Anda di halaman 1dari 9

CONTOH JAWAPAN KARANGAN BAHAN RANSANGAN

UJIAN KELAS 1 2013 TAJUK : Cara Mengharumkan Nama Sekolah

Pendahuluan
Sekolah merupakan antara salah satu wadah utama dalam membentuk identiti sesuatu bangsa. Sekolah yang cemerlang dikatakan mampu menghasilkan produk manusia yang seimbang bukan sahaja dalam aspek akademik malah aspek kokurikulum juga. Kesannya, sekolah menjadi sebutan dan tumpuan orang ramai ibarat pisang goreng panas. Justifikasinya, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengharumkan nama sekolah?

Isi 1
Cara pertama yang boleh dilakukan oleh seseorang pelajar ialah berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik . Sebagai bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) contohnya, inilah waktu yang tepat untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah .Imej sekolah akan terus melonjak apabila dapat melahirkan pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam sesuatu peperiksaan. Intihanya, pelajar perlulah ke bukit sama didaki , ke lurah sama dituruni dan mengetepikan segala agenda yang bercorak hiburan serta melalaikan kerana takut sudah terhantuk baru tergadah.

Isi 2
Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum antara cara yang boleh dilakukan oleh setiap pelajar. Pencapaian cemerlang dalam sebarang aktiviti kokurikulum turut menjadi penanda aras sesebuah sekolah kerana dipilih untuk bersaing sama ada di peringkat negeri, nasional mahupun antarabangsa. Aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton dan catur misalnya dapat mengasah dan mempertajam bakat yang dianugerahi Tuhan untuk menjadi pelajar yang kompeten dalam sesuatu bidang sama ada sukan, kelab atau badan beruniform.

Isi 3
Begitu pun, seorang pelajar juga boleh berusaha menjadi pelajar yang berakhlak mulia dan bersopan santun. Cara ini merupakan suatu lagi sisi dalam aspek kerohanian yang boleh membantu sekolah mencipta nama. Lazimnya, pelajar yang berakhlak dan berbudi pekerti tinggi ini sentiasa disegani sebagai seorang yang berwatak protogonis dan turut menjadi pelengkap kepada kejayaan pelajar. Kesannya, nama sekolah menjadi bahan bualan kerana berjaya melahirkan pelajar yang beretika mulia.

Isi 4
Akhirnya, amalan bergiat aktif dalam aktiviti sukarela seperti Bulan Sabit Merah, Kadet Rakan Sebaya (KRS) , atau Kelab Anti Dadah Kebangsaan melatih diri menjadi insan yang prihatin serta bertanggungjawab. Hal ini juga turut menyumbang kepada imej baik sekolah kerana sikap prihatin dan bertanggungjawab membuatkan masyarakat menghargai mereka. Setiap anak didik digalakkan agar menanamkan azam demi menyalakan sebutir kerdipan cahaya demi suatu nama yang akan terus disebut dengan nama yang baik kepada sekolah yang disayangi.

kesimpulan
Konklusinya, mengharumkan nama sekolah antara salah satu cara kita untuk membalas segala pengorbanan pihak sekolah dalam mendidik anak bangsa. Sesungguhnya, proses mendidik dan membimbing anak bangsa bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan tetapi alang-alang berdakwat biarlah sampai hitam demi negara Malaysia tercinta.

Contoh pendahuluan
Bak kata peribahasa Melayu yang berbunyi, bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi Demikianlah senario berkaitan dengan ___________ dalam kalangan ________ pada alaf siber yang penuh dengan pancaroba ini. Hampir saban hari kita dimomokkan dengan berita tentang ___________ dalam ________ di negara tercinta ini. Contohnya ______________ dan ________ tidak pernah lekang daripada menghiasi lembaran akhbar. Kemelut ini telah meningkatkan dari setahun ke setahun dan telah menggusarkan semua lapisan masyarakat serta menjadi hangat diperkatakan kerana fenomena ini telah menjadi duri dalam daging dalam masyarakat kita. Justeru, haruslah kita menyelami, apakah usaha-usaha yang perlu diambil dengan kadar yang segera oleh semua pihak sebelum kudis menjadi tonggak?

Contoh kesimpulan
Konklusinya, andai kata kita menyingkap lembaran sejarah Malaysia, setiap permasalahan yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan penggemblengan kudrat antara pelbagai pihak. Begitu juga dengan usaha menyelesaikan masalah _______ dalam kalangan ________ yang mengacaubilaukan minda segenap lapisan masyarakat kita. Usaha-usaha yang dinyatakan di atas perlulah dijalankan dengan drastik bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Pendekatanpendekatan ini haruslah banyak dipraktikkan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk di tangga. Pendek kata, selaku anak-anak Malaysia, marilah kita bersama-sama membulatkan tenaga dan azam supaya menangani masalah __________ dalam kalangan _________ Dengan ini, negara akan Berjaya melahirkan golongan remaja yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Yang mampu menjadi bakal pemimpin negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara dan dapat maju menjelang wawasan 2020.