Anda di halaman 1dari 36

KESULTANAN

MELAYU MELAKA
KERAJ AAN MELAYU
TRADISIONAL

PARAMESWARA PENGASAS
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun
1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang,
kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang.
Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara.
Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah
berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.
Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh
Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan
geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh
Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan
mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya
melarikan diri ke Muar Dan Membuka penempatan baru yang dikenali sebagai
Melaka.
PENGENALAN
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh Parameswara, bangsawan Srivijaya dari
Palembang, keturunan majapahit, pada tahun 1400 -1403.
Pada awalnya Baginda telah lari mencari perlindungandi Temasik (ketika itu dikuasai oleh
Siam). Diancam Siam apabila membunuh Temagi (pemerintahTemasik).
Melaka mulanya merupakan perkampungan kecil berkembang menjadi pusat perdagangan
(Mengambil alih peranan Srivijaya).
Pengislaman Parameswara pada tahun1414 telah menjadikan Melaka sebagai pusat
perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung dirantau ini.
Zaman Keagungan Melaka adalah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah dan zaman
kejatuhan pula adalah semasa zaman Sultan Mahmud Syah.
Bersebelahan Selat Melaka.
Parameswara memilih Melaka untuk membina kerajaan baru kerana kedudukan Melaka
strategik di perairan Selat Melaka yang menjadi laluan kapal-kapal perdagangan.

Kemudahan air bersih.
Terdapat juga kemudahan air bersih yang mencukupi untuk kegunaan rakyat dan sebagainya.

Terlindung daripada tiupan angin monsun.
Kedudukan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun. Dengan ini, kegiatan
perdagangan dapat dijalankan dengan lancar.

Muka buminya yang strategik dan selamat.
Pokok bakau di pinggir laut boleh dijadikan benteng pertahanan sekiranya diserang musuh,
manakala muka bumi yang berbukit bukau dijadikan petunjuk untuk kapal dagang yang belayar
di lautan.
1. Istilah Arab
Pedagang-pedagang Arab selalu menyebut Mulaqah yang bermaksud pertemuan.
Ada juga yang menyebut Malakat yang bermaksud himpunan segala dagang.

2. Mitos Hindu
Pokok Melaka dikenali sebagai Amalaka dalam bahasa Sanskrit yang mereka percaya
adalah pokok pertama di alam semesta.
Pokok ini juga dipercayai merupakan tempat kediaman Dewa Brahma, Vishnu dan
Shivadegan. Buah pokok Melaka dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

3. Sejarah Melayu
Ketika berehat di bawah sebatang pokok, Parameswara menyaksikan anjing buruannya
ditendang seekor pelanduk. Kejadian ini dianggap luar biasa. Parameswara memilih nama
Melaka untuk menamakan negeri itu sempena nama pokok tersebut.
Sistem pemerintahan yang tersusun.
- Jawatan seperti Bentara dan Biduanda kecil diwujudkan.
- Mewujudkan system pemerintahan teratur dengan sistem jawatan mempunyai tugas berbeza.
- Sebagai contoh, 40 orang Bentara yang dilantik akan melaksanakan tugas yang diperintahkan Raja.

Kemudahan pelabuhan untuk perdagangan.
- Menyediakan kemudahan pelabuhan untuk pedagang seperti kemudahan membaiki kapal, kemudahan gudang
bagi menyimpan barang-barang dagangan dan tempat tinggal untuk pedagang, serta bekalan air dan makanan.

Hubungan diplomatik dengan negara luar.
- Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara lain seperti China.
- China mengiktiraf kedaulatan Melaka dan Parameswara sebagai Sultan dengan menghantar Laksamana Yin
Ching (1404) dan Cheng Ho (1405 - 1409) untuk melawat Melaka.
- Kerajaan China juga mengurniakan paying kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda
pengiktirafan Melaka sebuah kerajaan berdaulat.
- Melaka menjadi negeri naungan China. Hubungan ini menyelamatkan Melaka daripada ancaman
Siam.

Mengupah orang laut untuk menjaga keselamatan.
- Orang-orang laut diupah untuk menjaga keselamatan Melaka.
- Orang Laut mahir dalam seni mempertahankan diri dan gagah berani.
- Orang Laut juga mahir dengan selok-belok Selat Melaka.
- Mereka membantu membawa barang dan membekalkan hasil laut selain bersikap taat dan setia.
Ikatan konsep daulat.
- Penduduk Melayu ketika itu terdiri daripada kaum Melayu, Orang Laut dan Orang Asli.
- Kemajuan Melaka ketika itu turut dipengaruhi sikap rakyatnya yang setia kepada pemerintah,
bersedia berkorban demi Negara tercinta dan menghargai jasa pemimpin.
- Kosnsep daulat telah menyatukan pemimpin dan rakyat dalam bersama-sama membangunkan
Melaka.
1) Terletak di tengah laluan perdagangan
- Kedudukan Melaka yang berada di tengah-tengah laluan barat dan timur serta terlindung daripada
angin monsun telah mengalakkan pedagang untuk dating berdagang.
2) Sistem cukai yang berpatutan
- Menggunakan sistem cukai yang berpatutan iaitu cukai rasmi (bayaran cukai untuk membawa masuk
barang dagangan).
- Kadar cukai yang dikenakan untuk saudagar barat ialah 6%, saudagar yang tinggal di Melaka 3% dan
saudagar timur tidak dikenakan sebarang cukai.
3) Penggunaan mata wang bagi memudahkan urusan jual beli.
- Wang logam (calains), timah, emas dan perak (ketiga-tiganya datang dari Pasai, Gujerat dan
Kembayat) memudahkan urusan perniagaan.
4) Lingua Franca.
- Urusniaga bertambah lancar apabila Bahasa Melayu dipilih menjadi Lingua Franca.
5) Merupakan sebuah pelabuhan entreport.
- Melaka juga merupakan pelabuhan entreport (pengumpulan dan pengedaran barangan)
disamping menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pedagang.
6) Keberkesanan undang-undang.
- Undang-undang laut Melaka mempunyai 24 fasal.
- Kandungannya merangkumi undang-undang jenayah, peraturan dan tatatertib berniaga serta hokum-hukum
jenayah.

7) Peranan Syahbandar.
(i) Syahbandar I menguruskan pedagang dari Gujerat.
(ii) Syahbandar II menguruskan pedagang dari Ryukyu, China dan Champa.
(iii) Syahbandar III menguruskan pedagang dari Pegu, Benggala dan Parsi.
(iv) Syahbandar IV menguruskan pedagang dari Jawa, Maluku,
Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina.
Perkahwinan .
- Hubungan dengan Pasai terjalin secara perkahwinan antara Sultan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.
Pertukaran pendapat.
- Melalui hubungan antara Pasai-Melaka, wujud pertukaran pendapat yang berkaitan isu-isu agama Islam dan sebagainya.
Negeri naungan.
- Siak dan Kampar merupakan negeri naungan dan perlu menggunakan istilah sembah bila berutus surat.
Agama Islam.
- Pedagang Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam.
Perdagangan.
- Hubungan Melaka dengan Jawa terjalin melalui perdagangan.
- Melaka mendapat bekalan makanan, rempah dan beras dari Jawa.
- Hubungan Melaka dengan Gujerat juga terjalin melalui perdagangan.
Diplomatik.
- Hubungan dengan China terjalin melalui perdagangan dan diplomatik Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan.
- Hubungan Melaka dengan Siam juga terjalin melalui hubungan diplomatik.
- Hubungan dengan Ryukyu bermula dengan perdagangan dan diplomatik.
1) Pengislaman pemerintah.
Kedatangan pendakwah Islam telah membuka hati para pemerintah kerajaan Melayu untuk
memeluk Islam seterusnya tersebar di kalangan golongan bangsawan dan rakyat.
Sultan Melaka menerapkan unsure Islam seperti kaedah musyawarah ketika pemerintahannya.
2) Perdagangan.
Melaka pernah menjadi pusat perdagangan terkemuka di Asia Tenggara yang menyebabkan
kedatangan para pedagang dari serata dunia termasuk pedagang Islam yang turut memainkan
peranan berdakwah.
3) Perkahwinan.
Putera dan puteri raja Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri raja dari kerajaan lain.
4) Pendakwah Islam.
Pendakwah Islam yang dating ke Melaka menggunakan cara yang lembut dan berhemah dalam
melakukan dakwah dan bukan dengan paksaan. Ini menarik minat masyarakat untuk mengenali
lebih dekat agama ini.
5) Kerelaan negara itu sendiri .
Lingga dan Jambi merupakan negeri yang menjadi naungan Melaka secara sukarela manakala
Kampar dan Pahang ditakluk bagi menjamin keselamatan dan kemakmuran negara masing-masing.
Mereka telah terpengaruh dengan ajaran Islam yang mana pusat penyebarannya berpusat di
Melaka.

6) Askar upahan Jawa.
Askar upahan dari Jawa yang memeluk Islam di Melaka telah pulang ke negara asal dan secara tidak
langsung menyebarkannya di tempat asal mereka.
Istana menjadi institusi pendidikan.
- Istana menjadi pusat intelektual cerdik pandai. Sultan Melaka turut menjemput golongan intelek dari
negara lain untuk menimba ilmu di istana Melaka.

Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar .
- Mengarang surat rasmi, mendidik anak raja dan menggubal perjanjian merupakan tugas seorang jurutulis.
- Bahasa Melayu digunakan untuk persuratan.

Tempat berkumpul golongan cerdik pandai.
- Mereka yang mahir menulis dan membaca menjadi jurutulis, pengarang, ulama dan guru.
- Ulama terkenal dan pakar Bahasa Arab ialah Tun Muhammad.

Tempat pengumpulan dan terjemahan karya-karya agung.
- Karya sastera yang diterjemah contohnya Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.
- Karya sastera saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat dan
Hikayat Nabi Yusuf.
1) Penaklukan.
Kerajaan Melaka telah menakluk Kampar dan Pahang. Sultan Melaka bertindak sedemikian demi
menjaga keselamatan dan kemakmuran Melaka.
Melalui penguasaan kerajaan di Timur Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan Melaka
Berjaya menguasai perairan Selat Melaka.
Melalui penaklukan juga, Melaka menerima pelbagai ufti serta dapat menyebarkan Islam di Kepulauan
Melayu.

2) Perkahwinan.
Putera dan Puteri Raja Melaka dikahwinkan dengan puter dan puteri kerajaan Melayu lain.
Contohnya, Sultan Mahmud mengahwini Puteri Sultan Kelantan.
Melalui perkahwinan dapat menguatkan lagi hubungan diplomatik dan pengaruh kerajaan Melaka.
3) Kebijaksanaan pemimpin.
Melaka diperintah oleh sultan-sultan dan pembesar yang berwibawa dan bijaksana seperti Sultan
Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Bendahara Tun Perak.
Sultan Muzaffar Shah Berjaya menyelesaikan pertingkahan orang Melayu dan India Muslim.
Sultan Mansor Shah pula berjaya menggagalkan Kampar, Inderagiri, dan Pahang dalam cubaan
melepaskan diri sebagai negeri takluk.
Bendahara Tun Perak yang taat setia pernah menggagalkan serangan Siam di Muar dan Batu Pahat.

4) Kerelaan negeri itu sendiri.
Disebabkan pengaruh dan kekuasaan Melaka, terdapat kerajaan yang dengan rela ingin bernaung di
bawah Melaka.
Contoh kerajaan tersebut adalah Jambi, Lingga, Beruas, Pattani dan Kedah.
Kepimpinan yang lemah.

Kematian Tun Perak menyebabkan pentadbiran Melaka goyah.
Selepas kematian Tun Perak, tiada pengganti yang dapat menandingi kebijaksanaan dan kewibawaan beliau
termasuklah Tun Mutahir sendiri selaku Bendahara baru yang dilantik.
Sultan Mahmud Syah melantik Tun Mutahir sebagai pengganti Tun Perak, namun Tun Mutahir mengamalkan
sikappilih kasih dalam pentadbirannya.
Sikap Tun Mutahir tidak disenangi sesetengah pihak termasuk di kalangan pembesar dan pemimpin rakyat sendiri.
Perasaan tidak puas hati terhadap sikap pilih kasih Tun Mutahir menimbulkan hasutan yang menyatakan Tun
Mutahir ingin mengatasi kekayaan Sultan.
Sultan murka dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas keluarga Tun Mutahir tanpa usul periksa.
Menyedari kesalahan baginda, Sultan Mahmud menyerahkan kuasanya kepada putera baginda Raja Ahmad. Raja
Ahmad adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak cekap dalam mentadbir Melaka.
Pengganti Tun Mutahir seterusnya pula adalah Tun Perpatih Putih. Bendahara Tun Perpatih Putih pula sudah
terlalu tua dan uzur dan tidak dapat menjalankan tugas sebagai Bendahara dengan lancar.
Ini menyebabkan pentadbiran di Melaka semakin merosot.
Masalah perpaduan di kalangan rakyat.

Perpecahan rakyat bermula sejak zaman pentadbiran Tun Mutahir sebagai Bendahara.
Ini disebabkan dasar pilih kasih yang diamalkannya.
Keadaan tersebut mewujudkan ketegangan di kalangan orang Melayu dan India Muslim.
Masalah perpecahan di kalangan rakyat turut menyumbang kepada fitnah dan rasuah yang
berleluasa.
Disebabkan pentadbiran yang tidak cekap, masyarakat menjadi huru-hara dan secara tidak
langsung menjejaskan ekonomi dan perdagangan di Melaka.
Kelemahan askar dan peralatan perang Melaka.

Disebabkan kekurangan askar di kalangan rakyat tempatan, kerajaan Melaka telah mengupah askar
upahan dari Jawa untuk berjaga di Melaka.
Namun, kesetiaan askar upahan tidak seperti askar tempahan. Malah, kebanyakkan daripada
mereka melarikan diri ketika perang tercetus antara Melaka dan Portugis.
Peralatan perang untuk askar Melaka tidak cukup moden berbanding Portugis yang menggunakan
senapang dan meriam.
Teknik perang, pengalaman dan kecekapan askar Portugis lebih tinggi berbanding askar Melaka
kerana mereka mendapat bantuan tunjuk ajar ketenteraan dari Goa, India. Askar Melaka yang
kurang terlibat dengan perang tidak berjaya mengalahkan askar Portugis.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan dapat dijelaskan bahawa Zaman Kesultanan
Melayu Melaka menjadi titik tolak yang penting dalam lipatan sejarah
di Malaysia. Titik tolak ini bermulanya era perkembangan pendidikan
kerana kemahsyuran Melaka sebagai sebuah institusi pendidikan awal
pada masa itu. Ini dapat dilihat melalui bukti-bukti yang telah
menjadi sumber rujukan pertama seperti Batu Bersurat, aktiviti
perdagangan (sukatan & timbangan), sistem mata wang dan
perkembangan agama Islam(tulisan jawi) dan lain-lain.


TERIMA KASIH
BY : RATNASARI.GAUK

Anda mungkin juga menyukai