Anda di halaman 1dari 20

KUMPULAN 6:

ARZILAH AZIE
ALICIA BINTANG
JACQUELINE JASMIN
FONEM SEGMENTAL
DALAM BAHASA
MELAYU

- Vokal Hadapan, Tengah, Belakang,
Nasalisasi
- Diftong


BMM 3083 FONETI K DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Vokal Hadapan, Tengah,
Belakang, Nasalisasi

VOKAL DEPAN
VOKAL DEPAN SEMPIT [ i ]

depan lidah diangkat setinggi-tingginya
depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras,
sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup
rongga hidung.
Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

VOKAL DEPAN SEPARUH SEMPIT
[e-taling]

depan lidah diturunkan sepertiga
contoh perkataan : epal, elok, enak

VOKAL DEPAN LUAS [ a ]

depan lidah diturunkan serendah-
rendahnya
Lelangit lembut berkeadaan terangkat
rapat ke belakang tekak
contoh perkataan: barang, sayang, abang

VOKAL TENGAH
VOKAL TENGAH [ e-pepet ]

dihasilkan dengan meletakkan lidah
seperti biasa di lantai rongga mulut.
Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit
rongga mulut berkeadaan sederhana
luasnya.
Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

VOKAL BELAKANG
VOKAL BELAKANG SEMPIT [ u ]

dihasilkan dengan mengangkat belakang
lidah setinggi mungkin ke atas
tetapi tidak menutup ruang aliran udara.
Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang


VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT [
o ]

dihasilkan dengan menurunkan
belakang lidah 1/3
di antara tempat yang paling tinggi
dan tempat yang paling rendah.
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

NASALISASI
(PENYENGAUAN)

Penyengauan atau nasalisasi merupakan
artikulasi tambahan yang berlaku
pengaruh daripada proses penyebutan
bunyi perkataan yang mengandungi
konsonan sengau yang diikuti oleh vokal.
Semasa menyebut bunyi sengau,
misalnya m, n, ny, ng seperti dalam
perkataan malam, nasi, nyamuk,
ngantuk pengaruh bunyi sengau m, n,
ny dan ng merebak kepada bunyi vokal
kerana rongga hidung tidak sempat
ditutup sepenuhnya semasa menyebut
bunyi vokal dalam perkataan tersebut.


Proses nasalisasi ditandakan dengan [~]
atas lambang vokal.
contoh, nyanyi [ ai ], udara tidak seratus
peratus keluar melalui rongga mulut
semasa kita menuturkannya, tetapi apabila
[ ] disebutkan ada aliran udara melalui
rongga hidung dan terjadilah sengauan.
Vokal nasal banyak terdapat dalam dialek
Kelantan, bahasa Acheh dan Perancis


DIFTONG

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2010), diftong bermakna gabungan dua
bunyi vokal yang disebut dalam satu
suku kata akibat perubahan kedudukan
lidah seperti ai, au dan oi.

Profesor Nor Hashimah Jalaludin dalam
bukunya Asas Fonetik (DBP, 1998: 41)

Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal
yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil
apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi
vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah
vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan
sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan
puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi
diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai
satu suku kata sahaja.
Bunyi diftong ialah percantuman dua
bunyi vokal yang dikeluarkan dengan satu
hembusan nafas. Diftong bersifat satu
suku kata dan mempunyai satu puncak
kelantangan kerana berlaku geluncuran
dari satu vokal yang mendahului vokal
yang mengikutinya.


Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa
Melayu, iaitu [ ai ], [ au ], dan [ oi ].
Contoh kata yang mengandungi bunyi
diftong seperti di bawah :

a ) diftong [ ai ] aising, hairan, pandai.
b ) diftong [ au ] aurat , saudara, kerbau.
c ) [ oi ]- boikot, amboi.

DIFTONG DARIPADA KATA PINJAMAN

diftong /ei/ dari kata pinjaman
contohnya: Mei, esei.
BIBLIOGRAFI
Buku:
Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur Bahasa Melayu. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi.
Kuala Lumpur: PTS Publishing.
Nik Safiah Abdul Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks Bahasa
Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Nor Hashimah Jalaluddinl. (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.



SEKIAN, TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai