Anda di halaman 1dari 17

Asal- usul Bangsa

Melayu
DISEDIAKAN OLEH :
CHUNG SOOK PHON
KHOO SIEW LEI
WONG CHEW SHIAN
ASAL-USUL BANGSA
MELAYU
Pengertian Bangsa Melayu

Mengikut Perlembagaan Negara Malaysia
:

Orang berbahasa Melayu
Berkebudayaan Melayu
Beragama Islam
Mestilah warganegara Malaysia

Pengertian oleh UNESCO :
Satu keluarga bangsa yang mempunyai
satu keluarga bahasa yang sama,berkulit
sawo matang,dan tinggi sederhana.

Penduduk asli di satu kawasan yang
besar,iaitu dari Madagaskar di pantai timur
benua Afrika ke Pulau Paskah di Lautan
Pasifik.
Sejarah Asal Usul Bangsa
Melayu

Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahawa
Melayu adalah nama sungai di Sumatera
Selatan yang mengalir di sekitar bukit Si
Guntang dekat Palembang.
Si Guntang merupakan tempat pemunculan
pertama tiga orang raja yang datang ke alam
Melayu.
Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja
Melayu di Palembang (Singapura, Malaka
dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.


Asal Usul Bangsa Melayu

Terdapat 2 teori mengenai asal usul
bangsa melayu

(a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan
(Teori Yunnan )
(b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara
(Teori Nusantara).

Teori Yunnan :

Disokong oleh sarjana R.H.Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster,
J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.

Alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah :
(a) Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di
Kepulauan Melayu.Perkara ini menunjukkan adanya migrasi
penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

(b) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di
kemboja. Penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran
Yunnan dengan menyusuri sungai Mekong. Perhubungan
bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja menandakan
pertaliannya dengan dataran Yunnan.

Teori Nusantara :

Disokong oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly,
Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.

Alasan-alasan yang menyokong teori ini :

a) Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun
yang tinggi
Pada abab ke 19,taraf ini hanya dapat dicapai setelah
perkembangan budaya yang lama.Perkara ini menunjukan
orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi
berkembang di Nusantara


b) Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo
Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.Penemuan manusia
kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya
kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada
manusia kuno tersebut dan mewujudkan tamadun
bersendirian.


ASAL-USUL
BAHASA MELAYU
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat
disahkan oleh sejarawan. Di sini, terdapat beberapa
bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa
Melayu, seperti mana berikut:

1.- Catatan orang China yang menyatakan bahawa
sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil
bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
- Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke
negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi
kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat
di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai
yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.


3. Satu lagi catatan orang China ialah
catatan rahib Buddha bernama I-Tsing
yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang
dua buah kerajaan yang dilawatinya
sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan
``Mlayu'' bermaksud berlari atau
mengembara. Hal ini boleh dipadankan
dengan orang Indo-Melayu (Austonesia)
yang bergerak dari Yunan.

Bahasa Melayu
Merupakan subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia
yang berada di bawah rumpun Austronesia.
Digunakan di Kepulauan Melayu sejak lebih 1,000
tahun yang lalu.
Perjumpaan batu bersurat bertarikh 683 Masihi di
Sumatera Selatan menunjukkan kewujudan
bahasa Melayu kuno.
Dengan ini, cendekiawan mengatakan bahawa
bahasa Melayu berasal dari Sumatera Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa du dunia,
penutur bahasa Melayu keseluruhannya
dianggarkan berjumlah lebih 300 juta orang.

Sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam
bahasa Melayu di Sri Lanka.

Di China juaga terdapat siaran radio dalam
bahasa Melayu.


Bahasa Melayu juga diajarkan sebagai satu
kursus di universiti-universiti di China, Belanda,
United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman,
Australia, New Zealand dan beberapa buah
tempat yang lain.



Sejak zaman awal penemuannya hingga kini,
perkembangan bahasa Melayu dibahagikan
kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno,
bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu
moden.
BIBLIOGRAFI
http://putraaceh.multiply.com/journal/item/
666
http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_b
ahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
http://putraaceh.multiply.com/journal/item/
666
http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009
/05/asal-usul-bahasa-melayu.pdf

Anda mungkin juga menyukai