Anda di halaman 1dari 12

TEKANAN UDARA

MEMAHAMI TEKANAN UDARA


Tekanan udara - bermaksud tekanan yang dihasilkan
oleh pelanggaran zarah-zarah udara ke atas
permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu
objek.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara?

1) Isipadu
Jika udara dimampatkan lagi dengan mengurangkan isipadu bekas,
zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini
menyebabkan tekanan bertambah.

Isipadu berkurang, Tekanan bertambah

2) Suhu udara
Jika udara dipanaskan, zarah-zarah udara dalam bekas akan
memperolehi lebih banyak tenaga dan akan melanggar dinding
bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah.

Suhu meningkat, Tekanan meningkat
APLIKASI PRINSIP TEKANAN UDARA DALAM KEHIDUPAN HARIAN
1. Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan
tekanan rendah.
Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam
penyedut minuman.
2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk
dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair masukke
dalam picagari.
3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju.
Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder.
Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun
serangga masuk ke dalam tiub logam.
Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut
keluar dengan laju dari silinder.
4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk
di dalam salur.
Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon.
5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk
keadaan bertekanan rendah.
Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar
menekan ke atasnya.
Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam
sedutan ditarik ke atas
6. Tin dengan dua lubang
Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang
menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.
Terima kasih..