Anda di halaman 1dari 10

WARKAH KEPADA

GENERASI
KOMSAS
TINGKATAN 2
PENGENALAN
Halaman 19: Sajak nukilan Amiruddin Md. Ali
Hanafiah bertemakan semangat patriotik.
Generasi muda diseru supaya menjadi bangsa
yang berani dan bermaruah, memartabatkan serta
mendaulatkan tanah air tercinta. Sejarah
perjuangan nenek moyang dahulu kala hendaklah
juga dikenang.
Generasiku tercinta
kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di langit alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita

Generasiku yang bijak bestari
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami.

Penutup warkah ini
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini.



MAKSUD SAJAK
RANGKAP 1
Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai
golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman
sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di
negara yang merdeka.

RANGKAP 2
Penyajak mengingatkan generasi muda yang berilmu
bahawa negara yang didiami oleh mereka sekarang
merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang
berusaha mendapatkan kemerdekaan negara.

RANGKAP 3
Penyajak mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak
melupakan sejarah negara.


TEMA..
Sajak ini mengemukakan tema
peringatan dan pesanan kepada
generasi sekarang tentang
sejarah kemerdekaan negara.

PERSOALAN
1. Persoalan generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di
sebuah negara yang merdeka.

2. Persoalan kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan
dan pengorbanan nenek moyang kita.

3. Persoalan kepentingan sejarah kemerdekaan negara.


GAYA BAHASA
1. Metafora
tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5)
istana merdeka (Rangkap 2, baris 5)
akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)


2. Sinkope
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

3. Asonansi
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4
pengulangan vokal a

4. Aliterasi
tercabut dari bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3)
pengulangan konosonan t.


BENTUK SAJAK

1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Rima akhir bebas
.
3. Jumlah baris serangkap bebas Contohnya : Rangkap 1-5
baris, Rangkap 2 5 baris dan Rangkap 3 3 baris).

4. Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh
patah kata.

5. Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam
belas suku kata.

NILAI
1. Nilai kesyukuran
Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan
nikmat kemerdekaan negara.

2. Nilai pengorbanan
Nenek moyang kita sanggup berkorban demi
mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah.

3. Nilai cinta akan negara
Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri
seseorang agar kita sama-sama dapat berusaha untuk
memajukan negara.


PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar
kita tidak lupa untuk mempertahankannya.

2. Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi
kemerdekaan negara.


3. Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada
negara agar negara kita tidak lagi dijajah pada kemudian hari.


4. Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita
nikmati selama ini kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan
kita kembali dijajah oleh musuh.

Anda mungkin juga menyukai