Anda di halaman 1dari 10

KECEMERLANGAN TAMADUN

ISLAM DI ANDALUSIA
Latarbelakang Andalusia
Sebelum kedatangan Islam, Andalusia diperintah oleh kaum
Visigoth. Mereka memerintah secara autokratik dan
menindas.
Situasi Andalusia:
Politik tidak stabil - Penindasan, peyelewengan dan
pelbagai jenis keburukan dilakukan oleh pemerintah
Ramai yang buta huruf
Ekonomi tidak berkembang kerana berlaku penindasan
Situasi ini menyebabkan Andalusia sering dilanda huru-hara
antara pemerintah dengan rakyat.

Penawanan Andalusia
91H(710M), gabenor Islam di Utara Afrika, Musa bin Nusair telah menghantar
tentera diketuai - Abu Zurah Tarif bin Mullaq, menyeberangi selat Selat
Gibraltar bersama-sama 400 tentera dan 100 tentera berkuda - meninjau
kemungkinan pembukaan Islam di sana
92H(711M), Musa b Nusair mengutus Tariq bin Ziyad dan 12,000 tentera ke
Andalus dan berjaya mendarat di kawasan pantai yang berbukit yang
kemudiannya dikenali Jabal Tariq (Gibraltar)
Tentera Islam telah bertempur dengan tentera Kristian Visigoth yang dipimpin
oleh Roderick di lembah Wadi Lakkah. Peristiwa ini berlaku pada 93H dan
tentera Islam tlh berjaya.
Kejayaan ini mendorong Musa b Nusair untuk turut terlibat dengan siri
pembukaan Andalus. Pada Rejab 93H, beliau bersama 18,000 orang berjaya
mendarat di suatu kawasan pengunungan di pinggir Laut Mediterranean yang
kemudiannya dikenali Jabal Musa.

Pada 95H, angkatan tentera Islam berjaya menguasai seluruh selatan
Andalus.
Kelemahan pentadbiran dan pemerintahan dan kemunduran kebudayaan
kaum Visigoth antara faktor yang menyumbang kejayaan tentera Islam
menawan Andalus.
Kehadiran pemerintahan Islam telah menjadikan Andalus sebagai pusat
kegiatan ekonomi dan pendidikan sehingga mendorong kehadiran
masyarakat daripada luar Andalus.
Dalam masa yang singkat agama Islam telah tersebar luas di kalangan
penduduk tempatan. Ini mungkin disebabkan sikap toleransi pemerintah
Islam terhadap penganut Kristian.


Faktor Perkembangan Ilmu di Andalusia
1. Gesaan al-Quran dan al-Hadith
Ajaran Islam sememangnya mengesa umatnya sentiasa cinta dan
menguasai ilmu pengetahuan. Justeru, pemerintah Islam menggalakan
pengembangan ilmu di Andalusia. Semua peringkat umur diberi pendidikan
percuma dan sekolah dibina hampir disetiap daerah.

2. Usaha pemerintah dan sikap masyarakat
Pemerintah Islam Bani Umayyah di Andalusia mengambil inisiatif:
mengumpul gol. intelektual dan membawa masuk buku-buku dan
sarjana dari Timur
Membina sekolah, universiti dan perpustakaan di Cordova,Seville,
Granada, Toledo dll. Kesannya lahir ulama / sarjana dalam pelbagai
bidang ilmu: fiqh, tafsir, sains dan teknologi.
Kecemerlangan Pemerintah:
Abdul Rahman II menghargai sarjana
Abdul Rahman III zaman keemasan ilmu memantapkan bahasa Arab dan agama Islam
Al-Hakam II Andalusia menjadi pusat kegiatan intelektual. Menaiktaraf universiti
Cordova sebagai universiti terbaik. Mendapatkan salinan penulisan buku di Timur.
Pengajian al-Quran dan al-Hadis diperkembang-luas.
Para sarjana sentiasa diberi penghormatan dan masyarakat digalak
menimba ilmu.
3. Kestabilan Andalusia
Kestabilan politik, ekonomi dan sosial menjadi penyumbang perkembangan
ilmu pengetahuan.
Sikap pemerintah yang tidak membezakan kedudukan agama dan budaya
dalam masyarakat memberi dorongan kepada masyarakat utk mendapatkan
ilmu.
4. Perkembangan Perpustakaan
Perpustakaan menjadi tempat mengumpul bahan dan sumber ilmu.
Berperanan penting dalam perkembangan ilmu.
Perpustakaan DiRaja Cordova yang pertama didirikan di Andulisia oleh Abdul
Rahman II. Kemudian diperbesarkan oleh Abdul Rahman III. Memiliki ratusan
ribu kitab.
Al-Hakam II menghantar wakil mencari dan mengumpul buku-buku di
seluruh jajahan Islam utk disimpan diperpustakaan. Di zaman beliau terdapat
70 perpustakaan awam dan 1000 institusi pengajian tinggi.
Terdapat perpustakaan persendirian perpustakaan Ibn. Futai (Cordova),
Yusuf b. Ismail (Granada), Aisyah Ahmad Mohd Khadim.
5. Kerjasama Para Ulama
Semasa pembukaan Andalusia, ulama / sarjana Islam datang bersama tentera.
Mereka datang bersama ilmu dan pengalaman yang kemudian dikembangkan
di Andalusia


Faktor Pengaliran Tamadun Islam ke Eropah
1. Peranan Orang Mozarab
Orang Mozarab = orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa
aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam. Mereka juga mempelajari
bahasa Arab. Dengan itu, mereka berpeluang membaca karya penulisan
orang Islam.
Dengan penguasaan terhadap karya Islam, secara tidak langsung golongan
ini telah memindahkan pengaruh ilmu dan tamadun Islam kepada
masyarakat Kristian Eropah.
2. Hubungan diplomatik
Pemerintah Islam telah mengadakan hubungan diplomatik dengan
pemerintah negara Eropah seperti England, Perancis, Jerman dan Belanda.
Beberapa kerajaan Eropah telah menghantar pelajar-pelajar termasuk
putera2 raja ke Andalusia untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang
termasuk sains dan teknologi yang diasaskan oleh orang Islam.
Antara pelajar yang datang menimba ilmu Elizabeth sepupu Raja Louis
(Perancis), Putera Dubant (England), William (Jerman)
3. Hubungan Perdagangan
Pedagang2 Islam mempunyai hubungan perdagangan dengan negara
Kristian dan mengusai jalan perdagangan. Dengan itu, memudahkan
pengaruh tamadun dan ilmu Islam mengalir ke benua Eropah.
4. Aktiviti Penterjemahan
Ilmu-ilmu Yunani yang diterjemah ke bahasa Arab pada
zaman pemerintahan Islam di Baghdad telah di bawa
masuk ke Andalusia dan seterusnya diterjemah ke bahasa
Latin.
Seiring dengan kemasukan pelajar dari Eropah, aktiviti
penterjemahan giat dijalankan.
Universiti Toledo adalah antara pusat penterjemahan
terkenal
Antara tokoh penterjemah terkenal Micheal Scott,
Danial Morley, Ibrahim Daud al-Israili.
Buku yang diterjemah merangkumi bidang matematik,
sains, perubatan, kimia dan astronomi.
Buku-buku karya sarjana Islam yang diterjemah telah
memberi manfaat kepada masyarakat Eropah pada era
kebangkitan (renaissance)