Anda di halaman 1dari 4

Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan

Proses pembelajaran akan berlaku dengan lebih cepat dan berkesan sekiranya pembelajaran berlaku dalam persekitaran yang selamat. Selamat di sini bukan sahaja merujuk kepada keadaan fizikal dan peralatan di dalam bilik darjah berada dalam keadaan elok dan baik tetapi juga suasana emosi yang selamat. Pembelajaran berlaku dengan berkesan sekiranya para pelajar merasa diri mereka diterima oleh organisasi, terjamin dan tiada ugutan atau ancaman daripada orang-orang dipersekitarannya

Persekitaran pembelajaran yang sihat pula merujuk kepada hubungan antara pelajar dan guru yang mesra dan saling hormat menghormati. Persekitaran pembelajaran yang sihat akan mempengaruhi tingkahlaku orang di dalamnya. Oleh itu guru memainkan peranan yang penting kerana guru merupakan entiti sosial yang penting di dalam menentukan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bersifat autokratik lebih mendominasi suasana pembelajaran. Guru akan bertindak sebagai perancangan utama proses pembelajaran dan para pelajar hanya dikehendaki mengikut segala perancangan yang dibuat oleh guru. Pembelajaran dikawal oleh guru dan pelajar agak pasif. Sebaliknya guru yang bersifat permissive (laissez-faire) kurang menguasai suasana P&P. Mereka lebih banyak membiarkan para pelajar menentukan corak pembelajaran dan kurang kawalan kelas. Pelajar tidak dinyatakan dengan jelas tentang matlamat pembelajaran dan tiada peraturan/garis panduan yang boleh diikuti. Sekiranya adapun kurang jelas dan tidak dilaksnanakan secara konsisten. Sebaliknya suasana pembelajaran akan lebih harmonis sekiranya guru bersifatautoritarian/demokratik. Matlamat pembelajaran dinyatakan dengan jelas dan para pelajar mengikut peraturan dan garis panduan yang jelas yang ditetapkan oleh guru atau dibincang bersama dengan para pelajar.

Persekitaran yang sihat dan selamat ini akan menyumbang kepada pembelajaran yang menyeronokkan. Komunikasi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar berlaku secara bijaksana dan berhikmah. Jalinan hubungan mesra wujud dalam kalangan pelajar-pelajar. Emosi stabil yang dipamerkan oleh guru dan pelajar akan menjana zon pembelajaran yang seronok dan dengan ini pembejalaran akan lebih berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai