Anda di halaman 1dari 27

Al-Aiman wa An-Nuzur

(Sumpah dan Nazar)


SITI SYAHIDAH BINTI ABU
BAKAR
ZIQRA HUSNA BINTI ZAKARIA
NUR FITHRIYAANI SYAHIRROH
BINTI SUHAIMI
ZULAIHA BINTI MOHAMED







USTAZAH HOLDIAH BINTI ABDUL HALIK

Al-aiman Dari segi
bahasa, berarti kekuatan. Ini telah
disebutkan dalam firman allah:

Pasti kami rentap dia dengan yamin
(tangan kanan/kekuatan) Kami.
(Al-Haqqah: 45 )

Ia juga digunakan dengan makna
sumpah disandarkan dengan perkara
yang diagungkan.



Dari segi istilah al-Aiman
adalah bererti Mengukuhkan
kata-kata yang tidak sabit
kebenaran kandungannya
dengan menyebutkan salah
satu daripada nama-nama
Allah Azzawajalla, ataupun
menyebutkan salah satu sifat-
Nya dengan lafaz yang
tertentu.

TAKRIF AL-AIMAN
PENJELASAN TAKRIF DARI SEGI ISTILAH






1) Penggunaan perkataan mengukuhkan dalam takrif tadi adalah
yang diucapkan tanpa niat untuk melaksanakannya ataupun
tanpa niat untuk membenarkannya, Contohnya seseorang yang
menyatakan tidak, demi Allah, Ini tidak dianggap sumpah
menurut istilah syarak .






Firman allah: Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-
sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan
tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang
sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.
(Al-Maidah:89)








2) Penggunaan perkataan yang tidak sabit kebenaran
kandungannya adalah untuk mengeluarkan kata-kata yang sabit
kebenaran kandugannya secara pasti.

Termasuk dalam pengertian sumpah ialah sumpah terhadap
perkara yang telah berlaku seperti kata-kata: Demi Allah!
Saya tidak melakukan begitu









Firman allah: Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa
mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu) (At-
taubah:74)

Begitu juga sumpah boleh berlaku terhadap perkara yang akan
datang.



Hukum Sumpah dari Sudut
Syarak


1) HARAM
3) HARUS. Apabila menunjuk ke
jalan benar ataupun melarang daripada
kebatilan.
2)WAJIB. Apabila tiada cara lain
melainkan dengan bersumpah
untuk menyatakan hak orang yang
dizalimi ataupun untuk menyatakan
yang benar.
4) SUNAT. Apabila sumpah itu
sebagai jalan untuk memberikan
kesan kepada para pendengar



Apakah syarat
Syarat Sumpah?




3. Sumpahnya disertakan
dengan salah satu perkara
berikut:
i. Zat Allah Azzawajalla

ii. Salah satu nama Allah Taala
yang khusus bagi-Nya
Seperti kata-kata: Aku
bersumpah dengan kemuliaan
Allah, atau dengan ilmu-Nya
atau dengan kehendak-Nya
ataupun dengan kekuasaan-
Nya.

iii. Salah satu daripada sifat
Allah


2. Bukan sumpah yang lagha
(sia-sia)

1. Pelakunya
hendaklah sudah akil
baligh

Diangkat pena (tidak diperkirakan
dosa) daripada tiga jenis manusia:
Yang tidur sehinggalah ia bangun,
kanak-kanak sehinggalah dia
bermimpi (baligh) dan orang gila
sehinggalah dia sedar (siuman)

hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Daud (4403) dan selainnya daripada
All r.a. daripada Nabi s.a.w.




Melaksana dan Melanggar Sumpah:
Makna dan Hukumnya


Maksud melaksanakan sumpah ialah seseorang itu
melaksanakan apa yang perlu dipenuhi dan pada
sumpahnya, sekiranya sumpahnya berupa janji. Sekiranya
sumpah Itu berupa perkhabaran tentang sesuatu
perkara,maka dia mestilah benar di dalam dakwaannya.

Manakala melanggar sumpah bererti tidak memenuhi
dan melaksanakan apa yang telah dijanjikan di dalam
sumpahnya, sekiranya sumpahnya berupa janji dan
kewajipan yang perlu dipenuhi


Keadaan pertama: Perlanggaran
sumpah yang bermaksud
pelakunya tidak melakukan apa
yang disebut di dalam
sumpahnya. Seperti seseorang
bersumpah dengan nama Allah
Taala bahawa dia akan
bersedekah kepada orang fakir
miskin pada hari yang
ditentukannya. Lalu dia tidak
bersedekah pada hari yang
ditetapkan itu. Hukum
perlanggaran ini ialah dia wajib
mengkafarahkan penlanggaran
sumpahnya.




Keadaan kedua: Perlanggaran
sumpah berupa pendustaan
terhadap perkhabaran yang
hanya akan dapat dipercayai
dengan sumpah. Contohnya
seseorang itu berkata: Demi
Allah! Sesungguhnya barang ini
adalah milik saya, sedangkan dia
mengetahui bahawa ia bukan
miliknya. Sumpah seperti ini
diniatkan sumpah ghamus
(menenggelamkan) seperti yang
telah dijelaskan.



KAFARAH SUMPAH




Sesiapa yang melanggar
sumpah ghamus (dusta)
ataupun bukan ghamus
maka dia wajib
mengkafarahkannya.
Dia boleh memilih salah
satu daripada tiga
perkara berikut:
1. Membebaskan
seorang hamba yang
beriman, lelaki atau
perempuan. Hal ini
dilakukan jika ada
hamba.



2.Memberi makan sepuluh orang
fakir miskin. Setiap orang miskin
diberikan secupak makanan asasi
yang menjadi kebiasaan negeri
tersebut. Secupak ialah kadar
yang diketahui umum yang lebih
kurang seberat 600 gm.



3. Memberi Kiswah (pakaian) untuk
sepuluh orang fakir miskin dengan
pakaian yang biasanya dipakai.
Secara kebiasaannya Kiswah terdiri
daripada baju, seluar, stokin
dan penutup kepala dalam apa
bentuk sekalipun. Semuanya ini
dinamakan kiswah.


Dalil Wajibnya Kafarah Sumpah


MAKSUDNYA:

(Maksudnya) Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah
kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira
salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan
bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya ialah memberi makan
sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa)
berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau
memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa yang tidak dapat
(menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari.
Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu
bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum ugamanya)
supaya kamu bersyukur.
(Al-Maidah: 89)

NAZAR
Takrif :
An nuzur adalah kata jamak bagi nazar.
Bahasa : janji melakukan kebaikan ataupun
keburukkan
Syarak: janji melakukan kebaikan secara khusus
Istilah fuqaha : mewajibkan diri melakukan ibadat
yang tidak diwajibkan oleh syarak secara mutlak
ataupun ibadat yang bergantung kepada perkara lain
Hukum
Nazar

Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk
menghampirkan diri kepada Allah. Oleh sebab ia itu para ulama
feqah berpendapat tidak sah nazar orang kafir.
Namun adalah lebih afdhal seseorang itu melakukan ibadat
yang mahu dilakukannya tanpa mewajibkan perkara itu ke atas
dirinya dengan menjadikannya nazar.
Sedekah yang menjadi ibadat kepada Allah secara sukarela
adalah lebih afdhal daripada sedekah yang diwajibkan dengan sebab
nazar.

Dalilnya,hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari(6234) dan
Muslim(1639):

Nabi s.a.w. melarang daripada melakukan nazar.Sabdanya:
Sesungguhnya ia tidak akan menolak sesuatupun,tetapi ia hanya
akan dilakukan oleh orang yang bakhil.
JENIS-JENIS
NAZAR
Pertama :
Nazar Lajaj

Ketiga : Nazar
Mutlak

Kedua : Nazar al-
Mujazat
( Mukafaat )

Pertama : Nazar Lajaj
Ia merupakan nazar yang berlaku
ketika seseorang itu berada dalam
keadaan hilang pertimbangan diri
akibat terlalu marah seperti dia
berkata ketika dalam keadaan itu :
Sekiranya aku bercakap dengan si
fulan maka demi Allah atasku puasa
sebulan.
Kedua : Nazar al-Mujazat ( Mukafaat )
Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu
bergantung pada sesuatu yang akan menyebabkan dia
akan melakukan sesuatu. Dia berbuat demikian
bukannya ketika hilang pertimbangan diri akibat terlalu
marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu
berkata :
Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka
demi Allah aku akan bersedekah seekor kambing.

Ketiga : Nazar Mutlak
Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan
oleh seseorang bagi tujuan mendekatkan diri
kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya itu
dengan sesuatu perkara yang lain dan juga bukan
dilafaz ketika hilang pertimbangan diri tetapi
kerana terlalu marah. Contohnya seseorang itu
berkata :
Bagi Allah atasku puasa pada hari Khamis.
Dipanggil juga nazar jenis kedua dan ketiga
sebagai nazar kebajikan kerana orang yang
bernazar itu berniat untuk berbuat kebajikan dan
menghampirkan diri kepada Allah.
Syarat-
syarat
Nazar
Orang Yang Bernazar
Perkara yang
dinazarkan
Islam.Tidak sah nazar orang kafir,kerana orang kafir tidak ada
kelayakan untuk melakukan ibadat.Ini kerana ibadatnya tetapi
tidak sah selagimana dia kafir.
Orang Yang Bernazar


Taklif.Tidak sah nazar kanak-kanak dan orang gila kerana kedua-
duanya tiada kelayakan kewajipan.Sekiranya kedua-duanya
mewajibkan diri mereka melakukan ibadat,ia tetap tidak akan
menjadi wajib kerana mereka tiada kelayakan akan untuk
melakukannya disebabkan tiada taklif dari sudut syarak.



Sukarela.Tidak sah nazar oarng yang
dipaksa kerana Nabi s.a.w. telah
bersabda:
Tidak diperkirakan daripada
ummatku kesilapan,kelupaan dan apa
yang dipaksakan keatasnya.

Perkara yang
dinazarkan
Hendaklah sesuatu yang dinazarkan itu berupa
ibadat Maka tidak boleh barnazar terhadap perkara
yang harus,iaitu perkara-perkara yang tidak
menghasilkan dosa ataupun pahala apabila
dilaksanakan atau ditinggalkan.Kalau seseorang
bernazar untuk melakukan perbuatan yang harus
ataupan bernazar meninggalkannya separti makan dan
tidur,maka dia tidak wajib melaksanakan atau
meninggalkannya dan tidak dikenakan apa-apa ke
atasnya.

Perkara yang dinazarkan bukanlah termasuk
perkara yang sememangnya telah diwajibkan secara
fardu ain.

Kalau seseorang bernazar untuk menunaikan
sembahyang Zohor atau untuk mengeluarkan zakat
hartanya,maka nazar ini adalah batal kerana ia tiada
kesan baru terhadap perkara yang dinazarkan,kerana ia
sememangnya telah diwajibkan ke atas orang yang
bernazar tanpa perlukepada nazar lagi untuk
menjadikan ia wajib.Jadi tiada makna untuk
mewajibkannya (melalui nazar).

SEKIAN