Anda di halaman 1dari 10

NAMA PELAJAR : LAU XIN YI 930820-13

-
: LING NGIIK BING 931022-13-6386
: LING BIN RU 930902-13-6080
: LING KA YIN 930121-13-5720

TAJUK : IKHTIAR HIDUP
KOD KURSUS : WAJ 3111
KUMPULAN UNIT: PISMP – PSV AMBILAN JAN 2013 [P4F]
NAMA PENSYARAH:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000, SUNGAI PETANI, KEDAH.
IKHTIAR HIDUP
•Membuat masakan solar
•Membuat masakan ala rimba
•Membuat perangkap
PENGENALAN IKHTIAR HIDUP

• Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to
outlive, state of continuing to live.
• Maka dalam pengertian bahasa Melayu,
ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau
keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.
• Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup
ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan
oleh seseorang itu supaya dia terus hidup
ketika menghadapi ancaman.

 Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun
berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan
aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat, ilmu iktiar hidup adalah
perlu digunakan.
 Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

a) Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b) Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c) Terselamat dalam nahas udara atau laut.
 Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup.
Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan
dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika
keadaan memerlukan berbuat demikian.
 Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang
harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika
menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan
makanan.

Situasi ikhtiar hidup.

1. Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
2. Ancaman binatang.
3. Masalah perlindungan.
• Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada
berlaku melalui perancangan dan persiapan
dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi
mental(pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina),
teknikal(kemahiran) dan material(peralatan,
pakaian dan bekalan).

Punca situasi ikhtiar hidup

• Punca utama ialah kelalaian manusia itu
sendiri sama ada di peringkat
perancangan,persiapan atau pun di peringkat
perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan
dan kemahiran adalah kelemahan yang
sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan
aktiviti luar.

Prinsip ikhtiar hidup

• Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan
nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh,
elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh
dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar
hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

• Usaha – dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari
semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang
dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah
satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka
usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan
keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah
peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang
dihadapinya.

• Kawalan diri – dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri
sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan
tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa
kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan
menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru.
Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah
yang dihadapi.
• Kerjasama – jika dalam kumpulan, kerjasama yang erat
dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu
dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika
ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah
rumit.


Alat

• Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi
ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali
mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air.
• Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang
khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin
supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu
terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat
kegunaan.
1. Makanan
– Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan
mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi.
Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan
selama 24 jam.
– Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker
oat, dan sebungkus garam 40gm.
2. Perubatan
– 5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan
ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat
luka,ubat sapu antibiotic.dll.

3. Alat kegunaan
• Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu
usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.
• Antara alat-alat yang sesuai:-
 2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
 3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil
 2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
 1 @2 batang lilin
 1 kotak mancis api/1 pemetik api
 1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
 pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup
yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.
• Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.
• *parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh
berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai
parang.
• Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah
melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh
menyebabkan keracunan makanan.