Anda di halaman 1dari 38

TAMADUN ISLAM

DI SEDIAKAN OLEH;
SAG 2009/10
Pendahuluan
• Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama
iaitu Adam a.s.
• Ia merupakan pemberitahuan dan peraturan yang
diwahyukan oleh Allah S.W.T.
• Risalah Islam yang diturunkan kepada rasul-rasul
adalah sesuai dengan zaman, jumlah manusia dan
kebudayaan umat ketika itu
PANDANGAN HIDUP ISLAM
• Ia merujuk kepada satu cara hidup yang lengkap merangkumi
semua aspek hidup manusia. Islam merangkumi aspek akidah,
syariah dan akhlak

PENGERTIAN ISLAM
• Dari segi bahasa kalimah Islam mengandungi tiga perkara utama
iaitu:
• Tulin, suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin
• Damai, aman atau sejahtera
• Taat dan menyerah
• Pengertian Islam dari segi syarak ialah mentauhidkan Allah S.W.T,
patuh dan tunduk kepadaNya serta beriman dengan ajaran yang
dibawa oleh para rasul yang diutuskan oleh Allah S.W.T sejak dari
Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
nabi dan rasul yang terakhir.
KANDUNGAN ISLAM
i. AKIDAH
• Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan
kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa
setiap Muslim dan
• Ianya menjadi tunjang kepada pembinaan Tamadun Islam.
• Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati
seseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya;
i. Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah
ii. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang
dan terpuji
iii. Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada
diri sendiri
iv. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk
melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran
v. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa
atau hilang harapan.
ii. SYARIAH
• Secara literalnya, ia membawa maksud sumber air
dan keduanya bererti pembawaan atau jalan yang
jelas dan lurus
• Dari segi istilah syariah membawa maksud segala
hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T
untuk hambaNya melalui perantaraan para RasulNya.
• Di dalamnya terdapat aspek-aspek i'tiqadiyyah atau
batiniyyah , 'amaliyyah dan juga aspek akhlaqiyyah
• Syariah bersifat muqaddas iaitu sangat murni serta
terpelihara daripada sebarang cacat cela mahupun
kekurangan
iii. AKHLAK

• Akhlak adalah kata jamak (plural) dari perkataan al-


khuluq yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan
tabiat .
• Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang
memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia
terhadap Allah S.W.T, terhadap diri sendiri dan
makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan
serta petunjuk al-Qur’an dan Hadis.
• Nilai yang baik disebut akhlak mahmudah dan nilai
yang keji disebut akhlak mazmumah.
• Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan
akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa
seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan
mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran
terlebih dahulu
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
i. Rabbani.
• Islam adalah agama yang secara sah dan rasmi diturunkan
oleh Allah S.W.T. Syari’at yang ada didalamnya adalah
wahyu, bukan ciptaan manusia
ii. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
• Segala hukum tidak bertentangan dengan akal manusia,
bahkan akal tersebut jika betul-betul digunakan ia akan
menemukan keagungan dan keesaan Allah S.W.T.
iii. Tidak Membebankan
• Allah tidak mensyari’atkan sesuatu perintah yang diluar
kemampuan manusia, disamping keringanan (rukhsah)
pada keadaan-keadaan tertentu.
• Asas tauhid Islam jelas, tidak ditokok-tambahkan oleh
golongan tertentu,
• Seseorang itu mempunyai akses langsung kepada Allah
S.W.T tanpa perlu adanya perantara, semua orang sama
taraf disisi Allah S.W.T.
iv. Menyeluruh
• Ini bermakna bahawa Islam memberikan teori yang
lengkap dan mendalam tentang alam semesta
bagaimana ia diciptakan
v. Sederhana dan seimbang.
• Islam tidak menumpukan pada akhirat sehingga
melupakan dunia
• Islam tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas
dalam hal yang berkaitan dengan prinsip,
• Individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh
mengorbankan maslahah orang ramai demi
kepentingan individu dan disebaliknya
vi. Tetap dan Anjal
• Syari’at yang Allah tetapkan tidak akan berubah,
ini berbeza dengan undang-undang manusia yang
selalu berubah dan dipinda.
vii. Positif
• Positif dalam kehidupan manusia, hubungannya
dengan sesama manusia dan hubungannya
dengan Allah S.W.T akan semakin erat.
viii. Sesuai untuk sepanjang zaman.
• Setiap hukum dalam Islam mengambil kira
keadaan manusia dan memberikan keringanan
bila berhalangan
MATLAMAT TAMADUN ISLAM
• Matlamat Tamadun Islam juga ialah untuk
memartabatkan Islam sebagai AI-Din
• Islam menekankan aspek hubungan manusia seperi
berikut :
i. Hubungan Manusia Dengan Allah
• Hubungan manusia dengan Pencipta mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Allah S,W.T dan Rasulnya
• Hubungan paling tinggi dan mulia dalam kehidupan
manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara
manusia sesama manusia atau makhluk lain.
ii. Hubungan Manusia Sesama Manusia
• Manusia berasal dari jiwa yang satu
• Masyarakat Islam berbentuk sejagat, tidak bersifat
perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak
terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan
politik
iii. Hubungan Manusia Dengan Alam
• Allah S.W.T telah mencipta alam semesta ini untuk
dinikmati oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai
khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah
dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini.
MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT
TAMADUN ISLAM
• Tamadun Islam mempunyai manifestasinya yang
bertujuan untuk melahirkan hubungan harmoni
manusia dengan Allah S.W.T, hubungan sesama
manusia dan alam sejagat.
• lima perkara yang dianggap penting dalam
tamadun manusia iaitu :
i. Menjaga Agama
ii. Menjaga Nyawa
iii.Menjaga Akal
iv.Menjaga Kehormatan Dan Keturunan
v. Menjaga Harta Benda
SUMBER TAMADUN ISLAM
1 Al-Quran
• Sumber utama Tamadun Islam ialah al-Quran.
• Ia sesuai sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan
tahap manusia dan ketamadunan.
2. Al-Sunnah
• Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian
dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah.
3. Ijtihad
• Ulama atau cendikiawan Muslim digalakan untuk mengolah
hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan
yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber Al-
Quran dan al-Sunnah
• Kajian dan meneroka bidang-bidang demi kepentingan
kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya selama
mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat Islam
dibenarkan
4. Tamadun Dan Budaya Lain
• Islam tidak menolak sumber-sumber yang
datang daripada tamadun lain yang tidak
bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA
PERADABAN DUNIA
• Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam
menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus
(Sepanyol).
• Keagungan sains dan teknologi hasil daripada
semangat penyelidikan yang dicetuskan oleh Islam

Kegiatan-kegiatan Keilmuan dan Intelektual


• Sekolah dan universiti dibina di seluruh pelusuk
negara.
• Istana-istana khalifah dan gabenor turut dijadikan
tempat pertemuan para intelektual
• Antara aspek yang menonjol ketika itu ialah :
i. Ekonomi
• Kedatangan Islam ke Andalus mengasaskan satu bentuk
ekonomi baru yang dikenali ekonomi mediteranean melalui
sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan.
• Mereka mendirikan kedai-kedai dan gedung-gedung
perniagaan yang beroperasi mengimpot barang-barang dari
seluruh dunia.
• Di sektor pertanian metod-metod baru seperti pembinaan
empangan, sistem saliran, tali air, jambatan dan jalan-jalan
raya yang lebih baik di seluruh Andalus meliputi Toledo,
Cordova, Marsille dan Valencia.
• Tanaman buah-buahan seperti delima, limau dan industri ulat
sutera dijalankan secara aktif.
ii. Perubatan
• Ibn Hazm membahagikan ilmu perubatan kepada dua iaitu
perubatan jiwa (spiritual), jenis-jenis organ, penyakit dan puncanya
serta cara penyediaan ubat yang betul. Yang kedua ialah
penggunaan ubatan dan surgery.
• Al-Razi yang telah menulis lebih dari 200 buah, antara bukunya
yang terkenal ialah al-Hawi dan kitab al-Asrar mengenai penyakit
cacar, buah pinggang, mata, hidung, telinga dan jantung.
• Ibn Sina melahirkan kitab yang masyhur, qanun fi al-Tibb yang
membicarakan tentang dadah, patologi dan cara penggunaan ubat
yang menjadi bahan rujukan utama dalam bidang perubatan kini
• Ibn Rusyd telah menulis buku perubatan yang komprehensif iaitu
Kulliyyat fi al-Tibb yang memberi ulasan secara terperinci mengenai
anatomi, fisiologi, penyakit-penyakit, simpton dan rawatannya, ubat-
ubatan serta pemeliharaan kesihatan.
iii. Astronomi
• Di antara pakar ialah al-Farghani telah menulis
tentang bintang-bintang.
• Selepas beliau, muncul pula Abu Ma’syar dan
al-Battani yang telah membuat beberapa
pembetulan pada karya-karya Ptolemy dan
menentukan ketepatan gerhana matahari.
• Al-Zarqali pula dari Toledo merupakan seorang
ahli astronomi dan matematik. Beliau telah
mencipta sebuah jam air yang boleh
menunjukkan masa pada waktu siang dan
malam serta menyusun nama-nama hari dalam
setiap bulan.
iv. Matematik
• Antara yang termasyhur ialah al-Karmani dari Cordova.
Beliau telah memperkenalkan matematik Ikhwan al-Safa
ke Andalus.
• Sarjana Muslim telah mengemukakan kepada dunia
mengenai ilmu algebra dalam bentuknya yang asli.
• al-Khawarizmi. Beliau memperkenalkan persoalan darab
dan bahagi mengikut cara algebra. Bukunya Hisab al-
Jabar wa al-Muwabala’ telah digunakan di Eropah
sehingga abad ke 16M. Sumbangan yang lain ialah
angka sifar yang digunakan dengan begitu meluas sama
ada oleh sarjana Islam mahupun Barat.
v. Senibina
• Di Andalus, bandar dan kawasannya telah diperindah
dan diperlengkapkan dengan binaan masjid, pasar,
istana, tempat-tempat mandi dan lain-lain binaan yang
indah.
• Unsur-unsur alam menjadi pilihan umat Islam dalam
menghias tempat-tempat tersebut.
• Pada masjid dan istana dibinakan menara dan pintu
gerbang serta ukiran yang sangat tinggi nilai
senibinanya.
TAMADUN ISLAM ERA PASCA
PENJAJAHAN
• Pada era kolonial Barat, banyak negara-negara
Islam yang dijajah mula mengalami kemunduran
dan keruntuhan akibat serangan dan
kongkongan dari kuasa-kuasa besar dunia
seperti Eropah, Rusia, Amerika dan sebagainya.
• Kejatuhan dan kelemahan masyarakat Islam
adalah disebabkan oleh serangan yang kuat dari
pihak kolonial di samping ketiadaan semangat
jihad di dalam jiwa masyarakat Islam serta
pemimpin-pemimpinnya.
• Dr. Yusuf al-Qardhawi, merumuskan empat medium
utama penguasaan Barat ke atas umat Islam melalui :
i. Sistem Pengajaran dan Pendidikan
• Sistem pendidikan Barat yang menekankan
kepada aspek kebudayaan Barat bermatlamat
menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam yang
sebenar
• Mereka telah menghantar pelajar dari beberapa
negara umat Islam seperti Turki dan Mesir, ke Barat
untuk menimba ilmu pengetahuan dan pulang ke
negara asal mereka dengan celupan Barat
• Berlandaskan pemikiran sekular, agama hanya
merupakan satu kepercayaan atau ritual sahaja.
• Mustafa Kamal Atatuk (1881 – 1934), beliau digelar
sebagai Bapa Sekular Turki. Beliau melaksanakan
penghapusan institusi keagamaan
• Kemuncak sekularismenya, masjid-masjid telah ditutup,
pakaian Barat diwajibkan, memakai tarbus atau songkok
merupakan satu kesalahan dan hijab bagi wanita Islam
diharamkan.
• Keadaan yang sama berlaku di Mesir, India
• Menurut Dr. Ali Syari’ati. Orang-orang Asia, Afrika, diajar
bagaimana cara berfikir, berpakaian, berkeinginan malah
bagaimana harus bersedih dan bergembira mengikut
cara Barat
ii. Akhbar dan Media Massa
• Penerapan ideologi dan gaya hidup Barat
kepada masyarakat Islam di negara yang
dijajah dalam bentuk berita, rencana,
kesusasteraan yang kreatif serta gambar-
gambar yang mempersonakan
iii. Serangan sosial
• Timbulnya kekaguman yang melampau kepada cara hidup Barat
dengan mengenepikan sistem hidup Islam yang dipandang kolot
dan ketinggalan zaman.
• Menurut Malik Ben Nabi, aliran pengkaguman Barat yang disebut
modernist ini merupakan tiruan tanpa keaslian
• Di India, muncul Syed Ahmad Khan (1817 – 1898) yang berusaha
untuk mentafsirkan al-Qur’an berasaskan semangat modenisme
Barat, antara tindakan beliau ialah menolak mukjizat dalam Islam,
menolak hukum Islam yang dianggap tidak lagi sesuai dengan
zaman. Beliau beranggapan hukuman hudud ini hanya sesuai
dengan masyarakat primitif dan tidak sesuai di zaman moden.
• Di Malaysia , sindrom bergaya dengan pakaian ala Barat yang
mendedahkan aurat di sana-sini semakin popular.
iv. Pengaruh Sekularisme
• Menurut  sejarah, sekularisme bermula pada zaman
Renaisans ketika memuncaknya pergerakan sosial
humanisme yang menonjolkan kehebatan manusia
• Wujudlah pemisahan antara alam tabii dengan alam
ghaib dan pemisahan antara agama dengan kehidupan
secara keseluruhannya.
• Umat Islam mula menyedari kepentingan kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar dan muncullah
gerakan tajdid di Asia Barat, Benua India dan tersebar
ke Afrika dan Asia Tenggara, terutamanya di Tanah
Melayu
• Menurut Sayyid Qutb, perjuangan Islam hanya akan
berjaya bila ia digerakkan oleh kumpulan yang penuh
dengan keimanan dan terus istiqamah
JIHAD DALAM ISLAM
• Ia bermaksud setiap usaha yang memerlukan
curahan tenaga dan kekuatan demi untuk
mencapai matlamat dan cita-cita mulia dan ideal
untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan
demi untuk memartabatkan Islam di bumi Allah
serta mengharapkan ganjaran dan
keampunannya.
• Antaranya ialah, jihad nafsu iaitu usaha dan
kesungguhan untuk membersihkan jiwa dan
menyucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah
dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia
dan terpuji
• Jin, iblis dan syaitan adalah musuh asli dan abadi
manusia berlaku dalam sejarah kehidupan manusia
sebagaimana Adam a.s dan Hawa pernah termakan
pujukan syaitan
• Perang terhadap manusia bermatlamatkan merosakkan
ketulinan akidah dan tauhid terhadap Allah
• Satu unsur yang sangat penting dalam syariat Islam
ialah penghayatan ruh jihad dikalangan ummahnya
• Bermula daripada jihad agung (al-Jihad al-Akbar), iaitu
menguasai diri sendiri sampailah kepada membina
semula kecemerlangan dan kegemilangan tamadun
Islam.
Jihad Ilmu dan pendidikan
• Umat Islam perlu mengarahkan maksud jihad kepada
pembangunan ilmu dan pendidikan, hidupkan budaya
penyelidikan dan penerokaan kepada bidang-bidang
baru dalam dunia intelektual kini.
• Al Quran sering memaparkan tentang tradisi membaca
atau ‘iqra’
• Konsep’ulul albab’ yang memberikan fokus kepentingan
ilmu dan peranan para ilmuan dalam Membangunkan
tamadun.
• Al Quran memberikan keutamaan berfikir berasaskan
kekuatan akal, merenung, mengkaji dan menyelidik
mengenai hakikat kejadian alam dan hubungan dengan
manusia berasaskan prinsip Al-Quran
Jihad Mempertahankan Kesucian Islam

• Isu Palestin adalah isu pencerobohan zionis


terhadap kesucian Islam bumi Palestin dan
masjid al Aqsa yang di muliakan oleh Allah
• Jihad dalam artikata memerangi musuh Islam
adalah amat wajar terutama dalam konsep
membina kekuatan persenjataan dan
ketenteraan yang maju dan canggih
KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN
PENERAPANNYA DI MALAYSIA
• Bertujuan mengatasi kelemahan dalaman
masyarakat Islam yang didominasi oleh
kuasa penjajah Barat sekular
• Ia bermula di akhir abad ke-18 dan
menjadi semakin hebat di akhir abad ke-
19 dan awal abad ke-20. Pada tahun 70-
an dan 80-an wujud dua fenomena utama,
iaitu;
1. Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam
Pentadbiran
• Iaitu usaha untuk mempertingkatkan daya
produktiviti negara melalui amalan nilai-nilai
amanah, rajin, bersih, tekun
• Pembentukan budaya kerja yang berasaskan
nilai-nilai tersebut adalah tidak bercanggah
dengan budaya bukan Islam kerana ia adalah
nilai-nilai universal yang boleh diterima oleh
manusia sejagat.
• Ia diasaskan kepada empat prinsip iaitu
kesejagatan, tidak menyulitkan, memelihara
kemaslahatan umum dan melaksanakan
keadilan.
Rasional dasar penerapan nilai-nilai Islam adalah;
• Pembangunan negara sebelum ini lebih
mementingkan kepada aspek kebendaan
• Islam sebagai agama rasmi negara
mengandungi prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni
untuk faedah dan keselamatan manusia sejagat
• Kemajuan dan pembangunan sesebuah
masyarakat memerlukan bimbingan
2. Aplikasi Prinsip Islam Dalam Aspek
Ekonomi
• Malaysia telah mengambil langkah yang wajar
untuk memastikan sistem kewangan Islam
berfungsi selaras dengan prinsip-prinsip syariah
• Tujuan utama ialah untuk memenuhi keperluan
umat Islam serta mampu bersaing dengan
sistem konvensional yang telah wujud sekian
lama.
• Hasilnya penubuhan Bank Islam , Lembaga
Urusan Tabung Haji
ISLAM HADARI
• Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan
dijadikan dasar dalam pembangunan negara
adalah satu usaha untuk mengenengahkan
Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan
menyeluruh meliputi seluruh ruang lingkup
kehidupan manusia di samping mengembalikan
semula kegemilangan Islam di persada dunia
Takrif Islam Hadhari bolehlah dihuraikan sebagai berikut:
I. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih
lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan
Islam secara juz’ie atau terpisah-pisah seperti Islam
bersifat politik (al-Islam al-Siyasi), Islam bersifat
tasawuf (al-Islam al-Sufi) dan seumpamanya.
II. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang
memberi fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan
kualiti hidup masyarakat bertamadun
III. Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya
aspek ritual dalam pembinaan tamadun.
Prinsip-Prinsip Asas Islam Hadhari

i. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah


ii. Kerajaan Adil dan Beramanah
iii.Rakyat Berjiwa Merdeka
iv.Penguasaan Ilmu Pengetahuan
v. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan
Komprehensif
vi.Kehidupan Berkualiti
vii.Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
viii.Keutuhan Budaya Dan Moral
ix.Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
x. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan
Selesai