Anda di halaman 1dari 39

BAB 4

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM


KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya
boleh:
1. Memahami konsep pembangunan dan
modenisasi dalam masyarakat.
2. Membincangkan latar belakang sejarah
pembangunan ekonomi di Malaysia.
3. Menjelaskan dasar-dasar pembangunan
ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.
4.1 KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI

Pembangunan sering kali dikaitkan dengan proses modenisasi, iaitu
satu proses untuk merubah atau mentransformasikan kehidupan
masyarakat dari segenap sudut.
Modenisasi selalunya diukur berdasarkan kepada perubahan dan
pencapaian yang berlaku dalam masyarakat dari aspek ekonomi,
politik, sosial, sains dan teknologi.
Kejayaan atau kegagalan untuk membawa modenisasi kepada
sesuatu bangsa atau negara bergantung kepada falsafah pemikiran
dan matlamat pembangunan yang didokong.
aspek material dan spiritual mesti disatukan dan diseimbangkan bagi
menuju ke arah kebahagiaan yang sebenarnya.
Realitinya, dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang lalu,
konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat dengan
tradisi sekularisme barat.
Shamsul (2006), melihat dua aspek utama
yang menjadi asas kepada modenisasi iaitu
pembangunan ekonomi dan pembangunan
politik.
Merubah tahap kehidupan dan membangunkan
masyarakat.
4.2 KOMPONEN EKONOMI: MATLAMAT, METOD,
UKURAN PENCAPAIAN

Ilmu ekonomi sudah ada dalam masyarakat sejak 2500
tahun dahulu.
matlamat kewujudan ilmu ini belum lagi tercapai walaupun
arus kemajuan telah melonjak begitu hebat sejak
berlakunya revolusi industri kira-kira 200 tahun lalu.

Perkembangan yang berlaku dalam ekonomi sering kali
dikaitkan dengan tahap perkembangan fikiran manusia.
Komponen, matlamat, metode dan ukuran pencapaian
ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut
ideologi yang didokong.
Komponen ekonomi boleh bersandarkan kepada aspek
pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan,
peralatan yang digunakan dan sebagainya.
Jika matlamat ekonomi itu adalah untuk meningkatkan
pendapatan negara, maka kaedah yang boleh menambahkan
pendapatan rakyat akan digunakan.

Pembangunan ekonomi hanya akan menjadi lebih
bermakna jika matlamat atau tujuan ditetapkan dan
mengambil nilai-nilai yang ada dalam masyarakat.
Benjamin Ward (1972), menyatakan bahawa pertimbangan nilai
adalah sesuatu yang sangat penting untuk membolehkan kita
mengklasifikasikan tentang apa yang bernilai dan apa yang tidak
bernilai dalam masyarakat. Pertimbangan nilai juga digunakan
sebagai asas kepada konsep keluaran negara kasar (KDNK)
untuk mengukur output dan sekaligus menjadi pengukur kepada
prestasi ekonomi dan kebajikan.

4.3 KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD, UKURAN
PENCAPAIAN

Politik boleh;
menjadi faktor penentu kepada pembangunan dan modenisasi.
berperanan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah
kerajaan yang memerintah
membangunkan sosio-ekonomi
membina negara (state-building)
membinanegara-bangsa (nation-state).

Secara umumnya, membina dan membangunkan negara
dan negara-bangsa merupakan masalah utama yang
dihadapi oleh sesebuah negara selepas mencapai
kemerdekaan.
4.4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik
di Malaysia harus dilihat dari pelbagai sudut khususnya
dari perspektif sejarah perkembangan dan
pembangunan negara ini sendiri.
Untuk mengetahui asas, matlamat dan nilai sebenar
pembangunan ekonomi ini dilaksanakan dan hubungannya
dengan penggubalan dasar-dasar negara.
Fakta sejarah ini perlu difahami oleh semua lapisan
kelompok etnik yang ada untuk mewujudkan satu aliran
mobiliti sosial yang tenang dan tenteram dalam negara ini.
4.4.1 Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400
1956)
Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum
kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua
peringkat yang utama
sebelum kedatangan British (1400 1786)
sistem dan matlamat dalam pembangunan ekonomi
sebelum kedatangan British.
semasa penjajahan British.
struktur ekonomi semasa penjajahan British, pemikiran
dan tujuan disebalik pembangunannya serta kesan-
kesan yang timbul daripadanya.
4.4.2 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya
Sebelum Kedatangan British (1400-1786)

Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah
berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan.
Tiada masalah untuk mencari nafkah - tanah-tanah yang subur dan
lautnya dipenuhi dengan ikan.
Sumber-sumber dari hutan yang mudah diperolehi.
Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani, pemungut hasil hutan
bahkan ada juga yang melibatkan diri dalam mengeluarkan hasil-hasil
bumi.

Menjalankan urusan pertukaran barangan (barter) keperluan
dengan pihak-pihak lain.
Beberapa abad lamanya Tanah Melayu telah menjadi pembekal utama
hasil-hasil tersebut kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan
seterusnya kepada pedagang-pedagang Eropah seperti Belanda dan
Portugis.
Ini menunjukkan bahawa ekonomi masyarakat Melayu
ketika itu bukanlah bersifat tertutup tetapi juga sudah
mencapai ke tahap perdagangan antarabangsa.

Keadaan ini semakin ketara apabila Melaka telah menjadi
pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot yang terkenal
di rantau Asia ini.

Pihak pemerintah telah melaksanakan peraturan-peraturan
perdagangan selain daripada memberi perkhidmatan untuk
menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
Organisasi politik, ekonomi dan masyarakat Melayu yang kurang
kompleks ini secara keseluruhannya telah membawa kestabilan
dari segi pemerintahan.

4.4.3 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta
Matlamatnya Semasa Penjajahan British

Bermula dari tahun 1870an hingga 1950an
merupakan era baru kepada perkembangan dan
pembangunan ekonomi, politik dan sosial di
Tanah Melayu.
Mereka telah memperkenalkan dasar-dasar awam
mengenai pembangunan
Penglibatan kerajaan dalam dasar-dasar yang
diperkenalkan adalah di tahap yang paling minimum.
Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu
kepada industri getah dan bijih timah.
Untuk memajukan industri ini, mereka telah
membawa masuk tenaga kerja dari Tanah
Besar China dan Benua Kecil India.
Orang-orang Cina di tempatkan dalam industri
bijih timah yang terletak berhampiran bandar-
bandar
Orang-orang India pula, tenaga mereka digunakan
di ladang-ladang getah.
Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan
tradisi mereka dalam bidang pertanian dan
perikanan.

Melalui polisi pemerintahan pecah dan
perintah (devide and rule) Inggeris
Merubah struktur kekuasaan politik di
Semenanjung Tanah Melayu secara
keseluruhannya.
Dasar yang diperkenalkan ini menjadi batu
penghalang kepada kewujudan satu masyarakat
yang bersatupadu.
Pembahagian kawasan-kawasan penempatan dan
sektor pekerjaan telah menyebabkan
ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara
kaum dan perbezaan kemajuan di antara wilayah.
Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris
adalah semata-mata untuk memperolehi
seberapa banyak hasil daripada negara ini
untuk dibawa pulang ke negara mereka.
Inggeris telah menyediakan pelbagai bentuk
bantuan dan perkhidmatan untuk meningkatkan
hasil ekonomi dari semasa ke semasa.
Inggeris telah menyediakan infrastruktur seperti
jalanraya dan keretapi serta memperkenalkan
dasar-dasar penghijrahan atau buruh, cukai dan
tanah yang longgar sebagai galakan untuk
menambahkan pengeluaran.

Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih
timah dan getah tidak digalakkan oleh penjajah.
Kekal di dalam kegiatan pertanian untuk menampung
keperluan makanan kepada sektor-sektor ekonomi yang
lain.

Pekebun-pekebun kecil getah dari kalangan orang
Melayu dikenakan pelbagai sekatan dan hak-hak
mereka dinafikan - untuk menjaga kepentingan
pelabur-pelabur asing dalam industri tersebut.
Pengisytiharan sekatan pengeluaran getah di bawah
Rancangan Sekatan Getah Stevenson dan kemudiannya
Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.
Implikasi sekatan;
orang-orang Melayu secara puratanya masih kekal
sebagai petani-petani tradisional di luar bandar.
Jurang kemiskinan semakin meluas di kalangan
masyarakat yang kemudiannya menimbulkan
masalah ekonomi yang tidak seimbang antara
kaum dalam fasa-fasa pembinaan negara
seterusnya.
4.4.4 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama

Pembangunan ekonomi sebelum merdeka lebih banyak
membawa keuntungan dan menjaga kepentingan Inggeris.
Sistem dual economy yang lebih tertumpu di kawasan-kawasan
yang memiliki sumber ekonomi yang banyak khususnya di
bahagian barat Semenanjung.
Pantai timur masih kekal dengan kegiatan-kegiatan ekonomi
tradisional yang masih mundur.
Mengembangkan masyarakat plural yang mempunyai
perbezaan agama, keturunan, kebudayaan, pelajaran dan
pekerjaan, serta perbezaan jurang ekonomi antara mereka.

Inilah masalah-masalah sosioekonomi dan politik yang
diberi perhatian dalam rancangan pembangunan negara.
Rancangan pembangunan negara sebenarnya
telah pun bermula sekitar tahun 1950an.
Pada tahun 1954, kerajaan telah mendapat perakuan
daripada Bank Dunia mengenai pembangunan negara.

Rancangan Malaya Pertama (1956 - 1960).
Peruntukan RM1,100 juta.
Mewujudkan satu perancangan pelaburan sektor
awam yang berpadu.
Projek-projek yang perlu dilaksanakan mengikut
keutamaan.
Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
ekonomi negara.

Rancangan Malaya Kedua (1961 1965).
Peruntukan sebanyak RM2,150.00 juta.
Tumpu kepada pembangunan luar bandar dan penyertaan
rakyat jelata.
Fokusnya ialah menyediakan infrastruktur yang diperlukan
dalam pembangunan ekonomi.

Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970)
Pelan pembangunan penggunaan sumber tenaga dan
program-program ekonomi yang lebih teliti.
Menentukan hala tuju pembangunan dan matlamat yang
perlu dicapai dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Matlamat - agar semua golongan miskin dan tidak bernasib
baik dapat merasai nikmat pembangunan dari
pertumbuhan ekonomi yang dirangka.
Berjaya dari sudut pertumbuhan ekonomi
tidak seimbang dari sudut pengagihan pendapatan
antara kaum.
penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor
ekonomi masih mengikut kaum.

Melahirkan rasa tidak puas hati seterusnya
menjadi penghalang kepada usaha-usaha
perpaduan.
Berlaku peristiwa 13 Mei 1969

4.4.5 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua

Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang
wujud.
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Memperbetulkan ketidakselesaan antara kaum dan
ketidakseimbangan di antara wilayah-wilayah.
Agenda utama ialah untuk mewujudkan perpaduan
negara.
Dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971
1975) dengan kos RM7,250 juta.
Diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976
1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).
Kerajaan berperanan secara langsung dalam
melaksanakan rancangan-rancangan yang
ditetapkan.
Perbadanan-perbadanan awam ditubuhkan untuk
mengimbangi peranan pihak swasta yang selama ini
mendominasi pembangunan ekonomi negara.
Kegagalan pihak swasta untuk membawa pertumbuhan
ekonomi yang adil dalam sistem bebas (free
enterprise).
Syarikat swasta masih diberi insentif untuk sama-
sama melibatkan diri dalam pembangunan
ekonomi negara.

Strategi serampang dua mata
Basmi kemiskinan tanpa mengira kaum
Rancangan-rancangan yang boleh menambahkan daya
pengeluaran dan meningkatkan lagi pendapatan.
Menyusunan semula masyarakat.
Strategi-strategi yang berkaitan dengan menaikkan taraf
kehidupan luar bandar, meningkatkan aktiviti-aktiviti yang
seimbang di bandar-bandar, meneroka bidang-bidang baru
dalam sektor perdagangan dan perindustrian untuk diceburi
oleh kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain
yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut.
Mengambil kira kaum-kaum lain serta menjaga
kepentingan pelabur-pelabur asing.
Malaysia telah mencapai perkembangan dan
pertumbuhan ekonomi yang agak pesat.
Pertengahan tahun 1980an memperlihatkan
kemelesetan ekonomi yang teruk dihadapi negara. Ini
memberi kesan besar kepada usaha untuk mencapai
matlamat melalui DEB (INTAN, 1992).
Mengkaji semula peranan sebagai penggerak dalam
pembangunan ekonomi negara serta dasar-dasar yang
dilaksanakan.

4.5 RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA
KETIGA

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2)
- (1991 2000) atau DPN (Dasar Pembangunan
Nasional) .
Dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keenam
(1991 1995) dan berakhir dalam Rancangan
Malaysia Ketujuh (1996 2000).
Matlamat DEB untuk mewujudkan perpaduan negara
masih diteruskan.
Fokus DPN meliputi etnik-etnik yang ada, golongan
kaya dan miskin dan antara wilayah.
Antara pendekatan dalam DPN:
(i) Memberi tumpuan yang lebih terhadap usaha
pembasmian kemiskinan di kalangan golongan
miskin tegar di samping mengurangkan kemiskinan
relatif.
(ii) Memberi perhatian kepada pembinaan sebuah
masyarakat bumiputera yang berorientasikan
perdagangan dan perindustrian.
(iii) Melibatkan penyertaan sektor swasta dengan lebih
aktif dalam proses penyusunan semula
masyarakat.
(iv) Memberi lebih penekanan kepada pembangunan
sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika agar
matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan
yang saksama dapat dicapai (INTAN 1992).
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRPJ3) -
(2001 2010) atau DWN (Dasar Wawasan Negara) -
(2001 2020)
Dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001
2005) dan akan berakhir dalam tempoh Rancangan
Malaysia Kesembilan (2006 2010).
Wujud Dasar Wawasan Negara (DWN) iaitu gabungan DEB
dan DPN - menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020 dalam semua bidang mengikut
coraknya yang tersendiri.
Matlamat utama untuk mencapai perpaduan nasional
diteruskan dengan tumpuan terhadap usaha
membasmikan kemiskinan yang meliputi semua kaum,
penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang
seimbang antara kaum dan wilayah.
Dasar Wawasan Negara ;
Fasa pertama - tumpuan kepada pembangunan yang
bercorak fizikal - kemudahan infrastruktur yang
menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan
sosial.
Fasa kedua (2006 2020), tumpuan akan diberikan pula
kepada aspek pembangunan insan.
Enam cabaran yang digariskan dalam Rancangan
Malaysia kesembilan:
(i) Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia ke
peringkat yang lebih cemerlang bagi menghadapi cabaran
semasa dan persekitaran yang sentiasa berubah serta tidak
menentu.
(ii)Memperkuatkan daya saing dan daya tahan ekonomi
negara serta meningkatkan kegiatan inovasi.

(iii) Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan
dalam ekonomi.
(iv) Membangunkan sumber manusia yang mempunyai
kemahiran dan berpengetahuan untuk memenuhi
permintaan semasa pasaran buruh.
(v) Memperhebatkan lagi langkah pembasmian kemiskinan.
(vi) Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti
tinggi untuk memenuhi permintaan rakyat yang
semakin bertambah.

Projek yang mendapat keutamaan untuk dibangunkan dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan
(i) Projek yang dapat mengukuhkan daya saing sektor pertanian,
pembangunan yang seimbang antara bandar dengan luar bandar
serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
(ii) Projek yang memenuhi keperluan ekonomi dan sosial rakyat
daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan yang
tidak berkeupayaan.
(iii) Projek yang memberi kesan pengganda, limpahan yang
tinggi, meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan.
(iv) Projek yang menyebabkan kebocoran dalam ekonomi seperti
komposisi import yang tinggi dan faedah yang kecil perlu
diminimumkan.
(v) Projek yang mempunyai reka bentuk dan struktur yang lebih
bersifat fungsian, dan tidak hanya bertumpu kepada saiz yang
besar, cantik dan mewah sahaja bagi mengelakkan kos
penyelenggaraan yang tinggi (Zaid Ahmad et al., 2006)
4.6 SEKTOR PERINDUSTRIAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN
NEGARA MAJU

Sektor perindustrian di negara ini telah bermula sejak
penjajahan British lagi.
Hanya membabitkan industri getah dan bijih timah.
Pergantungan kepada dua industri ini telah mendatangkan
keadaan tidak stabil kepada ekonomi negara apabila
berlakunya kejatuhan harga komiditi tersebut.
Pengeluaran yang berlebihan telah mengatasi penawaran di
pasaran dunia.
Di akhir abad ke-18 industri bijih timah mula merosot jika
dibandingkan dengan abad-abad sebelumnya.
Industri getah mengalami turun naik harga sehingga memaksa
beberapa rancangan sekatan dibuat untuk mengawal harganya
daripada terus jatuh.

Selepas merdeka kerajaan cuba mempelbagaikan kegiatan
ekonomi dengan memberi tumpuan kepada kewujudan
industri baru.
Peringkat awal (1957-1967), dasar pembangunan perindustrian
lebih tertumpu kepada industri-industri gantian import dan
keluaran dalam negara.
Pertumbuhan perindustrian yang lebih pesat telah dimulakan
pada tahun 70an bagi memenuhi keperluan pekerjaan dan DEB
yang diperkenalkan.
Di tahap kedua (1968-1980), tumpuan diberikan kepada
pengeluaran dan peluasan barangan eksport negara disamping
memberi galakan kepada pertumbuhan industri ringan, kecil dan
sederhana.
Selain DEB, beberapa akta telah diperkenalkan seperti Akta
Galakan Pelaburan 1968, Akta Penyelarasan Perindustrian 1975
dan mewujudkan kawasan perindustrian Zon Perdagangan
Bebas 1971.
Walau bagaimanapun sektor perindustrian masih
mempunyai kelemahannya.
Eksport masih terlalu rendah
Bergantung kepada industri-industri tertentu sahaja
seperti elektrik, elektronik dan tekstil.
Kualiti barangan rendah dan tak mampu bersaing
dalam pasaran terbuka.
Penggunaan teknologi yang masih rendah dan rakyat
tempatan tidak menguasai teknologi baru.

Kelemahan-kelemahan lain yang perlu diperbaiki
supaya dapat memberikan sumbangan yang
berkesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pembangunan Perindustrian Malaysia masuk
fasa ketiga selapas tahun 80-an
Memberi tumpuan kepada sektor perindustrian
berat dan industri berasaskan sumber dan
teknologi tinggi.
Melibatkan modal yang besar - kerajaan sendiri
memainkan peranannya secara langsung.
Beberapa program telah dilaksanakan;
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) (1983),
Pelan Induk Perindustrian Pertama (PIP1) (1985-1995),
Plan Induk Perindustrian Kedua (PIP2) (1996-2005)
Akta Galakan Pelaburan 1986.
KDPM merupakan satu kajian;
untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar
perindustrian negara yang sedia ada
mengkaji semula rancangan penggalakan
pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport.

PIP adalah;
untuk menggubal objektif pembangunan
perindustrian secara am
membantu sektor-sektor kecil yang berpotensi
untuk terus berkembang.
12 sektor industri telah dikenalpasti untuk diberi
perhatian.
Tujuh adalah industri yang berasaskan sumber
tempatan seperti getah, kelapa sawit, kayu-kayan,
makanan, logam bukan ferus dan galian bukan logam.
Lima adalah sektor yang bukan berasaskan sumber
tempatan seperti elektrik dan elektronik, peralatan
pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam
ferus serta tekstil dan pakaian.

Kerajaan telah memperkenalkan satu lagi dasar
iaitu Dasar Industri Berat Negara.
Mengurangkan pergantungan negara kepada negara
luar dalam mendapatkan bekalan peralatan jentera
bagi keperluan dan kegunaan tempatan.
Membuka jalan dan peluang kepada pertumbuhan
industri-industri kecil dan sederhana
Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad
(HICOM)dipertanggungjawabkan untuk mencapai
matlamat ini.
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON)
merupakan salah satu projek utama yang
dilaksanakan oleh HICOM disamping projek-projek
yang lain.

4.7 KESIMPULAN

Kerajaan meletakkan matlamat perpaduan negara
sebagai agenda utama dalam melaksanakan dasar-
dasar pembangunan negara.
Matlamat ini hanya boleh dicapai melalui
pembangunan sosioekonomi yang melibatkan
pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan,
kestabilan dan kesejahteraan umum.
Usaha ini perlu dijalankan secara berterusan kerana
untuk mencapainya bukanlah mudah dan cepat.
Dasar-dasar pembangunan juga akan sentiasa berubah-
ubah mengikut nilai-nilai semasa masyarakat dan
kerajaan yang memerintah.