Anda di halaman 1dari 25

Amy Low

Chung Fui Peng


Wendy Thien
PISMP PC Amb Jan 2012
Pengenalan Kaum Rungus
Rungus ialah salah satu suku kaum di Sabah dan antara
kumpulan Orang Asli kepulauan Borneo.
Lazimnya mereka dikenali sebagai Dayak Dusun, Dayak Laut,
Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut
atau Rungus.
Bilangan kaum Rungus hanya terdapat di daerah Kudat.




Taburan Kaum Rungus
Pakaian Tradisional
Rumah panjang mereka digelar vinatang (rumah panjang
dalam bahasa Rungus).

Vinatang kebiasaannya mempunyai kepanjangan 300 kaki
dengan ruang bawah rumah dijadikan tempat penternakan
haiwan dan sebagai tugu pertahanan.


Gong merupakan barangan suci dan menjadi warisan
daripada generasi ke generasi.
Gong dijadikan penutup tempayan yang berisi mayat
sebelum dikebumikan, dipalu untuk mencari orang
hilang, sebagai amaran, gerhana bulan dan upacara
keraian serta kematian.


Pantang Larang
Suku Rungus
Adat
Perkahwinan
Pemuda-pemuda dari suku kaum Rungus
tidak mencari bakal isteri mereka sendiri
tetapi ditentukan oleh ibu bapa mereka.

Ibu bapa akan mencarikan pasangan bagi
anak mereka apabila anak-anak mereka
dewasa dan sudah berupaya memikul
tanggungjawab untuk mendirikan
rumahtangga.

Selalunya apabila ibu bapa si lelaki bertemu
gadis yang berkenan di hati, mereka akan
datang ke rumah ibu bapa si gadis untuk
merisik sama ada si gadis telah berpunya
atau belum.


Apabila didapati si gadis itu belum dimiliki, maka
ibu bapa si lelaki akan menanyakan orang-orang
yang rapat atau keluarga terdekat si gadis
bagaimana sikap si gadis, sama ada si gadis
yang dirisik rajin, baik hati dan sebagainya.
Begitu juga sebaliknya bagi keluarga si gadis.

Setelah kedua-dua pihak sudah sepakat,
barulah ibu bapa si lelaki menetapkan hari
peminangan atau pertunangan. Setelah
persetujuan pertunangan dibuat, maka barulah
hari menghantar tanda tunang ditetapkan.

Kadang kala semasa hari menghantar tanda
tunang, hari tersebut juga digunakan untuk
penetapan berian, hukuman dan perbelanjaan
yang mesti dikeluarkan oleh pihak si lelaki
seminggu sebelum hari perkahwinan.
Kesemua tanda tunang dihantar oleh bapa si
lelaki, si lelaki sendiri dan beberapa orang lain
sebagai pengiring.


Upacara penghantaran tanda tunang dilakukan
mengikut hari yang baik contohnya pada hari
tontong atau bulan purnama.
Jika sepanjang perjalanan pada hari
penghantaran tanda tunang ini berlaku peristiwa-
peristiwa ganjil, bertemu binatang seperti rusa,
burung-burung ganjil dan sebagainya, maka
upacara penghantaran tanda tunang dibatalkan
dan ditunda ke hari lain.




Adat
Kelahiran
Adat dan Pantang Larang Bagi Ibu
Baru Bersalin
Menurut adat resam suku kaum Rungus, ibu yang baru
melahirkan anak tidak dibenarkan membuat sebarang
kerja selama genap satu atau dua minggu bagi
mengelakkan sakit dan masuk angin dalam badan.

Si ibu ini juga tidak digalakkan keluar rumah selama 7
hari.

Selain itu, perempuan yang baru bersalin tidak boleh
dimarahi, dipukul atau mendengar perkataan yang kasar.
Jikalau keadaan mengizinkan, si ibu ini harus
berpantang selama 30 hari sehingga badannya pulih.


Untuk mengelakkan serangan penyakit dan supaya
bayi selamat, bayi tersebut tidak boleh dibawa keluar
rumah sesuka hati dalam tempoh pantang berkenaan.

Antara peraturan makanan yang mesti dipatuhi oleh si
ibu ialah:
Makan 3 kali sehari
Makan lebih kerap sup daging atau ayam
Makan kacang beras dengan lembut
Makan banyak sayur dan telur ayam
Buah-buahan makan 3 kali sehari
Minum air yang dimasak 6-8 gelas sehari
Berjemur cahaya matahari setiap pagi lebih kurang 1
jam.


Hukum Adat Dan Pantang Larang
Perempuan Yang sedang Hamil
Jika ada seseorang yang memotong kayu dengan
menggunakan parang, kemudian parang tersebut
disimpan di atas bahu perempuan hamil maka kata
orang dahulu kala pantang kerana "kotiguras"
bermaksud sial.

Menjadi pantang bagi seorang perempuan hamil
dilakukan sedemikian rupa kerana perempuan hamil
sama sekali tidak boleh dikejutkan seperti seakan-akan
dipukul dengan mengunakan kayu, parang dan
sebagainya.

Sesiapa yang melakukan demikian ke atas
perempuan hamil, maka orang tersebut akan
dikenakan sogit. Sogit ini biasanya sebagai
penyelamat kepada perempuan hamil yang
terkejut itu.

Hal ini kerana apabila si ibu terperanjat, maka bayi
dalam kandungan juga ikut terperanjat lalu
bergerak dan menyebabkan keguguran. Kalau
pun tidak keguguran, tetapi bayi yang dilahirkan
mungkin boleh menjadi cacat atau pun menjadi
seorang yang mudah terkejut, mudah diserang
penyakit dan sebagainya.

Si pesalah yang membuat perempuan hamil terkejut akan
dikenakan sogit peringkat pertama iaitu seekor ayam
berharga RM10.00 untuk diberikan kepada perempuan hamil
tersebut.

Jika si pesalah degil dan tidak mahu melakukan demikian
sehingga berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas perempuan
hamil tadi seperti menyebabkan kematian, maka si pesalah ini
akan dikenakan undang-undang bangun atau "sonsal".

Adat Sonsal ini ialah:
80 sanang atau RM24,000.00
40 sanang atau RM12,000.00
2 ekor kerbau sebagai ganti nyawa

Jika si pesalah tidak dapat membayar adat ini, maka si
pesalah akan didakwa di Mahkamah Anak Negeri dan boleh
dipenjarakan sehingga 5 tahun jika sabit kesalahan.
Adat
Kematian
Menurut adat istiadat suku kaum rungus, jika
berlaku sama ada suami atau isteri yang
meninggal dunia maka suami atau isteri yang
masih hidup haruslah menurut arahan dari
orang tua-tua semasa hari pengebumian dan
ketika Mogukas atau Lumuvas(kenduri
kematian) dijalankan.

Suami atau isteri yang masih hidup ini diberi
amaran. Dia tidak dibenarkan bercampur gaul
dengan orang ramai seperti menari sumundai
mongigol ketika hari Mogukas atau Lumuvas.



Seterusnya, pakaian si mati tadi tidak boleh dibuka
sembarangan sebelum tiba masa yang diberitahu oleh
orang tua-tua kelak.

Kemudian suami atau isteri yang masih hidup ini diarah
untuk membuat tapai (sejenis arak dibuat dari beras) di
dalam tempayan kecil yang dipanggil tulidan. Dia tidak
dibenarkan berpakaian menarik sehingga selesai
Mogukas atau Lumuvas.

Setelah beberapa hari, suami atau isteri yang masih
hidup ini dikehendaki menyediakan 1 ekor babi besar
atau kecil, beras dan barang-barang lain yang dirasakan
perlu untuk roh si mati.


Daging yang dimasak diambil untuk dibawa ke kubur si mati
bersama tapai dalam tulidan, mangkuk, pinggan dan gelas yang
telah disediakan oleh suami atau isteri yang masih hidup.

Sesudah selesai penghormatan untuk si mati dilakukan, maka
kesemua yang berada di kuburan harus pulang ke rumah keluarga
yang mengadakan Lumuvas ini bagi upacara memukul gong dan
menari sumundai mongigol.

Untuk mengakhiri upacara, waris keluarga si mati harus menari
sumundai mongigol. Setelah selesai tarian sumundai mongigol,
maka suami atau isteri yang masih hidup ini telah bebas dari adat
Dompihot.

RUJUKAN
http://raymondmajumah.blogspot.com/
http://www.sabah.edu.my/itls07013/inline/ad
at3_3.html
Terima Kasih
atas perhatian