Anda di halaman 1dari 13

PENGARUH KEDATANGAN

ISLAM DI ALAM MELAYU;


ANALISIS TERHADAP AMALAN
PERUBATAN TRADISIONAL
MELAYU
DISEDIAKAN: MOHAMAD NAJIB BIN
ABDUL HALIM(IEJ070030)
PENSYARAH: DR.TATIANA DINASOVA
PENDAHULUAN
Kepercayaan masyarakat melayu terhadap bomoh
adalah satu kepercayaan yang tidak dapat dipisahkan.
Hal ini kerana kepercayaan terhadap bomoh telah
tertanam sejak sekian lama dalam kepercayaan
masyarakat melayu sejak wujudnya system
kepercaayan terhadap adanya kuasa yang menguasai
diri manusia. Bomoh dianggap sebagai seorang
individu yang berupaya mengawal dan berinteraksi
dengan kuasa tersebut. Justeru bomoh diangkat
sebagi individu yang begitu berpengaruh dalam
masyarakat orang melayu sehingga sekarang.
PANDANGAN SEMESTA:
- Satu konsep mengenai alam semesta dan

dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang


tertentu.
- Orang melayu mempunyai pandangan semesta

yang tradisional yang kemudiannya diubah


susuai dengan kedatangan serta penerimaan
agama-agama lain.
-menurut syed naquib al-attas
“ pandangan semesta islam merangkumi dunia
dan akhirat dimana aspak dunia merupakan
persediaan bagi aspek akhirat.
DEFINISI:
Merujuk Kamus Dewan Bahasa edisi keempat
bomoh bermaksud tabib yang mengubati orang
sakit dengan menggunakan ubat tradisional
atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang,
dukun. Manakala perbomohan adalah yang
berkaitan dengan bomoh seperti amalannya,
selok-belok kerjanya, dan sebagainya.
SEJARAH AMALAN PERBOMOHAN:
Amalan perbomohan dipengaruhi oleh sistem
kepercayaan masyarakat setempat. Dalam
masyarakat melayu terdapat 3 peringkat iaitu:

 Zaman kepercyaan animisme dan dinamisme.


 Zaman kepercayaan hindu-buddha.
 Zaman Islam.
 Zaman kepercayaan animisme dan dinamisme.
-mempercayai bahawa setiap benda mmpunyai
roh, jiwa dan semangat yang dapat memberi
kesan baik dan kesan buruk. Roh, jiwa dan
semangat tersebut perlu di jaga dan dipelihara
melalui amalan pemujaan dan penyajian.
-penggunaan bomoh mula timbul sebagai
perantara antara roh dengan manusia. Hal ini
kerana hanya bomoh yang dapat berinteraksi
dengan roh tersebut.
 zaman kepercayaan hindu-buddha.
-kedatangan hindu-budda tidak dapat
melenyapkan kepercayaan animisme yang telah
tertanam dalam diri masyarakat melayu.
-menurut prof.syed naquib al-attas, kedatangan
hindu-buddha tidak merubah pandangan
semesta melayu. Hal ini kerana pengaruh
hindu-buddha hanya berlaku dikalangan orang
atasan sahaja.
-di lapisan bawahan masih mengamalkan
kepercayaan animisme.
- Pengaruh hindu-buddha hanya dapat dilihat
dalam sistem politik dan pentadbiran-raja
diaggap jelmaan tuhan(dewaraja).
- kedatanga hindu-budda membuatkan sistem
kepercayaan agak bersistematik.
- Konsep pemujaan roh digantikan dengan
pemujaan dewa-dewi.
- Berlaku percampuran pengaruh animesma dan
hindu-buddha dalam amalan berubatan melaya.
Contohnya muncul jampi, mantra dan serapah.
 Zaman Islam.
- Sistem kepercayaan orang melayu telah
berubah.
- Tidak menyembah roh da dewa-dewi.
- Beriman kepada allah dan mula menuruti
ajaran islam.
- Tetapi bukan sukar untuk mengikis
kepercayaan yang telah tertanam sekian lama.
- Maka berlaku asimilasi antara animisme,
hindu-buddha dan islam dalam amalan
perbomohan.
PENGARUH ISLAM DALAM AMALAN PERBOMOHAN:
Jampi dan mentera:
contoh(1): “hantu raya jembalang angin
aku tahu asal engkau
engkau bulu hidung nabi adam
makanan engkau telur ayam....”
Contoh(2): “hei ulat bulu
aku tahu asalmu
engkau bulu hidung Nabi adam
makanan engkau daun sekam
kelaur engkau dari tubuh anak adam
jika kau tak mahu keluar
aku sumpah engkau dengan berkat allah
berkat lailaha illallah..”
- Amalan pemujaan roh.
Contoh: bomoh memanggil roh orang yang
sudah mati. Roh dikaitkan dengan roh
para wali dan orang soleh.
-amalan kebal dan tangkal.
HUKUM PERBOMOHAN MENURUT
ISLAM:
islam mengharuskan amalan bomoh
sekiranya bomoh dan perbuatannya tidak
menyalahi syarak.
Antara syarat-syarat bomoh ialah:
-Tidak mensyirikkan allah.
-Tidak melakukan perbuatan yang haram dan
maksiat.
-Hendaklah menggunakan bahan-bahan yang
diharuskan syarak.
KESIMPULAN:
Kedatangan Islam ke alam melayu telah
mengubah kepercayaan masyarakat Melayu
termasuklah amalan perbomohan. Amalan
perbomohan telah diislamisasikan. Namun
masih terdapat sesetengah pengamal perubatan
tardisonal atau bomoh yang mengamalkan
campur aduk animisme, hindu-buddha dan
islam yang hakikatnya bercanggah dengan
amalan perubatan islam yang sebenar.