Anda di halaman 1dari 12

TEKNIK MEMBAJA

GETAH MUDA

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)
KEMENTERIAN KEMAJ UAN LUAR BANDAR & WILAYAH
TUJUAN PEMBAJAAN
Memendekkan tempoh keremajaan pokok
seterusnya membolehkan pokok getah
tersebut ditoreh dengan lebih awal

Mempercepatkan kanopi di antara pokok bertemu,
seterusnya naungan yang dihasilkan akan
menolong mengurangkan pertumbuhan rumpai dan
kos mengawalnya

Menolong mengelak daripada serangan beberapa
penyakit daun
KAEDAH PEMBAJAAN
Kebun hendaklah dipastikan bersih daripada rumpai
sebelum baja di tabur

Semasa Penanaman ( Pembajaan Pusingan Pertama )
- 113 g batu fosfat asli di gaul dengan tanah di
dalam lubang semasa menanam.

Pusingan kedua hingga umur pokok 15 bulan
- Baja di tabur rata-rata di keliling pangkal pokok
dalam bulatan yang penuh, jejari bulatannya mengikut
umur pokok

KAEDAH PEMBAJAAN
Umur pokok ( bulan ) Penaburan bulatan yang berjejari
(sm )

2

5

8

12

15


60

76

76

92

122

ZON PENEMPATAN BAJA POKOK MUDA
KAEDAH PEMBAJAAN
Membaja pokok
berumur di bawah 15
bulan

a) Membaja secara taburan
bulatan


b) Mencakar sedikit tanah
selepas membaja
KAEDAH PEMBAJAAN
Membaja pokok getah muda berumur 1 bulan ke 15 bulan
KAEDAH PEMBAJAAN
Membaja pokok Getah
berumur selepas 15 bulan
dan sebelum penorehan

- Ditabur baja rata-rata
disepanjang lorong
tanaman atau teres
selebar 2 m

- Elakkan menabur di
pangkal pokok

MASA PEMBAJAAN
Tempoh penyerapan zat nitrogen oleh pokok getah
dengan kadar yang paling aktif ialah di antara waktu
perdaunan semula sehingga lima bulan berikutnya

Sekiranya ranggasan daun berlaku pada bulan
Februari, tahap penyerapan nitrogen yang tinggi
berlaku di antara bulan Januari hingga Julai.

Pembajaan untuk getah sesuai dilakukan waktu
sebaik sahaja daun muda keluar selepas musim
luruh.
MASA PEMBAJAAN
Jika ranggasan sekunder dan pendaunan semula
kali kedua berlaku, maka pembajaan dengan
jumlah baja yang lebih banyak diperlukan. Dalam
keadaan ini jumlah baja terutama nitrogen,
hendaklah ditambah. Pembajaan di perlu
dilakukan dua kali dimana pembajaan kedua tidak
lewat dari bulan Jun.

Di kawasan tanah berpasir
Pembajaan di bahgikan kepada dua kali setahun
iaitu di dalam bulan Februari/Mac dan Mei/Jun.
MASA PEMBAJAAN
Kawasan di khuatiri berlaku kerosakan angin
- Kepadatan daun perlu dikurangkan untuk
mengelakkan dahan-dahan dan pokok-
pokok yang berdaun lebat patah.

- Kadar dan jumlah baja perlu diselaras bagi
menghindari risiko kerosakan oleh angin,
kadar baja terutamanya baja nutrien
dikurangkan.
MASA PEMBAJAAN
Jika kemungkinan berlakunya kerosakkan
oleh angin adalah tinggi, elakkan dari
membaja pada musim luruh dan ditangguhkan
tetapi tidak lewat dari bulan Jun.

Jumlah baja perlu dikurangkan dan hanya
setengah kadar baja di tabur. Ini adalah
kerana penyerapan kebanyakan nutrien jauh
berkurangan selepas tiga hingga empat bulan
selepas pendaunan semula berlaku.
RUJUKAN
1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi
Perladangan dan Pemprosesan Getah.

2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman
Getah

3. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1991), Ke arah
menggalakkan Tumbesaran dan meningkatkan Produktiviti Pokok-
pokok Getah.

4. Risalah Impak Getah Intisari maklumat untuk pekebun kecil siri 1.1,
RISDA

5. Risalah Pembajaan Pokok Getah, Lembaga Getah Malaysia