Anda di halaman 1dari 22

GLOBALISASI

1
GLOBALISASI DALAM
PEMBANGUNAN
DARI segi ekonomi, globalisasi merupakan
proses integrasi ekonomi dunia melalui
pengembangan aliran barang-barang,
perkhidmatan, modal, buruh, maklumat, dan
pengetahuan merentasi sempadan.
Ia dipercepatkan melalui kemajuan dalam
pengeluaran, teknologi maklumat dan
komunikasi, serta ekonomi dunia yang lebih
liberal.

2
Terdapat beberapa bentuk globalisasi ekonomi,
iaitu globalisasi perdaganggan (tanpa cukai),
globalisasi kewangan (tanpa interest),
globalisasi pengeluaran (pengeluaran barangan
tanpa sempandan-seperti Sweden buka kilang
Sony Ericson di China), dan globalisasi buruh
(tiada sekatan buruh mahir dan kurang mahir)
(Mohd Haflah, 2003).

3
Sebagai sebuah negara yang mempunyai
ekonomi terbuka (global), prestasi
ekonomi Malaysia amat dipengaruhi oleh
persekitaran global yang disalurkan
melalui perdagangan, aliran kewangan, dan
juga melalui "kesan jangkitan", misalnya
dalam hal kegawatan atau krisis ekonomi
1997/1998.

4
GLOBALISASI PERDANGANGAN

Globalisasi perdagangan melibatkan
peningkatan rangkaian dan saling
bergantungan perdagangan di antara negara-
negara di dunia.
Ia dipercepatkan melalui perkembangan
pengetahuan dan dipermudah melalui
perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi, pengurangan kos pengangkutan,
serta liberalisasi perdagangan dan pelaburan
(bekerja sama di antara negara).

5
Liberalisasi perdagangan melibatkan perjanjian
pelbagai negara untuk mengurangkan tarif dan
akhirnya menghapuskan sekatan tarif dan bukan tarif
di bawah naungan Perjanjian Am Perdagangan dan
Tarif (GATT) dan Pertubuhhan Perdagangan Dunia
(WTO) melalui beberapa pusingan perundingan
perdagangan pelbagai negara.
Pusingan rundingan yang terakhir ialah Pusingan
Uruguay yang bermula pada November 1986 hingga
15 April 1994 serta dilaksanakan mulai 1 Januari
1995.
6
Pusingan Uruguay ini juga termasuklah perjanjian
perdangan wilayah seperti APEC, AFTA, dan
NAFTA serta de-regulasi (tanpa bataskan) ekonomi
negera tertentu.
Pusingan Uruguay mempersetujui pengurangan tarif
ke atas barangan industri sehingga 40% bagi negara
maju, 30% bagi negara membangun, dan 30% bagi
negara transisi (negara dalam proses perubahan).
Selain itu, dipersetujui bahawa pengurangan tarif ke
atas barangan pertanian sebanyak 36% meliputi
enam tahun bagi negara maju dan 20% meliputi
sepuluh tahun mulai tahun 1995 bagi negara
membangun.

7
Pengurangan juga dikenakan ke atas subsidi
pengeluaran (pengeluaran tanpa had) dan subsidi
eksport (eksport tanpa had) negara maju, masing-
masing sebanyak 36 dan21%.
AFTA atau Liberalisasi perdagangan melalui
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
mempunyai matlamat untuk meningkatkan daya saing
wilayah ASEAN ke arah pasaran global dengan
mengenepikan duti import dan sekatan bukan tarif.
AFTA ini dilaksanakan ke atas semua keluaran yang
diperdagangkan intra-ASEAN (di kalangan negara-
negara ASEAN) menjelang tahun 2015 bagi enam
negara ASEAN asal dan menjelang tahun 2018 bagi
negara-negara ASEAN baru.

8
GLOBALISASI KEWANGAN

Globalisasi kewangan merujuk kepada peningkatan
pemusatan pasaran kewangan (samada
memperluaskan yang ada atau menambahkan
pasaran) melalui integrasi aliran modal secara global.
la membawa implikasi pergerakan ke arah satu
pasaran kewangan yang bercantum.
Kewangan global meliputi semua jenis urus niaga
portfolio seberang sempadan termasuklah meminjam,
memberi pinjaman, dagangan mata wang, serta
tuntutan kewangan dan perkhidmatan kewangan lain-
lain yang diberika oleh bank perdagangan.


9
Globalisasi kewangan juga termasuklah aliran modal
yang dikaitkan dengan pelaburan langsung asing FDI.

FAKTOR-FAKTOR yang mendorong globalisasi
kewangan termasuklah kemajuan teknologi
memungut, memproses, dan menyebarkan maklumat.
Misalnya melalui sistem debit dan kredit elektronik
secara global, tunai elektronik, dan kad kredit pintar
di samping kemajuan dari segi terdapatnya modal
kewangan bergerak (membuat pinjaman dilokasi yang
berlaianan), liberalisasi, dan deregulasi sistem
kewangan serta pembukaan pasaran kewangan
domestik dan pesisir pantai
10
IMPAK GLOBALISASI

Globalisasi perdagangan dijangka membawa impak
positif kepada ekonomi Malaysia. Perdagangan,
terutamanya eksport bersih menyumbang ke arah
pertumbuhan ekonomi, sebagai engin pertumbuhan.
(Eksport telah menjadi faktor postif penting kepada
Malaysia melalui Globalisasi)
Keterbukaan ekonomi Malaysia menjadikan Malaysia
terangkai melalui jalinan perdagangan dengan
ekonomi global. Pada tahun 1970-an, pertengahan
1980-an, dan awal1990-an, pertumbuhan ekonomi
Malaysia yang pesat adalah dipacu oleh eksport.
11
Pemulihan ekonomi daripada kegawatan ekonomi
juga dipacu oleh pertumbuhan eksport, manakala
kelembapan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2001
berkait dengan penurunan permintaan global bagi
keluaran eksport utama, iaitu elektronik.
Malaysia merupakan negara perdagangan ke-18
terbesar di dunia dengan nilai perdagangan berjumlah
RM615 bilion, iaitu 183% daripada KDNK negara
pada tahun 2001, berbanding 85.9% bagi Thailand,
60.4% bagi Indonesia, 69.1% bagi Korea, 18.2% bagi
Jepun, dan 18.7% bagi Amerika Syarikat.
Sebagai perbandingan, Singapura menduduki tempat
yang lebih tinggi dengan 326.1 % daripada KDNK,
termasuk import yang dieksport semula (Halipah,
2003).

12
Pemulihan dari kegawatan ekonomi :
Perdagangan antarabangsa merupakan satu-
satu sumber pertumbuhan ekonomi yang besar.
Eksport bertumbuh dengan Kadar 12.6% pada
tahun 1997, meningkat kepada 29.4% pada
1998.
Eksport bersih menyumbang antara 37.9%
hingga 44.5% kepada KDNK pada masa
kegawatan dan pemulihan ekonomi.

13
Globalisasi perdagangan juga boleh menyebabkan
turun naik dalam prestasi perdagangan Malaysia
dalam jangka pendek, terutamanya dalam zaman
kemelesetan. (bila D P S )
Keadaan ini terbit daripada pendedahan yang tinggi
eksport negara kepada turun naik ekonomi dunia.
Pergantungan yang tinggi kepada keluaran elektronik
sebagai barangan eksport menyebabkan ekonomi
Malaysia terjejas dalam zaman kemelesetan yang
menyebabkan kemerosotan permintaan untuk
barangan eksport tersebut. (kerana terlalu bergantung
kepada barangan elektrik, apabila permintaan jatuh
telah menyebabkan kemelesetan)


14
KESAN AFTA (ASEAN)
Kesan AFTA terhadap perdagangan adalah positif,
iaitu meningkatkan perdagangan intra-ASEAN.
Peningkatan ini adalah paling tinggi bagi Vietnam
(161.7%), Filipina (110.2%), dan peningkatan kecil
bagi Malaysia (23.4%) dari GNP masing-masing.
Terdapat juga peningkatan dari segi perdagangan
global dari ASEAN. Peningkatan ini berbeza
mengikut negara, misalnya Indonesia 1.6%, Malaysia
3%, Filipina 11.5%, Singapura 1.7%, Thailand 4%,
dan Vietnam 7%. (dari ekonomi ASEAN)
Namun demikian, terdapat pengurangan eksport
ASEAN ke negara luar ASEAN disebabkan oleh
lencongan eksport ke dalam negara-negera ASEAN

15
Impak globalisasi kewangan ialah
meningkatnya aliran kewangan di peringkat
global, iaitu bertambahnya penawaran dan
kepelbagaian sumber-sumber kewangan yang
lebih murah.
Hal ini membantu membangun pasaran modal
tempatan dan memudahkan urus niaga
perdagangan dunia.
Di samping itu, globalisasi kewangan juga
menyebabkan bertambahnya urus niaga di
pasaran tukaran asing dan meningkatnya nilai
modal pasaran (market capitalization).
16
Akan tetapi, keadaan ini akan menambahkan turun
naik di pasaran tukaran asing dan menambah
kemungkinan berlakunya krisis kewangan dan
perbankan.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan penambahan
aliran portfolio atau modal jangka pendek yang
sensitif kepada perbezaan Kadar bunga (bila sumber
modal bertambah, kadar bunga akan jatuh) dan
pergerakan Kadar tukaran asing (nilai tukaran asing
akan berubah mengikut aliran pindahan modal atau
aset negara), serta merumitkan pembentukan dasar
kewangan.

17
Globalisasi kewangan juga menyebabkan
pasaran modal domestik menjadi lebih liberal
(terbuka). Dasar deregulasi (tanpa batasan)
dan penswastaan ekonomi (terbuka kepada
awam) menjadikan integrasi yang lebih rapat
antara sektor kewangan Malaysia dengan
sektor kewangan global.
Keadaan ini memudahkan kemasukan
pelaburan asing langsung bersih dan
peningkatan yang lebih cepat dalam modal
jangka penndek dan pelaburan portfolio ke
Malaysia sejak awal 1990-an.
18
Iklim pelaburan Malaysia adalah terbuka bagi
aliran masuk kewangan jangka pendek dan
jangka panjang (kerana globalisasi).
FDI-Pelaburan langsung asing jangka panjang
yang lazimnya dirujuk sebagai FDI semakin
menjadi penyumbang penting kepada
pertumbuhan ekonomi.
Sememangnya FDI diperlukan untuk menjana
peluang pekerjaan dan perniagaan, membiayai
jurang tabungan-pelaburan untuk menarik
kepakaran dan pengurusan asing, dan
mendapatkan teknologi serta pasaran baru.

19
Peranan FDI adalah penting untuk menjadi
pemacu kepada teknologi tinggi dan aktiviti
berasaskan pengetahuan.
FDI digalakan melalui dasar yang lebih liberal
berkait dengan terokaan baru dan penyertaan
ekuiti dalam industri berorientasi eksport.
Antara tahun 1996 hingga 2000, FDI
merupakan 22.5% daripada jumlah pelaburan
dan 22.1% daripada jumlah pelaburan pada
tahun 2001 (Halipah, 2003).

20
Globalisasi kewangan juga menyebabkan
peningkatan pinjaman asing jangka pendek
oleh sektor swasta, terutamanya untuk
membiayai aset hartanah.
Pada awal tahun 1990-an, kadar bunga yang
tinggi, pasaran saham yang cergas, dan
jangkaan bahawa nilai ringgit akan meningkat
menggalakan pengaliran masuk pelaburan
jangka pendek ke Malaysia.
Keadaan ini telah menyumbangkan kepada
peningkatan nilai modal pasaran saham BSKL.
21
Pada tahun 1994, aliran masuk modal portfolio
jangka pendek bernilai RM238.5 bilion atau
122% daripada KDNK nominal.
Walau bagaimanapun, kegawatan ekonomi
1997-1998 telah menyebabkan kecairan modal
semakin ketat, kadar bunga semakin tinggi,
dan aliran keluar dana portfolio oleh pelabur
bukan warganegara.
Pada tahun 2001, aliran masuk modal portfolio
jangka pendek hanya RM37.6 bilion atau
11.2.% daripada KDNK nominal (Halipah,
2003).

22