Anda di halaman 1dari 27

Pengenalan Kesenian

Pelbagai Budaya
By: M. IDRIS ABD. HAMID & GLEEN CLEMENT
SENI DAN BUDAYA
CHINA
Menurut ahli sejarah, kesenian cina yang awal
sekali ditemui adalah pada akhir zaman batu.
CATAN CINA
Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan
Barat.
Kebanyakan catan mengambarkan keindahan panorama alam semula
jadi.
Catan yang dihasilkan mempunyai falsafah dan sajak yang
menyampaikan perasaan hati pengkarya.

Mendapat tempat yang istimewa dalam seni catan China.
Catan lanskap China (Shan Shui) : gunung dan air.
Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti
Sung.
STRUKUR CATAN LANSKAP CHINA
Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi
yang membawa pengertian terhadap keseluruhan catan.
Seorang artis harus dapat berinteraksi dengan alam secara harmoni
dan terjemah falsafahnya melalui catan.
Konsep Yin dan Yang menjadi teras (keseimbangan kekuatan dan
kelemahan).
Yin = gunung, kuda hitam, naga.
Yang = kabus, air, awan, bunga, lembah.
CIRI-CIRI CATAN LANSKAP CHINA
CONTOH CATAN CHINA
Catan China = Burung Ajaib.
Catan China atas sutera.
My Heart Mountain
Liang Yan
Saiz : 26 x 24.5
Tinta dan warna di atas
kertas, dipasang di satin

Subjek, gaya, dan penggunaan warna hasil karya Liang Yan menyerupai
karya dari beberapa seniman Qing (1644-1911) yang menyokong kaedah
tradisional China dari segi lukisan dan teknik.
Gunung dan sungai
Karya : Wu Chang An.
Saiz : 19 x 20.5
Jenis : cat air China
Medium : dakwat dan kertas.
Wu Changan adalah profesor seni yang telah bersara. Dia mengajar lukisan
China selama 25 tahun. Beberapa karya-karyanya menggambarkan teknik percikkan
dakwat, teknik di mana lukisan dan warna ditambah selepas dakwat dipercik secara
rawak di atas kertas.
PAKAIAN
CHEONGSAM
- mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan
kain.
-Pakaian ini selalunya diperbuat
daripada kain sutera, satin dan lain-lain
jenis kain lembut.
SAMFU
- merupakan pakaian tradisional bagi
kaum lelaki dan wanita cina.
- bermaksud baju dan seluar .
- diperbuat daripada kain nipis yang
tidak bercorak atau sekadar berbunga
halus.
PERMAINAN
Go
- Permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang.
- Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi
Hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah.
- Hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Xiangqi
- Dimainkan oleh dua orang pemain.
- Berada dalam keluarga yang sama dengan catur.
- Berasal dari china, digelar sebagai catur cina.

Yo-yo cina
- mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan
oleh gandar yang panjang.
- Sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang
Kayu kecil.
- Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
Mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
TARIAN
Tarian Singa
- dipersembahkan ketika perayaan hari
Tahun Baru Cina.
- sebuah tarian bersemangat yang
sentiasa diiringi paluan gendang serta memerlukan
keberanian

Tarian Naga
- Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan
kuasa luar biasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta
kehormatan dalam budaya Cina.
- dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan
dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun baru.
-Tarian ini memerlukan seramai 60 orang.
ALAT MUZIK
Erh hu
- Alatan bertali jenis lute dibuat dalam Tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
- Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam
orkestra untuk mengiringi opera cina.
Pipa
- Alat bertali mempunyai 4 tali logam.
- Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong
tetapi permukaan dadanya mendatar.
- Digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera cina; juga sebagai
lat solo atau mengiringi nyanyian.
Guzheng
- Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi
empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa
utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang
kayu kecil).
-Bunyi yang dihasilkan oleh guzheng ini padat dan jelas.

SENI DAN BUDAYA
INDIA
Seni india adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat
dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat
dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa.
Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat untuk
menerangkan konsep keindahan.
Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, iaitu pada
tahun 132 sebelum Masehi.
Di peringkat awal, kesenian India berasaskan kepada
agama.
Lukisan di Gua Ajanta, India dianggap sebagai lukisan
pertama dan terbaik di India dalam abad pertama.
Pada abad kedua, lukisan Saddanta Jakata pula dianggap
paling terkemuka.
Motif utama yang digambarkan ialah mengenai kehidupan manusia seperti sebuah
cerita yang menggambarkan tentang percintaan dan pemburuan, serta kombinasi
antara imej manusia dengan tumbuhan.
Lukisan yang dipersembahkan atas kertas dan daun-daun, mula dilakukan dalam
abad ke-12 dan berkembang sehingga abad ke-16.

PAKAIAN
SARI
- Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan
dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
- Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang
bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut.
PAKAIAN SALWAR KAMEEZ ATAU BAJU PUNJABI
- terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar
panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
KURTA
- pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
- kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat
daripada kain kapas.
TARIAN
Tarian bhrata natyam
- berasal dari Negeri Tamil Nadu di Selatan India.
- mengandungi enam peringkat iaitu, Alanippu, Gatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam
dan Thillana.Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau, tarian tulin
dan Nritya mengandungi Adarus atau unit tarian asas.

Tarian Kathak
- berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Kathak dikenali sebagai Braj Raas.
- diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana).
- Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.

Tarian klasik india
- gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri
seseorang manusia.
- Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan, yang menarikan sejenis tarian
memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari.
- Pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.
MUZIK
Sitar
- Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali.
- Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan
ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan
dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan yang unik.
Dholak
- dimain dengan menggunakan tangan dan mudah dipikul oleh pemainya.
- Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan
ke atas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.
- digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
SENI DAN
BUDAYA JEPUN
Jepun sebuah negara kepulauan yang terletak di Asia Timur.
Jepun terdiri daripada 3 ribu pulau dan pulau utama ialah Hokkaido,
Honshu, Kyushu dan Shikoku.
Percampuran budaya dengan negara Korea dan China pada abad
ketiga Masihi(Yayoi)
Zaman Yayoi dan zaman Kofun adalah zaman bermulanya kegiatan
perdagangan,kesenian,kebudayaan dan sebagainya.
Lukisan pada zaman jepun ialah lukisan berdasarkan kejadian harian
mereka.(aliran ukiyo-e : genre painting)

Jepun turut mengembangkan budaya yang asli dan unik, dalam konteks seni seperti :

ORIGAMI
Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun
sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang
dipanggil Washi.







BUDAYA
CATAN JEPUN
UKIYO-E
dihasilkan antara ke-17 dan abad ke-20 , yang menampilkan motif landskap, cerita
dari sejarah, teater, dan tempat kesenangan.
Biasanya perkataan "ukiyo" adalah diterjemahkan sebagai "dunia terapung.
Dalam bahasa Inggeris, merujuk kepada konsep dunia yang cepat berlalu, dan
tidak kekal.

CONTOH:
The Hollow of the Deep Sea Wave off
Kanagawa, Katsushika Hokusai. 1820's
Courtesan Standing with Raised Left
Hand, Kaigetsudo Anchi. 1715.
HARMONIOUS. 'Three Women Playing
Musical Instruments' is at the Asian Art
Museum of San Francisco until May.
Yosa Buson (1716 - 1783)
GEISHA
merupakan penghibur wanita tradisional di Jepun.
Mereka mempersembahkan pelbagai jenis hiburan seni tradisional
Jepun seperti musik klasik dan tarian Jepun.
TARIAN
PAKAIAN
KIMONO
Merupakan sejenis pakaian tradisional negara jepun.
Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada setiap jenis
pakaian tradisional penuh yang digunakan kaum perempuan,
lelaki dan kanak-kanak.