Anda di halaman 1dari 10

Teori Pelaziman Emosi Watson

Pengenalan

Selain Ivan Pavlov, John B Watson merupakan seorang lagi ahli psikologi yang menggunakan perkataan behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkah laku dalam proses pembelajaran. Beliau juga telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak kanak lelaki bernama Albert, yang berumur 11 bulan.

Eksperimen

Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak kanak tersebut seekor tikus putih. Pada mulanya kanak kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus tersebut,

tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan kemunculan tikus tersebut, kanak kanak tersebut menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak kanak tersebut pada tikus putih.

Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas tertentu yang akan dihasilkan.

Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi.
Kesimpulannya, dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.

Pelaziman operan
Pelaziman operan juga dikenali sebagai pelaziman instrumental Suatu bentuk pembelajaran melibatkan kesan akibat tingkahlaku menjadi kemungkinan kepada tingkahlaku seterusnya diulangi, diteruskan atau dihentikan

Implikasi terhadap pengajaran & pembelajaran.


Kurikulum

Menimbulkan minat pelajar

Memberi rangsangan kepada pelajar untuk berfikir tentang berlakunya sesuatu perkara.
Guru dapat mengetahui respons / gerakbalas yang diberi oleh para pelajar terhadap rangsangan yang diberi.

Pengajaran

Guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan ransangan yang akan didedahkan kepadanya. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Guru dapat memilih rangsangan yang sesuai untuk diberikan kepada para pelajar mengikut minat mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

Penilaian

Memberi ganjaran dan peneguhan terhadap respons yang betul Sentiasa menilai tahap penerimaan para pelajar. (post mortem)

Memberi motivasi yang berterusan

Implikasi terhadap kanak kanak berkeperluan khas

Memberi respons yang baik terhadap rangsangan yang diberi. Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran. Mempertingkat keyakinan diri pelajar Memberi didikan kepada mereka supaya tidak membatasi keupayaan diri.