Anda di halaman 1dari 9

~PULAU LAYANG-LAYANG~

PENGENALAN
Pulau Layang-Layang atau Terumbu Layang-Layang adalah
sebuah pulau yang merupakan sebahagian daripada gugusan
Kepulauan Spratly.
Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan
bahawa pulau ini adalah kepunyaan Malaysia kerana
kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah.
Pulau ini juga dituntut oleh negara China, Taiwan, Brunei,
Vietnam dan Filipina
KEISTIMEWAAN
Kepulauan Spratly menjadi rebutan beberapa negara seperti China,
Vietnam, Filipina dan Brunei kerana dipercayai kaya dengan hasil
semula jadi seperti fosforus, gas asli, petroleum dan pelbagai hasil
marin yang memukau.
Bagi Malaysia, persekitaran pulau ini sudah cukup menjelaskan ia
'aset' yang perlu dipertahankan. Bukan bertujuan mewujudkan
provokasi, sebaliknya penempatan TLDM di sini adalah bagi
mengawasi hak dan kedaulatan perairan negara.
PULAU LAYANG-LAYANG
Pengisytiharan Perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia pada 20
September 1979 menyaksikan kabinet mengarahkan supaya kajian
segera dilakukan untuk mendirikan penempatan di beberapa buah
terumbu batu karang di perairan ini.
Sebuah tugu kemudian dibina di sini pada 21 Jun 1980 menandakan hak
kedaulatan Malaysia.
Ia disusuli dengan penempatan anggota Paskal TLDM di sini pada Mei
1983 dalam keadaan yang cukup mencabar.
Daripada sebuah terumbu, ia melalui beberapa fasa pembesaran sejajar
dengan keperluan operasi di sini sehingga terbentuknya kawasan
daratan lalu dikenali sebagai Pulau Layang-Layang yang meliputi
kawasan seluas 2.5 kilometer persegi.
Ia hasil penambakan 70,000 meter padu pasir dan konkrit bagi
pembinaan blok kediaman, hangar bilik janakuasa, kincir angin, menara
pemerhati serta landasan kapal terbang sepanjang 1,367 meter yang
hanya cukup untuk menerima pendaratan pesawat bersaiz C-130.
Seperkara yang menarik, setiap penghuni perlu mematuhi disiplin
penggunaan air yang ketat kerana bekalan kira-kira 57 tan air bersih
sehari itu diperolehi daripada sistem memproses air suling.



PELANCONGAN
Pada awal penubuhan penempatan TLDM di Terumbu Layang-Layang
pada tahun 1989, kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu
ini perlu dimajukan sebagai pusat pelancongan seiring dengan kerja-
kerja pembangunan ke atas penempatan TLDM.

Hasilnya, sebuah resort milik rakyat Malaysia iaitu Avillion Layang-Layang
(Resort selam) telah beroperasi. Cara untuk sampai di Pulau Layang-
Layang ialah melalui kapal terbang foker. Penerbangan dari Kota Kinabalu
mengambil masa kira-kira satu jam.
STRATEGI MALAYSIA
Malaysia membawa pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu
berbanding negara lain, Filipina menguasai pulau yang paling besar di
kepulauan Spratly tetapi kesemua negara lain hanya memiliki terumbu-
terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa masuk bertan-tan
pasir untuk mengubah Terumbu Layang-Layang menjadi sebuah pulau.
Kawasan tuntutan Malaysia iaitu Pulau Layang-Layang juga mempunyai
kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya berbanding kesemua
kawasan lain di Spratly.
Malaysia turut membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar,
Sabah sebagai persediaan menghadapi sebarang konflik di Spartly dan
juga sebagai senjata cegah rintang apabila terpaksa menghadapi
kekuatan yang besar seperti China.
SEKIAN,
TERIMA KASIH