Anda di halaman 1dari 28

KEMAHIRAN BERFIKIR

KRITIS, KREATIF, DAN


STRATEGI BERFIKIR
MATLAMAT
Modul ini bertujuan memberikan
pemahaman dan panduan tentang
kemahiran berfikir dan
pengoperasiannya agar guru dapat
menerapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran sebarang mata
pelajaran.
OBJ EKTIF
Selepas mengikuti modul ini pendidik:
1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir;
2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran;
3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran;
4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain; dan
5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam
kehidupan harian.
APAKAH BERFIKIR ?

Berfikir ...

... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang
berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang
bertujuan menyelesaikan masalah.
(Mayer, 1977)

merupakan pembentukan idea, pembentukan semula
pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk
tertentu.
(Fraenkel, 1980)

ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,
memberi sebab atau membuat penentuan.
(Beyer, 1984)

Pengertian berfikir
Kemahiran berfikir dapat
dirumuskan sebagai proses
menggunakan minda sama ada
untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu,
membuat pertimbangan dan
keputusan atau menyelesaikan
masalah.

Produk
Proses
PROSES BERFIKIR
Pengetahuan
Sikap / Nilai
Kemahiran
Kognitif
MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN
BERFIKIR
- menjana idea
- menghubung kait
- membuat inferens
- meramal
- membuat hipotesis
- mensintesis
- mengitlak
- membuat gambaran
mental
- menganalogi
- mereka cipta

STRATEGI
BERFIKIR
MENAAKUL
- mencirikan
- membanding dan
membezakan
- mengumpul dan mengelas
- membuat urutan
- menyusun mengikut
keutamaan
- menganalisis
- mengesan kecondongan
- menilai
- membuat kesimpulan
KEMAHIRAN
KRITIS
KEMAHIRAN
KREATIF
- mengkonsepsi
- menyelesaikan masalah
- membuat keputusan
Pelbagai Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk
menilai kemunasabahan sesuatu idea dan
bersifat evaluatif.

Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk
mencerna dan menghasilkan idea asli dan
bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham
atau gabungan idea-idea yang ada.


Pelbagai Kemahiran Berfikir
Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir
yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi
beberapa langkah yang melibatkan beberapa
kemahiran berfikir kritis dan kreatif.

Kemahiran berfikir menaakul membantu kita
dalam membuat pertimbangan secara logik dan
rasional kepada semua kemahiran berfikir dan
strategi berfikir.
Menguasai KB
KB telah disusun mengikut heirarki daripada
kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih
kompleks.

Pelajar perlu mempelajari dan menguasai KB
yang asas sebelum mempelajari KB yang lebih
kompleks.

Contoh: membuat urutan
pelajar seharusnya telah mempelajari dan
menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu
kemahiran mencirikan, membanding dan
membeza, dan mengumpul dan mengelas.
Unit 3 KB Kritis
Unit ini memberikan penjelasan mengena setiap ciri
kemahiran di dalam kemahiran berfikir kritis. Turut
diberikan:
penggunaan
contoh
panduan mengaplikasikan


KB Kritis
Mencirikan

definasi
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur
sesuatu konsep atau objek.

Kemahiran ini digunakan untuk:

a) Mendefinisikan konsep atau item.
b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir
serupa.

Contoh aplikasi dalam p & p .


Membandingkan dan Membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu
objek atau peristiwa.

Kemahiran ini digunakan apabila :

a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
b) Membuat pilihan atau keputusan.


Mengumpulkan dan Mengelaskan

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau
fenomena kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat.
Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat
sepunya.

Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :

a) Banyak item atau maklumat.
b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.

Membuat Urutan
Menyusun Mengikut Keutamaan
Menganalisis
Mengesan Kecondongan
Menilai
Membuat Kesimpulan

KB Kritis
Unit 4 Ciri KB Kritis
Unit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran
berfikir kreatif.

Menjana Idea

Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan
dengan sesuatu perkara.

Kemahiran ini digunakan apabila
Mencari idea baru
Mencari alternatif.
Langkah penggunaan..
Contoh dan garis panduan...

Membuat Inferens

Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau
pun tidak berdasarkan maklumat daripada
pemerhatian.

Kemahiran ini digunakan apabila :

Hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau
membuat pilihan.

Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.

KB Kreatif
Membuat Hipotesis
Meramal
Menghubungkaitkan
Mensintesis
Menganalogi Mengitlak
Membuat Gambaran Mental
Mereka Cipta
UNI T 5 STRATEGI BERFIKIR

1. Mengkonsepsikan

Membuat pengitlakan ke arah membina
pengertian, konsep atau model berdasarkan
ciri-ciri spesifik sepunya yang saling
berhubung kait.

Strategi ini digunakan dalam membina konsep
atau pengertian untuk menjelaskan sesuatu
fenomena menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
STRATEGI BERFIKIR

2. Menyelesaikan Masalah

Mencari penyelesaian secara terancang terhadap
situasi yang tidak pasti atau mencabar atau kesulitan
yang tidak dijangkakan

Strategi ini digunakan apabila :

a) Tiada jawapan yang diketahui.
b) Diketahui ada perbezaan antara yang
dijangkakan dengan yang sepatutnya
berlaku.

STRATEGI BERFIKIR

3. Membuat Keputusan

Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada
beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan.

Strategi ini digunakan untuk :

a) Membuat suatu pilihan bagi situasi yang
berkemungkinan mempunyai pelbagai
penyelesaian .
b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi
kaedah yang dipilih.

ALAT BERFIKIR

Penguasaan pelajar dalam kemahiran
berfikir menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat berfikir yang sesuai
dengan p & p .

Alat berfikir yang biasa digunakan dalam
proses p & p adalah penyusun grafik, soalan
dan penyoalan serta peta minda.


Unit 7 Petunjuk KB
Di dalam kemahiran berfikir, terdapat
perkataan tertentu yang digunakan yang
memberikan makna yang sama dengan ciri
kemahiran berfikir.

Guru-guru di dalam menyediakan
rancangan mengajar sudah biasa
mengaplikasikan kemahiran ini
Mencirikan
Menyatakan ciri-ciri unsur
Memperlihatkan sifat
Menyenaraikan ciri-ciri
Menyenaraikan sifat
Mengenalpasti ..
Metakognisi melibatkan individu sedar
tentang cara mereka berfikir, cara
mereka meneroka pelbagai kaedah
menyelesaikan masalah, cara mereka
melibatkan diri dalam pengalaman
pembelajaran secara intelektual yang
didorong oleh motivasi kendiri dan
semangat ingin tahu yang dipandu oleh
perasaan, naluri, akal, rohani dan
sahsiah diri demi menghasilkan sesuatu
yang maujud.
METAKOGNISI
Penerapan KB Dalam P & P
Pembelajaran berfikrah
Menyatupasukan kandungan dan proses
sebagai pendekatan utama.

Melalui pendekatan ini diserapkan
Mengajar cara berfikir
Mengajar untuk berfikir
Mengajar untuk berfikir
Rangka kerja
KB diperkenalkan
KB dipraktikan dengan bimbingan guru
KB dipraktikan tanpa bimbingan guru
KB diaplikasikan ke situasi baru
KB digunakan dengan kemahiran lain
Pengoperasian
Demonstrasi...

Anda mungkin juga menyukai