TEORI-TEORI
PEMBANGUNAN EKONOMI
1
Perkembangan teori atau model pertumbuhan
ekonomi secara umumnya berlaku seiringan
dengan perkembangan model makroekonomi.
Model pertumbuhan ekonomi lebih tertumpu
kepada proses pertumbuhan keluaran di
sesebuah negara dan menjadi ukuran kepada
tahap pertumbuhan ekonomi negara
berkenaan.
2
Sebaliknya, model makroekonomi
merangkumi perkara yang lebih luas, bukan
sahaja menyentuh aspek :
- keluaran atau pasaran barangan (1) (dari
model pertumbuhan),
tetapi juga
- pasaran wang (2) dan
- pengaruh kedua-dua pasaran (1) dan (2) ini
terhadap pertumbuhan ekonomi.
3
Aliran pemikiran model pertumbuhan
ekonomi bermula pada zaman klasik.
Dalam era ini, terdapat tiga orang ahli
pertumbuhan ekonomi yang penting iaitu
Adam Smith, David Ricardo dan Karl Marx.
Smith dan Ricardo menumpukan
perbincangan mengenai peranan sektor
pertanian manakala :
Marx mengenai masyarakat industri.
4
Walau bagaimanapun ketiga-tiga mereka
memberi hujah yang berbeza tentang
peranan faktor pengeluaran :
Buruh [ oleh Smith],
Tanah [ oleh Ricardo] dan
Modal [ oleh Mark]).
5
Bagi Adam Smith, kecekapan buruh penting
kepada pertumbuhan ekonomi, manakala
Ricardo pula menekankan kepada peranan
faktor tanah.
Sebaliknya, Karl Marx berpendapat pemilikan
modal penting kepada seseorang untuk
bersaing dalam operasi pengeluaran.
6
AIiran pemikiran klasik ini, seterusnya diikuti
oleh pemikiran Keynesian.
Dua model penting dalam era ini (pemikiran
Keynesian) adalah model Harrod-Domar dan
model Schumpeter.
Dalam model Harrod-Domar, modal dikatakan
memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
7
MODEL PERTUMBUHAN KLASIK
Model pertumbuhan klasik telah dipelopori
oleh tiga orang ahli ekonomi pertumbuhan
yang penting iaitu Adam Smith, Ricardo dan
Marx.
Persoalan utama mereka dalam
membincangkan model pertumbuhan adalah
berbeza. Oleh yang demikian, bahagian ini
akan membincangkan model pertumbuhan
mereka secara berasingan.
8
Model Adam Smith
Persoalan pokok yang diutarakan oleh Adam
Smith dalam modelnya ialah perbezaan
tingkat pertumbuhan antara negara.
Terdapat di kalangan negara di dunia ini yang
mengalami pertumbuhan atau perkembangan
yang pesat dan terdapat pula negara-negara
yang tidak berkembang.
9
Adam Smith mengakui bahawa kekurangan
modal bukan merupakan penghalang kepada
pertumbuhan kerana modal hanyalah satu
jenis input yang memerlukan input lain untuk
berfungsi atau dimobilisasikan. (Di mana
modal boleh bergabung dengan faktor lain-
lain dalam pertumbuhan ekonomi)
10
Bagi Adam Smith, terdapat dua faktor penting
yang menyumbang (atau bergabung dengan
modal atau faktor2 lain) kepada pertumbuhan
ekonomi iaitu :
- pengkhususan buruh (kemahiran) atau
division of labour dan
- produktiviti buruh.
11
Kedua-dua faktor ini saling berkait iaitu
pengkhususan boleh membawa kepada
produktiviti buruh yang lebih tinggi. (Bila
expert produktiviti akan tinggi)
Ini kerana dengan adanya pengkhususan,
buruh boleh mendapat faedah daripada
pembelajaran melalui amalan atau learning-
by-doing.
12
Keadaan ini selanjutnya dapat mengurangkan
kos pengeluaran dan harga output.
Adam Smith telah menyenaraikan tiga faktor
penting yang menyebabkan produktiviti
meningkat melalui pengkhususan (expertise) :
13
1. Buruh dapat meningkatkan penumpuannya
kepada tugas yang diberi kerana melakukan
kerja yang sama setiap hari.
2. Buruh dapat menjimatkan masa kerana
mereka tidak perlu berpindah dari satu
tempat ke satu tempat yang lain.
3. Buruh akan menjadi biasa dengan
penggunaan sesuatu mesin yang seterusnya
meningkatkan kecekapan mereka.
14
Melalui pengkhususan, produktiviti buruh
meningkat dan selanjutnya upah benar, kuasa
beli, permintaan dan daya saing pasaran juga
meningkat.
Keadaan ini boleh membawa kepada
pengkhususan buruh selanjutnya.
Walau bagaimanapun pengkhususan buruh
sangat bergantung kepada struktur
permintaan. (Bila D barangan tinggi Jumlah
pengguna buruh akan tinggi)
15
Pengkhususan buruh memerlukan kepada
bentuk penggunaan barangan (Demand) yang
lebih sofistikated dan pertambahan dalam
permintaan ke atas output seseorang
pengeluar.. di mana akan meningkatkan
produktiviti, upah benar dan permintaan
kepada output lain.
Fenomena ini akan menyebabkan
pertumbuhan ekonomi yang dicapai adalah
berbeza oleh negara yang berbeza.
16
Bagi Adam Smith perbezaan tingkat
pertumbuhan sesebuah negara berlaku
bergantung kepada jumlah buruh produktif
dan buruh tidak produktif yang ada di
sesebuah negara tersebut.
Bagi ekonomi yang mempunyai lebih ramai
buruh produktif tingkat pertumbuhannya
adalah lebih tinggi dibandingkan dengan
ekonomi yang mempunyai kurang buruh
produktif.
17
Dalam membincangkan modelnya, Adam
Smith telah mengemukaakan tujuh andaian
penting iaitu:
1. Sebarang aktiviti yang dijalankan dalam
sesebuah ekonomi akan menghasilkan lebihan
atau keuntungan tanpa mengira sama ada
dilakukan oleh buruh produktif atau tidak
produktif. Dengan kata lain nilai output akan
sentiasa melebihi kos pengeluarannya, sama
ada nilai output itu tinggi atau rendah.
18
2. Buruh adalah input yang diperlukan bagi
setiap aktiviti pengeluaran.
3. Pengeluaran melibatkan masa iaitu terdapat
perbezaan masa antara penggunaan input
dengan masa mendapatkan output dan
keuntungan. Fungsi pengeluaran adalah:
Y = f (L, t)
di mana :
Y = output, L = buruh, t = masa
19
4. Ekonomi diandaikan tertutup iaitu tidak
terlibat dengan perdagangan antarabangsa.
5. Buruh terbahagi kepada dua iaitu yang
produktif dan yang tidak produktif mengikut
pandangan kapitalis. Buruh dikatakan
produktif sekiranya terlibat dengan aktiviti
yang menghasilkan 'lebihan' dan lebihan ini
melebihi kos cukup hidup dalam bentuk upah
dan tidak melebihi kos pengeluaran kerana
kesemua buruh diandaikan akan menghasilkan
lebihan. (iaitu mementingkan buruh sahaja)
20
6. Tidak ada modal tetap, input bukan buruh
hanya dalam bentuk modal kerja atau wage
fund yang diberi kepada buruh (atau
bergabung dengan buruh) pada permulaan
mereka diambil bekerja. Y = f( L, lain2 input)
Pentingnya dana upah ialah untuk menyara
buruh disebabkan pengeluaran mengambil
masa. Ia adalah sejumlah wang yang dibayar
kepada pekerja semasa mereka mula bekerja
dan belum lagi menghasilkan apa-apa
keluaran.
21
Dana ini penting kepada pekerja untuk mereka
membeli barangan penggunaan dan
merupakan insentif untuk mereka bekerja.
Dana upah ini boleh ditulis sebagai,
K = k Y
t-1
K = dana upah atau modal kerja
Y = output
k = bahagian output yang diberikan kepada
pekerja sebagai dana upah atau 'wage fund',
(0 < k < 1). (atau % upah dari output)
22
g = (p/w) k -1 (3.8)
Persamaan (3.8) menunjukkan kadar pertumbuhan
output (g) berhubung secara positif dengan
produktiviti buruh (p) dan bahagian output tahun
sebelumnya (k-1) yang diberi kepada pekerja (k) serta
berhubungan secara negatif dengan kadar upah
benar (w). Maksudnya, persamaan ini lebih
menentingkan produktiviti (p) dari kadar upah benar
(w). Dari persamaan di atas, apabila :
p g dan apabila
w g
23
Pertumbuhan ekonomi akan berlaku
sekiranya nilai p jauh lebih besar daripada w.
Bagi sebuah ekonomi yang mempunyai
kurang buruh produktif (p) adalah sukar untuk
bertumbuh.
24
KRITIKAN TERHADAP MODEL ADAM SMITH
Melalui Model ini, perhubungan antara nisbah
produktiviti (p) dengan upah dan bahagian
dana upah (w) adalah kunci kepada
pertumbuhan ekonomi.
Dalam proses output (g), setiap tingkat p/w
akan terdapat tingkat output kepada pekerja
atau dana upah (k) yang minimum yang boleh
membawa kepada pertumbuhan ekonomi.
25
Penerangan Adam Smith tentang
pertumbuhan tidak mencukupi kerana beliau
tidak menunjukkan apakah penentu dana
upah (k), iaitu apakah nilai k yang patut
diberikan kepada buruh supaya pertumbuhan
berlaku secara berterusan.
Oleh kerana k diberi kepada pekerja pada awal
operasi pengeluaran, maka sukar menentukan
nilai yang sesuai.
26
Begitu juga dengan perbezaan antara buruh
produktif dan tidak produktif tidak
diterangkan dengan jelas dengan bahagian k
yang patut diberi kepada kedua-dua jenis
buruh ini juga tidak diterangkan dengan jelas.
Disebabkan produktiviti mereka berbeza,
maka nilai k sepatutnya berbeza.
Di samping itu, model Adam Smith juga tidak
mengambil kira tentang modal tetap, walhal
mesin atau modal tetap boleh meningkatkan
produktiviti buruh dan selanjutnya, p/w.
27