Anda di halaman 1dari 25

Makna ayat

dalam Bahasa Melayu


Mohd Shahrizan Bin Mohammad Solihim

Makna ayat
-Makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila
dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat
kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan
kelompok kata, tidak semuanya hanya memiliki satu
makna. Ada perkataan yang memiliki dua makna dan
ada juga yang memiliki tiga makna.

-Ada juga perkataan yang boleh dikelompokkan ke
dalam golongan kata nama dan kata kerja, kata nama
arah dan kata sifat bahkan ada sesuatu perkataan itu
yang boleh digolongkan sebagai kata nama, kata kerja
dan kata sifat.
*Dalam berbahasa pun, kadangkala kita tidak
menyebut atau menulis beberapa perkataan
kerana kita menganggap pendengar atau penulis
dapat memahami makna yang ingin kita
sampaikan malah sering kali sesuatu yang kita
ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan apa-
apa yang kita maksudkan.


JENIS-JENIS MAKNA
Makna denotatif/tersurat
Makna konotatif/tersirat
Makna afektif
Makna emotif
Makna luas
Makna sempit
Makna gaya
Makna tekanan
i. Makna denotatif/tersurat
Makna yang tersurat/ makna umum/ makna leksikal/
makna kamus
makna yang sesuai dengan rujukan/pemerhatian alat
indera/ makna yang nyata

Contoh:
Buaya yang mengganas itu telah ditangkap.

Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas
yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat.
ii. Makna konotatif
Makna tersirat atau bukan literal/tersurat
Lebih mengutamakan nilai komunikatif (rujukan penutur
berdasarkan konteks)
Contoh:
Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu
buaya.
Buaya dalam ayat tersebut seorang lelaki yang suka
memujuk dan menipu wanita.

iii. Makna afektif
Muncul akibat reaksi pendengar/ pembaca
terhadap penggunaan kata
Kebalikan daripada yang disebutkan
Contoh:
Perkataan teratak, pondok, rumah yang tidak
sepertinya makna afektif orang yang
mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.

iv. Makna emotif
Makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa
bahasanya

Perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat,
mampus, kojol makna emotif

Kesemua contoh kata tersebut mendukung
maksud mati

Penggunaan perkataan yang berbeza
menimbulkan nilai yang berbeza

v. Makna luas
Makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan
lebih luas daripada makna sebenar.

Contoh :
Universiti institusi pengajian tinggi tempat
mempelajari pelbagai bidang ilmu dan kajian ilmiah.

Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek
seperti profesor, pensyarah, bilik kuliah dan
mahasiswa.

vi. Makna sempit
Makna yang terkandung dalam perkataan tersebut
semata-mata.

Contoh :
Siku Alia luka semasa terjatuh tadi.

Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota
badan Alia yang lain, hanya pada bahagian siku
sahaja.

vii. Makna gaya
Perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh
seseorang pengarang dalam karyanya.

Contoh:
Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali,
misalnya beliau gemar menggunakan dialek Kedah
dalam penulisannya.

viii. Makna tekanan
Perkataan yang diberi penekanan semasa ujaran

Perkataan itu mewakili makna utama dalam
keseluruhan ujaran tersebut.

Contoh:
Amira MELAHIRKAN bayi perempuan.
Amira melahirkan bayi PEREMPUAN.

KERANGKA GENERATIF CHOMSKY
ANALISIS TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF
Teori transformasi generatif ( TG ) ialah teori
tatabahasa yang dipelopori oleh Noam Chomsky.
Teori tatabahasa TG menyatakan bahawa seseorang
penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan
berbahasa yang dikenali sebagai competence.
Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis
struktur ayat, boleh mengenali ayat yang gramatis
atau tidak dan boleh membentuk, mengenali dan
memahami ayat yang tidak terkira jumlahnya.
Sambungan..
Ayat- ayat yang berparafrasa terdiri daripada dua
ayat yang berlainan struktur permukaannya tetapi
mempunyai struktur dalaman yang sama.
Contoh : a) Kucing mengejar tikus.
b) Tikus dikejar oleh kucing.

Kedua- dua ayat di atas mempunyai pengertian yang
sama. Ayat ini dinamakan ayat berparafrasa.
Sambungan..
Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan ialah ayat
yang mempunyai satu struktur permukaan tetapi ada
dua atau lebih struktur dalaman.
Contoh : Ibu bapa saya telah meninggal dunia.
Struktur dalaman ayat di atas boleh ditafsirkan
seperti yang berikut :
a) Ibu kepada bapa saya, iaitu nenek saya telah
meninggal dunia.
b) Kedua- dua ibu bapa saya telah meninggal dunia.
Sambungan..
Teori tatabahasa TG mengandaikan adanya dua
peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur
dalaman dan peringkat struktur permukaan.
Kedua- dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh
dua jenis hukum atau rumus tatabahasa, iaitu rumus
struktur frasa yang menerbitkan ayat pada peringkat
struktur dalaman dan rumus transformasi yang
berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat- ayat
hinggalah membawa kepada peringkat struktur
permukaan.
PERINGKAT PERINGKAT STRUKTUR
Representasi
fonetik
Komponen
fonologi
Struktur
dalaman
Rumus
tradisional
Struktur
dalaman
Rumus
struktur
frasa
leksikon
Komponen
semantik
Representasi
semantik
Sambungan..
Rumus struktur frasa berfungsi untuk melahirkan
rajah- rajah pohon yang menunjukkan hubungan
gramatis antara subjek, objek, predikat dan
sebagainya dengan berbagai- bagai kata yang
terdapat pada sesuatu ayat dasar.
PROSES TRANSFORMASI
1. Proses pengguguran
Satu proses transformasi yang berlaku ke atas
struktur ayat mengakibatkan pengguguran unsur-
unsur tertentu daripada binaan aya itu, dan dengan
itu pada peringkat permukaan unsur yang
digugurkan itu tidak wujud lagi.
Contoh :
Anda boleh masuk sekarang = boleh masuk sekarang
Dia sangat pandai + dia selalu belajar = dia sangat
pandai kerana selalu belajar.
Sambungan..
2. Proses penyusunan semula
Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya
dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat
gramatis yang baru.
proses penyusunan semula ayat- ayat biasanya akan
mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran
pada kata- kata tertentu, dan penggantian atau
pertambahan kata lain pada ayat yang diterbitkan.
Walau bagaimanapun, pada umumnya proses
penyusunan semula ayat tidak membawa perubahan
pada makna ayat.
Contoh :
Abu menendang bola itu ke pintu gol = Bola itu
ditendang oleh Abu ke pintu gol.

Orang tua itu pergi ke sungai = Ke sungai orang tua itu
pergi.
Sambungan..
3. Proses perluasan
Proses yang menambahkan unsur- unsur dalam ayat
yang baru. Proses ini biasanya disebut perluasan
ayat.
Contoh :
Budak itu adik saya. + budak itu membaca buku. =
Budak yang membaca buku itu adik saya.
Sambungan..
Terdapat juga beberapa transformasi yang lain.
Sekiranya kita mengambil contoh Ahmad menendang
bola sebagai contoh ayat inti, kita boleh senaraikan
beberapa jenis ayat yang telah ditransformasikan seperti
yang berikut :
Ahmad tidak menendang bola. ( negatif )
Bola telah ditendang oleh Ahmad. ( pasif )
Bola tidak ditendang oleh Ahmad. ( negatif-pasif )
Adakah Ahmad menendang bola? ( soalan ya/ tidak )
Adakah Ahmad tidak menendang bola. ( soalan negatif )
Adakah bola ditendang Ahmad? ( soalan pasif )
Adakah bola tidak ditendang oleh Ahmad? ( soalan
negatif-pasif )
Siapa menendang bola? ( soalan wh. )
Sambungan..
Secara keseluruhannya, ciri- ciri tatabahasa TG
diperlihatkan seperti berikut :
1. Tatabahasa TG berasaskan teori psikologi kognitif yang
termasuk dalam aliran mentalis.
2. Ia mengkaji competence bahasa melalui perfomance.
3. Ia menggunakan dua set peraturan sintaksis untuk
membuat huraian.
4. Ia mementingkan semantik dalam kajiannya.
5. Analisis bahasa berasaskan ciri- ciri rasional
6. Ia menghasilkan teori sejagat ( universal ) bahasa