Anda di halaman 1dari 40

Isu-isu Penyelewengan Dalam

Akidah
NAJWATUNNUR TOHAR
SURAYA HANI HAMDAN
AUFA ZAINI
AMALINA TAZIM
Isu-isu
Penyelewengan
Dalam Akidah
Khurafat
Ajaran
Sesat Di
Malaysia
Ideologi
Khurafat
Pengertian
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,
ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat,
ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan
yang menyimpang dari ajaran Islam.

Berdasarkan takrif di atas, khurafat
merangkumi cerita dan perbuatan yang direka
dan bersifat karut dan dusta.
PUNCA
TERJADINYA
AMALAN
KHURAFAT
Kejahilan
Kepentingan
peribadi
Niat yang
jahat
Pergaulan
Keadaan
sekeliling
Adat
kebiasaan
Kepercayaan
Karut
Pengaruh
politik
Contoh contoh kepercayaan khurafat
1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun
masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung
tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.
Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar
buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang.
Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah
memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya
dengan amalan-amalan buang sial.
2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di
suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya
ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.
Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental
mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang
memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu
dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana
segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.

3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang
mengamalkan jurus kebatinan.
Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang
bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri
adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya
mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi
mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang
tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus
kebatinan.
4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau
tidak difahami maksudnya.
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang
bukan bersumber dari al-Quran dan hadits kepada beberapa pandangan.
Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan
jampi jika bukan dari al-Quran mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain
mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur
yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan
kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam,
memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu
atau kayu dan sebagainya.

5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun
samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa
akan datang.
Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan
syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.
6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak
ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata
Tabik Tok Nenek ketika melalui sesuatu tempat atau
Minta simpang Malaikat 44 ketika mengharapkan
sesuatu yang tidak diingini.
7. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan
yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama
serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang
bukan suci.
Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan
seseorang bertumpu kepada tangkal dan merasakan dirinya
selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab
itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.

8. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh
menghindari dari gangguan makhluk halus.
9. Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-
bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Quran atau sesuatu
yang warid dalam agama.
10. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk
Tok Nenek dalam badan (menurun).
Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan
dan apatah lagi berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya,
seleranya dan kehidupannya amat berbeza sama sekali dengan
manusia.
11. Mengamalkan ilmu pengasih
Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati
seseorang samada dengan tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun
dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin memperdaya seseorang adalah
haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu sihir,
walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran yang ditokok
tambahkan dengan kalimah-kalimah tertentu.

12. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin
dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang
ke rumah.
Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan
kemenyan pada malam Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya
didatangi oleh para malaikat ataupun untuk menghindari rumahnya
dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keris-keris
atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya
amalan-amalan seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan
kepada ajaran agama Hindu dan jelas bercanggah dengan ajaran
Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada pelakunya.
13. Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada
para malaikat Air Malaikat.
Sesungguhnya Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah SWT
daripada Nur atau cahaya yang tidak pernah menderhakai Allah SWT
walaupun mereka tidak mempunyai nafsu, tidak makan, minum,
tidur, berkahwin, beranak ataupun melakukan sesuatu yang
disebabkan nafsu. Maka bagaimana mungkin air boleh disediakan
untuk minuman para malaikat? Ini adalah disebabkan kejahilan
tentang perkara agama.

14. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan
pukau.
Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain
yang bermusuhan dengan seseorang, memintas perniagaan
seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak milik seseorang bukan
dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak
diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.
15. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau
lainnya.
Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada
manusia adalah haram. Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin,
ayat 4 :-
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang
sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).
16. Pemakaian raksa atau apa-apa logam untuk menguatkan
tubuh badan atau untuk kuatkan rangsangan seks.
Pemakaian raksa boleh mengkategorikan sebagai merubah ciptaan
Allah SWT dan amaln sihir, kerana pemakaian raksa akan
menyebabkan seseorang itu menjadi kuat, kebal, tidak penat bekerja
berat. Jampi serapah serta amalan tertentu diperlukan untuk
memasukkannya seperti pemakaian susuk.

17. Menggunakan objek untuk menakuti jin.
Menggunakan sesuatu objek dengan alasan golongan jin akan
takut kepada benda tersebut ataupun bermain dengannya,
seperti menabur beras kunyit di dalam rumah, menabur kacang
hijau atau lada hitam, menyembur air garam ataupun cuka di
rumah, meletakkan sesuatu benda yang berduri di dalam
rumah.
18. Kepercayaan kepada kebolehan benda memberi mudharat dan
manfaat.
Mempercayai sesuatu objek boleh memberi mudharat dan
manfaat seperti batu zamrud, kayu koka, kemuning hitam, raja
kayu, teras kilo dan buluh tumpat.
19. Kepercayaan kepada tuah keranda.
Lari dibawah keranda seseorang yang kita terlalu kasih supaya
tidak teringat kepadanya.


Sebahagian dari fahaman khurafat yang masih lagi
menyelubungi umat Islam dalam masyarakat kita ialah
fahaman-fahaman seperti :-
Jangan makan nasi di dalam periuk atau belanga nanti jadi
fakir.
Jangan main batu baling (batu tujuh) dalam rumah nanti
sempit rezeki.
Jangan sapu rumah atau buang sampah pada waktu
malam nanti sempit rezeki.
Rebus batu atau panah matahari dengan cili kering atau
sambung baju pengantin sampai ke atas bumbung yang
kesemuanya itu supaya tidak turun hujan.

20. Menzalimi binatang seperti amalan memindahkan penyakit
kepada binatang atau menyihir seseorang dengan menggunakan
katak atau binatang lain.
Tindakan menzalimi binatang dengan alasan untuk
menyelamatkan manusia tidak dapat diterima akal dan syarak,
bahkan termasuk dalam amalan sihir yang dilaknati Allah SWT.
21. Kepercayaan kepada kebolehan seseorang mendatangkan
mudharat atau manfaat.
Mempercayai seseorang wali, keramat atau seseorang seperti
bomoh dan dukun boleh mendatangkan kemudharatan
ataupun manfaat.
22. Kepercayaan kepada kejadian alam sebagai isyarat masa depan.
Mempercayai sesuatu perkara atau bunyi yang berlaku ada
kaitan dengan apa-apa perkara atau kaitan dengan orang
tertentu, seperti bunyi cicak atau burung, kucing atau biawak
melintas dalam perjalanan akan membawa malapetaka.

23. Membaca ayat al-Quran secara songsang ataupun dihentikan pada tempat
yang salah dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan
syarak.
Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya
dengan tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh
orang lain. Amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan
firman Allah SWT, yang mencela sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah
ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab terdahulu sehingga mereka menjadi
sesat.
Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti)
Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan
berkata (kepada Nabi Muhammad): Kami dengar, (sedang mereka berkata
Dalam hati): Kami tidak akan menurut. (Surah an-Nisa, ayat 46)
24. Kepercayaan kepada kebolehan wafaq.
Mempercayai wafaq atau huruf Hijaiyah yang tertentu, yang tertulis sama ada
secara rajah ataupun tidak dan juga yang tidak dapat difahami maksudnya,
dapat mendatangkan sesuatu manfaat ataupun mudharat. Ini adalah
sebahagian dari amalan sihir yang menyesatkan. Apatah lagi jika dikaitkan
dengan sesuatu fahaman dan iktikad umpamanya boleh melariskan
perniagaan, mendekatkan jodoh dan menghindarkan penyakit.

25. Pengubatan yang bercanggah dengan Islam.
Berubat dengan kaedah yang salah dan haram disisi agama
seperti menyembelih ayam jantan/hitam, makan bara api, menilik
di dalam air atau asap, menitik lilin di dalam air untuk mengetahui
sesuatu, mandi air najis, membuka, melihat dan menyentuh aurat
pesakit tanpa hajat, berdua-duaan dengan pesakit.
26. Pengubatan dengan bahan harum.
Berubat dengan menggunakan bahan-bahan yang haram.
Misalnya najis, darah, nanah, air longkang, kain lampin,
tuala/modes wanita yang mengandungi kesan darah, sesuatu dari
cebisan tubuh badan manusia, seperti rambut, kuku, gigi dan
tulang manusia.
27. Upacara memanggil roh.
Mengadakan upacara Tahdhirul Arwah, kononnya untuk
memanggil roh-roh tertentu masuk kedalam badan seseorang,
seperti : memanggil roh Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan
sebagainya.

28. Pengubatan tanpa sumber agama.
Berubat dengan kaedah yang tidak ada asal usul dalam ugama seperti
ilmu cungkil urat dengan digaris-garis di hadapan jari kaki dan tangan
yang diurut di atas sebuah papan dengan menggunakan pisau tumpul,
menggunakan pahat atau penukul. Kononnya sebagai isyarat untuk
memulihkan sendi atau uray yang sakit. Juga memaku paku di tiang
rumah untuk menghilangkan sakit gigi, menggunakan keris, pisau, pedang
dan gambar.
29. Pengubatan oleh bomoh bukan Muslim.
Berubat dengan bomoh bukan Islam, seperti : sami Hindu, sami Buddha,
paderi Kristian dan tok batin Orang Asli yang menggunakan kaedah
kepercayaan terhadap agamanya ataupun jampi serapah agamanya.
30. Mendakwa diri sebagai seorang kasysyaf.
Mendakwa diri sebagai seorang wali yang kasysyaf dan boleh melihat jin
dan sebarang makhluk halus dan boleh menyembuhkan sebarang
penyakit.
31. Mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik.
Seperti mesti memberi benda tajam, atau bayaran yang berjumlah suku
seperti dua ringgit suku dan membawa pulut kuning dan telur berwarna.
Ajaran Sesat Di Malaysia
Ajaran Sesat ialah sesuatu ajaran, fahaman atau
amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi
bukan dari ajaran Islam dan bertentangan dengan
ajaran Islam.
Dipercayai sejak abad ke-15 M lagi ajaran sesat telah
wujud di Tanah Melayu.
Ajaran sesat yang tertua yang dikenal pasti di Tanah
Melayu ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji
Muhammad Matahari pada pertengahan abad ke-19
M di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang
yang wujud dalam gerakan yang tersusun.
Selain Taslim, ajaran Subud yang lahir di Kelantan
sekitar tahun 1950 hingga awal tahun 1960-an
dianggap antara ajaran sesat terawal yang berjaya
dikesan.
Sebelum penubuhan Majlis atau Jabatan Agama
Islam di setiap negeri antara awal tahun 1900
hingga selepas merdeka (1957), tidak ada pihak
yang mengambil inisatif untuk mengkaji
perkembangan ajaran sesat kecuali guru pondok
atau agama.
kemunculan ajaran sesat (jika ada) tidak dipantau
dan dikawal oleh pihak kuasa. Walau
bagaimanapun, ajaran Taslim adalah ajaran sesat
terawal dikesan dan bergerak aktif sejak awal
tahun 1930-an yang berpusat di Pulau Pinang.
Justeru, sejak 1975 sehingga 2004 terdapat 66
ajaran sesat yang telah difatwa dan diwartakan
sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis
Fatwa Negeri-negeri.
FAKTOR PERKEMBANGAN AJARAN
SESAT DI MALAYSIA
1. Jahil Ilmu Agama
2. Aqidah Yang Rapuh
3. Lemah Spiritual
4. Mudah Terpengaruh
5. Teruja Dengan Ilmu Kerohanian
6. Mengambil Jalan Mudah
7. Penguatkuasaan Yang Lemah
8. Tidak Prihatin
9. Pengaruh Luar

TAKTIK
PENYEBARAN
Cara Lama
Usaha mentafsirkan semula al-
Quran dan Islam dengan
berlebihan sehingga
menghilangkan kewujudan
ajaran serta nilai yang sebenar
Pujian dan pujukan
Imej akhlak dan peribadi tuan
guru yang terpuji
Penggunaan gaya bahasa
retorik
Cara Baru
Alat telekomunikasi dan
maklumat terkini termasuklah
internet, telefon mudah alih dan
media massa lain.
BAHAYA TERHADAP AGAMA
Merosakkan
Aqidah
Seseorang
Gejala
Pencemaran
Aqidah Dan
Murtad
Berleluasa
Masa
Terbuang
Dengan
Aktiviti Tidak
Berfaedah
Mengganggu
Agenda
Pembangunan
Islam
BAHAYA TERHADAP NEGARA
Minda
Tertutup Dan
Dikongkong
Kehidupan
Tidak Stabil
Tanggungjawab
Terabai
Runtuhnya
Institusi
Kekeluargaan
Mengancam
Keselamatan
Negara
Menggugat
Kestabilan
Politik Dan
Ekonomi
Negara
LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN
AJARAN SESAT
1. Menuntut ilmu melalui guru yang muktabar.
2. Menggunapakai kitab yang diiktiraf para ulama.
3. Ikhlas dan tawaddu dalam menuntut ilmu.
4. Mempelajari ilmu bermanfaat dan peka dengan
perkembangan semasa.
5. Mempunyai kekuatan fizikal, mental, emosional
dan spiritual.
6. Pendidikan dan dakwah berterusan.
7. Jauhkan perasaan ingin mencuba.
8. Memperkasakan undang-undang.
IDEOLOGI
DEMOKRASI
lahir daripada sistem yang diguna pakai oleh
golongan sosialis dan golongan kapitalis.
Dasar demokrasi adalah lebih kepada sistem
pemerintahan sesebuah negara. Sistem ini
mengasingkan penguasaan sultan / raja ke atas
pentadbiran dan pengurusan negara.
Demokrasi memperkenalkan Lembaga Perwakilan
Rakyat (Parlimen) mencakupi legislatif
(perundangan), fungsi pengawasan ke atas
pentabdiran negeri di bawahnya dan fungsi
pentadbiran yang bertanggung-jawab dalam
melaksanakan sistem, struktur dan organisasi
pentadbiran.

KAPITALISME
amat mementingkan keuntungan dan menafikan
hak orang lain
khususnya dalam aspek perniagaan. Contoh, amalan
riba / interest
berkonsepkan keuntungan dan penindasan
terhadap golongan miskin secara tidak langsung. Di
samping itu memberi keuntungan kepada orang
kaya raya. Pada dasarnya persaingan dalam
perniagaan adalah diharuskan.
Namun, konsep kapitalisme membawa jurang yang
amat jauh dalam struktur masyarakat. Amalan riba
dan sistem monopoli menjadi asas kapitalisme yang
dilihat berat sebelah.

KOMUNISME
dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada
semua manusia. tetapi sebenarnya sama dari sudut
penyembahan kepada kehendak manusia; cuma dengan
cara yang berbeza, iaitu dengan menyamakan kehendak
agar semua kehendak dipenuhi.
Contoh, penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah
dadah untuk dirinya sendiri. Melebihi had itu baru dikira
salah. Anda boleh menagih dadah di mana-mana sahaja
kerana itu kehendak mereka yang perlu dipenuhi.
Kerajaan hanyalah mampu menyediakan tong sampah
khas untuk picagari dadah agar tidak mengganggu orang
lain yang tidak terlibat dengan dadah.

SEKULARISME, SOSIALISME,
PLURALISASI
Kehendak manusia mengatasi segala kebaikan dan maslahah.
Seks bebas dianggap sebagai keinginan hawa nafsu manusia
yang perlu dipenuhi.
globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa
batasan agama dan berakhlak mulia. Merupakan pencabulan
terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang dirancang oleh orentalis
Barat.
jika dilihat ancaman ideologi ini di Malaysia, didapati
globalisasi berjaya melahirkan bangsa Melayu yang tiada
identiti kemelayuan dan ketimurannya. Akibatnya mereka
hilang jati diri sebagai anak Melayu serta kurang berpegang
teguh kepada agama. Globalisasi juga menjadikan sesuatu
bangsa itu seringkali tunduk kepada agenda dan kehendak
orang lain.
HEGEMONI
Konsep yang terkandung dalam globalisasi
iaitu hegemoni atau kekuasaan. Hegemoni
bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera
tetapi juga merangkumi kekuatan ekonomi,
idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain.
Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada
kekuatan tentera, malah menguasai aspek
nilai, budaya termasuk jugalah agama.
KESAN IDEOLOGI PADA PEMIKIRAN
MASYARAKAT MUSLIM
Kesannya ia dapat menjauhkan mereka yang
kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak
Islam dengan mudah.
Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan
wahabi dan sebagainya berjaya memecah
belahkan umat Islam.
Mereka saling mempertahankan ideologi masing-
masing dengan pelbagai alasan dan hujah
Kesan buruk ini terkena pada 3 kumpulan utama iaitu
Pertama, mereka yang mengkaji dan mengamalkan Islam.
Kedua, mereka yang tidak faham langsung dan jahil
tentang Islam
ketiga, mereka yang jahil murakkab (tidak sedar dirinya
jahil) tetapi mahu bercakap mengenai Islam.
Golongan kedua dan ketiga, kesan pemikiran dan ideologi
amat merbahaya untuk masyarakat Islam. Mereka
seringkali dilihat sebagai golongan perosak agama serta
memecah belahkan umat Islam kerana jahil murakkab yang
menebal.
Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan
urusan keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan.
Urusan pentadbiran dipisahkan dalam Islam. Sepatutnya,
Islam itu satu cara hidup yang lengkap dalam seluruh aspek
kehidupan manusia.


Kesan Ideologi Sekularisme - Memisahkan Islam dan
politik. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah
agama yang bersih dan politik adalah kotor. Kerana
itu, Islam dan politik tidak boleh dicampurkan
kedua-duanya sekali dalam satu masa.
Dari pandangan Islam, Islam membentuk politik
menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap,
amanah,toleransi, telus dan bertanggungjawab
terhadap kepimpinannya.
Islam menentang kekotoran, penindasan dan
sebarang bentuk penipuan. Sekularisme juga
menghalang perlaksanaan hukum-hukum
perundangan Islam atau Syariah.

Kesan ideologi yang lain dihuraikan seperti
berikut:
Kesan Ideologi Komunisme - Fahaman
komunisme bercanggah dengan akidah Islam
yang boleh membawa umat Islam ke arah
kemunduran.
Mereka mengingkari kewujudan Allah, perkara
ghaib serta hari kiamat. Ideologi komunis ini
bersifat tidak berperikemanusiaan.
Pemimpin ideologi ini memeras keringat rakyat
dan merampas harta milik mereka. Pemimpin
masyarakat membuat peraturan dan rakyat
dikehendaki mengikut tanpa pertikaian. Rakyat
bekerja untuk kepentingan negara sahaja.

Kesan Ideologi Sosialisme - Menjadikan
kebendaan sebagai matlamat utama dalam hidup
serta menjauhkan agama Islam daripada terlibat
secara aktif.
Tidak wujud persoalan halal dan haram, yang
wujud hanyalah untung dan rugi. Merampas hak-
hak orang perseorangan dan mempertikaikan
kebebasan mereka, malah seringkali berlaku
penipuan dan salahguna kuasa dalam urusan
mengendalikan hak milik umum.

Menghapuskan semangat tolong menolong dan
bekerjasama dalam masyarakat. Dalam konteks
akidah, mereka menerapkan bahawa
mempercayai semua alam semesta, manusia dan
kehidupan merupakan material yang sifatnya
berkembang melalui evolusi masing-masing.
Contoh, adanya hubungan jenis antara lelaki dan
wanita melahirkan anak. Golongan ini menafikan
ciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makluk.
Keperluan agama hanyalah bersifat
hiasan/tampalan hidup semata-mata, bukan
sebagai suatu cara hidup.

Kesan Ideologi dari aspek demokrasi - Rakyat
berhak menentukan corak politik dan
pemerintahan negara.
Rakyat juga berhak menurunkan kembali
kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan
kepimpinan baru termasuk mengubah peraturan
yang sesuai dengan kehendak rakyat.

Rakyat bebas memilih agama masing-masing,
bebas memiliki hak kepunyaan harta, bebas
dalam tingkah laku dan bebas bersuara.
Ideologi ini dilihat seringkali mencampur aduk
antara ideologi kapitalis dan ideologi sosialisme
sebagai usaha untuk menutup beberapa
kelemahan yang ada pada sistem itu.
Contoh, mewujudkan sistem keadilan sosial atau
sistem kesejahteraan negara agar tidak
menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat.

TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM - Dalam
konteks akidah Islam, penganutnya hendaklah
mengesakan Allah, mengagungkan Allah sebagai
pencipta alam ini, menyembah Allah yang
menguasai langit dan bumi, memuji Allah yang
menguasai serta mengetahui alam ghaib dan
alam nyata, pentadbir semesta alam dan
pengatur bagi sesuatu yang dicipta-Nya.