Anda di halaman 1dari 18

KONSEP PROFESION DAN

CIRI-CIRI PROFESIONAL
TAJUK 1
AHLI KUMPULAN :- 1. MOHD TARMIZI B HALIM
2. MOHD OSMAN B ZAKARIA
3. UMAMAGESWARY A/P ARUMUGUM
PROFESION
Profesion keguruan merupakan profesion
yang tertua di dunia.
Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan
yang melaksanakan fungsi sosial yang
penting.
Menurut kamus dewan (2005) menyifatkan
profesion sebagai satu bidang pekerjaan yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan khusus.
PROFESIONAL
Merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam
kalangan ahli dalam suatu profesion.
Setiap ahli dalam suatu profesion perlu menguasai ilmu
pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran
dalam bidang tertentu dan perlu mengawal tingkah laku.
Secara umumnya keguruan merupakan suatu profesion dan
guru-guru merupakan ahli-ahli profesional dalam profesion
tersebut.
Setiap ahli profesional hendaklah memenuhi ciri-ciri umum
sesuatu profesion.
Contohnya satu standard yang ditetapkan untuk seseorang
guru memperoleh latihan keguruan dalam subjek
pengkhususan sebelum diiktiraf sebagai seorang profesional.
PROFESION
Latihan
khusus Kod Etika
Pengetahuan
& Kemahiran
Perkhidmatan
Unik
Autonomi
Badan
Kawalan
Tanggungjawab
Latihan Khusus
Profesion pada umumnya merujuk kepada bidang yang
memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi.
Buktinya sebelum seseorang itu menjadi guru, mereka
perlu mengikuti latihan dalam perguruan untuk menjadi
seorang guru yang bertauliah.
BPG, IPG dan IPT yang bertanggungjawab menyediakan
latihan perguruan untuk memenuhi keperluan guru di
seluruh negara.
Program-program yang dijalankan telah menjadikan guru
itu pakar dalam bidang masing-masing.
Justeru itu perguruan boleh dianggap sebagai satu
profesion kerana dapat memenuhi ciri ini dan dapat
dibuktikan dengan sijil yang diperolehi.
Kod Etika
Perguruan ialah satu profesion juga dapat dibuktikan
dengan ada kod etika iaitu Tatasusila Profesion
Keguruan.
Etika ini menjadi garis panduan dan dasar yang harus
dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.
Seseorang yang melanggar etika tersebut akan
dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman
sewajarnya.
Seseorang guru yang dapat mematuhi etika ini akan
memahami tanggungjawab sebenar seorang guru,
sedia menerima segala perubahan yang
akanmeningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

Pengetahuan & Kemahiran
Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan atau
kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori
dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang
panjang.
Kemahiran dan pengetahuan ini perlu diperbaharui dan
diperkukuhkan dari masa ke semasa.
Contohnya, seseorang guru perlu melengkapkan diri
dengan strategi PdP di bilik darjah.
Pihak PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan senantiasa
mengadakan kursus-kursus bagi meningkatkan
Profesionalisme keguruan itu sendiri.
Ilmu ini penting bagi menghadapi dunia pendidikan
yang semakin mencabar dan bagi menyokong usaha-
usaha kerajaan meningkatkan mutu pendidikan negara.
Perkhidmatan Unik
Perguruan ialah satu profesion kerana dapat memberikan
perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat.
Hanya mereka yang mempunyai
kualiti,berketerampilan,kewibawaan, kelayakan, minat,
iltizam dan berjiwa pendidik sahaja layak menjadi guru.
Guru bukan sahaja mengajar malah bertindak sebagai
penasihat, pembimbing,pentadbir,perangsang,ibubapa dan
sebagainya.
Guru dalam profesion keguruan perlu menjadi tokoh yang
serba tahu, khususnya dalam bidang berkaitan pendidikan
dan juga isu-isu semasa yang berlaku disekeliling agar
dapat dibincangkan.
Guru juga mampu memberikan perkhidmatan terbaik
untuk membangunkan personaliti, kebolehan mental dan
fizikal pelajar.

Tanggungjawab
Sesuatu profesion perlu memikul tanggungjawab di atas
semua tindakan dan keputusan yang dibuat.
Perguruan sebagai suatu profesion juga dapat dibuktikan
dengan tanggungjawab guru terhadap murid.
Menurut Tatasusila KPM, guru bertanggungjawab
terhadap pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara, rakan
sejawat dan profesion.
Hanya guruyang bertanggungjawab dan beretika yang
layak menjadi guru yang profesional.
Ini kerana perkhidmatan perguruan melibatkan masa
depan pelajar itu sendiri.

Badan Kawalan
Kebanyakkan profesion mempunyai sesuatu badan atau
organisasi yang terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa,
pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk
mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion.
Contohnya Majlis Perubatan Malaysia untuk memantau
tingkahlaku doktor perubatan.Majlis Bar Malaysia untuk
memantau kelakuan peguam dan sebagainya.
Badan-badan ini mempunyai kuasa untuk mengambil
tindakan terhadap ahli-ahli mereka yang telah melanggar
kod etika yang telah dipersetujui.
Profesion perguruan mempunyai badan yang menjaga
kepentingan perkhidmatan awam seperti Ceupacs, KPPK
dan lain-lain.
Tetapi adakah badan-badan ini mempunyai kuasa mutlak
untuk mengambil tindakan sepenuhnya terhadap
sesorang guru yang melanggar etika keguruan? Hal inilah
yang menjadi satu perkara mengapa profesion perguruan
masih dipertikaikan oleh sesetengah masyarakat.
Ini kerana ada segelintir guru yang telah melanggar kod
etika perguruan, tetapi tindakan terhadapnya tidak
setimpal. Sebagai contoh, jika seseorang guru itu
melakukan salah laku etika disuatu tempat, tindakan
yang biasa diambil hanyalah ditukarkan ke tempat lain.
Autonomi
Seseorang profesional menikmati autonomi dan
tanggungjawab tentang perkhidmatan yang diberikan
kepada orang ramai yang tidak dapat menilai kualiti
perkhidmatan yang diterima.
Contohnya, bila anda dirawat oleh doktor, dia
mempunyai kuasa menentukan rawatan yang anda wajar
terima. Oleh kerana anda tidak mempunyai kelayakan
dan pengalaman sewajarnya, anda tidak dapat
menentukan kualiti perkhidmatan yang diberikan.
Adakah guru mempunyai kuasa autonomi ? Bagi
pendapat saya guru tidak mempuayai kuasa autonomi
sepertimana seorang doktor.
Profesion perguruan hanya mengikut apa yang
diarahkan kepadanya. Guru hanya mengikut arahan
daripada pihak pentadbir dan juga pihak atasan seperti
PPD,JPN dan KPM.
Guru tidak mempunyai kuasa penuh dalam membuat
keputusan dalam pelbagai aspek dalam profesion.
Perkhidmatan yang diberikan oleh guru itu juga masih
boleh dipertikaikan kualiti perkhidmatannya.
Tambahan pula zaman sekarang kerjaya guru semakin
mencabar dengan kerenah ibubapa, masyarakat,pihak
atasan, dan kerajaan.
Kurikulum sekarang juga menuntut profesion
perguruan sentiasa mengikut arus perubahan yang
telah ditetapkan oleh pihak atasan.
Adakah guru seorang profesional ?
Profesion perguruan masih dipertikaikan oleh sesetengah
masyarakat. Kenapa?
Kenyataan ini ada benarnya kerana telah ada segelintir
guru yang telah melanggar kod etika perguruan seperti
salahlaku berkaitan jenayah yang telah tersebar di dada-
dada akhbar.
Ini umpama Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(Loke Yim Peng, setiausaha Agung KPPK).
Ramai yang menganggap perkerjaan guru merupakan
pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja.
Ini kerana wujudnya guru ganti atau guru sandaran tidak
terlatih yang menganti guru bersalin contohnya.

Guru ganti ini tidak perlu melalui apa-apa latihan
perguruan bagi melayakkannya untuk mengajar.
Menurut shuib dan Johari (2001), melalui
pemerhatian,temubual dan pengalaman, mereka
mendapati ada beberapa faktor mengapa bidang
keguruan ini kurang mendapat minat daripada golongan
remaja.
Antaranya ialah kurang peluang untuk kenaikan pangkat,
karenah birokrasi dan juga menghadapi karenah pelajar
yang pelbagai ragam.
Kerjaya guru hanya dijadikan pilihan terakhir setelah
gagal untuk mendapatkan tempat mengikut kelulusan
seperti memilih untuk mengikuti program KPLI
contohnya.
Hal ini dikukuhkan oleh kajian yang dilakukan oleh
(Mahadi Hj Khalid dan Salahudin Hj Sabu, 2005)
menunjukkan 53.5% pelajar KPLI memilih kerjaya guru
kerana tiada pilihan lain.
Akhirnya akan lahirlah sebahagian daripada mereka yang
tidak mempunyai minat yang mendalam dalam bidang
pendidikan.
Justeru itu, akan lahirlah juga modal insan yang tidak
berkualiti seterusnya tidak dapat memartabatkan
perguruan sebagai satu profesion.
Ini semua bergantung kepada guru itu sendiri dan
tanggapan masyarakat sekeliling terhadap profesion
perguruan.
Rumusan
Kesimpulannya, bagi kami profesion keguruan masih
lagi dianggap profesional dan profesion yang mulia di
mata masyarakat.
Sebilangan besar guru yang berintegriti sentiasa
menjadi contoh yang terbaik sebagai ikutan murid-
murid dan juga masyarakat keseluruhannya.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah
berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan
profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan
disegani ramai.
Hal ini termaktub dalam teras strategik kelima Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu
memartabatkan profesion keguruan.

Sekian
Terima
kasih