Anda di halaman 1dari 13

Kepimpinan

Transformasi
1
KEPIMPINAN TRANSFORMASI
Diasaskan oleh James Mac Gregor Burns (1978) dalam
buku Leadership.
Kepimpinan transformasi merupakan satu proses di
mana para pemimpin dan pengikut cuba meningkatkan
diri antara satu sama lain ke peringkat tertinggi bagi
moraliti dan motivasi. Dengan ini pemimpin cuba
menjana idea untuk meningkatkan subordinat melalui
kuasa rujukan kepada idea-idea perubahan yang tinggi.
Idea kepimpinan ini telah diperluaskan lagi oleh
Bernard Bass (1985)
Teori ini muncul dari gabungan Teori Sifat dan Teori
Tingkah laku
2
KEPIMPINAN TRANSFORMASI:
ANDAIAN
Kepimpinan merupakan satu proses dinamik apabila
pengikut rela menerima pengaruh pemimpin
Penerimaan bergantung kepada proses pertukaran
pemimpin memberi serta memperolehi sesuatu sebagai
balasan
Tanggapan pengikut terhadap tindakan & aspirasi
pemimpin adalah inti pati yang penting dalam teori ini.
Pemimpin berinteraksi dengan pengikut dalam keadaan
yang terjamin
Sumber kuasa yang dimiliki oleh pemimpin diperolehi
sama ada daripada pihak atasan atau daripada semangat
kesetiaan yang ditunjukkan oleh pengikut.
3
TAKRIFAN-TAKRIFAN LAIN
KEPIMPINAN TRANSFORMASI
Sebagai kepimpinan perubahan - Pemimpin yang
menggunakan gaya transformasi percaya mereka boleh
mendorong subordinat supaya mengubah nilai dan
sikap mereka dengan adanya komitmen terhadap
matlamat organisasi dan perjuangan.
Bennis & Nanus (1985): kebolehan pemimpin
membentu & menterjemah motif & matlamat di
kalangan pengikut untuk mencapai perubahan
signifikan melalui kepentingan & tenaga bersama
secara kolektif.
Bass (1985) : bekerja untuk mengubah nilai
kepercayaan orang bawahan untuk mengubah budaya
sesebuah organisasi.

4
TAKRIFAN-TAKRIFAN LAIN
KEPIMPINAN TRANSFORMASI
Kepimpinan moral - juga mengfokuskan kepada
peringkat moral dan motivasi yang tinggi dalam
menjalankan sesuatu tugas. Dalam hal ini kepimpinan
jenis ini memerlukan seseorang yang bersifat
kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak
tamak dan mencemburui subordinat.
Starratt (1999), buku Moral Dimensions of Leadership
menekankan pembinaan bersama (common interest)
dengan cara membuang sikap mementingkan diri
sendiri & seterusnya membina nilai & kepercayaan
baru.

5
TAKRIFAN-TAKRIFAN LAIN
KEPIMPINAN TRANSFORMASI
Gary Yukl (1998): satu proses membina
komitmen /iltizam pengikut dan empowermen
mereka ke arah pencapaian objektif
Pemimpin menggalakkan subordinatnya
supaya bertindak menggunakan keyakinan diri
mereka sendiri bagi kebaikan sesebuah
organisasi dan juga pemimpin dapat
mempengaruhi subordinatnya secara luar
biasa.

6
UNSUR UTAMA
TEORI KEPIMPINAN TRANSFORMASI
(DARI PERSPEKTIF PENGIKUT)
Pengikut menaruh harapan tinggi terhadap pemimpin
& menghargai sumbangan pemimpin kepada mereka
Kumpulan berfungsi sebagai satu sistem di mana input
kumpulan diperolehi daripada ahli kumpulan sendiri &
merekalah yang mengeluarkan output yang
diharapkan.
7
DIMENSI DALAM KEPIMPINAN
TRANSFORMASI
4 I:
Idealized Behavior (Kelakuan ideal/Karisma)
Intellectual Stimulation (Dorongan intelektual)
Individual Consideration (Pertimbangan secara
individu)
Inspirational (Inspirasi)
8
KEKUATAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI

1. Pemimpin memahami kehendak dan
keperluan pengikut.
2. Kehendak, nilai dan moral pengikut diiktiraf
3. Pencorak dan penggalak kepada wawasan
4. Membawa makna dan nilai positif kepada
pemimpin dan pengikut.

9
KELEMAHAN KEPIMPINAN
TRANSFORMASI

1. Keupayaan pemimpin memenuhi keperluan
setiap pengikut
2. Memanipulasi pengikut & dimanipulasi oleh
pengikut
3. Bukan tugas mudah untuk mengajar pengikut
merubah tingkah laku.
4. Bersifat elit dan corak kepimpinan
berorentasikan pencapaian matlamat jangka
panjang.
10
KESAN KEPIMPINAN
TRANSFORMASI
Meningkat kecekapan kerja berpasukan
Identiti pasukan
Meningkatkan kepercayaan & semangat
kekitaan
Menjana perubahan
Peka kepada matlamat
Kepuasan kendiri

11
Kepimpinan transformasi adalah lebih cekap
berbanding kepimpinan transaksi.
Ini dapat dibuktikan melalui kadar berhenti
kerja yang kurang, peningkatan produktiviti
dan meningkatkan kepuasan bekerja.
Selaras dengan itu, ia dianggap lebih sesuai dari
konsep kepimpinan tradisional dengan
menguruskan perubahan yang dilakukan.

12
Kesimpulan Kepimpinan
Transformasi
1. Boleh dilaksanakan di semua organisasi dan semua peringkat
2. Menggalakkan memberi kuasa kepada kakitangan untuk
membantu ketua
3. Agar pengikut percaya kebolehan dan bina keyakinan diri.
4. Beri kuasa dan kepercayaan kepada kakitangan untuk
menjalankan tugas-tugas tertentu. Dengan ini sifat komitmen
antara kakitangan dapat wujudkan kerjasama
5. Pemimpin anggap kakitangan adalah agen perubahan
6. Pemimpin menunjukkan tingkahlaku yang fleksibel dan belajar
daripada pengalaman
7. Berhati-hati dalam menyelesaikan masalah
8. Sensitif terhadap misi
9. Berlaku dalam semua peringkat sama ada mikro atau makro -
pentingkan semangat berpasukan.

13