Anda di halaman 1dari 21

Kata Adjektif ( Kata Sifat )

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

Ciri-ciri kata adjektif


1.Kata adjektif boleh disertai kata penguat.
Contohnya; hebat,amat hebat, paling cantik,sangat cantik,laju betul,agak yakin,sangat tajam, amat rajin,paling tinggi, dan sebagainya.

2.Kata adjektif seringkali disertai imbuhan ter yang bermaksud paling dan se yang bermaksud sama.
Contohnya; terhebat(paling hebat), termanis(paling manis),terkasar(paling kasar),seindah(sama indah), seharum (sama harum),seberani(sama berani) dan lain-lain lagi.

3.Digunakan selepas nama benda atau sesuatu perkara. Contohnya; Tenunannya halus, ukirannya cantik,caranya menakjubkan, fikirannya tajam dan lain-lain lagi.

4.Penggunaan kata adjektif dapat disertai kata nafi tidak. . Contohnya; Tidak putih,tidak lancar, tidak canggih, dan sebagainya.

5.Dapat diulang dengan awalan se dan akhiran nya. Contohnya; sedalam-dalamnya, setinggitingginya,semaju-majunya , dan lain-lain.

Jenis-jenis kata Adjektif


(a) Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan (b) Kata AdjektifWarna (c) Kata Adjektif Ukuran (d) Kata Adjektif Bentuk (e) Kata Adjektif Jarak (f) Kata Adjektif Waktu (g) Kata Adjektif Perasaan (h) Kata Adjektif Cara (i) Kata Adjektif Pencaindera

(a)Kata adjektif sifatan atau keadaan


- Kata yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama -Dapat dilihat melalui 4 keadaan; a.Keadaan sifat atau rupa seseuatu benda yang dapat dilihat. Contohnya;menakjubkan,canggih,mempesonakan. b.Keadaan yang dipunyai oleh sesuatu (benda/orang). Contohnya;cantik,mulia,bersedia,pagan.

c. tanda yang khusus untuk mengenal sesuatu benda . d. Pembawaan seseorang seperti perangai, tabiat,atau watak. Contohnya;pemurah,pemarah, Penyayang ,

pelupa,ramah.
Contoh kata adjektif adalah seperti berikut;

budiman
letih

ganas
kasar

berakal
canggih

Cermat
cemas

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

(b)Kata Adjektif warna


Kata adjektif warna terdiri daripada perkataan yang memberikan pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya;

putih biru

Jingga merah

(c)Kata adjektif ukuran Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberikan pengertian ukuran sebagai unsur keterangan Contohnya; Pendek Tebal
Nipis

Kerdil

Tinggi
Besar

Panjang Renek

(d)Kata Adjektif Bentuk Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang memberikan pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya;
Bulat Bengkok Lonjong
Lurus Lekuk

Bujur

Leper

Kempis Gelembun Bundar g

(e)Kata Adjektif Waktu


Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang mempunyai pengertian konsep masa sebagai unsur penerangan. Contohnya;
Baharu Awal Lambat Segera Suntuk

Silam

Lama

Cepat Lampau Lewat

(f)Kata Adjektif Jarak


Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata adjektif . Contohnya;

Jauh dekat

Hampir nyaris

(g)Kata adjektif Cara


Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep keadaan kelakuan atau ragam,sebagai peneranga kata nama. Contohnya;

Cepat Laju Perlahan Gopoh Sering

Deras Lambat Lincah Jelas Selalu

(h)Kata Adjektif Perasaan Kata adjektif perasaan ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep parasaan sebagai penerang kata adjektif dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contoh kata adjektif perasaan; Rindu Benci Segan Suka Gembira

Berahi Ragu Kasih Sayang

Contoh penggunaannya dalam ayat;

Dia amat rindu akan emaknya. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya. Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu. Pemuda itu rindu sangat akan gadis pingitan itu.

(i)Kata adjektif Pancaindera

Kata adjektif pancaindera ialah jenis perkataan yang mempunyai makna konsep rasa,pandang,dengar,bau, sentuh,atau gabungan kelima-lima indera,sebagai penerang kata nama. Contohnya;

Rasa
Pandang Dengar

Sedap,manis,lazat,masam,kelat,pahit,masin ,tawar, lemak, payau


Cantik,molek,hodoh,lawa,buruk,tampan,co mel,segak Bising,merdu,nyaring,lunak,mersik,serak,ga rau

Bau
Sentuh

Harum,wangi,busuk,hapak,tengik,semerbak ,henyir, hancing


Halus,licin,kasar,keras,kesat,lembap,lembut

Gabungan Bersih(sentuh+pandang+bau),selesa(sentuh +pandang), tenteram(dengar+pandang)

Rumusan
Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat,ialah kata yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif Kata adjektif boleh dikenalpasti dengan beberapa penggunaan seperti seringkali disertakan dengan imbuhan ter, digunakan selepas kata nama benda atau perkara dan lain-lain.

Rujukan
Dr.Ali Mahmood,Mashudi Bahari,Dr.Seman Salleh,Munsyi Zainal Abidin Kasim,(2010). HBML2103 Morfotlogi dan Sintaksis Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai