Anda di halaman 1dari 37

Akhlak, Moral, Etika dan Undang-

undang
Definisi Akhlak
Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral,
tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah,
watak, amalan agama atau rupa batin seseorang
Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqun yang
bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat.
Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani - ilmu yang mengkaji
tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan,
kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum
dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-
asas teori gagasan akhlak.
Akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti
baik dan buruk, menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh setengah manusia
kepada yanglainnya, menyatakan tujuan yang
harus dituju oleh manusia dalam perbuatan
mereka dan menunjukkan jalan untuk
melakukan apa yang harus diperbuat
(Prof. Dr. Ahmad Amin)
Prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang
ditentukan oleh wahyu untuk mengatur
tingkah laku manusia dalam kehidupannya. Ia
membentuk dan menentukan hubungan
dengan orang lain agar misi kehidupan
manusia terlaksana dengan sempurna

(Dr. Miqdad Yalchin)
Rumusan Akhlak
Akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan
dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan
kebaikan dan menolak keburukan.
Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh
itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu
yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa
dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan
keburukan; apakah kriteria yang dapat menilai
sesuatu itu sebagai baik dan buruk; dan apakah
motif dan nilai di sebalik sesuatu perlakuan
tersebut.
Pengertian Moral
Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah,
apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-
sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu.
Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau
keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem
sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.
Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu
berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan
pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat.
Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan
disiplin yang memberitahu apakah sistem
moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.
Manakala etika bersifat teoretikal kerana ia
mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem
moral tersebut.
Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika
manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.
Pengertian Etika
Perkataan etika berasal dari perkataan Inggeris
ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek
ethos bermaksud watak atau budaya.
Ia merujuk kepada sikap dan adat yang
menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
Etika adalah sains menilai dan memahami proses
penilaian. Ia berkaitan dengan perlakuan
mentafsirkan sesuatu perbuatan tersebut baik
ataupun sebaliknya.
Dua perkara asas yang menjadi tumpuan
dalam etika ialah akhlak individu seperti
takrifan individu yang baik dan peraturan-
peraturan sosial seperti peraturan mengenai
benar atau salah (moraliti) yangmenghadkan
tingkah laku individu.
(Mohamad Mohsin & Hamdzun 2002)
Pengertian Undang-undang
undang-undang sebagai 'ordinan akal' mengenai
apa yang diisytiharkan baik oleh ketua komuniti.
(Aquinas)

undang-undang sebagai perintah yang diberi
sama ada secara langsung atau tidak oleh
seseorang individu atau sesebuah badan yang
berdaulat kepada masyarakat atau komuniti di
mana kuasa kedaulatan undang-undang (rule of
law) tersebut adalah kuasa tertinggi.
(John Austin)


Undang-undang perlu dihadkan kepada
perlakuan dan tindakan yang memberi kesan
langsung terhadap kesejahteraan masyarakat
dan negara. Mana-mana perlakuan yang tidak
ada hubungan dengan soal kesejahteraan
negara tetapi dilihat tidak selari dengan
tatasusila dan nilai peradaban masyarakat
perlu diselesaikan dengan 'sanksi' (sanction)
masyarakat.

(Lady Wooton)
Amalan Undang-undang Malaysia
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan
tertinggi yang menggubal undang- undang seperti yang
diperuntukan di bawah Perkara 66 Perlembagaan
Persekutuan.
Kerajaan, sama ada Kerajaan Pusat atau pun Kerajaan
Negeri akan mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran
mengikut lunas-lunas yang telah digariskan di dalam
Perlembagaan.
Dalam sistem negara (Kerajaan) Persekutuan, Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Negeri berkongsi kuasa pemerintahan
dan perundangan.

Contoh negara lain: Amerika Syarikat (AS), Kanada,
Australia, India dan Brazil.
Jenis Undang-Undang
Undang - Undang Awam(Public Law)

Undang - Undang
Persendirian(Private Law)

Undang-Undang Awam
Undang-undang yang mentadbir tentang
perhubungan di antara individu dan negeri.
Undang-undang perlembagaan-
membincangkan hak individu dan negeri
Undang-undang jenayah- membincangkan
jenis jenayah yang dilakukan oleh individu
terhadap negeri.
Undang-Undang Persendirian
Undang-undang yang berkaitan dengan
penguatkuasaan perhubungan antara individu
seperti hak-hak dan tugas sesama mereka.
Bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak
yang teraniaya supaya harta dapat diperolehi
semula daripada pihak yang melakukan kesalahan
dan untuk melaksanakan tanggungjawab.
Contoh: Undang-undang kontrak , undang-undang
tort, undang-undang hak cipta, Akta perkongsian
dll.

Sumber Undang-undang
Terdapat dua sumber undang-undang

- Sumber Bertulis
- Sumber Tidak Bertulis
Sumber Undang-Undang Bertulis
Undang-undang yang digubal oleh badan-badan perundangan
seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Undang-undang tersebut dinyatakan, ditulis dan
distatutorikan secara spesifik.
Sumber-sumber undang-undang bertulis di Malaysia ialah
- Perlembagaan Persekutuan
- Akta* (Selepas Sept 1959)
- Perlembagaan Negeri
- Enakmen* (negeri-negeri Semenanjung Malaysia 1959)
- Ordinan* (Sabah dan Sarawak , Persekutuan <1959,
Darurat)
- Undang-undang subsidiari
* dikenali sebagai Statut
Sumber Undang-Undang Tidak Bertulis
Undang-undang selain daripada sumber undang-
undang bertulis, iaitu undang-undang yang tidak ditulis
dan bukan digubal oleh mana-mana badan
perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri. Ia boleh didapati daripada kes-kes yang lepas ,
adat resam tempatan dll.
Sumber-sumber undang-undang tidak bertulis di
Malaysia ialah:
- Undang-undang Inggeris (Common Law)
- Undang-Undang Syariah
- Undang-undang Adat
- Keputusan Mahkamah Terdahulu
Perlembagaan Persekutuan
Undang-undang utama Malaysia (sumber tertinggi).
Antara perkara-perkara yang bincangkan dalam PP
adalah:
- Hak Individu
- Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
- Kuasa Kerajaan Pusat
- Kuasa Kerajaan Negeri
- Kuasa Raja
Undang-undang lain yang tidak konsisten dengan
Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah.
Perlembagaan Negeri
Terdapat 13 Perlembagaan Negeri yang ditadbir
oleh Dewan Undangan Negeri
Antara perkara-perkara yang diperuntukkan di
dalam Perlembagaan Negeri ialah:
- Yang bersangkutan dengan Sultan
- Hal Ehwal Adat dan Agama Islam
- Kewangan negeri
- Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan
Akta(Undang-Undang Persekutuan)
Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan
oleh Parlimen selepas 1959
Undang-undang persekutuan sebelum 1959
dikenali sebagai Ordinan.
Contoh:
- Akta Syarikat 1965
- Pendidikan 1996 (Akta 550)
- Akta Perkongsian
- Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)
Enakmen
Undang-Undang yang digubal oleh dan
diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
Undang-undang Negeri bagi Sarawak dikenali
sebagai Ordinan.
Contoh:
- Enakmen Undang-undang keluarga Islam
Selangor 1984
- Enakmen Undang-Undang keluarga Islam
2004 (Negeri Perak
Undang-Undang Subsidiari
Undang-Undang yang digubal oleh dan diluluskan
oleh pihak atau badan tertentu seperti menteri-
menteri dan pihak berkuasa tempatan di bawah
kuasa yang diberikan kepada mereka oleh Akta
atau Enakmen yang dikenali sebagai Akta Induk.
Undang-undang Subsidiari wujud di peringkat
Persekutuan dan Negeri.
Juga dikenali sebagai undang-undang kecil atau
perwakilan.
Undang-Undang Inggeris
Undang-Undang Inggeris membentuk sebahagian
daripda undang-undang di Malaysia.
Ia terdiri daripada Common Law dan Rules of
Equity(Kaedah Ekuiti).
Bukan semua Common Law dan Rules of Equity
boleh
Membentuk sebahagian daripada undang-
undang di Malaysia.
Pemakaian Undang-Undang Inggeris di Malaysia
adalah diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) Akta
Undang-Undang Sivil 1956


Common law - merujuk kepada undang-undang
dan sistem undang-undang yang sama
dibangunkan melalui keputusan mahkamah dan
tribunal yang sama, bukannya melalui
penggubalan undang-undang atau tindakan
eksekutif.
Rules of Equity - dalam konteks ini merujuk
kepada "undang-undang berkanun" (undang-
undang yang digubal oleh perundangan, seperti
Kongres Amerika Syarikat), dan "undang-undang
biasa" (prinsip-prinsip yang ditubuhkan oleh
hakim-hakim apabila mereka membuat
keputusan kes).

Pemakaian Undang-undang Inggeris di
Malaysia adalah tertakluk kepada dua syarat:
- Apabila wujudnya kekosongan
undang-undang tempatan di dalam
sesuatu kes yang tertentu.
- Hanya Undang-Undang Inggeris yang
sesuai dengan kegunaan tempatan.
Undang-undang Adat
Merujuk kepada amalan adat yang masih terpakai
Adat Perpatih, Temenggung dan Undang-
undang Bumiputera/penduduk asal di Sabah dan
Sarawak.
Biasa digunakan dalam perkara hakmilik tanah,
warisan dan pemilihan lapisan kepimpinan.
Undang-undang adat Cina dan India telah diiktiraf
oleh mahkamah dalam perkara perkahwinan,
percerian dan warisan harta pusaka.
Undang-undang Islam
Terpakai ke atas orang Islam sahaja.
Ketua Agama Islam disesebuah negeri adalah
Sultan; kecuali Pulau Pinang, Melaka, Sabah &
Sarawak adalah Yang diPertuan Agong.
Undang-undang Islam yang terpakai adalah
mengikut mazhab Shafie.
Keputusan Mahkamah
Seseorang hakim harus mengikuti keputusan hakim
yang terdahulu daripada mereka dalam kes serupa
ketika membuat keputusan.
Sumber undang-undang ini merangkumi keputusan
para hakim yang bersidang di Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi (bukan
Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Penghulu).
Keadaan ini dikenali sebagai Doktrin Duluan
Kehakiman/Doktrin Duluan Mengikat. Sekiranya tidak
terdapat peruntukan undang-undang bertulis
mengenai sesuatu perkara, mahkamah hendaklah
memakai keputusan mahkamah yang lebih tinggi
kedudukannya sebagai satu perinsip undang-undang.
Institusi Undang-Undang di Malaysia.
Jenis Mahkamah Bidang Kuasa Undang-undang
Mahkamah Persekutuan &
Mahkamah Rayuan
1. Mendengar kes rayuan daripada mahkamah
tinggi
2. Mendengar kes untuk kali pertama
3. Memutuskan sama ada undang-undang negeri
bercanggah dengan undangundang
Persekutuan
4. Memutuskan rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Tinggi. -
Mahkamah Tinggi 1. Mendengar kes sivil dan jenayah
2. Tuntutan >RM280,000.
3. Semua jenis hukuman termasuk hukum mati
4. Mendengar kebankrapan dan kes-kes tidak
didengar oleh mahkamah lebih rendah.
5. Boleh memutuskan rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret
Sambungan
Jenis Mahkamah Bidang Kuasa Undang-undang
Mahkamah Sesyen 1. Kes-kes sivil dengan RM25000 <tuntutan
<RM280,000
2. Hukuman penjara bagi kes sivil sehingga 10 tahun
3. Boleh dengar kes jenayah dengan hukuman
penjara melebihi 10 tahun tetapi tidak boleh
jatuhkan hukuman mati.
4. Tiada bidangkuasa rayuan
Mahkamah Majistret 1. Kes-kes sivil dengan tuntutan< RM25,000
2. Kes-kes sivil dan jenayah dengan hukuman
penjara <10 tahun
3. Tiada bidangkuasa rayuan.
Mahkamah Penghulu 1. Kes-Kes sivil dengan tuntutan <RM50
2. Kes-kes yang kecil. Denda tidak >RM25
3. Cuma boleh hukum orang berketurunanAsia.
Proceeding (Aturcara Mahkamah)
Kes-kes yang dibicarakan di mahkamah - kes-kes Sivil dan kes-kes Jenayah.
Kaedah untuk seseorang dibawa ke mahkamah untuk diadili;-
- Saman dokumen mempunyai kandungan kesalahan dan meminta hadir
di mahkamah pada masa dan tarikh yang dinyatakan
- Waran dokumen kuasa kepada pihak polis oleh mahkamah untuk
menangkap seseorang atau menggeledah bagi mencari bukti.
- Penangkapan tanpa waran polis menangkap seorang yang dianggap
mengancam keselamatan awam dan Negara. Cthnya ada dadah, senjata,
gengterisme, pelacuran, judi, pelacuran dll
- Writ diperoleh dari mahkamah khas utk kes-kes sivil
Terdapat 2 aturcara kes mahkamah;-
- Aturcara kes sivil
- Aturcara kes jenayah
Aturcara Kes Sivil
Kesalahan-kesalahan yang menyentuh hak dan t/jawab
melibatkan hubungan antara individu dengan individu,
individu dengan badan lain tanpa melibatkan kesalahan
Negara
Bentuk kes - harta pusaka, wasiat, penjagaan anak,
tuntutan, keluarga, syarikat, tanah, kontrak, gangguan
emosi seperti fitnah, gangguan sex dll
Pihak terlibat Plaintif (Pemohon) melawan Defendan
(Penentang).
Hasil perbicaraan diterima atau ditolak permohonan
plaintif.
Hukuman ganti rugi, injuksi, perlaksanaan spesifik


Carta Aliran Kes Sivil
1
Writ diperoleh dari mahkamah
2
Defendan boleh menuntut perbicaraan atau sebaliknya
3
Pihak Defendan membela diri surat guaman penemuan
dokumen
4
Perbicaraan diadakan. Cara terbuka / penyelesaian di luar
mahkamah.
5
Pihak kalah akan membayar kos perbicaraan
Aturcara Kes Jenayah
Undang-undang melibatkan kesalahan dengan niat /
tanpa niat melakukan kesalahan-kesalahan negara
seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta, Ordinan,
Enakmen dan Undang-undang Subsidiari.
Bentuk kes culik, bunuh, rogol mencuri, menghasut,
bocorkan rahsia rasmi, rasuah, memiliki senjata dll
Hasil perbicaraan dijatuhi hukuman jika bersalah atau
bebas jika terlepas hukuman
Hukuman gantung sampai mati, penjara, sebatan,
denda dan jaminan berkelakuan baik.
Carta Aliran Kes Jenayah (Kes Didengar)
1
Pendakwa membawa tertuduh utk didakwa
2
Peguam bela membantu tertuduh bila dihadapakan di mahkamah
3
Pembela/ tertuduh disoal bahas saksi-saksi
4
Penghujahan hujah pedakwa dan pembela
5
Hakim teliti jika tidak terdapat prima facie tertuduh diarah
dibebaskan
6
Jika terdapat prima facie tertuduh diarah bela diri
7
Tertuduh boleh membela diri dengan cara; mendiamkan diri;
mengemukakan affidavit; memberi keterangan di kandang salah

Sambungan (Pertuduhan).
8
Tertuduh dibaca dan diterangkan pertuduhannya mengaku bersalah/ tidak
9
Jika mengaku bersalah pendakwa umumkan fakta kes hukuman yang
dijatuhkan mahkamah.
Jika mengaku tidak bersalah pendakwa dan tertuduh
(bersendirian/melalui peguam) memeriksa balas semua saksi masing2
10
Hujahan penutup kedua pihak hakim membuat keputusan berdasarkan
bukti dan keterangan saksi.
11
Ketiadaan bukti pihak tertuduh dibebaskan
Terdapat bukti kukuh dihukum mengikut undang2