Anda di halaman 1dari 25

Jenis-jenis Respiratori

Dalam fisiologi pernafasan, terdapat dua jenis


pernafasan.
Jenis pertama adalah pernafasan melalui paru-paru
atau pernafasan eksternal.
Jenis yang kedua pula adalah pernafasan tisu atau
pernafasan internal
Pernafasan Eksternal
Pertukaran oksigen dan karbon dioksida adalah
berlaku di paru-paru.
Semasa bernafas, oksigen akan disalurkan melalui
hidung dan mulut.
Oksigen ini akan melalui trakea dan tiub bronkial ke
alveoli.
Proses ini mempunyai kaitan rapat dengan darah
dalam kapilari pulmonari.
Pernafasan Eksternal
Membran alveolar-kapilari merupakan satu-satunya
lapisan yang memisahkan oksigen dari darah.
Bagaimanakah membran ini memisahkan oksigen dari
darah?
Oksigen akan menembusi membran ini dan hemoglobin
sel darah merah akan membawa oksigen tersebut ke
jantung.
Kemudian, darah akan dipam ke seluruh tubuh melalui
arteri.
Pada keadaan ini, darah yang keluar dari paru-paru
mempunyai tekanan oksigen 100mmHg.
Pada ketika ini juga, bacaan hemoglobin adalah 95% tepu
oksigen.
Pernafasan Eksternal
Karbon dioksida yang terhasil akan menembusi aveolar-kapilari
dari kapilari darah, kemudian melalui tiub bronkial dan trakea
seterusnya dihembus keluar melalui hidung dan mulut.
Pernafasan eksternal mempunyai empat proses. Proses-proses
tersebut adalah:
(i) Ventilasi pulmonari menggantikan udara dalam alveoli
dengan udara luar;
(ii) Aliran darah melalui paru-paru;
(iii) Pengagihan aliran udara dan aliran darah sedemikian
sehingga jumlah tepat dari setiapnya dapat sampai ke
semua bahagian tubuh;
(iv) Penggabungan gas yang menembusi membran pemisah
alveolar kapilari. Karbon dioksida lebih mudah bergabung
dengan darah berbanding oksigen.
Pernafasan Eksternal
Semasa melakukan aktiviti senaman, darah yang
datang ke paru-paru mengandungi lebih banyak
karbon dioksida berbanding oksigen.
Justeru itu, karbon dioksida itu tidak dapat
dikumuhkan, maka pengecutan dalam arteri darah
bertambah.
Hal ini akan merangsang pusat pernafasan dalam otak
untuk mempercepat dan memperdalamkan
pernafasan.
Dengan ini, karbon dioksida dapat dikumuh dan paru-
paru dapat mengambil oksigen dengan lebih banyak.
Pernafasan Internal
Pernafasan internal berlaku pada semua tisu tubuh.
Darah yang sampai di kapilari bergerak dengan
lambat.
Darah tersebut juga hemoglobinnya tepu dengan
oksigen.
Pengoksigenan akan berlaku apabila sel tisu
mengambil oksigen dari hemoglobin dan hasilnya
adalah karbon dioksida.
Komponen dan Fungsinya
Sistem Respiratori
Organ-organ yang terlibat di dalam sistem pernafasan
adalah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan
paru-paru.
Mekanisme dan
Kawalan Pernafasan
Mekanisme pernafasan melibatkan dua proses fizikal,
iaitu tarikan nafas (inspirasi) dan hembusan nafas
(ekspirasi).
Mekanisme pernafasan melibatkan otot-otot
interkosta (luar dan dalam) dan otot diafragma.
Apabila kita menarik nafas, otot diafragma akan
menguncup sekali gus menjadikan ruang toraks lebih
luas.
Pada masa ini, juga paru-paru akan mengembung dan
menjadikan tekanan udara dalam paru-paru
berkurangan.
Akibat daripada tindakan itu, udara akan disedut
masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru.
Semasa menghembus nafas, ruang dada menjadi lebih
kecil.
Ini berlaku kerana otot diafragma naik ke atas dan
tulang rusuk ditarik ke bawah oleh otot interkosta
dalam.
Tekan udara menjadi lebih tinggi di dalam paru-paru
dan ini menyebabkan udara berasak keluar dari paru-
paru.
Terdapat beberapa gerakan pernafasan yang dianggap
istimewa kerana ia berbeza daripada gerakan
pernafasan biasa. Ia berlaku pada keadaan berikut:
(i) Mengeluh dan menguap Gerakan menarik nafas
yang panjang.
(ii) Batuk dan bersin Gerakan menghembus nafas
yang terpaksa.
(iii) Tersedu Gerakan menarik nafas dengan
mengejut kerana sentakan otot diafragma. Bunyi
tersedu terjadi kerana udara dihirup dengan segera
melalui pita suara.
Kawalan Pernafasan
Dalam sehari kita menarik dan menghembus nafas
tanpa henti.
Pada setiap satu minit, orang dewasa melakukan
gerakan pernafasan sebanyak 16 hingga 18 kali.
Ada dua faktor yang mengawal pernafasan iaitu
kawalan saraf dan kawalan kimia.
Kawalan Saraf
Sistem saraf mengawal gerakan pernafasan
menjadikannya gerakan automatik.
Namun begitu manusia boleh mengawal gerakan
pernafasan dengan kuasa kawalan pada jangka masa
yang pendek sahaja.
Pusat kawalan pernafasan yang terletak di medulla
oblongata bertanggungjawab menjadikan gerakan
pernafasan menjadi gerakan automatik.
Di pusat inilah utusan saraf mengalir melalui gentian-
gentian saraf khas dan sampai ke otot diafragma dan
ke lain-lain otot pernafasan.
Kawalan Kimia
Kepekaan pusat kawalan pernafasan terhadap
kehadiran karbon dioksida dalam darah adalah sangat
tinggi.
Pusat kawalan pernafasan akan terangsang apabila
penghasilan karbon dioksida bertambah.
Ini akan menyebabkan pengaliran utusan pernafasan
ke otot-otot pernafasan untuk mempercepatkan dan
memanjangkan gerakan pernafasan untuk
menyingkirkan karbon dioksida.
Secara amnya boleh dikatakan bahawa pusat kawalan
pernafasan mengawal atur jumlah karbon dioksida di
dalam darah serta menentukan bilangan dan
panjangnya sesuatu pernafasan.