Anda di halaman 1dari 21

INTERAKSI ANTARA ORGANISMA

HIDUP
MANGSA - PEMANGSA
Ini adalah hubungan antara organisma yang
memakan organisma lain dan juga organisma yang
kena makan.
Pemangsa - Organisma yang memakan organisma
lain.
Mangsa - Organisma yang kena makan.
Pemangsa
Mangsa
PERSAINGAN
Persaingan
Intraspesies Interspesies
Persaingan Intraspesies
Hubungan antara organisma yang sama spesies yang
bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama.
(makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan)
Persaingan Interspesies
Hubungan antara organisma yang berlainan spesies
bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama.
(makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan)
Contoh Persaingan
Interspesies

Tumbuhan bersaing
mendapatkan
cahaya matahari,
garam mineral dan
juga air.

SIMBIOSIS
Hubungan antara dua spesies yang berlainan
yang hidup bersama.

Ada yang mendapat faedah, dan ada yang
mendapat kerugian.

Jenis simbiosis :
Komensalisme
Mutualisme
Parasitisme
KOMENSALISME
Komensalisme ialah interaksi antara dua organisma,
dengan satu organisma mendapat faedah daripada
organisma lain.

Manakala organisma yang satu lagi tidak mengalami
sebarang kerugian.
Contoh komensalisme
Ikan remora
menumpang
pada badan
ikan yu untuk
mendapat
makanan dan
Perlindungan

Ikan yu tidak
mengalami
kerugian.
Ikan remora & ikan yu
Contoh komensalisme
Pokok tanduk rusa
menumpang pada
pokok lain untuk
mendapatkan cahaya
matahari.

Pokok tidak
mengalami apa-apa
kerugian
Pokok tanduk rusa
MUTUALISME
Mutualisme adalah interaksi antara dua organisma
dengan kedua-duanya mendapat faedah
Kerbau dan burung gembala
kerbau.

Burung gembala kerbau
dapat makanan dengan
makan kutu yang ada pada
badan kerbau.

Manakala kerbau pula
mendapat manfaat kerana
tiada kutu yang menghisap
darahnya.
Contoh mutualisme
Burung dan buaya

Burung makan
sisa makanan yang
terdapat di celah
gigi buaya.

Gigi buaya
menjadi bersih.
Contoh mutualisme
Lebah dan bunga

Lebah mendapat
makanan (madu)
daripada bunga.

Butir-butir debunga
akan disebarkan oleh
lebah dan
membolehkan
berlakunya
pembiakan bunga.
PARASITISME
Interaksi antara dua organisma, dengan satu
organisma mendapat faedah, manakala yang satu
lagi mendapat kerugian

Parasit organisma yang mendapat faedah

Perumah organisma yang alami kerugian

Parasit biasanya lebih kecil daripada perumah.

Parasit hidup dalam/pada perumah.
Contoh parasitisme
KUTU

Kutu hisap darah
daripada perumah

Perumah kepala
gatal, kehilangan
darah
Contoh parasitisme
CACING PITA

Cacing pita hidup
dalam usus kecil
manusia.


KEPENTINGAN INTERAKSI ANTARA
ORGANISMA HIDUP
Interaksi antara organisma adalah cara
semulajadi untuk mengawal saiz populasi
dan membolehkan keseimbangan
ekosistem dikekalkan.


KAWALAN BIOLOGI
Cara yang diamalkan dalam bidang pertanian untuk
mengawal perosak tanpa menggunakan racun.

Perosak dikawal menggunakan musuh semula jadi
perosak.

Interaksi mangsa-pemangsa adalah kawalan biologi
yang biasa diamalkan.

Contoh :
Burung hantu dan ular digunakan untuk memburu dan
memakan tikus di ladang kelapa sawit.
Fikirkan.
Apakah kebaikan dan keburukan
kawalan biologi?
Terima kasih