Anda di halaman 1dari 88

TENAGA DAN PERUBAHAN

KIMIA
BAB 5
Perubahan Fizik dan
Perubahan Kimia
Terdapat dua jenis perubahan iaitu
perubah an fizik
perubahan kimia.

Perubahan fizik
Perubahan fizik melibatkan hanya perubahan
dalam sifat fizik.
Sifat fizik - ciri yang dapat diperhatikan dan
tiada kaitan dengan perubahan dalam jirim
Contoh sifat fizik - isi padu, jisim, keadaan
jirim, tekstur, bentuk, ketumpatan, dan warna.
Perubahan keadaan jirim atau sifat jirim yang
tidak melibatkan perubahan kimia.
Ciri-ciri:
prosesnya boleh berbalik
tiada bahan baru dihasilkan.
Contoh:
Air membeku menjadi ais
Gelas yang pecah apabila terjatuh ke lantai
Lilin melebur apabila dinyalakan
Telur mengeras apabila direbus

Perubahan fizik
Perubahan kimia
Berlaku tindak balas kimia
Contoh: pembakaran kertas


Satu atau lebih bahan baharu dihasilkan.
Bahan yang dihasilkan adalah berbeza
daripada bahan asal.

Perubahan jirim yang berkaitan dengan sifat
kimia dan ada kaitan dengan tindak balas
kimia.
Proses yang tidak boleh berbalik
Bahan baru dihasilkan.
Haba dan Cahaya mungkin dibebaskan.
Perubahan kimia
Kertas terbakar
Mancis terbakar
Bikarbonat soda larut
dalam air
Cuba fikirkan???????
Antara aktiviti di bawah, yang manakah yang
melibatkan perubahan kimia dan yang
manakah perubahan fizik?
Banding dan beza
Perubahan fizik Perubahan kimia
Berubah secara fizik
sahaja
Bahan berubah secara kirnla dan
fizik
Tidak menghasilkan
bahan yang baharu.
Menghasilkanbahan yang
baharu daripada bahan asal.
Tidak mengubah sifat
kimia bahan
Bahan baharu mempunyai sifat
kimia yang lain daripada bahan
asal
Boleh dapatkan
semula keadaan
bahan asal
Tidak boleh dapatkan semula
bentuk bahan asal dengan
mudah
Perubahan berbalik Perubahan tidak berbalik
Perubahan Haba dalam
Tindak Balas Kimia
Haba boleh menyebabkan dua atau lebih bahan
membentuk bahan yang baharu.
Pembakaran - proses menggabungkan bahan
dengan oksigen melalui pemanasan.
Haba dan cahaya dibebaskan.
Contoh: pembakaran arang
Tindak Balas Kimia.
Bahan baru terhasil.
Perubahan haba berlaku sama ada haba diserap
atau dibebaskan.
Haba diserap untuk memecahkan ikatan antara
atom.
Atom tersusun semula menghasilkan bahan
yang baru. Apabila ikatan terbentuk haba
dibebaskan.
Perubahan haba ditunjukkan dengan simbol
H.

Tindak Balas Kimia Menyerap atau
Membebaskan Haba
Jika tenaga haba yang dibebaskan melebihi
tenaga haba yang diserap, keseluruhan tindak
balas akan menyebabkan haba dibebaskan ke
persekitaran dan sebaliknya.
Edotermik haba diserap dari persekitaran
Kesan: bekas menjadi sejuk
Eksotermik haba dibebaskan ke persekitaran
Kesan: bekas menjadi panas

Tindak balas endotermik
Suhu bekas meningkat, suhu persekitaran
berkurangan
Perubahan haba (H) positif bahan terima
haba
Contoh:
Natrium klorida larut dalam air, haba dari
persekitaran diserap untuk memecahkan
ikatan kimia
Bekas menjadi sejuk
Aras tenaga bagi tindak balas
endotermik
Tindak balas eksotermik
Tenaga haba dibebaskan ke persekitaran.
Suhu persekitaran bertambah kerana
persekitaran telah menerima tenaga haba
daripada bahan
Perubahan haba (H) negatif bahan
kehilangan haba
Contoh: melarutkan logam natrium dalam air,
ikatan dalam molekul air dipecahkan
Aras tenaga bagi tindak balas
eksotermik
Perubahan Tenaga dalam Tindak
Balas Kimia dalam Industri
Tenaga haba banyak dibebaskan ke
persekitaran kerana jumlah bahan tindak
balas yang besar digunakan untuk
menghasilkan bahan yang baharu
Contoh: Proses Haber
Gas nitrogen dan hidrogen dicampurkan
untuk menghasilkan gas ammonia
Kereaktifan Logam
Darjah kecenderungan logam untuk bertindak
balas secara kimia.
Logam yang sangat reaktif - kalium, natrium,
magnesium dan zink ialah
Logam yang tidak reaktif - emas dan platinum
Kereaktifan Logam dengan Air
Ada logam yang bertindak balas dengan segera
apabila dimasukkan ke dalam air
Kalium, natrium dan kalsium
Ada logam yang bertindak balas dengan stim
Zink
Ada pula logam yang tidak bertindak balas
dengan air atau stim.

Kereaktifan Logam dengan Asid
Logam yang sangat reaktif bertindak balas
dengan asid cair dan menghasilkan letupan.


Logam yang tidak reaktif - kuprum, perak, dan
emas tidak bertindak balas dengan asid cair

Kereaktifan Logam dengan
Oksigen
Ada logam yang menghasilkan logam oksida
apabila dipanaskan dalam gas oksigen


Logam yang sangat reaktif - kalium dan
natrium menghasilkan api merah
Logam yang kurang reaktif - kuprum bertindak
balas dengan perlahan
Siri Kereaktifan Logam
Logam boleh disusun dalam susunan mengikut
kereaktifannya dengan air, asid, dan oksigen
Logam yang paling reaktif diletakkan di
sebelah atas dan logam yang paling tidak
reaktif diletakkan di bawah.

Siri Kereaktifan Logam
Membina siri kereaktifan logam
berdasarkan tindakbalas dengan oksigen
Logam yang berlainan mempunyai kadar
tindak balas dengan oksigen yang berlainan
Kedudukan Karbon dalam Siri
Kereaktifan Logam
Logam oksida yang berkedudukan pada
bahagian bawah siri kereaktifan logam akan
kehilangan oksigen kepada karbon jika
dipanaskan dengan karbon
Lebih reaktif suatu logam, lebih sukar untuk
karbon memisahkan oksigen daripada
oksida ogam tersebut
Karbon tidak dapat memisahkan oksigen
daripada oksida logam yang sangat reaktif
seperti kalsium
Karbon tidak boleh digunakan untuk
memisahkan oksida logam yang lebih
reaktif daripada karbon.

Contoh:

Mengaplikasikan Siri
Kereaktifan logam
Hampir semua logam yang ditemui dalam
tanah adalah dalam bentuk mineral
Contoh:
Timah iaitu stanum ditemui dalam mineral
yang dikenali sebagai kasiterit, iaitu stanum
(IV) oksida.
Bijih adalah mineral yang mengandungi
logam yang tidak tulen dan bendasing.
Kaedah pengasingan fizik dan proses kimia
digunakan untuk mendapatkan logam tulen
daripada bijih

Kepentingan Siri Kereaktifan Logam
dalam Pengekstrakan Logam
Pengekstrakan logam - proses untuk
mendapatkan logam tulen daripada sebatian
logam.
Logam tulen diperoleh daripada sebatian
logam melalui tindak balas kimia.
Kaedah yang digunakan untuk mengekstrak
logam bergantung pada kedudukan logam
tersebut dalam siri kereaktifan logam.

Logam yang berada di atas dalam siri
kereaktifan logam adalah sangat reaktif dan
wujud sebagai sebatian logam dengan ikatan
kimia yang sangat kuat
Proses elektrolisis - Proses penguraian
sebatian logam yang sangat reaktif kepada
unsurnya menggunakan tenaga elektrik
Kaedah pemanasan digunakan untuk
menghasilkan logam tulen daripada logam
yang kurang reaktif apabila dipanaskan
dengan karbon
Dikenali sebagai kaedah pengasingan fizik
Contoh:
Kuprum, perak, dan emas

Kedudukan Logam dalam Siri Kereaktifan
Logam dan Kaedah engekstrakan Logam
Faktor yang penting untuk menentukan
kaedah pengekstrakan logam dari sebatiannya
Contoh:
Aluminium berada dalam kedudukan lebih
tinggi daripada karbon dalam siri
kereaktifan logam.
Tidak boleh diekstrak daripada oksidanya
menggunakan pemanasan dengan karbon
Kaedah pengekstrakan logam dari
sebatiannya.
Kereaktifan bertambah Logam Kaedah Pengekstrakan
kalium
natrium
kalsium
magnesium
aluminium
Elektrolisis bijih yang
dileburkan
(karbon)
zink
besi
timah
plumbum
Memanaskan campuran
bijih dan karbon
kuprum
merkuri
Memanaskan bijih (logam
sulfida) dalam udara
perak
emas
Wujud sebagai unsur yang
bebas di dalam tanah
Pengekstrakan logam daripada
Bijihnya
Proses mendapatkan logam tulen daripada
sebatian logam iaitu bijih.
2 kaedah:
memanaskan sebatian dalam karbon.
proses elektrolisis.
Memanaskan sebatian dalam
karbon
Bijih timah adalah sebatian timah yang terdiri
daripada stanum(IV) oksida
Bijih timah dipanaskan dalam udara untuk
mengeluarkan sulfur
sulfur + oksigen sulfur dioksida
Timah tulen diperoleh dengan memanaskan
campuran bijih timah dan arang kok (karbon)
dalam relau bagas

Campuran dipanaskan hingga ke suhu
1300C ke 1400C untuk memecahkan
stanum (IV) oksida kepada logam timah tulen.

Timah boleh diekstrak dari stanum (IV)
oksida dengan memanaskannya dalam karbon
kerana timah adalah kurang reaktif daripada
karbon.
Preoses Pengekstrakan Timah
Proses elektrolisis
Aluminium adalah lebih reaktif daripada
karbon.
Aluminium diekstrak daripada oksidanya
melalui proses elektrolisis.
Bauksit - bijih aluminium perlu dileburkan
terlebih dahulu
Arus elektrik dilalukan melalui leburan
bauksit, iaitu aluminium oksida dan kriolit
pada suhu 900C.
Logam aluminium terkumpul pada e1ektrod
negatif yang dikenali sebagai katod.
Oksigen dibebaskan pada elektrod positif yang
dikenali sebagai anod.
Leburan aluminium mengalir dan dikumpul
dalam mangkuk pijar
Proses Elektrolisis Aluminium
Elektrolisis
Gabungan dua perkataan iaitu 'elektro' dan
'lisis
'Elektro' bermaksud 'elektrik'. 'Lisis'
bermaksud 'terurai
Bermaksud penguraian menggunakan elektrik.

Apabila tenaga elektrik dilalukan melalui air,
air terurai kepada gas oksigen dan gas
hidrogen.
Gas oksigen dibebaskan pada elektrod positif
Gas hidrogen dibebaskan pada elektrod
negatif.
Elektrolit - cecair atau leburan yang boleh
mengalirkan arus elektrik.
Contoh - air
Elektrod - bahan yang membenarkan elektrik
memasuki atau keluar daripada elektrolit.
Rod karbon digunakan sebagai elektrod.
Anod - elektrod yang disambung pada
terminal positif sel kering.
Katod - elektrod yang disambung pada
terminal negatif.
Ketika elektrolisis, molekul air dipecahkan
kepada ion hidroksida (-) dan ion hidrogen (+).
Pemasangan radas
pada elektrolisis

Air terurai kepada gas
oksigen dan hidrogen
Cas yang berlawanan menarik dan cas yang
sama menolak.
Kation - Ion hidrogen yang bercas positif
mengalir ke katod, iaitu terminal negatif.
Anion - Ion hidroksida yang bercas negatif
mengalir ke anod, iaitu terminal positif
Anod elektrod positif Katod elektrod negatif
Kation elektod positif Anion ion negatif
Elektrolisis dan Elektrolit
Ketika elektrolisis, elektrolit diuraikan
kepada unit asas.
Contoh - leburan kuprum(II) klorida
diuraikan menjadi logam kuprum dan gas
klorin.
Logam kuprum dienapkan pada katod dan
gas klorin dibebaskan pada anod.
Elektrolisis kuprum (II) klorida.
Anion Kation
Ion klorida yang bercas
negatif mengalir ke anod.
Ion kuprum(ll) yang bercas
positif mengalir ke katod.
Ion klorida membebaskan
elektron pada anod dan
membentuk atom klorin.
Dua atom klorin bergabung
membentuk molekul
klorin.
Ion kuprum(ll) menerima
elektron daripada katod
dan bertukar menjadi atom
kuprum
Anion Kation
Ion klorida atom klorin
+ elektron
Ion kuprum(ll) + elektron
atom kuprum
Dua atom klorin bergabung
membentuk molekul klorin
Logam kuprum dienapkan
di katod.
Elektrolisis dalam Industri
Digunakan dengan meluas :
proses penulenan logam,
pengekstrakan logam
penyaduran logam.
Penulenan Logam
Argentum (perak) - ditulenkan menggunakan
elektrolisis.
Argentum yang tidak tulen digunakan sebagai
anod.
Argentum tulen digunakan sebagai katod.
Pada anod, atom argentum kehilangan
elektron dan menjadi ion argentum iaitu
kation
Ion argentum mengalir masuk ke dalam
elektrolit.
Elektrolit yang digunakan ialah perak nitrat
Pada katod, ion argentum menerima elektron
dan bertukar menjadi atom argentum (logam
tulen).
Bendasing terkumpul pada dasar bekas.
Pengekstrakan logam
Logam yang lebih reaktif berbanding karbon
diekstrak menggunakan proses elektrolisis.
Contoh - aluminium diekstrak melalui
elektrolisis leburan bauksit, iaitu bijih
aluminium oksida

Anod: atom logam ion logam + elektron
Katod: ion logam + elektron atom logam
Penyaduran Logam
Tin makanan dibuat daripada besi dan boleh
berkarat.
Tin disadur dengan lapisan timah iaitu stanum
yang nipis supaya tidak berkarat melalui
proses elektrolisis yang dikenali sebagai
penyaduran elektrik.
Logam yang ingin disadur digunakan sebagai
katod
Penghasilan Tenaga Elektrik daripada
Tindak Balas Kimia
Tenaga Elektrik dari Sel Ringkas
Sel ringkas terdiri daripada dua elektrod yang
dibuat daripada dualogam yang berlainan dan
elektrolit.
Elektrolit terdiri daripada larutan garam, asid
cair atau alkali cair
Kepingan zink dan kuprum digunakan sebagai
elektrod.
Zink lebih reaktif daripada kuprum.

Litar Sel Ringkas
Atom zink membebaskan elektron ke dalam
wayar litar menjadi ion zink dan terlarut ke
dalam elektrolit.
Pada elektrod kuprum, ion hidrogen daripada
elektrolit menerima elektron.
Ion hidrogen bertukar menjadi atom hidrogen.
Dua atom hidrogen bergabung membentuk
molekul hidrogen dan dibebaskan dalam
bentuk gas.

Tenaga elektrik dihasilkan.
Kepingan zink adalah elektrod negatif dan
kepingan kuprum adalah elektrod positif.
Dalam sel ringkas:
terminal negatif - elektrod logam yang lebih
reaktif
terminal positif - elektrod logam yang
kurang reaktif
Sel Kering
Mengandungi pasta ammonium klorida dan
zink klorida, rod karbon, dan bekas zink serta
campuran mangan(lV) oksida dan serbuk
karbon.
Terminal negatif - bekas zink adalah dan
Terminal positifrod rod karbon
Elektrolit - pasta ammonium klorida dan zink
klorida.
Dikenali sebagai sel kering - elektrolit yang
digunakan bukan dalam bentuk cecair.
Digunakan dalam radio transistor, unit
kawalan jauh, dan jam loceng

Keratan rentas sebuah sel kering
Sel Basah

Akumulator asid-plumbum
Terdiri daripada bekas plastik yang besar dan
mengandungi satu kumpulan sel yang
disambung secara bersiri.
Perlu caskan sebelum digunakan
Digunakan dalam kereta dan motosikal.
Keratan rentas sel basah
Bateri Alkali
Menggunakan elektrolit kalium hidroksida
atau natrium hidroksida
Terminal positif - campuran mangan oksida
dan karbon
Terminal negatif - bekas zink
Menghasilkan arus elektrik yang lebih tinggi
dan tahan lebih lama daripada sel kering.
Digunakan dalam alat permainan elektronik
dan denyar kamera.

Bateri alkali
Denyar kamera
Bateri Merkuri Oksida
Dikenali sebagai bateri butang
Menghasilkan arus elektrik dengan nilai
yang tetap.
Elektrolit - kalium hidroksida sebagai.
Terminal negatif - zink
Terminal positif - merkuri oksida.
Digunakan dalam jam tangan dan kamera
analog.

Bateri Merkuri Oksida
Bateri Nikel-Kadmium
Boleh dicas semula.
Terminal positif - nikel oksida
Terminal negatif - kadmium
Elektrolit - Kalium hidroksida
Tahan lebih lama - boleh dicas semula
berulang kali.
Digunakan dalam telefon bimbit, denyar
kamera, alat pertukangan dan alat permainan
elektronik,

Bateri nikel-kadmium
Cahaya dan Tindak Balas Kimia





Apabila filem
didedahkan kepada
cahaya, berlaku tindak
balas kimia dalam emulsi
filem.






Tumbuhan menggunakan
cahaya untuk membuat
makanan dalam proses
fotosintesis.

Perubahan Kimia yang Disebabkan
oleh Tenaga Cahaya
Proses fotosintesis - dijalankan oleh tumbuhan
hijau untuk membuat makanan.
Tumbuhan hijau yang mengandungi klorofil
menggunakan air, karbon dioksida, dan tenaga
cahaya untuk menghasilkan glukosa (gula)
Gas oksigen dan air dibebaskan ke udara.
Gula yang dihasilkan - membekalkan tenaga
kepada hidupan lain.

Tindak balas kimia dalam daun
hijau ketika fotosintesis.

cahaya matahari
air + karbon dioksida glukosa + oksigen + air
Tenaga Cahaya dan Filem
Fotograf
Bahan fotopeka - bahan yang berlaku
tindak balas kimia apabila didedahkan kepada
cahaya.
Filem fotograf mengandungi salutan yang
dibuat daripada bahan fotopeka, iaitu
argentum bromida.
cahaya
argentum bromida argentum + bromin
Salutan argentum bromida akan terurai
menjadi salutan logam argentum yang
legap apabila didedahkan kepada cahaya dan
diproses menggunakan bahan kimia

Filem negatif yang
belum didedahkan
kepada cahaya
Filem negatif yang telah
didedahkan kepada
cahaya dan telah diproses
Menyimpan Bahan Kimia
Fotopeka
Bahan kimia fotopeka akan terurai kepada
bahan yang lebih ringkas apabila didedahkan
kepada cahaya
Contoh: hidrogen peroksida, argentum klorida,
dan argentum nitrat.
Dalam kehadiran cahaya, hidrogen peroksida
terurai kepada air dan gas oksigen.


cahaya
hidrogen peroksida air + gas oksigen
Dalam kehadiran cahaya, argentum klorida
terurai kepada logam argentum dan gas klorin



Bahan kimia fotopeka perlu disimpan dalam
bekas yang legap.
Tidak boleh disimpan dalam bekas yang
lutsinar atau lutcahaya.

cahaya
argentum klorida argentum + gas klorin
Botol Reagen
Bahan kimia fotopeka
perlu disimpan dalam
bekas yang legap.

Faedah Tindak Balas Kimia
sebagai Sumber Tenaga
Tindak balas kimia ada kaitan dengan
perubahan tenaga.
Banyak tenaga digunakan untuk menghasilkan
bahan yang baharu daripada bahan mentah.

Kain nilon yang lembut dan plastik yang
ringan dan kalis air dihasilkan daripada bahan
mentah iaitu petroleum melalui tindak balas
kimia
Kain nilon Botol plastik
Gunakan Tenaga dengan Bijak
Sumber tenaga elektrik adalah daripada
bahan api fosil yang terhad dan tidak boleh
diganti.
Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik,
dapat:
membantu mengekalkan alam sekitar
menjimatkan wang kerana
Penggunaan Sumber Tenaga tanpa
Mencemarkan Bumi
Hujan asid terhasil daripada pembebasan
gas sulfur dioksida ke dalam udara daripada
pembakaran api fosil.
Boleh:
menghakis dinding bangunan.
mempercepatkan proses pengaratan logam.
Penggunaan bateri yang boleh dicas semula
menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli
bateri baharu setiap kali bateri kehabisan
kuasa.
Boleh menyebabkan pencemaran jika dibuang
merata-rata
Perlu dibuang di tempat yang dikhaskan
supaya bahan dalam bateri boleh dikitar
semula
Kepentingan Tindak Balas Kimia
dalam Menghasilkan Tenaga
Membantu keselesaan ketika menggunakan
alat elektronik.
Sel kering - lebih mudah bergerak kerana alat
elektronik yang menggunakan sel kering
menjadi mudah alih.
Sel yang bersaiz kecil membolehkan barang
elektronik yang lebih kecil dibina:
kalkulator, komputer riba, dan telefon
bimbit
Alat elektronik mudah alih kerana
menggunakan bateri sebagai
sumber tenaga

Anda mungkin juga menyukai