya kebocoran terhadap tong sisa nuklear atau kebocoran loji nuklear itu sendiri seperti tragedi Chernobyl di Rusia. Selain itu ujian senjata nuklear di dalam tanah oleh Korea Utara juga boleh menyebabkan air tanah tercemar dengan radiasi nuklear.

Aktiviti Pelupusan sampah sarap. Sampah sarap yang datangnya dari isi rumah, sisa perniagaan, makanan, sisa pepejal plastik, polistrin, kertas dll dilupuskan di tapak pelupusan sampah. Longgokan sampah sarap yang terbiar akan reput menghasilkan air sampah (leachate) yang busuk. Pencemaran air tanah berlaku apabila leachate mengalami larut resap hingga ke paras air bawah tanah (akuifer). Pembuangan Sisa kumbahan. Sisa kumbahan manusia datangnya dari domestik/isi rumah dan juga pelancongan. Kumbahan/najis sebenarnya mengandungi bakteria e-Coli. Pencemaran air tanih dengan bakteria e-Coli terjadi apabila berlakunya kebocoran dalam sistem pembentungan, limpahan kolam rawatan kumbahan atau kebocoran tangki septik. Selain itu sistem pembuangan najis yang tidak sistematik seperti di kawasan petempatan setinggan juga mempercepatkan berlakunya pencemaran air tanih.

Soalan 4

a) Jelaskan faktor yang menyebabkan imbangan air negatif. [13 M ]


b) Jelaskan kesan imbangan air negatif ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. [12 M ]

Soalan 5

a) Sejauhmanakah faktor hujan mempengaruhi kejadian banjir kilat. [13 M ]


b) Cadangkan langkah bagi mengatasi banjir kilat. [ 12 M ]

BAHAGIAN B (ALAM SEKITAR MANUSIA)

Soalan 1

a) Sejauhmanakah aktiviti pertanian telah mencemarkan alam sekitar fizikal. (13m)


b) Cadangkan langkah untuk mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti pertanian. (12m)

SOALAN 1

a) Sejauhmanakah aktiviti pertanian telah mencemarkan alam sekitar fizikal. [13 M ]


Aktiviti pertanian sememangnya mampu mencemarkan alam sekitar fizikal. Namun begitu pencemaran alam sekitar fizikal juga disebabkan oleh aktiviti-aktiviti lain selain daripada pertanian. Di antara aktiviti pertanian yang boleh mencemarkan alam sekitar fizikal ialah: 1.Penggunaan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan yang mencemarkan sumber air. Pada masa kini sektor pertanian moden amat bergantung kepada penggunaan baja kimia dan racun serangga sepertimana dalam tanaman sayuran di Cameron Highlands. Apabila berlaku hujan ia akan melarutresapkan sebatian kimia dari racun dan baja yang disembur ke dalam tanah dan mengalir sebagai aliran air bawah tanah menuju ke sungai, tasik dan paya. Kesannya nilai keasidan sumber-sumber air berkenaan akan meningkat yang boleh mematikan hidupan akuatik dalam sungai atau tasik berkenaan. Sebagai contoh Tasik Habu di Cameron Highlands yang tercemar teruk akibat penggunaan racun dan baja kimia dari tanaman sayuran.

2. Amalan tebang bakar yang mencemarkan udara. Kaedah yang paling mudah, murah, dan cepat yang sering diamalkan dalam aktiviti pertanian bagi membersihkan tapak ladang ialah menerusi tebang dan bakar. Contohnya dalam tanaman tebu, kelapa sawit dan padi sawah di samping aktiviti peranian pindah. Apabila hutan atau tapak pertanian dibakar, partikel-partiklel terampai (PM10) dalam udara seperti debu, habuk, asap, jelaga, dan sebagainya akan dibebaskan. Partikel-partikel terampai ini akan terapung-apung dalam udara yang kering yang boleh menyebabkan jerebu.

3. Amalan pertanian tanpa tanaman tutup bumi, tanpa teres/kontor yang meningkatkan hakisan dan seterusnya mencemarkan sungai. Amalan ini banyak sekali dilakukan oleh pekebunpekebun sayur di kawasan bercerun di Cameron Highland. Tanpa tanaman tutup bumi hakisan larian air permukaan akan membawa regolith ke dalam sungai dan tasik yang menyebabkan air sungai keruh, berkelodak dan berlumpur. Kadar pencemaran sungai meningkat melalui peningkatan bahan pepejal terampai.

4. Pembuangan najis haiwan ke dalam sungai oleh aktiviti penternakan. Penternakan juga adalah sebahagian daripada aktiviti pertanian. Kabanyakan penternak khinzir secara haram di tepi sungai akan membuang najis khinzir dan sisa-sisa ternakan khinzir yang disembelih terus ke dalam sungai. Ini akan menambahkan bakteria e-Coli dalam sungai berkenaan seterusnya memusnahkan kesemua hidupan akuatik dalam sungai tersebut. Sungai akan berbau busuk. Contohnya Sungai Sepang di Selangor.

Selain daripada aktiviti pertanian, aktiviti-aktiviti manusia yang lain juga menyebabkan pencemaran alam sekitar fizikal. Di antaranya ialah

5. Aktiviti perindustrian. Pembuangan/penyaliran sisa toksid (enfluen) kilang ke dalam sungai turut mencemarkan air sungai apabila nilai BOD air sungai meningkat. Misalnya sisa industri memproses kelapa sawit dan getah. Selain itu perlepasan asap kilang yang mengandungi gas-gas pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida didapati telah mencemarkan udara sekitar yang boleh menyebabkan berlakunya hujan asid.

6. Aktiviti pengangkutan. Perlepasan asap dan gas dari kenderaan didapati menjadi punca utama yang mencemarkan udara di Bandar-bandar besar di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur. Gas karbon monoksida dibebaskan melalui ekzos kenderaan apabila berlakunya pembakaran bahan api yang tidak lengkap. Selain itu sumber kenderaan juga menyebabkan pencemaran bunyi/bunyi bising dalam Bandar. Manakala pengangkutan air seperti kapal tangki dan kargo boleh mencemarkan air laut apabila berlakunya pembuangan enap cemar atau tumpahan minyak mentah ke laut akibat perlanggaran kapal-kapal tangki berkenaan.

7. Aktiviti domestik. Pembuangan sisa isi rumah seperti plastik,botol, sampah sarap ke dalam sungai khususnya oleh penduduk setinggan didapati telah mencemarkan sungai. Sebagai contoh di Sungai Gombak dan Kelang. Di samping itu, sisa-sisa perniagaan seperti perniagaan makanan/restoran juga dibuang ke dalam longkang dan parit yang turut mencemarkan sumber air sungai apabila air longkang dan parit mengalir ke sungai membawa bersama sisa-sisa berkenaan. Manakala aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah pula mampu meningkatkan kadar pencemaran udara di sesuatu tempat.
Kesimpulannya, terdapat aktiviti-aktiviti manusia yang lain selain daripada aktiviti pertanian yang mampu mencemarkan alam sekitar fizikal. Aktiviti pertanian menjadi sebahagian daripadanya.

b) Cadangkan langkah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat aktiviti pertanian. [12 M]
Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal boleh di atasi melalui gabungan tiga langkah berikut iaitu: langkah perundangan, amalan pengurusan yang cekap dan strategic serta kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar

a)

Langkah perundangan

1. Di bawah langkah ini Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mestilah dikuatkuasakan dengan lebih efektif dan melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak berkuasa, mengenakan denda lebih berat seperti menaikkan kadar kompaun, menarik balik lesen operasi terhadap aktiviti pembakaran terbuka di tapak pertanian. Selain itu mengenakan hukuman yang berat kepada mana-mana pekebun yang melanggar arahan menggunakan jentera berat di kawasan tanah tinggi seperti yang terjadi di Tanah Tinggi Cameron.

2. Di samping itu, langkah perundangan juga melibatkan laporan EIA yang mesti disediakan oleh pengusaha yang terlibat dengan sektor pertanian secara besarbesaran khususnya sektor perladangan. Dalam konteks ini mana-mana pengusaha ladang yang tidak dapat menyediakan laporan EIA yang lengkap perlu dihalang daripada meneruskan aktiviti pertanian mereka.

b) Amalan pengurusan yang cekap dan strategik. Di antaranya ialah: 1. Kaedah pertanian bercampur, tanaman bergilir, dan tanaman selingan atau tanaman luar musim diamalkan khususnya dalam sektor sara diri intensif. Langkah ini penting bagi menjamin keseimbangan nutrient tanah dapat dipelihara dan dipulihara di samping merehatkan tanah daripada terus digunakan dengan terlampau giat. Tanah-tanah pertanian amat perlu direhatkan bagi membolehkannya melakukan proses pemulihan kendiri bagi menjamin kesuburan yang berkekalan.

2. Kaedah tanaman tutup bumi atau menanam pokok pelindung dilakukan di sesuatu kawasan tanah yang baru dibuka atau

untuk proses tanam semula. Jarak masa antara kerja-kerja terakhir pembersihan tapak sehingga penanaman semula dilakukan mestilah ditanami dengan tanaman tutup bumi terlebih dahulu khususnya pokok kekacang tanpa membiarkan tanah itu terdedah. Pokok kekacang bukan sahaja berfungsi mengurangkan kadar hakisan tanah, malah menambahkan kandungan nitrat dalam tanah. Pokok pelindung atau tanaman tutup bumi itu mestilah dikekalkan sehingga tanaman yang ditanam seperti getah dan kelapa sawit mampu melindungi tanihnya sendiri.

3. Mengamalkan amalan pertanian berteres atau mengikut kontur, tanaman berjalur serta membina alur dan sistem perparitan atau kawalan pengairan di kawasan tanah pertanian. Kaedah ini boleh mengurangkan kadar hakisan tanah di kawasan bercerun kerana ia mampu memperlahan pergerakan larian air permukaan serta boleh mengelakkan banjir lumpur.

4. Menggunakan kaedah kawalan biologi dan tidak terlalu bergantung kepada penggunaan racun serangga. Misalnya penggunaan burung hantu, helang, dan ular untuk mengawal tikus di kawasan sawah padi atau di kawasan ladang kelapa sawit. Penggunaan baja kompos atau baja organik bagi menggantikan sesetengah baja kimia terutama dalam perkebunan sayuran.Di samping itu menggantikan kaedah tebang dan bakar kepada kaedah tebang dan reput
5. Menggalakkan penggunaan bioteknologi dalam pertanian dan seterusnya meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh mengurangkan risiko negatif terhadap alam sekitar. Sebagai contoh penggunaan kaedah hidroponik yang jelas bersih dan tidak memberikan kesan sampingan terhadap persekitaran pertanian yang bersifat mesra alam

c) Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar 1 Menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada masyarakat pertanian seperti petani, pekebun, penternak, dan pengusaha ladang. Langkah ini boleh dibuat menerusi pengedaran risalah, sesi penerangan dialog, seminar forum, program gotong-royong, dan lain-lain langkah yang difikirkan sesuai bagi menanam kesedaran dan keperihatinan kepada alam sekitar secara berterusan. 2 Langkah-langkah berkenaan boleh dijalankan secara bersepadu antara jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, dan pihak swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO) setempat.

Soalan 2
a) Pilih sebuah negara dan jelaskan : I) masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai. (7m) II) kesan yang ditimbulkan oleh perikanan pinggir pantai. (6m)

b) Nilaikan program yang dijalankan untuk memajukan sektor perikanan di Malaysia. (12m)

SOALAN 2

[7 M] Pilih sebuah negara dan jelaskan : i) masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai.
Negara yang dipilih ialah Malaysia. Di antara masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai di Malaysia ialah: 1) Masalah kekurangan modal. Ia berlaku dalam kalangan nelayan pinggir pantai yang di belenggu kemiskinan. Keupayaan modal yang terhad menyebabkan nelayan pinggir pantai tidak mampu untuk memiliki bot-bot besar, pukat dan peralatan tangkapan moden dan sebagainya. Ini menyebabkan hasil tangkapan mereka adalah sedikit. 2) Masalah pasaran. Masalah ini berkait dengan kebergantungan nelayan pinggir pantai dengan orang tengah yang menjerat para nelayan dengan sistem hutang yang berpanjangan. Nelayan tidak dapat menikmati hasil tangkapan secara sepenuhnya kerana terpaksa menjual kepada orang tengah (peraih) dengan harga yang murah. Oleh sebab itu, pendapatan yang peroleh para nelayan sedikit dan nelayan kekal dibelenggu kemiskinan.

3) Kekurangan teknologi. Masalah ini berkait dengan kekurangan modal yang menghalang nelayan untuk memiliki teknologi dan kelengkapan tangkapan moden. Kebanyakan nelayan pinggir pantai masih menggunakan teknologi tradisional seperti pukat tangkul, bubu, pancing, dan bitol. Teknologi ini jelas tidak mampu untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan. Selain itu taraf pendidikan dan kemahiran yang rendah juga menyebabkan nelayan tidak dapat mengendalikan bot-bot yang besar, alat ecosonar, dan sistem telekomunikasi.

ii) kesan yang ditimbulkan oleh perikanan pinggir pantai. [6 M ]


Selain daripada menghadapi masalah, nelayan pinggir pantai juga menimbulkan kesan negatif. Antaranya ialah:

1. Kepupusan sumber perikanan. Kepupusan sumber perikanan berpunca daripada tangkapan berlebihan ikan secara berterusan. Ada sesetengah nelayan pinggir pantai menggunakan kaedah menuba, mengebom dan renjatan elektrik selain daripada mengunakan pukat yang diharamkan seperti pukat harimau dan pukat tunda di kawasan pinggir pantai. Kaedah ini mengakibatkan habitat akuatik musnah terutama di kawasan pesisir pantai yang menjadi lokasi pembiakan ikan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemusnahan kawasan hutan bakau yang juga merupakan tempat pembiakan hidupan akuatik

2. Pencemaran air laut. Pencemaran air laut berlaku khususnya di sekitar pelabuhan perikanan berpunca daripada pembuangan bahan-bahan cemar seperti sisa-sisa ikan, dan air pembersihan bot nelayan. Air laut juga dicemari oleh sisa-sisa domestik yang dibuang dari petempatan nelayan. Terdapat juga bot-bot nelayan yang sudah rosak dan tidak dapat digunakan dibiarkan tersadai dan reput di tepi pelabuhan atau muara sungai.

3. Kemusnahan ekosistem paya bakau. Aktiviti perikanan pinggir pantai pada masa ini diperluaskan kepada ternakan marinkultur di kawasan muara dan paya bakau sebagai pendapatan sampingan kepada nelayan. Pembinaan kolamkolam ternakan ikan melibatkan kerja-kerja penebangan dan pembersihan kawasan hutan bakau dan nipah di zon pinggir pantai. Aktiviti penyahhutanan ini menyebabkan ekosistem di kawasan tersebut terjejas. Tindakan ini juga memusnahkan habitat pelbagai jenis hidupan (ketam nipah, ikan, lokan, kerang, burung, dan haiwan primat) dan menjejaskan rantaian makanan. Keadaan ini sekaligus mengurangkan kadar populasi asal hutan bakau berkenaan. Sebagai contohnya, seperti yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor.

program yang dijalankan untuk memajukan sektor perikanan di Malaysia. [12 M ]


b)

Nilaikan

1. Pembangunan infrastruktur menerusi LKIM. Menyedia dan memperbaiki kemudahan pendaratan ikan di pelabuhan perikanan, menyediakan tempat penyimpanan ikan,kilang air batu dll. Sebagai contohnya, komplek pendaratan ikan di Tok Bali, Kelantan, Cendering, Terengganu, Kuala Sedili, Johor, dan Batu Maung, Pulau Pinang. Langkah ini amat berkesan dan berjaya membantu nelayan mendaratkan ikan dan seterusnya menjual ikan terus kepada LKIM tanpa dibelenggu oleh orang tengah.

2. Mewujudkan persatuan nelayan dan koperasi nelayan (NEKMAT) melalui Skim Permodenan Nelayan Berkelompok yang diwujudkan pada tahun 2006. Skim ini menggabungkan nelayan nelayan pantai yang berselerak untuk diurus tadbir di bawah satu persatuan supaya pengaruh orang tengah dapat dihapuskan. Skim ini memperkenalkan kaedah pembelian bot besar melalui gabungan berkelompok persatuan atau koperasi di sesuatu kawasan. Skim ini amat berjaya kerana ia membolehkan nelayan tempatan berdaya saing dan tidak dibelenggu dengan kemiskinan. Antara faedah skim tersebut ialah nelayan tempatan yang menggunakan bot kecil akan bergabung menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara meluas dan mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

3. Bantuan modal. Kerajaan menambahkan keupayaan modal kepada nelayan menerusi kemudahan kredit, pinjaman, bantuan, dan subsidi bagi memajukan sektor perikanan negara. Nelayan yang dibelenggu kemiskinan diberikan subsidi untuk membeli enjin, bot, pukat, minyak diesel dan sebagainya. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh nelayan. Bantuan modal membeli

Bot telah Berjaya memberi peluang kepada nelayan untuk memiliki bot-bot yang lebih besar dan lebih baik berbanding secara sewa-beli bagi membolehkan mereka menangkap ikan di laut dalam. Namun begitu skim subsidi diesel kurang berkesan akibat penyelewengan nelayan sendiri yang menjual diesel kepada orang lain

4. Menyediakan sistem pemasaran berpusat bagi menghapuskan pengaruh orang tengah. Misalnya hasil tangkapan dijual terus kepada LKIM atau kepada koperasi nelayan. Selain itu tempattempat penjualan ikan juga disediakan di pesisir pantai untuk membolehkan nelayan-nelayan kecil menjual terus hasil tangkapan mereka kepada pengguna. Contohnya di pesisir pantai Terengganu. Langkah ini juga berjaya meningkatkan pendapatan nelayan kerana mereka boleh menjual dengan harga yang lebih mahal serta terkawal. Keuntungan nelayan tidak dikaut oleh orang tengah/peraih.

5. Memajukan akuakultur sebagai pendapatan sampingan nelayan. Kerajaan menggalakkan nelayan agar mengusahakan ternakan akuakultur sama ada di kawasan air tawar atau air payau. Hal ini demikian kerana perikanan akuakultur mula berkembang sebagai subsektor utama dalam sektor perikanan. Untuk membangunkannya, kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi, dan khidmat nasihat yang berterusan khususnya melalui LKIM. Kerajaan juga bersedia untuk mengeksport hasil-hasil akuakultur ke pasaran luar negara yang sudah pastinya menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada nelayan yang mengusahakannya. Pada

masa ini program ini amat berjaya kerana ia mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Malah konsep industri akuakultur juga diperluaskan dan digabungkan dengan sektor pelancongan dan dinamakan akuapelancongan. Sumber pendapatan nelayan pantai telah dipelbagaikan

Soalan 3
a) Jelaskan kepentingan sektor perhutanan terhadap pembangunan sosio ekonomi negara Malaysia. [12 M ] . Di antara kepentingannya kepada Malaysia ialah: Memajukan sektor ekonomi hiliran. Industri berasaskan kayu seperti industri perabot, papan lapis, pembuatan kertas dapat dimajukan kerana mendapat bekalan sumber kayu balak yang berterusan. Industri pembinaan juga berkembang kerana sokongan sumber perkayuan yang sentiasa ada dalam pasaran daripada projek perladangan hutan yang dijalankan.
2

Meningkatkan pendapatan negara. Produk kayu, perabot dan kraf tangan berasaskan sumber hutan yang berkualiti tinggi dieksport ke luar negara. Ini akan menambahkan pendapatan negara melalui tukaran mata wang asing dari negara yang lebih tinggi nilai matawangnya seperti negara Eropah dan Jepun. Menyediakan peluang pekerjaan. Sektor perhutanan juga menyediakan peluang pekerjaan sebagai pembalak, pemandu, pekerja kilang papan, sebagai renjer hutan, pegawai penyelidik dll. Ini akan mengurangkan pengganguran, menambahkan pendapatan perkapita penduduk, meningkatkan kuasa beli dan taraf hidup penduduk yang terlibat dengan sektor perhutanan.

Meningkatkan teknologi melalui R&D. Keupayaan teknologi dalam negara ditingkatkan melalui R&D yang berterusan dalam sektor perhutanan sepertimana yang dijalankan oleh FRIM dan UPM. Contohnya teknologi pembiakbakaan dan kultur tisu pokok, teknologi kawalan penyakit dan perosak hutan bagi memelihara dan memulihara sumber-sumber perhutanan yang lestari. Memelihara dan memulihara alam sekitar. Disamping pengusahasilan, sektor perhutanan juga melibatkan aktiviti memelihara dan memulihara sumber-sumber perhutanan secara berterusan. Ini dapat mengekalkan ekosistem, habitat, kepelbagaian biologi daripada pupus untuk dinikmati oleh generasi kini, akan datang dan selamanya. Hutan sebagai sumber warisan negara.

Sumber perubatan. Aktiviti perhutanan juga


6 melibatkan usaha memajukan sumber-sumber perubatan tradisional berasaskan herba seperti tongkat Ali, kacip Fatimah, hempedu bumi dsb. Melalui R&D yang berterusan industri farmasi dapat berkembang pesat, penduduk mempunyai pelbagai pilihan ubat untuk merawat penyakit. 2

Ekopelancongan dan sumber air . Hutan lipur


7 yang kaya dengan pelbagai spesis fauna dan flora, air terjun dan jeram boleh dijadikan sebagai sumber ekopelancongan yang menguntungkan ekonomi negara. Begitu juga dengan sumber air. Hutan dijadikan sebagai kawasan tadahan untuk bekalan air kepada penduduk, sektor pertanian dan tenaga hidro menerusi pembinaan empangan. 2

b) Bagaimanakah aktiviti pembalakan menyebabkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal. [ 13] Aktiviti pembalakan haram, kaedah tebang bersih, penebangan melepasi sempadan didapati telah menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal. Di antara kesannya ialah: Kemusnahan ekosistem dan habitat. Amalan 1 tebang bersih bukannya tebang terpilih dalam aktiviti pembalakan masa kini telah menyebabkan kepupusan kepelbagaian spesies fauna dan flora hutan seperti pokok cengal, meranti, seraya, keruing dll. Selain itu kemusnahan habitat, rantaian makanan dan penghijrahan fauna telah berlaku di dalam ekosistem hutan.

Hakisan dan tanah runtuh. Pembalakan tanpa


2 kawalan dan aktiviti penarahan bukit untuk dibina laluan mengangkut balak telah menyebabkan hakisan tanah dan kegagalan cerun. Apabila hutan ditebang, tiada lagi silara pokok untuk memintas air hujan. Ini menyebabkan hakisan percikan yang tinggi. Akar-akar pokok yang musnah juga tidak mampu mengurangkan hakisan larian air permukaan. Kesannya cerun menjadi tidak stabil dan tanah runtuh terjadi. 2

Pencemaran sumber air. Aktiviti pembalakan

berhampiran dengan sungai akan menyebabkan sungai tercemar dengan selut, kelodak dan lumpur. Hakisan larian air permukaan akan membawa regolit ke dalam sungai. Air sungai menjadi keruh, ekosistem akuatik terjejas dan jika berlaku pemendapan kelodak, dasar sungai menjadi cetek yang boleh mempercepatkan pula kejadian banjir.

Kemusnahan kawasan tadahan air. Aktiviti pembalakan haram lazimnya melepasi sempadan dan adakalanya melewati kawasan rezab sungai. Ini akan memusnahkan kawasan tadahan air. Penebangan pokok akan mengurangkan proses susupan air ke dalam tanah. Kesannya sistem akuifer terjejas yang akan menjejaskan pula bekalan air kepada sungai dan tasik. Pemanasan setempat. Penebangan hutan secara besar-besaran akan mengurangkan peratus kelembapan udara disebabkan oleh ketiadaan pokok untuk melakukan proses transpirasi. Kesannya udara menjadi lebih kering dan suhu mikro boleh meningkat/pemanasan setempat.

6 Perubahan landskap. Aktiviti tebang bersih berskala besar akan mencerahkan 2 kawasan hutan. Kesan-kesan penggondolan akan kelihatan dengan jelas dan ketara terutama sekali melalui pandangan udara. Dalam jangkamasa panjang perubahan landskap berlaku apabila hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder yang hanya ditumbuhi oleh belukar dan semak samun. Manakala pokok-pokok balak yang muda tidak lagi tumbuh.
Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah

Soalan 4 Malaysia memerlukan negara luar dalam memajukan ekonominya. Jelaskan pernyataan ini. [12] Dalam konteks ekonomi global, Malaysia sememangnya amat bergantung dan memerlukan negara luar bagi memajukan ekonominya. Kebergantungan kepada negara luar boleh dilihat dalam aspek berikut: Untuk meningkatkan aliran perdagangan. 1 Kerjasama dua hala mampu meningkatkan aliran perdagangan Malaysia melalui persetujuan penghapusan sekatan perdagangan dan cukai yang lebih rendah. Kesannya defisit imbangan perdagangan antara negara boleh dikurangkan. Pendapatan negara Malaysia meningkat.

Untuk memperluaskan pasaran antarabangsa. Kebergantungan kepada negara ASEAN membolehkan produk Malaysia boleh menembusi pasaran sesebuah negara melalui konsep pasaran bebas seperti AFTA. Kesan positif perluasan pasaran termasuklah hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh. Kuasa beli pengguna meningkat terutama dari negara kaya seperti Brunei dan Singapura produk Malaysia menjadi lebih laku. Meningkatkan aliran masuk modal (FDI). Bagi menampung kekurangan modal dalam negara, Malaysia memerlukan pelaburan asing. Oleh sebab itu kerjasama dengan negara maju seperti Jepun, China, USA dan negara Eropah amat penting. Pelaburan asing diperlu untuk menggerakkan sektor perkilangan, kewangan, perkhidmatan antarabangsa, projek mega dll. Kemasukan pelabur asing juga mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia.

Menjana teknologi baru. Kebergantungan kepada negara maju membolehkan kemasukan teknologi dan kepakaran dari negara luar. Kesannya Malaysia akan menikmati faedah daripada segi perkongsian dan pembangunan teknologi kepada penduduk tempatan, perkembangan R&D dan penciptaan inovasi. Teknologi baru biasanya dibawa oleh syarikat-syarikat multinasional (MNCs) yang melabur di Malaysia. Memenuhi keperluan buruh dan kepakaran. Dalam konteks keperluan buruh, Malaysia amat bergantung kepada negara Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dll bagi menggerakkan sektor kritikal khususnya perladangan dan pembinaan. Tanpa buruh asing, sektor-sektor ini tidak boleh berkembang pesat. Dalam konteks memajukan industri berteknologi tinggi (HiTEC) pula, Malaysia memerlukan tenaga pakar misalnya dari Korea, India, Jepun dll.

Mengurangkan persaingan. Dalam 2 6 konteks negara dan serantau, Malaysia perlu berkerjasama erat bagi mengurangkan persaingan yang boleh merugikan kedua-dua belah pihak. Misalnya mengelakkan persaingan produk yang sama di pasaran yang sama. Justeru itu kerjasama akan mewujudkan pengkhususan dan saling melengkapi dalam konteks pengeluaran bagi tujuan menjimatkan kos buruh, bahan mentah, kos pemasaran dll. Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 Markah MAX 12

(b) Bincangkan kesan sesebuah negara.

globalisasi

ekonomi

terhadap [ 13]

Globalisasi ekonomi memberikan kesan positif dan negatif terhadap sesebuah negara = 1m
Di antara kesan positif globalisasi ekonomi ialah:

Keuntungan daripada perdagangan bebas. Globalisasi ekonomi berteraskan prinsip liberalisasi ekonomi/perdagangan bebas tanpa sekatan dan campur tangan kerajaan. Aktiviti ekonomi ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran. Kebaikan daripada amalan perdagangan bebas ialah; harga barangan menjadi lebih murah apabila cukai produk dihapuskan, kuasa beli pengguna meningkat, monopoli pasaran dikurangkan, pengguna mempunyai banyak pilihan untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dll.

Perluasan pasaran. Prinsip ke dua dalam globalisasi ekonomi ialah deregulasi ekonomi atau penghapusan sekatan perdagangan/dasar perlindungan yang selama ini diamalkan oleh sesebuah negara. Apabila sekatan perdagangan ini dihapuskan maka pasaran dalam sesebuah negara boleh ditembusi. Kesan positifnya ialah produk barangan sesebuah negara boleh dijual dengan banyak, bekalan barangan di pasaran sentiasa ada dan aliran perdagangan antara negara juga meningkat, sekaligus dapat memperbaiki defisit imbangan perdagangan. Pemindahan teknologi. Globalisasi ekonomi berkembang seiringan dengan perkembangan teknologi. Serentak dengan kemasukan modal, teknologi juga dibawa masuk ke sesebuah negara bagi meningkatkan daya saing produk. Kesannya sesebuah negara dapat menikmati faedah daripada R&D dan inovasi baru yang akan diguna dan dipelajari oleh penduduk tempatan. Lama-kelamaan penduduk tempatan juga berkemahiran tinggi. Teknologi moden dibawa masuk oleh syarikat-syarikat multinasional (MNCs).

Pengaliran buruh lebih mudah. Pada masa kini sumber 4 manusia juga menjadi lebih mobile seiring dengan pengaliran modal dan teknologi. Pergerakan keluar-masuk buruh di sempadan dipermudahkan melalui kecekapan imegresen dan pengurangan birokrasi. Kesan positifnya, keperluan buruh sesebuah negara dapat ditampung dengan cepat. Misalnya sektor perladangan di Malaysia ditampung oleh bekalan buruh Indonesia. Selain buruh, pengaliran tenaga pakar juga mudah berlaku. Sebenarnya globalisasi telah mewujudkan masyarakat pekerja antarabangsa. Menggalakkan persaingan antara pengeluar yang menyebabkan peningkatan kualiti produk. Para pengeluar terpaksa bersaing untuk kekal untung di pasaran. Kesannya produk baru yang berkualiti sentiasa dikeluarkan dan ia amat menguntungkan pengguna serta perkembangan ekonomi sesebuah negara. Selain bersaing, antara pengeluar juga berkerjasama untuk saling melengkapi.

Selain daripada kesan positif, globalisasi ekonomi juga memberikan kesan negatif. Di antara kesan negatifnya ialah:
Penguasaan ekonomi oleh syarikat asing (MNCs). Syarikat asing (MNCs) memiliki modal yang besar dan mampu membeli saham 2 untuk menguasai pemilikan syarikat tempatan. Ekuiti modal asing tinggi, syarikat MNCs menjadi konglomerat mengambil alih pengurusan dan operasi syarikat tempatan. Kesannya syarikat-syarikat tempatan akan berpindah milik kepada orang asing. Keadaan ini banyak berlaku dalam industri perkilangan serta kewangan

Kesukaran untuk mengawal keluar -masuk modal asing. Konsep pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi memberi ruang yang luas kepada pelabur asing untuk melabur dan menarik keluar pelaburan mereka tanpa boleh disekat / dikawal. Kesannya kegawatan ekonomi boleh berlaku di sesebuah negara yang terlalu bergantung kepada pelabur asing sekiranya syarikat asing menarik balik modal mereka di pasaran. Malaysia pernah mengalaminya pada tahun 1998. Syarikat asing menutup operasi ekonomi negara terjejas dan penduduk tempatan kehilangan pekerjaan.

Penghakisan kedaulatan negara. Globalisasi ekonomi boleh menyebabkan sesebuah negara terikat dan terlalu bergantung kepada pelabur asing. Kesannya, pelabur asing boleh mempengaruhi dasar dan polisi ekonomi sesebuah negara. 2 Contohnya sebahagian besar negara sedang membangun terpaksa akur dan tunduk kepada pelabur asing dari negara maju. Selain itu lambakan barangan berjenama di pasaran bebas menyebabkan semangat mencintai barangan buatan negara sendiri semakin luntur. Penduduk sesebuah negara kehilangan identiti dan jatidirinya. Ancaman kepada pengusaha dan produk tempatan / tradisional khususnya IKS. IKS banyak bergantung kepada MNCs melalui skim vendoor. Jika MNCs menarik pelaburan maka banyak IKS terpaksa gulung tikar. Selain itu penduduk tempatan cenderung membeli produk luar yang berjenama kesannya produk IKS tempatan tidak laku. Ini boleh mengancam dan merugikan perniagaan mereka.

Masalah
10

yang

timbul

akibat

aliran

buruh.
2

Kemasukan buruh asing yang lebih murah seperti dari Indonesia dan Bangladesh. mengancam guna tenaga buruh tempatan. Di samping wujudnya masalah sosial yang disebabkan kebanjiran buruh asing dalam sesebuah negara seperti mana yang dialami oleh Malaysia kini. Manakala tenaga mahir / pakar dalam negara pula berhijrah ke negara lain kerana mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi dan ini merugikan negara.

Menghakis nilai budaya tempatan. Globalisasi ekonomi


11 juga merangkumi globalisasi sosial seperti pengaruh industri hiburan kemasukan filem, pengiklanan dari negara luar tanpa sekatan yang boleh menghakis nilai murni masyarakat. Contoh kemasukan unsur pornografi, gay melalui Internet amat sukar dikawal. Ini menimbulkan konflik dengan nilai agama dan budaya tempatan seperti pakaian, hiburan, gaya hidup dsb. 2

Pemarkahan: 6 isi x 2 markah = 12 m + 1 m perbincangan = MAX 13

Soalan 5
a) Pilih sebuah negara sedang membangun, jelaskan langkah untuk kurangkan kebergantungan terhadap negara maju. (13m) b) Jelaskan kepentingan pakatan ekonomi serantau kepada Malaysia. (12m)

Soalan 6
a) Jelaskan kepentingan pakatan segitiga pertumbuhan ASEAN dalam memajukan ekonomi wilayah berkenaan. (12m)

b) Pilih sebuah segitiga pertumbuhan ASEAN, jelaskan masalah yang dihadapi untuk memajukan pakatan ekonomi tersebut. (13m)

SEKIAN TERIMA KASIH

BY: TN.HJ RUSLY BIN MUSA