Anda di halaman 1dari 23

Faktor-faktor

pembentukan Malaysia
Mohd Shahrul Nizam Bin Harun
6 Pra-UKM

Pembentukan Malaysia mempunyai 4 faktor yang
penting. Antaranya ialah :

Ancaman Komunis di Singapura

Keseimbangan Kaum

Kemajuan Ekonomi Bersama

Mempercepatkan Kemerdekaan

ANCAMAN KOMUNIS DI SINGAPURA

o Pengaruh Komunis yang semakin meluas di Singapura membimbangkan
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
o Pada tahun 1959, komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang
memerintah Singapura, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin
oleh Lee Kuan Yew.
o Pengaruh Komunis semakin kuat apabila anggota (PAP) berhaluan kiri
menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.
o Pada tahun 1961, kekalahan calon (PAP) dalam dua pilihan raya kecil bagi
kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh semakin
merebak di Singapura.
o Tunku Abdul Rahman membimbangkan perkembangan di Singapura.
o Beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh Komunis dan keadaan ini
juga boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu.
o Tunku Abdul Rahman berpendapat pembentukan Malaysia dapat
menyekat pengaruh Komunis daripada merebak di Singapura.

KESEIMBANGAN KAUM

o Percantuman dengan Singapura boleh menimbulkan masalah
ketidakseimbangan kaum di Tanah Melayu kerana lebih 75 peratus
penduduk Singapura adalah kaum Cina.
o Manakala komposisi kaum di Tanah Melayu ialah orang Melayu mewakili
50 peratus dan Cina berjumlah 37 peratus.
o Tunku Abdul Rahman bimbang jika Tanah Melayu bercantum dengan
Singapura disebabkan bilangan penduduk Cina akan melebihi kaum
Melayu.
o Keadaan ini mengancam kedudukan orang Melayu sebagai kaum terbesar
di Tanah Melayu.
o Negeri-negeri di wilayah Borneo perlu bergabung ke dalam Persekutuan
Malaysia bagi mengimbangi keadaan ini.
o Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei sanagan penting kerana negeri-
negeri itu mempunyai labih 70 peratus kaum bumiputera.
KEMAJUAN EKONOMI BERSAMA

o Tanah Melayu : Kaya dengan bahan mentah.
o Brunei : Kaya dengan sumber minyak.
o Singapura : Pelabuhan yang penting di Asia Tenggara.

Pembentukan Malaysia membolehkan ketiga-tiga negeri mendapat faedah
ekonomi terutamanya : I) Perdagangan
II) Bahan mentah
III) Pasaran
IV) Pelaburan asing
o Wilayah Sabah dan Sarawak masih mundur dari segi ekonomi dan
pembangunan infrastruktur .
o Kemakmuran ekonomi yang dicapai selepas pembentukan Malaysia
dapat dikongsi bersama oleh semua negeri di dalam Persekutuan.
MEMPERCEPATKAN KEMERDEKAAN

o Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas untuk Singapura, Brunei
dan Sarawak mendapatkan kemerdekaan tanpa berusaha secara
bersendirian.
o British pula kelihatan tidak berminat untuk memberi kemerdekaan kepada
keempat-empat negeri itu secara berasingan.
o Pembentukan Malaysia ini boleh menematkan penjajahan British di Asia
Tenggara.
o Langkah sedemikian ini seiring dengan usul pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) yang meminta penjajahan di seluruh duni ditamatkan.
o Melalui Pembentukan Mlaysia, penjajah British boleh berundur secara
terhormat daripada tanah jajahannya di Asia Tenggara .
REAKSI PEMBENTUKAN MALAYSIA


Riaksi
Dalam
Negara
Tanah
Melayu
Brunei
Sabah &
Sarawak
Singapura
Riaksi
Luar
Negara
Tuntutan
Filipina ke
atas Sabah
Konfrontasi
Indonesia
Pemulihan
Hubungan
Diplomatik
Malaysia-
Indonesia
REAKSI DALAM NEGARA

TANAH MELAYU
- Cadangan pembentukan Mlaysia mendapat sambutan baik dalam
kalangan parti-parti politik di Tanah Melayu.
- Semua parti politik, termasuk parti pembangkang seperti PAS, Parti
Rakyat dan Parti Buruh secara prinsipnya bersetuju dan menerima
cadangan ini, tetapi berbrza pendapat dengan cara melaksanakannya.
- Parti Buruh menginginkan Tanah Melayu bercantum dengan Singapura
terlebih dahulu sebelum membwa masuk negeri-negeri di wilayah Borneo
ke dalam Malaysia.
- MCA dan MIC juga mnyatakan sokongan trhadap cadangan itu.

SINGAPURA

PAP menyambut baik cadangan pembentukan Malaysia.
PAP juga melihat cadangn itu sebagai peluang baik untuk terus berkuasa
walaupun menghadapi ancaman pengaruh Komunis.
Dalam cadangan itu, Singapura boleh mendapatkan kemerdekaan dengan
lebih cepat.
Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura menentang cadangan itu.
Bantahan Barisan Sosialis dan Prti Rakyat Singapura memaksa kerajaan
PAP mengadakan satu pungutan suara pada 1 September 1962.
Dengan pungutan suara itu menunjukkan lebih 70 % rakyat Singapura
memberi mandat kepada kerajaan PAP untuk meneruskan cadangan
pembentukan Mlaysia.

SABAH & SARAWAK
o Cadangan pembentukan Malaysia memeranjatkan pemimpin dan parti-parti
politik
o Akibat kesedaran politik yang yang baharu muncul, ada di antara pemimpin
politik di Borneo menyuarakan hasrat untuk memperoleh secara berasingan atau
membenruk sebuah Negeri-negeri Borneo.
Parti yg menyokong Sebab-sebab menyokong
USNO (Sabah)
PANAS (Sarawak)
Berjasa (Sarawak)
Menjamin perkembangan dan perubahan taraf hidup,
pendidikan, ekonomi dan politik penduduk
bumiputera.
Parti yang
menentang
Sebab-sebab
menetang
UNKO (Sabah)
Pasok (Sabah)
PESAKA (Sarawak)
SNAP (Sarawak
SUPP (Srawak)
Bimbang penguasaan orng Melayu trhadap
penduduk di Sabah dan Sarawak.
Bimbang kepentingan ekonomi akan terjejas.
Sabah dan Sarawak diberi kemerdekaan terlebih
dahulu sebelum menyertai persekutuan.

Sesetengah pemimpin lain di Borneo menganggap gagasan Malaysia
sebagai untk meluaskan Kuasa Tanah Melayu untuk menggantikan
British.
Oleh sebab itu, pada bulan julai 1961, mereka membntuk Barisan Bersatu
untk membantah cadangan pembentukan Malysia.
Brisan Bersatu ini dianggotai oleh Ong Kee Hui (Parti Rakyat Bersatu
Sarawak), Donald Stephens (Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu)
dan A.M Azhari (Parti Rakyat Brunei).
Bantahan ini tumbul disebabkan mereka tidak diberi maklumat lengkap
tntang cadangan pembentukan Mlaysia.
Tunku Abdul Rahman dengan kerjasama British mengadakan
persidangan Persatuan Parlimen Komenwel di Singapura yg turut
dihadiri oleh pemimpin politik dari Sabah dan Sarawak.
Persidangan itu, mereka berjaya mewujudkan persefahaman antara
pemimpin politik di Sabah dan Sarawak. Satu keputusan dicapai untuk
menubuhkan jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia untuk
memberi penjelasan dan mendapatkan pandangan rakyat tentang
pembentukan Malaysia.

Brunei
o Brunei melahirkan sokongannya kepada cadangan Malaysia.
o Sokongan yg tidak muktamat kerana kerajaan Brunei ingin mengkaji
terlebih dahulu cdangan itu secara terperinci.
o Kemudian kerajaan Brunei meninjau pendirian rakyat negara itu terhadap
pembentukan Malaysia. Keputusan tinjauan itu menunjukkan bahawa
sebahagian besar rakyat tidak bersetuju Brunei mnyertai Malaysia.
o Keptusan itu dikatakan pengaruh daripada Parti Rakyat Brunei,
pemimpin A.M. Azhari yang menentang kemasukan Brunei ke dalam
Malaysia.
o Beliau berminat untuk menubuhkan sbuah kerajaan Borneo Utara yang
dikenali sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) .
o NKKU dianggotai oleh Brunei, Sabah dan Sarawak. Sultan Brunei adalah
ketua Negara. Parti Rakyat Brunei membentuk satu pasukan tentera yang
dikenali sebagai Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
o TNKU melancarkan pemberontakan bersenjata di Brunei tetapi dapat di
tumpaskan oleh kerajaan dengan bantuan tentera British.
REAKSI LUAR NEGARA

Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah.

o Pada bulan Jun 1962, filipina membuat tuntutan ke atas Sabah bagi pihak
waris Kesultanan Sulu.
o Fipilina mendakwa Sabah hanya dipajak dan bukan dijual oleh sultan kepada
Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu telah
dibatalkan pada tahun 1958.
o Setelah rancangan diumumkan, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tidak
berhajat untuk membiarkan isu tuntutan itu mejadi halangan kepada
pembentukan Malaysia.
o Pada bulan Februari 1963 pula, kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding
di London tetapi rundingan itu ggal kerana British enggan mengikhtirafkan
kedaulatan Filipina ke atas Sabah.
o Filipina meneruskan tuntutan itu, namun tuntutan itu tidak dibalas..
o Filipina memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu dan
mnuduh gagasan Malaysia sebagai usaha Britain untuk meneruskan
penjajahan bentuk baharu di Asia Tenggara.
KONFRONTASI INDONESIA
o Indonesia tidak menentang cadangan pembentukan Malaysia dan
mengharapkan usaha itu akan berjaya.
o Namun, tidak lama kmudian, sikap Malaysia sebagai satu bentuk
penjajahan baharu di Asia Tenggara.
o Perubahan Indonesia disebabkan hasutan Parti Komunis Indonesia (PKI)
yang dipimpin oleh D.N Aidit PKI
o PKI berjaya mempengaruhi presiden Sukarno untuk mengishtiharkan
dasar konfrontasi terhadap Malaysia dengan melancarkan kempen
Ganyang Malaysia.
o Indonesia juga memulakan tindakan secara kekerasan.
o Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila dan menyusup masuk ke
beberapa buah tempat di Tanah Melayu. Antaranya ialah Singapura,
Sabah dan Sarawak.
o Akibat pertikaian antara Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina. Satu
persidangan kemuncak diadakan di Manila yang dihadiri oleh Tunku
Abdul Rahman, Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal.
Ketiga-tiga pemimpin itu bersetuju untuk merapatkan hubungan
kerjasama menerusi satu pertubuhan kerjasama serantau yang dikenali
sebgai MAPHILINDO, iaitu nama singkatan bagi Malaysia, Indonesia
dan Filipina.
Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju menerima pembentukan
Mlaysia dengan syarat sebuah Suruhanjaya Khas ditubuhkan di bawah
pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) untuk meninjau pandangan
penduduk di Sabah dan Sarawakterhadap gagasan Malaysia.
PBB mnghantar satu suruhanjaya yg diketuai oleh Lawrence
Michaelmore untuk meninjau pandangan penduduk di wilayah Borneo
serta meneliti kerja-kerja yang ditugaskan oleh suruhanjaya Cobbold.
Dalam laporan Suruhanjaya Khas PBB mendapati Sabah dan Sarawak
bersetuju untuk menyertai Malaysia.
Indonesia dan Filipina enggan menerima keputusan laporan suruhanjaya
PBB.
PEMULIHAN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA-
INDONESIA
o Selepas kegagalan rampasan kuasa PKI pada 30 September 1965,
pengaruh Komunis di Indonesia semakin merosot.

o Perubahan pucuk pimpinan di Indonesia membolehkan rundingan damai
diadakan untuk menamatkan konfrontasi dan memulihkan hubungan di
antara kedua-dua negara.

o Perjanjian yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dengan Menteri Luar Indonesia,
Adam Malik secara rasmi menamatkan konfrontasi dan memulihkanb
hubungan antara Malaysia dan Indonesia.
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
Jawatankuasa perundingan Perpaduan Malaysia.
- Jawatanjuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan di
Singapura dengan di pengerusikan oleh Donald Stephen untuk
memerangkap konsep Malaysia kepada penduduk di Sabah, Sarawak dan
Brunei.
- Dianggotai oleh wakil-wakil Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak
dan Brunei.
- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju
Perlembagaan Tanah Melayu.
- Antara perkara lain yang dipersetujui ialah:


Kewujudan
sebuah kerajaan
pusat yang kuat
dan terdapat
pembahagian
kuasa antara
kerajaan pusat
dengan kerajaan
negeri
Sabah & Sarawak
diperuntukkan
beberapa
keistimewaan seperti
dalam bidang
imigresen
untukmnentukjan
kemasukan orng
ramai ke wilayah itu
Bahasa
melayu
dijadikan
bahasa rasmi
dan Islam
sebagai
agama rasmi
Penubuhan suruhanjaya cobbold

o Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada bulan Januari 1962 untuk
mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang
gagasan Malaysia.
o Diketuai oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh Sir Anthony Abell dan
Sir David Watherston yang mewakili kerajaan Britiainserta dua orang
wakil Tanah Melayu iaitu Mohd Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
o Suruhanjaya Cobbold mengadakan pertemuan dengan lebih 4000 orng
dan menerima 2 200 memorandum dan surat yang dihantar oleh
pelbagai pertubuhan yang mewakili badan politik, agama,
kemasyarakatan dan kesatuan kerja.
o Laporan Suruhanjaya Cobbold diserahkan kepada kerajaan persekutuan
Tanah Melayu dan kerajaan Britain. Laporan itu mengesahkan bahawa
lbih 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju meyertai
Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan

o Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan untuk merangkap
Perlembagaan Persekutuan pada bulan Ogos 1962.
o JAK ini menerima pandangan pelbagai pihak, terutamanya Sabah dan
Sarawak tentang kedudukan kedua-dua negeri itu dalam Persekutuan
Malaysia.
o Wakil dari Sabah menghantar satu memorendum yang mengandungi 20
perkara untuk melindungi hak dan kepentingan penduduk di Sabah.
o Manakala Sarawak pula tidak menghantar sebarang tuntutan , tetapi
mereka bersetuju tentang perkara-perkara yang terkandung dalam
tuntutan 20 perkara dari Sabah itu.
o Laporan itu dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963
diikuti dengan Sabah pada 13 Mac 1963.

Perjanjian Malaysia 1963

o Rundingan terakhir pembentukan Malaysia diadakan di London. Setelah
persetujuan dicapai, perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9
Julai 1963 antara kerajaan Britain, Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak.
o Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan
oleh parlimen British.
o Disusuli dengan kelulusan perjanjian Malaysia oleh parlimen Tanah
Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan
Majlis Undangan Sabah.
o Akta Malaysia memperuntukkan beberapa perkara yang diterima.
Perisytiharan Malaysia
o Pada mulanya, tarikh pembentukana Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos
1963 tetapi disebabkan Suruhanjaya Khas PBB yang dihantar ke Sabah
dan Sarawak hanya dapat menyiapkan laporan tinjauannya pada 14
September 1963.
o Perisytiharan Malaysia dibuat pada 16 September 1963 secaraserentak di
seluruh negara, iaitu Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton dan Kuching.
o Perisytiharan di Kuala Lumpur dilakukan di Stadium Merdeka oleh
Tunku Abdul Rahman dengan dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-raja Melayu.
o Perisytiharan di Sabah dibuat oleh Ketua Menteri, Donald Stephens di
hadapan Yang Dipertua Negeri, Datu Muathapa bin Dato Harun dan
wakil kerajaan persekutuan, Tun Abdul Razak bin Dato Hussein.
o Perisytiharan di Kuching oleh wakil kerajaan Persekutuan. Mohd Khir
Johari dan dihadiri oleh Yang Dipertuan Negeri, Abang Haji Openg bin
Abang Sapiee dan ketua Menteri, Stephen Kalong Ningkan.

Kesimpulan



Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai