Anda di halaman 1dari 23

DISEDIAKAN OLEH :

CHEW LAY KWAN


LIEW YING HUI
ONG WOAN MIN
Definisi Pencemaran Air
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,
pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa
perubahan langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif
iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang
melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan
buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya
dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan
memudaratkan kesihatan, keselamatan dan
kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain
seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan
akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Punca Pencemaran Air
Pengusaha kilang mengambil jalan
mudah , iaitu membuang sisa
kilang yang bertoksik tanpa
dirawat ke dalam sungai dengan
sewenang - wenangnya.
Tumpahan minyak dari tangki
kapal dan pelantar minyak juga
mencemarkan air..
Membuang sisa pepejal seperti sisa
makanan, perabot dan barangan
elekronik ke dalam sungai. Hal ini akan
menyebabkan sungai tercemar dan
diracuni. Sampah-sarap dan najis yang
dibuang ke dalam sungai juga akan
mengalakkan pertumbuhan bakteria.
Aktiviti pertanian yang menggunakan
baja kimia, racun rumpai dan racun
serangga akan mencemarkan air
terutamanya jika dijalankan di kawasan
tanah tinggi. Hal ini kerana ia akan
mengalir dari kawasan pertanian ke hilir
sungai apabila hujan lebat berlaku.
Aktiviti Perlombongan. Air dari kawasan
perlombongan mengandungi kandungan
zarah terampai dan bahan logam yang
ada kiatan dengan mineral yang
dilombong yang membahayakan
kesihatan pengguna. Apabila hujan lebat
turun, zarah-zarah ini tentu akan
disalirkan ke dalam sungai.
Pembentungan najis binatang yang
tidak terurus daripada aktiviti penternakan
bukan sahaja akan mencemarkan air
malah akan menyebabkan pencemaran
bau. Hal ini kerana najis binatang
mengandungi pelbagai bakteria, virus dan
parasit seperti E.coli yang akan
mencemarkan kualiti air.
Definisi Pemuliharaan Air
Merujuk kepada mengurangkan penggunaan air dan
kitar semula air sisa untuk tujuan yang berbeza
seperti pengairan pembersihan, manifacturing dan
pertanian.

Definisi Kecekapan Air
Pencapaian fungsi, tugas, proses, atau hasil dengan
jumlah minimum air dilaksanakan, atau penunjuk
hubungan antara jumlah air yang diperlukan untuk
tujuan tertentu dan jumlah air yang digunakan,
menduduki atau diserahkan
Kesan tidak memulihara Air
Putus bekalan air
Memudaratkan kesihatan manusia.
Kemusnahan habitat haiwan
Kehilangan tenaga
Hilang punca makanan
Sistem air bawah tanah tercemar
RAWATAN AIR
Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar
daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat
untuk digunakan manusia dari segi kimia dan
bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya,
bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak
menyenangkan.

Tujuan semua proses rawatan air ialah untuk mengalihkan
pencemaran yang ada pada air, atau menurunkan
kepekatan sebarang pencemaran supaya air menjadi sesuai
untuk kegunaan akhir yang diingini. Satu contoh kegunaan
ialah mengembalikan air yang telah digunakan ke alam
sekitar tanpa menyebabkan kesan ekologi yang buruk.
1
2
3 4
5 6
7
PROSES RAWATAN AIR SECARA KONVENSIONAL
1. Intake (Pengambilan)
Untuk proses ini, pam diperlukan untuk mengepam air
masuk ke pusat rawatan. Air diperolehi daripada sungai,
tasik, laut dan lain-lain.

2. Aeration (Pengudaraan)
Proses ini bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan
organik dengan memberi aliran udara kepada air tersebut.
Hidupan-hidupan organik yang terkandung di dalam air
tersebut akan mula mengalami proses penguraian apabila
menerima oksigen.
3. Coagulation (Kogulasi)
Proses ini bertujuan untuk mengumpul bahan-bahan
terampai. Prosesnya adalah melalui penambahan bahan
kimia yang berfungsi untuk memberi daya tarikan kepada
partikel-partikel terampai tersebut.
4. Flocculation (Flokulasi)
Proses ini adalah kesinambungan daripada proses sebelum
ini. Tujuannya adalah untukmembenarkan floc terbentuk.
Floc adalah keadaan di mana partikel-partikel itu
membentuk kumpulan yang lebih besar dan berat.

5. Sedimentation (Pemendapan)
Proses ini bertujuan untuk memendapkan partikel-partikel
berat yang terhasil daripada 2 proses sebelum ini. Partikel-
partikel itu kemudiannya boleh dibuang daripada air
tersebut.

6. Filtration (Penapisan)
Tujuannya adalah untuk menapis bahan-bahan yang tidak
boleh dibuang melalui proses sebelum ini. Bahan-bahan
yang terlepas akan ditapis dan dibuang di proses ini.
7. Chlorination (Penklorinan)
Proses membunuh kuman-kuman yang terdapat di dalam air
tersebut dengan menambah klorin di dalamnya. Tetapi
bukan semua kuman dapat dibunuh, dan disebabkan itu kita
perlu untuk memasak air sebelum dibunuh kerana bakteria-
bakteria dapat dibunuh apabila suhu air mencapai tahap
yang tertentu seperti 100 darjah celcius.
(SPAH) adalah salah satu daripada "Best Management
Practice (BMP)" yang diamalkan di Malaysia.
Sistem ini adalah bertujuan untuk melambatkan aliran air
larian permukaan.
Kawasan tadahan bagi sistem ini adalah keluasan bumbung
bangunan.
Bekalan air ini digunakan untuk mencuci kereta, menyiram
tanaman, menyimbah tandas dan lain-lain.
SPAH yang ringkas hanya menggunakan tong kecil sahaja
untuk menyimpan air hujan.

Sistem ini mempunyai dua fungsi utama:
(i) On Site Detention
Melambatkan aliran air permukaan dengan menahan
seketika air hujan.
(ii) Penuaian Air Hujan
Bertindak sebagai tangki yang berfungsi sebagai
bekalan air hujan.
Kebaikan SPAH
Dapat menjimatkan penggunaan air bersih kira-kira 30%
daripada penggunaan air bersih.
Mengurangkan bil-bil air.
Melambatkan air larian permukaan.
Mengatasi masalah bekalan air di kawasan-kawasan
pedalaman.
Mengurangkan hakisan tanah atau banjir kilat.
Mudah kerana dilakukan secara persendirian.

Keburukan SPAH
Bekalan air terhad.
Tangki simpanan air hujan boleh membahayakan kanak-
kanak yang bermain di sekelilingnya.
Sistem penuaian air hujan memerlukan penjagaan dan
pemeliharaan selepas dipasang iaitu ia mungkin tidak sesuai
untuk semua pemilik rumah.
Kualiti air yang rendah kerana ia tidak mempunyai sistem
penapisan atau penurasan air yang sistematik

neWater Factory in Singapore
Air baru (Newater) yang diperkenalkan oleh
Singapura dihasilkan menerusi proses pemulihan dan
pembersihan ketat bekalan air kumbahan.

Merupakan proses rawatan semula air akibat bekalan
air yang terhad.
Terdapat tiga proses utama yang digunakan untuk
menghasilkan Newater
(i) Penurasan mikro (Microfiltration)
(ii) Osmosis Songsang (Reverse Osmosis)
(iii) Teknologi Sinaran Ultra-violetPenyahjangkitan
(Ultraviolet light disinfection technologies).

1
2
3
1. Penurasan mikro (Microfiltration)

Kaedah penyulingan air sisa kumbahan dengan
menggunakan penapis-penapis yang berfungsi sebagai
agen penuras microscopic. Setiap penapis mampu
menapis semua sisa sehingga sekecil saiz 0.2 mikron.
Penapis sekecil saiz ini bertujuan untuk menapis sisa
pepejal yang terkecil dan untuk mengelakkan berlakunya
rintangan (clogging) semasa melalui proses yang kedua
iaitu memberan dalam proses Osmosis songsang.
Proses ini juga digunakan untuk mengasingkan bacteria
dan protozoa.
2. Osmosis Songsang (Reverse Osmosis)
Proses seterusnya setelah penurasan di peringkat MF selesai, air disalurkan
untuk melalui proses yang dipanggil Osmosis Songsang (Reverse Osmosis).
RO ini melibatkan proses penggunaan tekanan kepada air untuk mengalir dari
bahagian pemusatan ke bahagian pemusatan yang lain seterusnya melalui
memberan yang separa-serap untuk menuras benda-benda bukan organic
seperti nitrat, klorid, sulfat dan sebagainya.
Penurasan juga melibatkan benda-benda organic yang dinyahjangkitan,
hidrokarbon yang mempunyai bau, pesticide dan sebagainya.

3. Teknologisinaran Ultra-violetPenyahjangkitan (Ultra-violet Light
Disinfection technologies)
Penyahjangkitan dengan sinaran Ultra-Violet adalah proses sokongan untuk
menjamin pembasmian bakteria dan virus walaupun bakteria dan virus ini
diakui telah diasingkan semasa proses Osmosis Songsang (RO).
Di bawah proses ini, antara lain air baru (Newater) dituras untuk menyaring
partikel atau benda-benda halus dan kemudian didedahkan kepada cahaya
UV untuk menghapuskan bakteria dan virus.
CARA JIMAT AIR
Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan
membazir sehingga 90 liter air sehari.
Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur.
Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit.
Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa
kadar penggunaan air peralatan tersebut.
Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari
takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga
daripada jumlah air yang digunakan.
Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air
sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air
pancutan untuk tujuan yang sama.
Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan
kenderaan.
Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga.
Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan
berkumur.
Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian.
Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin
basuh.
Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran