Anda di halaman 1dari 16

TEORI HOLLAND

Nor Atiqah bt Nor Azizan


Hidayatul Isma bt Sumadin
Holland (1971) menganggap minat pekerjaan
dan cita rasa sebahagian daripada personaliti
seseorang.
Dikenali sebagai teori pemilihan vokasional dan
kerjaya.
Tingkah laku individu iaitu motivasi, pencapaian,
kepuasan, produktiviti dan stabiliti adalah
bergantung kepada darjah keselarasan antara
jenis personaliti dengan jenis persekitaran.
Orang yang meminati dan menceburkan diri
dalam sesuatu bidang pekerjaan tertentu
mempunyai pola-pola personaliti yang serupa
atau hampir sama dan dengan itu,mereka
akan bertindak balas kepada pelbagai situasi
dan masalah dengan cara yang serupa atau
hampir sama.
Kepuasan,kestabilan dan pencapaian dalam
sesebuah pekerjaan bergantung kepada
sejauh mana wujudnya keselarasan antara
personaliti individu dengan persekitaran
perkerjaan.


Holland menyatakan bahawa terdapat
beberapa unsur yang mempengaruhi
kerjaya individu. Antaranya ialah:
Konsep kendiri
Pengetahuan kendiri-merujuk kepada
berapa banyak dan berapa tepat
maklumat tentang seseorang individu
mengenali diri
Pengaruh ibubapa
Orientasi individu
Kestabilan membuat pilihan


Holland menyatakan bahawa terdapat
6 jenis persekitaran pekerjaan dan 6
jenis personaliti yang perlu dicari
keselarasannya bagi setiap individu.

1. Realistik
2. Investigatif
3. Artistik
4. Sosial
5. Enterprising
6. Konvensional


1) Realistik
Personaliti
Agresif, suka kepada
benda konkrit, suka
kepada
menggunakan
tenaga fizikal, kurang
bergaul.
Suka bekerja
dengan objek,
mesin, peralatan,
tumbuhan, dan
binatang. Lebih
suka bekerja di luar
bangunan dari di
dalam bangunan.

Persekitaran
Kerja-kerja mahir
spt pemasang
paip air, elektrik,
operator mesin,
kemahiran teknik
spt mekanik,
jurugambar dll.
2) Investigatif
Personaliti
Intelektual, abstrak,
penganalisis bebas
dan berorientasikan
tugas
Kurang kemahiran
interpersonal
Persekitaran
Ahli sains spt ahli
kimia, fizik dan
matematik.
Mempunyai
kemahiran saintifik
dan metamatik
serta meminati
kerjaya-kerjaya
saintifik dan
beberapa kerjaya
bercorak teknikal.
3) Artistik
Personaliti
Imaginatif,
mementingkan seni,
sukakan ekspresi diri
melalui seni.
Jenis individu yang
mempunyai kebolehan
artistik dan inovatif.
Mereka mempunyai
kebolehan intuisi dan suka
bekerja dalam situasi
yang tidak atau kurang
berstruktur.
Persekitaran
Kesenian seperti ahli
ukir, pelukis, pereka,
ahli muzik, guru
muzik, orkestra,
pengarang, penulis,
pengkritik.
Selalunya
menggunakan
imaginasi dan
kreativiti.
4)Sosial
Personaliti
Sukakan interaksi
sosial, ambil tahu
masalah sosial,
agama, khidmat
masyarakat dan
minat dalam aktiviti
pendidikan.
Mereka mempunyai
kemahiran
mengguna kata-
kata serta mahir
berkomunikasi
dengan orang lain.
Persekitaran
Pendidikan -
Pegawai
perhubungan awam,
guru, pentadbir
pelajaran, kerja
kebajikan, ahli
sosiologi, kaunselor
pemulihan, jururawat
dll.
5)Enterprising
(keusahawanan)
Personaliti
Pentingkan luaran sahaja,
agresif, suka merantau,
sukakan kepimpinan,
dominan, lemah lembut,
pemujuk dan suka
gunakan kemahiran lisan
yang baik.
Mereka mempunyai
minat dalam
mempengaruhi,
mengarah, memimpin,
memanipulasi dan
mengurus individu lain.
Persekitaran
Pengurusan pegawai
pengeluar, pengurus
jualan, penjualan
insuran, Eksekutif
Perniagaan dsbnya.
Matlamat akhir
mereka adalah untuk
mencapai
keuntungan organisasi
dan keuntungan
ekonomi.
6) Konvensional
Personaliti
Praktikal, kawalan
diri yang baik, sosial,
konservatif, tugas
yang teratur,
berstruktur dan
mematuhi
peraturan.
Jenis individu yang
suka bekerja dengan
data dan nombor.
Mereka mempunyai
kemahiran dalam
bidang perkeranian.
Persekitaran
Perkeranian
kerani, setiausaha,
operator,
penyimpan kira-
kira, akauntan.
Holland (1971) menyatakan bahawa:
Pekerjaan itu tidak bermaksud seseorang individu
memiliki satu jenis persekitaran atau satu jenis
personaliti sahaja.

Kebanyakan pekerjaan merupakan kombinasi
daripada beberapa persekitaran kerja. Beliau
menggunakan 3 kod huruf sebagai pengenalan
kepada kod pekerjaan.

Buku Hollands Occupation Finders telah
menyenaraikan 3 kod kepada 1156 jenis
pekerjaan.
Cth : seorang detektif adalah gabungan daripada
personaliti sosial,realistik dan enterprising (SRE).
Sosial diperlukan untuk menolong orang lain,
realistik disebabkan kepentingan untuk memandu
kenderaan, menggunakan senjata dan mengesan
cap jari. Enterprising dalam memanipulasi individu
lain.



Realistik (R)
Konvensional (C)
Enterprising (E) Sosial (S)
Artistik (A)
Investigatif (I)
Darjah Ketekalan Bentuk Personaliti
Tinggi RI,RC,IR,IA,AI,AS,SA,SE,ES,EC,CE
Sederhana RA,RE,IS,IC,AR,AE,SI,SC,EA,ER,CS,CI
Rendah RS,IE,AC,SR,EI,CA
Model Hexagon Holland
Menurut Holland, dengan menggunakan SDS
(self direct search) atau VPI (vocational
preferrence inventory), dua skor tertinggi yang
terdiri daripada dua jenis personaliti yang
bersebelahan mengikut model heksagonal
dikatakan mempunyai konsistensi yang tinggi.

Profil yang terbentuk daripada jenis personaliti
yang bersendengan dikatakan mempunyai
tahap konsisten yang sederhana.

Sebaliknya profil yang terbentuk daripada
jenis personaliti yang bertentangan adalah
paling tidak konsisten.
Dengan menggunakan Kod Keselarasan
Holland,kod personaliti SRA lebih selaras
dengan kod persekitaran SRA dan kurang
selaras dengan kod persekitaran SRC.
Konsep keselarasan personaliti diri dengan
persekitaran kerjaya merupakan salah satu
matlamat dalam kaunseling kerjaya.
Minat kerjaya yang jelas boleh dikenalpasti
dengan pengiraan indeks pembezaan sama
ada tinggi atau rendah.
Indeks pembezaan diperoleh dengan
menolak skor tertinggi dengan skor terendah
dalam sesuatu ujian minat kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai