Anda di halaman 1dari 28

PENGURUSAN BILIK SAINS

KONSEP BILIK SAINS



Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di mana P&P
Sains Sekolah Rendah dijalankan.
Bilik ini mempunyai kemudahan asas untuk
menjalankan aktiviti PdP Sains seperti eksperimen,
demonstrasi dan kerja projek.
Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjah biasa.
PENGURUSAN BILIK SAINS
Kemudahan asas yang perlu ada dalam sebuah
Bilik Sains ialah kerusi meja yang sesuai, kabinet,
punca bekalan air, punca kuasa elektrik dan
peralatan sains seperti yang disenaraikan untuk
mata pelajaran Sains Rendah berdasarkan buku
Peralatan Pembelajaran dan Pengajaran Sains
Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kegunaan Bilik Sains

Bilik Sains merupakan satu daripada tempat PdP
Sains. Aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan supaya
kemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya.
Pendekatan ini bagi membolehkan P&P berpusatkan murid dapat
direalisasikan dan konsep murid membuat, guru membimbing
dapat dilaksanakan.
Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkan bilangan
peralatan dan bahan untuk membolehkan setiap murid
berkesempatan berinteraksi dengan peralatan dan bahan.

Keselamatan: Alatan:
Pertolongan Cemas, Pemadam
Api, Peraturan Keselamatan
Fizikal: Stor, Bilik,
Perabot,Sumber
elektik, gas, dan air,
Pengedaran udara,
Pencahayaan,
Projektor
Sumber Manusia:
Penyelaras,
Pembantu makmal
Aspek utama
pengurusan
makmal sains
Media pengajaran :
Spesimen, CD, Internet, Buku
rujukan, Carta, Model, Alatan
dan bahan Sains

Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat dan
Radas Sains

Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang
mudah rosak. Penyenggaraan dan penyimpanan
yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkan
dari terjadinya perkara ini.





Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat
dan Radas Sains

Bahan kaca
Alat kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan
menggunakan alat dan bahan pencuci yang sesuai.
Alat kaca tidak boleh disimpan di tempat yang terlalu
tinggi dan tidak dicampuraduk dengan peralatan berat
terutamanya daripada logam.
Alat kaca yang besar disusun di belakang dan yang
kecil di hadapan.



Di peringkat sekolah rendah, tidak ada bahan kimia
yang berbahaya dibekalkan untuk kegunaan guru
dan murid. Walaubagaimanapun, dalam aktiviti PdP
ada.
Dicadangkan penggunaan bahan kimia yang
digunakan di rumah seperti cuka, gula, garam dan
sabun.
Bahan-bahan ini pada prinsipnya tidak berbahaya
atau membawa kesan buruk.
Bahan Kimia



Bahan Kimia




cuka yang perlu diberi perhatian kerana ia adalah
sejenis asid lemah. Jika sekiranya cuka termasuk
ke dalam mata, basuhkan segera dengan air bersih.
Sekiranya formalin digunakan untuk mengawet haiwan, sila
berhati-hati ia berbahaya jika terminum ( ia boleh mengeraskan
protein ).
Jika wapnya termasuk ke dalam mata dan hidung, ia
mengakibatkan rasa pedih dan tidak selesa. Jadi elakkan dari
terminum, terhidu dan termasuk ke dalam mata.
Bahan ini hendaklah disimpan di dalam botol yang sesuai
(botol kaca gelap dan tebal ) dan dilabelkan.

Bahan Kimia


Alat Optik

Alat optik seperti kanta, prisma dan bongkah kaca yang
mudah tercalar oleh permukaan yang kasar, eloklah
disimpan dalam kepingan stairofom yang mempunyai
ruang berbentuk alat-alat optik tersebut.

Binokular dan mikroskop perlu disimpan di tempat
kering
Untuk mengelakkan berkulat. Untuk tujuan ini
binokular dan mikroskop bolehlah disimpan dalam
kotak bersama-sama dengan gel silika.
Sebaik-baiknya gunakan gel silika biru
yang boleh menjadi merah jambu apabila kuasa
penyerapannya berkurang.












Alat Optik












Alat Elektrik
Setiap Bilik Sains dibekalkan dengan sekurang-
kurangnya dua punca kuasa (soket) untuk kegunaan
alat dan perkakas elektrik seperti cerek elektrik atau
projektor.
Penggunaan alat-alat elektrik boleh menimbulkan
kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau tidak
diselenggarakan.

Langkah untuk mencegah kemalangan:
pastikan murid tidak memasang suis dengan
tangan yang basah
tutup suis apabila selesai menggunakan alat
elektrik
soket atau palam yang retak atau rosak
hendaklah diganti
pastikan wayar disambung mengikut kod
warna yang betul
pastikan wayar dan kabel bertebat
alat elektrik hanya boleh disambung pada
soket tiga pin
jangan gunakan kabel yang terlalu panjang
bagi alat elektrik
Spesimen Haiwan dan Tumbuhan

Spesimen hidup
spesimen hidup yang hendak dikaji hendaklah
diambil mengikut keperluan sahaja
spesimen haiwan yang masih hidup hendaklah
dikembalikan ke habitat asalnya
spesimen yang telah mati boleh diawetkan
haiwan yang dilindungi oleh undang-undang
tidak boleh dipelihara atau diawet tanpa
kebenaran daripada Jabatan Perhilitan

Spesimen Haiwan dan Tumbuhan
Kaedah Kering
sesuai untuk spesimen yang mempunyai
kelembapan yang kurang dan mempunyai kulit luar
yang keras seperti serangga dan biji benih.
spesimen dikeringkan sehingga kelembapan yang
rendah bagi menghalang kerosakan yang biasa
dilakukan oleh kulat atau bakteria
beberapa cara untuk mengering spesimen
antaranya spesimen hidup yang hendak dikaji
hendaklah diambil mengikut keperluan sahaja
Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat dan
Radas Sains









F
PEMBAHARUAN (IMPROVISATION)

Kenapa perlu pembaharuan (improvisation)?

Biasanya kita perlu berusaha untuk membuat sendiri radas dan bahan
sains kita sendiri berdasarkan:

Kekurangan peralatan untuk jalankan eksperimen
Peralatan sains sangat mahal di pasaran
Peralatan sains sangat kompleks untuk guru dan murid
Peralatan yang ada tidak sesuai untuk aktiviti yang ingin dijalankan
Guru perlu hasilkan alatan yang dapat merangsang pemahaman
konsep yang sukar.
Guru tidak cukup peruntukan untuk membeli peralatan
Menyediakan bahan bantu mengajar

Contoh-contoh aktiviti pembaharuan:

Jika tiada bikar- potong botol air mineral
Jika tiada rak tabung uji- tebuk bekas telur untuk menegakkan
tabung uji
Tungku kaki tiga daripada tin yang dipotong mengikut bentuk
tungku kaki tiga
Corong turas menggunakan botol air mineral yang dipotong
dan diterbalikkan.
Kanta daripada mentol
Piring petri daripada botol air mineral
LATIHAN KENDIRI
1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bagi
sesebuah makmal sains?
2. Apakah aspek fizikal yang menjadi keperluan bagi sesebuah
bilik/makmal sains?
3. Senarai contoh alatan dan bahan bantu mengajar yang patut terdapat
dalam sesebuah makmal sains.
4. Bincangkan aspek keselamatan yang wajar dipertimbang oleh
seseorang guru Sains
5. Bagaimana anda mengendalikan situasi murid yang terkena bahan
kimia berasid?

Anda mungkin juga menyukai