Anda di halaman 1dari 36

TAJUK :

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGARAH


KOLEJ VOKASIONAL DAN HUBUNGANNYA
DENGAN KOMITMEN ORGANISASI GURU

Oleh:

SHAMSHURINA BINTI JAAFAR
shamiejaafar@yahoo.com




NATIONAL ACTION RESEARCH
CONFERENCE (NARC) 2014
24 -25 JUN 2014
PENDAHULUAN
Dalam RMK 10 salah satu
aspek yang memberi impak besar
kepada prestasi pelajar iaitu
kepimpinan di sekolah .
Kepimpinan instruksional sering
dikatakan sebagai satu bentuk
kepimpinan yang berupaya
meningkatkan prestasi pelajar serta
menjana kecemerlangan sekolah
(DeBevoise 1984; Hallinger & Murphy
1987; Hallinger 2005).


PENDAHULUAN
Sehubungan itu, pihak kementerian akan
memastikan setiap sekolah, tanpa mengira lokasi
dan tahap prestasi akan mempunyai seorang
pengetua atau guru besar yang berkualiti tinggi
dan beliau akan dibantu oleh pasukan kepimpinan
pertengahan dengan matlamat pasukan
kepimpinan sekolah dapat memberikan kepimpinan
instruksional dan seterusnya memacu prestasi
sekolah secara keseluruhan (PPPM 2013-2025).
Tujuan perubahan dalam pendidikan itu
adalah untuk mencapai matlamat dengan
lebih berkesan (Mohd Izham & Norzaini
2009).
PENDAHULUAN
Faktor kritikal kejayaan yang mutlak bagi
merealisasikan agenda transformasi negara
adalah modal insan cemerlang dalam jentera
pendidikan iaitu pengurus pendidikan dan
guru yang komitmennya dan etos
profesionalnya tertuju dan tertumpu kepada
usaha menyampaikan perkhidmatan
pendidikan, pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti bagi kemenjadian murid yang
menepati deskripsi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

DatoAbd. Ghafar Mahmud (mantan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia) (2011)


PENDAHULUAN
Para sarjana pendidikan terutama di bidang
kepemimpinan pendidikan berpendapat bahawa
kepemimpinan pentadbir atau pengetua adalah
pemacu utama dalam memberi motivasi serta
rasa komited guru untuk mempertingkatkan
produktiviti (Lokman dan M.Al-Muzammil 2008).
Ab. Aziz (2007) yang telah menegaskan
bahawa salah satu faktor yang
mempengaruhi komitmen organisasi
adalah faktor kepimpinan
Kajian Rushasni (2006), Abu Hasmadi (2009),
Elangkumaran (20111), Juita (2012) dan Augustine
(2012) yang membuktikan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara kepimpinan
instruksional dengan komitmen guru.


Pemimpin instruksional yang perkasa
bertanggungjawab untuk membentuk dan
menyemai motivasi dan komitmen kepada
pengajaran dan matlamat sekolah (Noor Rezan
2008).


PENDAHULUAN
Dalam menjalani rutin pengurusan sekolah, hakikatnya
seseorang pengetua atau guru besar menjalankan peranan
sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran
(Shahril dan Mohammad Faizal 2010).

Kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi dan
bebanan tugas-tugas pentadbiran telah menyebabkan
pengetua keliru dengan tanggungjawab sebenar dan mungkin
secara tidak sengaja telah menumpukan lebih perhatian
kepada tugasan pentadbiran (Azlin 2004)

Juhana (2007) turut menyokong dapatan Azlin tentang
kesibukan pengetua. Kajian beliau turut mendapati
pengetua-pengetua yang dikaji mempunyai tahap kesibukan
yang tinggi. Menurut beliau, tugas-tugas bersifat ad-hoc yang
dijangka akan menambah bebanan tugas pengetua

PENYATAAN MASALAH
Begitu juga dengan kajian oleh Jameela (2012) turut
menyatakan kesibukan tugas membatasi usaha pengetua
untuk menyempurnakan peranan sebagai pemimpin
instruksional, terutamanya untuk memantau dan menyelia
pengajaran guru.

Kajian Lokman et al. (2013) terhadap amalan kepimpinan
instruksional 10 orang pengetua cemerlang di sebuah daerah
di Johor Bahru turut mendapati bahawa pengetua-pengetua
cemerlang juga kurang memberikan keutamaan bagi aspek
pencerapan dan penyeliaan pengajaran oleh guru-guru.

Pengetua gagal mengatasi masalah ketiadaan guru dan
menyebabkan terbantutnya pengajaran dan pembelajaran
(Jameela 2012).





PENYATAAN MASALAH
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
tahap kepimpinan instruksional pengarah di enam
buah kolej vokasional di Negeri Sembilan
berdasarkan persepsi guru-guru di kolej tersebut.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk
meninjau tahap komitmen organisasi guru dan
hubungan antara kepimpinan instruksional
pengarah dengan komitmen organisasi guru-guru
di kolej-kolej tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional
pengarah di enam buah Kolej Vokasional di Negeri
Sembilan menurut persepsi guru-guru.
2. Mengenal pasti tahap komitmen organisasi guru-guru
di enam buah Kolej Vokasional tersebut.
3. Mengenal pasti samada terdapat perbezaan tahap
komitmen organisasi guru berdasarkan faktor jantina
guru dan tempoh berkhidmat dengan pengarah.
4. Melihat sama ada terdapat hubungan antara tahap
kepimpinan instruksional Pengarah Kolej Vokasional
dengan komitmen organisasi guru-guru.


PERSOALAN KAJIAN HIPOTESIS KAJIAN
1. Apakah tahap kepimpinan
instruksional pengarah di enam buah
Kolej Vokasional di Negeri
Sembilan?

2. Apakah tahap komitmen organisasi
guru-guru di enam buah Kolej Vokasional
tersebut?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap
komitmen organisasi guru berdasarkan
jantina guru?

4. Adakah terdapat perbezaan tahap
komitmen organisasi guru berdasarkan
tempoh berkhidmat dengan pengarah?

5. Adakah terdapat hubungan antara
kepimpinan instruksional Pengarah Kolej
Vokasional dengan komitmen organisasi
guru-guru?









H
o
1: Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tahap komitmen organisasi guru
berdasarkan jantina guru.

H
o
2: Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tahap komitmen organisasi guru
berdasarkan tempoh berkhidmat dengan
pengarah.

H
o
3: Tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara kepimpinan instruksional
Pengarah Kolej Vokasional dengan komitmen
organisasi guru-guru.
KOMITMEN ORGANISASI GURU
Kepercayaan dan penerimaan terhadap matlamat organisasi
Kesediaan untuk berusaha lebih untuk organisasi
Keinginan untuk kekal berkhidmat dalam organisasi.


PENGARAH
KOLEJ
VOKASIONAL

GURU
Jantina

Tempoh
berkhidmat
dengan
pengarah

TAHAP KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL
Dimensi
pentakrifan
misi dan
matlamat

Dimensi
pengurusan
program
pengajaran
Dimensi pemupukan
iklim pengajaran dan
pembelajaran.
Fungsi 1 : Merangka
matlamat
sekolah

Fungsi 2 :
Memperjelas
matlamat
sekolah
Fungsi 3 : Mencerap dan
menilai
pengajaran guru

Fungsi 4 : Menyelaras
kurikulum

Fungsi 5 : Memantau
kemajuan
akademik pelajar
Fungsi 6 : Mengawal dan
melindungi masa
pengajaran

Fungsi 7 : Memberi sokongan
dalam aktiviti pengajaran

Fungsi 8 : Memberikan insentif
terhadap usaha guru

Fungsi 9 : Membudayakan
perkembangan staf

Fungsi 10 : Menetapkan dan
menguatkuasakan dasar /
standard akademik

Fungsi 11 : Menyediakan ganjaran
untuk Pelajar
Pemboleh ubah Pemboleh ubah bersandar
bebas
Pemboleh ubah bersandar
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
BAB 2- TINJAUAN LITERATUR
KAJIAN
DAPATAN
Latip Muhammad .2007. Pelaksanaan
kepimpinan pengajaran di kalangan
pengetua sekolah. Seminar Penyelidikan
Pendidikan Istitut Pengurusan Batu
Lintang 2007.
http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidi
kan/[28 april 2013].




Dapatan menunjukkan guru besar telah melaksana dan
mengamalkan semua sebelas fungsi kepimpinan
instruksional yang dikaji pada tahap sederhana tinggi
(min=3.629).
Azian Ahmad Shaharbi. 2010. Leadership
behaviour and practices of a head teacher in
an excellent school. Tesis Sarjana Pendidikan,
Open Universiti Malaysia.

Tingkah laku pengetua sebagi pemimpin instruksional
telah mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangan
sekolah baik dalam akademik mahupun ko-kurikulum.
Jumari Hashim. 2011. Kajian kepimpinan
pengajaran pengetua lepasan NPQH di sebuah
sekolah lelaki di Sarawak. Laporan projek
Ijazah Sarjana Kepengetuaan, Institut
Pengjian Kepengetuaan, Universiti Malaya.

Dapatan kajian telah menunjukkan pengetua
melaksanakan amalan semua dimensi kepimpinan
pengajaran di tahap yang sederhana dan tinggi.
BAB 2- TINJAUAN LITERATUR
KAJIAN DAPATAN
Elangkumaran Davarajoo. 2011. Hubungan
antara kepimpinan pengajaran guru
besar dengan komitmen kerja dan kepuasan
kerja guru sekolah rendah di Zon Tanjung
Karang. Tesis Sarjana Pendidikan, UPSI

Berdasarkan kajian, didapati terdapat hubungan yang
signifikan terhadap kepimpinan pengajaran dengan
komitmen kerja guru dan kepuasan kerja guru di tiga
jenis sekolah rendah (SK, SJKC dan SJKT).

Juita Hamzah .2012. Kepimpinan instruksional
pengetua dan komitmen guru Pendidikan Islam
di Sekolah Menengah Daerah Temerloh,
Pahang. Kertas Projek Ijazah Sarjana, Institut
Kepimpinan Pendidikan, Universiti Malaya.

Ujian korelasi digunakan untuk menentukan hubungan
antara kepimpinan instruksional dengan komitmen guru
dan hasil kajian menndapati terdapat hubungan yang
signifikan antara kepimpinan instruksional dengan
komitmen guru-guru pendidikan Islam.
Augustine Atung. 2012. Kepimpinan
instruksional pengetua dan komitmen guru di
sebuah sekolah menengah kawasan Samarahan,
Sarawak. Laporan projek Sarjana, Institut
Kepimpinan Pendidikan, Universiti Malaya .

Hasil kajian beliau menunjukkan tahap amalan
kepimpinan instruksional pengetua adalah tinggi .
Bagi tahap komitmen guru pula, komitment afektif
memperolehi skor yang tinggi (min = 3.93) berbanding
komitmen berterusan (min = 3.41) dan komitmen
normatif (min= 3.53).

BAB 2- TINJAUAN LITERATUR
KAJIAN DAPATAN
Tedla, B.A., 2012. Instructional
leadership and school climate a case
study of a secondary
school in Eritrea. Literacy Information
and Computer Education Journal (LICEJ),
(1): 1-10
Dapatan kajian beliau menunjukkan pengetua
turut menghabiskan banyak masa dengan
menguruskan hal-hal yang tidak berkaitan
dengan instruksional.
Kajian beliau turut menunjukkan bahawa
pengetua tidak menyediakan iklim pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif
Louis, K.S., Dretzke, B., & Wahlstrom, K.
2010. How does leadership affect
student achievement? Results from a
national US survey. School Effectiveness
and School Improvement. 21(3) : 315-
336.


Dapatan kajian mereka menunjukkan terdapat
hubungan positif antara kepimpinan dengan
pencapaian pelajar.
Potter, S.L. 2012 . Relationships between
educators organizational commitment,
job satisfaction, and administrators
gender. Tesis PhD, Liberty University.

Tiada hubungan yang signifikan antara
komitmen dan kepuasan kerja guru dengan
pentadbir.
BAB 3 - METODOLOGI
REKA BENTUK KAJIAN
Suatu kajian yang secara amnya bertanyakan
soalan tentang sifat dan ciri pemboleh ubah atau
hubungan antara pemboleh ubah (Noraini Idris
2010)
Kajian
deskriptif

Merupakan kajian yang berdasarkan suatu
sampel dan jika kajian dirancang dan
dilaksanakan mengikut amalan yang standard,
maka ia dapat menghasilkan suatu kesimpulan
dengan kebolehpercayaan yang tinggi (Ahmad
Mahdzan 2002)
Kaedah
tinjauan
METODOLOGI
SAMPEL KAJIAN
Sampel dalam penyelidikan ialah kumpulan yang menjadi sumber
informasi yang diperlukan (Noraini 2010)
Semua guru-guru di enam buah
Kolej Vokasional di Negeri
Sembilan (499)
Persampelan Rawak
Persampelan Rawak Berstrata

Strategi
persampelan
Teknik
persampelan
Populasi
LOKASI KAJIAN & TABURAN RESPONDEN MENGIKUT KOLEJ
Bil Nama Kolej
1
Kolej Vokasional Port Dickson
93 41 62
2
Kolej Vokasional Ampangan,
Seremban.
98 43 52
3
Kolej Vokasional Dato Lela
Maharaja, Rembau
76 34 55
4
Kolej Vokasional Dato Undang
Haji Muhamad Sharip, Rembau
59 26 37
5
Kolej Vokasional Kuala
Klawang, Jelebu
73 32 38
6
Kolej Vokasiona Juaseh, Kuala
Pilah
100 44 44
Jumlah 499 220 288
Pemilihan sampel mengikut Kolej Vokasional adalah menggunakan teknik
proporsi (proportion) seperti berikut:

Bilangan sampel = Populasi guru ikut kolej X Jumlah sampel yang diperlukan
guru Jumlah populasi guru

Sumber: Chua (2006)
Bil soal selidik
dikutip
Bilangan
sampel
Bilangan
guru
INSTRUMEN KAJIAN
TAHAP
KEPIMPINAN
INSTRUKSIONAL
PENGARAH
Soal selidik Principal
Instructional
Management Rating Scale
(PIMRS).
Andi (2007), Juhana
(2007), Tuan Roslina
(2008), Jumari (2011),
Augustine (2012) dan
Wan Nor Ashikin
(2012) telah
menggunakan soal
selidik PIMRS

TAHAP
KOMITMEN
ORGANISASI
GURU
soal selidik Komitmen
Organisasi (Organization
Commitment
Questionnaire-OCQ) yang
digunakan oleh Mowday
et al. (1979).
Digunakan oleh Juita
(2012)
DAPATAN KAJIAN


Jantina Frekuensi
Peratusan
(%)
Lelaki 114 39.6
Perempuan 174 60.4
Jumlah 288 100.0
Jadual 1.1. Taburan responden mengikut jantina
1. Profil Responden
DAPATAN KAJIAN


Jadual 1.2 Taburan responden mengikut tempoh
berkhidmat dengan Pengarah

Tempoh Berkhidmat
Responden Dengan
Pengarah

Frekuensi
Peratusan
(%)
Kurang dari 1 tahun 21 7.3
1-3 tahun 132 45.8
Lebih dari 3 tahun 135 46.9
Jumlah 288 100.0
1. Profil Responden
DAPATAN KAJIAN

2 TAHAP KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL
Jadual 2.1 Tahap kepimpinan instruksional Pengarah Kolej Vokasional
Aspek

Frekuensi dan peratusan
Sisihan
Piawai
Skor min Tahap
Skor min 1.00-
2.33 (Rendah)
Skor min 2.34-
3.66
(Sederhana)
Skor min
3.67-5.00
(Tinggi)
Dimensi Pentakrifan
Misi dan Matlamat
16
(5.6%)
143
(49.6%)
129
(44.8%)
.792 3.564 Sederhana
Dimensi Pengurusan
Masa Pengajaran
38
(13.2%)
158
(54.9%)
92
(31.9%)
.811 3.241 Sederhana
Dimensi Pemupukan
Iklim Pengajaran dan
Pembelajaran
22
(7.6%)
168
(58.4%)
98
(34.0%)
.731 3.326 Sederhana
Kepimpinan
Instruksional
.727 3.377 Sederhana
DAPATAN KAJIAN

3. TAHAP KOMITMEN ORGANISASI GURU

Aspek

Frekuensi dan peratusan
Sisihan
Piawai
Skor min Tahap
Skor min
1.00-2.33
(Rendah)
Skor min
2.34-3.66
(Sederhana)
Skor min
3.67-5.00
(Tinggi)
Komitmen Guru
7
(5.5%)
88
(30.6%)
193
(66.9%)
.740 3.93 Tinggi
Jadual 3.1 Tahap komitmen organisasi guru
DAPATAN KAJIAN

3.1 Perbezaan Komitmen Organisasi Guru Berdasarkan Jantina
H
o
1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap komitmen guru
berdasarkan jantina guru.

Ujian Levene
untuk
Pesamaan
Varians
Ujian-t untuk Perbezaan Min
F Sig. t df Sig. (2-tailed)
Perbezaan
Min
Perbezaan
Ralat Piawai
Komitmen
Andaian
persamaan
varians
1.543 .215 1.722 282 .086 .15378 .08932
Andaian
perbezaan
varians
1.738 250.1 .083 .15378 .08848
Ujian -T

p>.05 (nilai signifikan ujian ialah o.86 dan lebih besar
berbanding nilai signifikan piawai p<0.05)

Hipotesis nul diterima
Signifikan pada aras p<.05
DAPATAN KAJIAN

3.2Perbezaan Komitmen Organisasi Guru Berdasarkan Tempoh Berkhidmat
Dengan Pengarah
H
o
2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap komitmen guru berdasarkan
tempoh berkhidmat dengan pengarah.
Nilai signifikan 0.324

p>.05

Hipotesis nul diterima

Sum of
Squares
df Min Square F Sig.
Between Groups 1.239 2 .620 1.131 .324
Within Groups 153.908 281 .548
Total 155.147 283
Jadual 4.2b Analisis ANOVA satu hala bagi komitmen guru berdasarkan tempoh berkhidmat dengan
pengarah kini
DAPATAN KAJIAN
4. Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional Pengarah dengan Komitmen
Organisasi Guru
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor Min kepimpinan
instruksional pengarah dengan komitmen guru.

Jadual 4.1 Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara skor min kepimpinan
instruksional dan komitmen guru.
Kepimpinan Komitmen
Kepimpinan
Korelasi Pearson 1 .405
**

Sig. (2-tailed) .000
N 288 288
Komitmen
Korelasi Pearson .405
**
1
Sig. (2-tailed) .000
N 288 288
Nilai pekali korelasi Pearson bagi kepimpinan instruksional pengarah kepada komitmen
guru ialah r= 0.405 pada tahap signifikan 0.000 (p<0.05).
Hipotesis nul ditolak.

PERBINCANGAN
Tahap Kepimpinan
Instruksional
Pengarah Kolej
Vokasional
Selari dengan kajian Latip (2007).
Dapatan kajian ini bertentangan
dengan dapatan kajian oleh Jameela
(2012), Lokman et al. (2012), Juita (2012)
dan Augustine (2012).
pandangan Hallinger (2005) yang
menegaskan bahawa kepimpinan
instruksional adalah kepimpinan yang
masih relevan dan sesuai diamalkan
dalam abad ke-21

PERBINCANGAN




Tahap komitmen
Organisasi Guru-
Guru kolej
Vokasional
Dapatan ini adalah selari dengan kajian oleh
Rushani (2006), Abu Hasmadi (2009), Hasnita (2010),
Elangkumaran (2011), Juita (2012).

Tidak selari dengan Teon (2008) dan Nurulaim
Ashikin (2013).

Pernyataan ini juga adalah selari dengan pendapat
Mowday et al. (1982) yang menyatakan bahawa
komitmen organisasi merupakan satu kesetiaan
penerimaan terhadap matlamat dan nilai sesebuah
sekolah. Ini bermakna setiap guru mempunyai
kesediaan untuk menyumbang tenaga bagi
organisasi sekolah dan bersedia untuk kekal sebagai
ahli atau pekerja dalam sekolah yang diwakilinya.

PERBINCANGAN

Perbezaan
tahap
komitmen
organisasi
guru
berdasarkan
jantina



Selari dengan Hasnita (2010) dan Juita
(2012).

Ia selari dengan pandangan Yahya et al.
(2007) bahawa komitmen adalah perasaan
tanggungjawab individu terhadap
tugasannya.

Berbeza dengan kajian Madiha Shah (2011)

PERBINCANGAN
Perbezaan tahap
komitmen
organisasi guru
berdasarkan
tempoh
berkhidmat
dengan pengarah


Selari dengan kajian oleh Augustine (2012).


PERBINCANGAN
Hubungan
kepimpinan
instruksional
pengarah
dengan tahap
komitmen
organisasi
guru Kolej
Vokasional
Selari dengan kajian oleh Rushasni (2006),
Abu Hasmadi (2009), Elangkumaran (20111),
Juita (2012) dan Augustine (2012) .

Dapatan ini juga selari dengan Heck et al.
(1990) dan Krug (1992) yang berpendapat
bahawa kepimpinan instruksional pengetua
ada hubungan dengan komitmen guru-
guru.

IMPLIKASI DAN CADANGAN
Penghayatan dan amalan kepimpinan ini amat diperlukan
dalam meningkatkan tahap komitmen organisasi guru di
Kolej Vokasional dan pengarah disaran mendalami serta
mempraktikkan elemen-elemen dalam model Hallinger
dan Murphy (1987) ini dengan lebih berfokus. Pengarah
mesti tahu cara meningkatkan komitmen subordinat
supaya iklim kolej menjadi lebih kondusif untuk
merangsang PdP.

Pengarah disarankan mengukuhkan pemahaman mereka
tentang kepimpinan ini dengan mengikuti ceramah,
kursus, bengkel atau latihan yang berkaitan.

IMPLIKASI DAN CADANGAN
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat
terkini dan terperinci kepada pihak yang berkaitan dalam
sistem pendidikan negara seperti Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional (BPTV), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jemaah
Nazir (JNJK) serta pusat latihan kepimpinann seperti
Institut Aminudin Baki (IAB) bagi menganjurkan ceramah,
kursus, bengkel serta program peningkatan profesionalisme
yang menekankan prinsip kepimpinan instruksional.


CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
1. Kajian ini diperluaskan seluruh Malaysia supaya dapatan kajian
lebih menyeluruh.

2. Pengkaji disarankan menggunakan kaedah kualitatif, atau
mixed-methodbagi mendapatkan data yang lebih menyeluruh serta
mendalam.

3. Kajian seterusnya bolehlah melibatkan pengarah, ibu bapa dan
juga pelajar sebagai respoden .

4. Cadangan kajian yang meninjau hubungan antara kepimpinan
instruksional dengan komitmen guru dan pencapaian pelajar-
pelajar Kolej Vokasional.


KESIMPULAN
Kajian yang dijalankan mendapati tahap kepimpinan
instruksional Pengarah Kolej Vokasional adalah pada
tahap sederhana sahaja tetapi komitmen organisasi guru
adalah pada tahap tinggi. Tahap komitmen organisasi guru
juga tidak berbeza berdasarkan jantina dan tempoh
berkhidmat dengan pengarah. Pengkaji turut
mencadangkan beberapa kajian lanjutan yang boleh
dilakukan untuk mendapatkan data yang lebih
menyeluruh dan mendalam. Akhir sekali, adalah
diharapkan kajian ini dapat memberikan nilai tambah
kepada penyelidikan sains sosial dan boleh dikembangkan
ke peringkat seterusnya agar dapat dimanfaatkan
bersama-sama.