Anda di halaman 1dari 75

SEMINAR KEPIMPINAN STOKIS OROSAVER 2013

Fakta 1 Fakta 2 Fakta 3 Fakta 4 Fakta 5

:Jenis-Jenis Emas :Istilah Berat Dan Ukuran Emas :Tujuan & Cara Menguji Emas :Adakah Emas Kekayaan Sebenar? : Harga Emas Sentiasa Meningkat Dalam Jangka Masa Panjang?

Fakta 6

: Emas Tidak Boleh Dimanipulasi?

SEMINAR KEPIMPINAN STOKIS OROSAVER 2013

FAKTA 7 FAKTA 8 FAKTA 9 FAKTA 10 FAKTA 11 FAKTA 12

: BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS? : MEMILIH EMAS FIZIKAL @ EMAS MAYA : CARA MEMBELI SURAT PAJAK & EMAS TERPAKAI : CARA MENJANA KEUNTUNGAN MELALUI PELABURAN & PERNIAGAAN EMAS : PENGIRAAN ZAKAT EMAS DAN PERAK :MEMBINA PERNIAGAAN EMAS BERSAMA POWERGOLD.BIZ

SEMINAR KEPIMPINAN STOKIS OROSAVER 2013

FAKTA 1 JENIS-JENIS EMAS

SEMINAR KEPIMPINAN STOKIS OROSAVER 2013

SEMINAR KEPIMPINAN STOKIS OROSAVER 2013

Tahukah anda, 1g emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi.. Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K. .

SEMINAR KEPIMPINAN STOKIS OROSAVER 2013

BERIKUT ADALAH JADUAL KUALITI EMAS MENGIKUT KETULENANNYA


1. 24 carat (999.9%)
Emas Sepuluh / Emas Mulia / Emas kertas

SEMINAR KEPIMPINAN STOKIS OROSAVER 2013

2. 23 carat (95.0%)
Emas Kelantan

3. 22 carat (emas 916, 91.6%)


Emas Singapura

4. 21 carat (87.5%)

5. 20 carat(83.3%)
Emas Paun

6.

18 carat (75.0%)
Emas yang mempunyai batu. Emas campur , biasa digunakan orang-orang dahulu kala

7. 14 carat (58.5%)
8. 10 carat ( 41.7%) 9. 9 carat (37.5%)
Emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki

Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan warna, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain. Ia bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.

Tahukah anda?? Warna emas bukannya kuning sematamata, ia boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper etc)

FAKTA 2 ISTILAH BERAT DAN UKURAN EMAS

UNIT BERAT LAMA KEPADA UNIT DALAM GRAM


Emas Se Amas = 2.551 gram Emas Se Rial =2.70 gram Emas Se Kupang = 0.64 gram Emas 2 Kupang = 1.28 gram Emas 6 Suku (1 mayam) = 5.06 gram Emas 5 Busak ( Mayam ) = 1.69 gram Emas 1 Mayam = 3.37 gram

Unit Timbangan Lama 16 tahil = 1 kati 1 kati = 600 gram 100 kati = 1 pikul 1 pikul = 60.48kg
Dalam dunia emas dan perak, seringkali kita menemukan istilah berat dan ukuran yang mungkin asing bagi kita.

Berikut adalah beberapa istilah berat dan ukuran emas/perak tersebut:


1 troy ounce: 31,1034 gram 1 troy ounce: 480 grain 1 troy ounce: 20 punt 1 troy ounce: 1,0971 ons avoirdupois (Amerika) 3,75 troy ounce: 10 tola (India) 6,02 troy ounce: 5 tael (Cina) 32,15 troy ounce: 1 metrik ton (1.000 kg)

FAKTA 3 TUJUAN & CARA MENGUJI EMAS

TUJUAN MENGUJI EMAS Untuk memastikan suatu barang benar-benar emas, selanjutnya jika telah pasti bahawa barang tersebut adalah emas maka perlu diketahui berapa kemurniaan emasnya. Kemurnian ini disebut juga kadar karat, dalam bahasa sederhana disebut karat.

TEKNIK PENGUJIAN EMAS 1. Pengujian Sederhana Pengujian ini dilakukan tanpa alat ukur atau alat bantuan yang lain. Biasanya dilakukan oleh orang-orang yang telah berpengalaman bertahun-tahun sehingga memilliki insting yang tinggi. Di kedai pajak gadai orang yang ditugaskan menguji emas (atau disebut penaksir emas) pun tidak semuanya memilki kemampuan ini.

Mereka biasanya memakai beberapa ciri fizik yang dijadikan acuan antara lain jenis berat (merasakan berat benda dan membandingkan dengan ukurannya), warna dan baunya (umumnya perhiasan emas warna dan baunya sangat dipengaruhi jenis dan kadar logam campurannya, serta acuan lain yang hanya merekalah yang tahu. Kerana biasanya pengujian ini dilakukan sebagai cara sederhana dan awal untuk membezakan emas dengan logam lain, emas asli atau emas gadungan.

2. PENGUJIAN KIMIA
Sudah jelas dari namanya pengujian ini mengunakan alat bantu berupa bahan kimia. Iaitu dua buah larutan yang pertama larutan asam: H2SO4 berwarna kuning, yang kedua campuran larutan H2SO4 dengan NaOH perbandingan 2:3 berwarna merah. Ditambah satu lagi alat bantu berupa bongkahan batu hitam

Barang uji digoreskan beberapa kali ke batu hitam RX tadi. Sebahagian goresan pada batu tadi dititiskan larutan H2SO4, terjadi reakasi kimia, tunggu beberapasaat (kira-kira setengah minit) kemudian keringkan dengan kapas, Ada tiga kemungkinan yang terjadi warna goresan:a. hilang sama sekali maka barang dinyatakan bukan emas, b. sedikit pudar maka barang dinyatakan emas berkadar dibawah 16 karat c. tetap sama maka barang dinyatakan emas berkadar diatas 16 karat.

Apabila telah diketahui barang tersebut emas dengan kadar diatas 16 karat,a kemudian dipastikan berapa karatkah emas tersebut? Untuk itu dilakukanlah tahap selanjutnya: d. Pada goresan emas sisi lainnya dititisi larutan kedua (warna merah) terjadi reaksi kimia, tunggu beberapa saat (kira-kira setengah minit) kemudian keringkan dengan kapas, ada tiga kemungkinan yang terjadi warna goresan: pudarsekali maka kadar emas dibawah 23 karat, diatas 16 karat, sedikit pudar maka kadar emas berkisar 23 karat atau 22 karat, tetap sama maka emas tersebut berkadar 24 karat (emas murni)

3. Pengujian Fizikal Kali ini adalah pengujian dengan menerapkan ilmu-ilmu fizikal. Iaitu dengan mengukur berat jenis barang uji.

Alat bantu yang dipakai adalah timbangan emas digital (timbangan ini memiliki ketelitian yang cukup tinggi), segelas air serta benang (tali rafia yang diurai tipis, dipilih kerana tidak menyerap air). Kekurangan teknik ini adalah terbatas pada emas (benda uji) yang padat berisi alias tidak berongga (masif).

PROSEDUR PENGUJIAN:
1. Emas ditimbang. Sebagai contoh emas yang saya bawa ditimbang hasilnya 10 gram. Hasilnya disebut sebagai berat kering. 2. Kemudian segelas air diletakkan diatas timbangan, kerana angka pada timbangan berubah maka perlu direset dengan menekan butang sehingga angka menjadi 0 (nol) kembali. 3. Kaedah timbangan air kini telah digunakan di kebanyakan sistem AR-Rahnu terutama Bank Rakyat kerana mempunyai ketepatan ukuran yang tinggi.

4. Pengujian Magnet
Alat Ukuran in akan memberi jenis emas dalam unit Karat

FAKTA 4 ADAKAH EMAS KEKAYAAN SEBENAR

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana: 1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya. 2. Emas tidak boleh dibinasakan. 3. Tahan lasak. 4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya. 5. Ia sukar diperoleh.

KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK.


Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah.Cuba anda pegang wang kertas RM50 seperti ini. Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.

SOALAN: BOLEH TAK ANDA MUSNAHKAN KEKAYAAN RM50 ?

JAWAPAN: BOLEH.. SENANG SANGAT.

Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara: 1. Koyak sampai lumat 2. Gunting 3. Bakar Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai. Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.

FAKTA 5 HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG

HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh euntungan daripada kenaikan harga emas. Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.

INFO KENAIKAN HARGA EMAS Ini yang telah berlaku. Harga dikira mengikut harga terendah dan harga tertinggi dalam tempoh 5 dan 10 tahun. Ini adalah fakta. Sumber graf dari http://www.kitco.com/

NILAI WANG KERTAS JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG


Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah.Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang tahun 2009? Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 RM3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.

NILAI WANG KERTAS JATUH DALAM JANGKA MASA PANJANG


Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang. Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini USD) maka hasilnya adalah seperti berikut:

EMAS IALAH ASET YANG TERUNGGUL


Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Emas Vietnam
Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka.Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka. Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan?Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.a sahaja.Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

FAKTA 6 EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASI?

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah.Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas.Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah: 1. Tanah Melayu Wang Pokok Pisang (Zaman pemerintahan Jepun) 2. Kerajaan Perancis tahun 1715 3. Republik Weimer Jerman - 1922-1923 4. Hungary 1945-1946 5. Chile 1971-1981 6. Peru 1988-1991 7. Angola 1991 1999 8. Yugoslavia 1992-1995 9. Belarus 1994-2002 10. Kerajaan Mexico pada tahun 1994

FAKTA 7 BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS?

PELABURAN EMAS SECARA FIZIKAL


Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: 1. Syiling emas 2. Jongkong emas 3. Barang kemas Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan.Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.

Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut: 1. Mudah dibawa 2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard. 3. Mudah ditunaikan. 4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread) 5. Boleh digadaikan. Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%).Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.

INSTITUSI YANG MENJUAL EMAS PELABURAN


Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:

1. Maybank - Syiling Kijang Emas 2. UOB Bank Syiling Emas dan Jongkong Emas 3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold syiling dan jongkong emas 4. Public Dinar Dinar emas 5. Dinar Emas Kelantan Dinar emas 6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya jongkong emas 7.Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (POWERGOLD.BIZ)

MEMBELI EMAS FIZIKAL DI KEDAI EMAS.


Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas.Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi.Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas.Ini kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%. Terdapat 2 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas iaitu: 1. PAMP Suisse 2. Poh Kong Bunga Raya

PELABURAN EMAS MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS


Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu 1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA) 2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA) Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

FAKTA 8 MEMILIH EMAS FIZIKAL @ EMAS MAYA

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas. Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda?Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Jawapan saya: BELI EMAS FIZIKAL.

BOLEH DIGADAIKAN Menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan. EMAS FIZIKAL BOLEH DIJUAL Pada bila-bila masa dan kepada sesiapa yang ingin membelinya. Walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

RUJUKAN: HARGA EMAS DI MALAYSIA.


Berikut saya senaraikan kompilasi harga-harga emas di yang dijual di Malaysia 1. Harga Harian Syiling Kijang Emas http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141 2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA) http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold) http://publicgold.com.my/


4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar) http://publicdinar.com/ 5. Harga Dinar Emas Kelantan http://www.dinarkel.com/

RUJUKAN: HARGA EMAS DI MALAYSIA.


6. Harga Emas UOB Bank Gold Products http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my/


8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving Http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/,CatId=/mbb/Personal/INVInvestment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

FAKTA 9 CARA MEMBELI SURAT PAJAK & EMAS TERPAKAI

BAGAIMANA MEMBELI SURAT PAJAK


Sebenarnya ramai dikalangan pengadai hilang emas gadaiannya kerana tamat tempoh.Bukan saja kehilangan barang berharga, malah ia dikatakan rugi. Kerana nilai gadaian tidak sama dengan nilai emas sewaktu dibeli. Antara 55% ke 60% sahaja emas itu diberikan pinjaman wang. Ini mengikut kadar sesetengah tempat di mana pajak gadai tersedia.

Sebenarnya anda boleh menjadi seorang peniaga emas yang telah cukup tempoh gadainya ini dengan berbagai cara. Antaranya:
1) Dapatkan surat gadaian dari pelangan anda. 2) Dapatkan pengesahan untuk menebus gadaian (buat surat bertulis) yang mengandungi mengakuan pemilik barang kemas itu membenarkan anda menebusnya. Tanda tangan, no kad pengenalan, jenis barang kemas dan pastikan surat pajakan dan salinan kad pengenalan. 3) Bawa si pegadai tersebut ke kedai pajak gadai dan dia sendiri menebusnya dengan anda yang menyediakan wang tebusan.

4) Jika si tuan punya barang kemas ingin menjualnya kepada anda, anda hendaklah menentukan harga nilai emas tersebut. Sebagai contoh harga rantai emas itu RM1000. Anda hendaklah menolak kos pembayaran pengadaian dan bakinya hendaklah dikembalikan kepada pemilik barang emas tersebut. Peringatan: Sediakan surat akujanji jual beli yang mengandungi akur janji mengesahkan pemilik telah menjualnya kepada anda.Salinan kad pengenalan dan tanda tangan pemilik.

Kesimpulannya, kaedah membeli surat pajak adalah dengan cara mengira emas pada harga semasa ditolak dengan jumlah wang yang telah diambil oleh penggadai dan jumlah kos upah simpan oleh pihak Ar-Rahnu.

BAGAIMANA MEMBELI EMAS TERPAKAI


Sebenarnya perniagaan ini telah lama dijalankan oleh orang China.Seperti pajak gadai selain dari menerima pelanggan bagi tujuan meminjam wang dengan mencagarkan barang kemas (emas), pajak gadai juga membeli emas terpakai dengan nilai semasa. Ada sesetengahnya mengambil kesempatan dengan mengurangkan nilai emas semasa dengan memberikan pelbagai alasan.Antaranya emas itu dikatakan rosak. Sebenarnya nilai emas tidak akan turun sekalipun rosak atau rantai emas putus. Emas perlu ditimbang kemudian dinilai dengan harga semasa.Secara langsung ramai pelanggan tertipu dengan sikap pembeli barang emas terpakai ini. Sebenarnya ramai di kalangan pemilik emas terpakai yang rosak ingin menjualnya.Sebagai saudagar emas anda kenalah bersikap jujur dalam membeli hak milik pelanggan anda.

Untuk tujuan memulakan langkah pertama di sini saya berikan tipnya:1) Sediakan nilai wang yang bersesuaian dengan keperluan ketika membeli emas terpakai. Sebagai contoh anda perlu ada RM500 untuk membeli barang kemas bernilai kurang dari RM500.Jika lebih adalah lebih baik kerana anda mungkin didatangi pelanggan yang hendak menjual barang emas mereka dengan nilai semasa. 2) Dapatkan maklumat terkini setiap hari harga pasaran emas, 999.9. 916 dan yang lain. Ingat! anda pembeli, maka perlulah membeli dengan harga beli iaitu nilainya rendah dari harga jual. Sebagai contoh:- Emas 999.9 harga beli RM155 segram. Harga jual RM147 se gram.Anda perlu menggunakan sebut harga jual RM147 se gram.

3) Untuk mendapatkan harga emas semasa anda boleh melawati laman web yang menyediakan harga naik turun emas misalnya: Bank Negara, Public Gold dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui kedai-kedai emas ternama di mana menyediakan papan kenyataan harga pasaran emas.beli dan jual. 4) Tidak ramai yang tahu anda seorang pembeli emas terpakai. Mungkin kawan, saudara-mara anda saja yang tahu.Maka war-warkan perniagaan anda kepada sesiapa yang anda kenali.Biasanya iklan dari mulut ke mulut ini menjadi lebih lancar berbanding iklan berbayar di akhbar.

FAKTA 10 CARA MENJANA KEUNTUNGAN MELALUI PELABURAN DAN PERNIAGAAN EMAS

TEKNIK 1 : BELI EMAS FIZIKAL DAN PEGANG SELAMA YANG MUNGKIN SEBAGAI ASET.
Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 20 30 tahun. Emas ini akanmenjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini. Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini? Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam makasemakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.

SEBAGAI CONTOH, Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400. Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Bank Rakyat) pada tahun 2009 ialah: 65% x RM11400 = pinjaman RM7410 Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108% Maka nilai emas naik menjadi RM23 712 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM23 712 = RM15 412.80 Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216% menjadi RM36 024 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM36 024= RM23 415.60

Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324% menjadi RM48 336 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM48 336= RM31 418.40

Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh memberikan pinjaman bernilai RM31 418.40 setelah 12 tahun.

TEKNIK 2: BELI EMAS FIZIKAL KETIKA HARGA RENDAH DAN JUAL APABILA HARGA TINGGI
Ini adalah kaedah yang termudah sekali.Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi. Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti gold bar OROSAVER 999.9 dan 916 serta barangan emas 999.9. Contohnya rantai tangan gajah.Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan. Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan. Harga jualan 1 Oz Kijang Emas Bank Negara Malaysia pada 21/8/2009 ialah RM3388 Harga pada 2/5/2013 ialah RM4718 DALAM TEMPOH MASA 3 TAHUN SAHAJA TELAH BERLAKU PENINGKATAN SEBANYAK 39%.

TEKNIK 3 : BUAT PINJAMAN SEMAKSIMUM MUNGKIN DAN BELI EMAS FIZIKAL


Berdasarkan analisis, membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan.Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik. Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin

Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini(23/7/2008 tarikh artikel ini ditulis) berapa untung nya? Ini pengiraannya: Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!! Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata pulangan ialah 20% setahun. Hebat betul keuntungan daripada emas ini ye.

KAJIAN KES: Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00. Jika RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka andadapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi RM2351 (2/4/2007). Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351 x 8 = RM18 808! Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntunganbersih anda ialah RM5188.00 Anda akan untung 51.88% .

FAKTA 11 PENGIRAAN ZAKAT EMAS DAN PERAK

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab. - Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun. -Nisab pula merujuk kepada nilai berat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu: 1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai) 2. Zakat emas yang dipakai. 1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai) Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun.Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

2.

Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi uruf (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

NILAI URUF BAGI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000 Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000 Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

FAKTA 12 MEMBINA PERNIAGAAN EMAS BERSAMA POWERGOLD.BIZ

1. Menjadi pemilik & penggemar emas 2. Membeli barang kemas pada harga istimewa 3. Menambah pendapatan melalui keuntungan runcit 4. Menjadi tauke kedai emas bergerak ke seluruh malaysia.

5. Diberi ilmu untuk memanfaatkan industri emas


6. Sistem tukar barang kemas ikut berat gram ke gram tanpa susut nilai

Anda mungkin juga menyukai