Anda di halaman 1dari 16

Hikayat Seri Kelantan

Sinopsis
Raja Perempuan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung,iaitu Encik Siti tidak
mempunyai suami dan anak.Oleh itu,Encik Siti mengambil anak perempuan raja Jembal yang
bernama Tuan Puteri Sa'dung sebagai anak angkatnya.Encik Siti kemudiannya mengahwinkan
anak raja Jembal yang bernama Raja Abdullah dengan Puteri Sa'dung.Raja Abdullah diberi
gelaran Sultan Abdullah dan ditabal sebagai raja negeri Serendah Kebun Bunga
Cerangtegayung.Sultan Abdullah membina sebuah kota baru bernama Kota Jelasin,manakala
Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam.
Raja Siam yang terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sa'dung telah mengarahkan pengikutnya
melanggar negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.Tuk Ca,iaitu ahli nujum diperintahkan
turut serta dengan angkatan Siam itu.Sultan Abdullah amat murka akan tindakan raja Siam
itu.Angkatan Siam pula telah mengepung Kota Jelasin.
Terjadilah pertempuran antara kedua-dua belah pihak.Angkatan Siam tewas kerana kesaktian
yang dimiliki oleh Tuan Puteri Sa'dung.Rakyat Sultan Abdullah pula telah ditimpa kebulura.Tuan
Puteri Sa'dung menyeru kota dan istananya terangkat ke suatu tempat yang asing.Permintaannya
termakbul apabila Kota Jelasin diangkat dan diletakkan di suatu tempat yang bernama Cerang
Bahana.negeri baru itu kemudiannya dinamai Mahligai.Tuk Ca dapat mengesan pergerakan Tuan
Puteri Sa'dung dan Sultan Abdullah serta melihat mahligai itu ada di dalam cerang.Sultan
Abdullah dan Tuan Puteri Sa'dung mengakui bahawa mereka sukar untukmenewaskan raja
Siam.Tuk Ca menyatakan bahawa raja Siam tidak berminat untuk menakluki Kota
Jelasin.Baginda hanya mahukan Tuan Puteri Sa'dung.Akhirnya,Sultan Abdullah terpaksa
menyerahkan isterinya kepada raja Siam.Tuan Puteri Sa'dung tiada pilihan selain menurut
kemahuan raja Siam lalu dibawa ke Siam.
Tema
Kecantikan dan keistimewaan luar biasa seorang puteri
yang menyebabkan Raja Siam terhadapnya.
Persoalan
a) Kehebatan raja yang mahu permintaannya dipenuhi
b) Penggunaan unsur-unsur luar biasa golongan
istana dan pembesar
c) Ketaatan rakyat kepada raja.
d) Kepentingan diplomasi dalam menyelesaikan
persengketaan
e) Kasih sayang dan pengorbanan seorang isteri
f) Merampas hak orang lain
Watak dan Perwatakan
Tuan Puteri Sa'dung

a) Anak perempuan raja Jembal

b) Anak angkat Encik Siti

c) Berasal daripada keturunan orang
tuha-tuha yang berdarah putih
dan bertulang tunggal

d) Memiliki rupa paras yang cantik

e) Dikahwinkan dengan Sultan
Abdullah

f) Taat pada suami



Sultan Abdullah

a) Nama sebenarnya ialah Raja Abdullah
b) Memerintah negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung
c) Suami Tuan Puteri Sa'dung
d) Berpendirian tegas
e) Berani
f) Sayang akan isterinya
g) Sanggup berkorban

Raja Siam
a)Terlalu mengikut keinginan nafsu.Contohnya masih
ingin memiliki Puteri Sa'dung walaupun tahu beliau
sudah bersuami
b)Tidak berperikemanusiaan iaitu menyerang Kota
Jelasin dan mengambil Puteri Sa'dung

Tuk Ca
a)Ahli nujum Raja Siam
b)Taat setia dengan mengikuti Raja Siam ke Kota Jelasin
untuk mengambil Puteri Sa'dung
c)Mempunyai ilmu kesaktian untuk mencari tempat
persembunyian Tuan Puteri Sa'dung
d)Bertolak ansur iaitu berunding dengan Sultan Abdullah
bagi mengelakkan peperangan.

Latar Masa
Pada zaman dahulu

Latar Tempat
a) Di negeri Serendah Kebun Bunga
Cerangtegayung
b) Di kota Jelasin
c) Di Cerang Bahana
d) Di Gunung Ayam
e) Di Mahligai
f) Di Benua Siam




Latar Masyarakat
a)Masyarakat berketurunan raja
b)Masyarakat yang menunjukkan kekuasaan
c)Masyarakat yang akur akan perintah
d)Masyarakat yang memiliki ilmu sakti
e)Masyarakat yang bertolak ansur
f)Masyarakat yang bersabar apabila ditimpa bencana
Binaan Plot
a) Permulaan-Encik Siti,raja perempuan Tanah Serendah Kebun Bunga
Cerangtegayung tidak bersuami dan anak.Encik Siti pun mengambil anak angkat
iaitu Puteri Sa'dung.Apabila besar,Puteri Sa'dung dikahwinkan dengan anak raja
Jembal,Raja Abdullah yang ditabalkan menjadi pemerintah negeri Serendah Kebun
Bunga Cerangtegayunh dan bergelar Sultan Abdullah.
b) Perkembangan-Raja Siam telah terpikat dengan kecantikan Puteri Sa'dung dan
ingin memiliki baginda.Raja Siam mengarahkan pengikutnya pergi ke negeri
Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung untuk mengambil Puteri Sa'dung.Sultan
Abdullah amat murka akan tindakan Raja Siam itu.Angkatan Siam telah
mengepung Kota Jelasin.Namun,tentera Siam telah tewas dalam pertempuran itu.
c) Klimaks-Rakyat Sultan Abdullah pula ditimpa kebuluran.Kota Jelasin telah
dikepung oleh tentera Siam.Puteri Sa'dung telah berseru agar mahligai dan Kota
Jelasin diangkat ke dalam hutan.Malangnya,pergerakan mereka dikesan oleh Tok
Ca.Baginda suami isteri mengakui bahawa mereka sukar untuk menewaskan raja
Siam.
d) Peleraian-Puteri Sa'dung terpaksa akur dengan perintah suaminya lalu dibawa ke
Siam.
Cik Siti Wan Kembang

a)Ibu angkat Puteri Sa'dung

b)Tidak bersuami dan tidak mempunyai anak

c)Menjadi pemerintah Kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga
Cerangtegayung dan Gunung Ayam

d)Penyayang iaitu menyayangi Puteri Sa'dung

e)Bijaksana iaitu menyediakan pewaris bagi takhta
pemerintahannya.

Teknik Plot
a) Pemerian
b) Dialog
c) Saspens
Gaya Bahasa
a) Bahasa Istana. Contoh : bertitah,menghadap,murka

b) Bahasa Arab. Contoh : takdir Allah subhanahu wataala

c) Bahasa Klasik. Contoh : tuha-tuha,suak,dilekung,ceretakan

d) Peribahasa. Contoh : buah hati cahaya mata

e) Peribahasa. Contoh : Buah hati cahaya mata kakanda


Nilai
Kasih
sayang
Ketaatan Keberanian
Pengajaran
a)Suami isteri haruslah hidup dalam kasih sayang

b)Isteri haruslah taat akan perintah suami

c)Kita hendaklah sanggup berkorban bagi mengelakkan peperangan
dan pertumpahan darah

d)Kita hendaklah berfikir secara rasional

e)Kita hendaklah berunding bagi menyelesaikan masalah



Alhamdulillah...Tamat..

by:Fa70nahMuhamad

Anda mungkin juga menyukai