Anda di halaman 1dari 43

SISTEM PEMBUMIAN

Pengenalan
Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara
logam dan bumi. Pembumian juga dijadikan sebagai punca
rujukan yang keupayaannya dianggap sifar, jadi sebarang
benda yang disambungkan kepadanya akan mempunyai
keupayaan sifar juga. Inilah tujuan asas pembumian sesuatu
alat atau benda iaitu sebagai laluan balik arus atau untuk
keselamatan.

Disamping itu pembumian bertujuan untuk memberi
keselamatan kepada pengguna dari bahaya renjatan
elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi yang
berlaku pada litar itu mengalir ke bahagian-bahagian logam
yang boleh membawa arus dan menyebabkan percikan
bunga api.

Definasi
Sebutan pembumian dalam sistem bekalan
tenaga elektrik didefinasikan sebagai
sambungan pengaliran sesuatu litar atau bingkai
alatan/radas elektrik ke jisim am bumi.
Sambungan ini dilakukan untuk mewujud dan
kekalkan potensi bumi pada litar atau bingkai
alatan/radas elektrik yang disambungkan.
Sambungan ini mesti dilakukan dengan cara
yang tertentu supaya rintangan antara litar atau
bingkai alatan/radas elektrik berada pada nilai
had tertentu.

Definasi
Mengikut Aturan Keselamatan Elektrik TNBD
seksyen 2 definasi untuk pembumian ialah
seperti berikut :

(2.13 Dibumikan) - bermaksud telah
disambung ke bumi dengan cara yang sentiasa
membolehkan pembuangan cas tenaga elektrik
serta merta tanpa bahaya, apabila dipasang
pada radas, perkakas dan pengalir. Semua fasa
dilitar pintaskan dan disambung ke bumi dengan
berkesan.

Peraturan
Mengikut Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1994,
Akta 447 (Peraturan No. 34)

Pembumian Pepasangan

(1) Mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti cantuman,
peti tirai. ds'b. suis, peti fius, bingkai gear suis yang
berlogam dan rangka dan tapak logam mana-mana
janakuasa, penukar, rektifier dan motor, peti dan teras
berlogam bagi mana-mana pengubah, dan bingkai dan
penutup logam bagi mana-mana peti sejuk, dapur
memasak dan kelengkapan elektrik lain termasuklah apa-
apa perkakas domestik, kecuali yang digolongkan sebagai
binaan kelas II, hendaklah dibumikan dengan berkesan.

Pembumian
Pembumian secara am merangkumkan dua
bahagian iaitu :

i. Pembumian Sistem
ii. Pembumian Peralatan
i. Pembumian Sistem
Pembumian sistem dilakukan untuk sebab
sebab berikut :
Mengasingkan sistem apabila berlaku
kerosakan
Menghadkan perbezaan potensi diantara
pengalir yang tidak bertebat di sesuatu
kawasan
Menghadkan berlakunya voltan berlebihan
(over voltage) dalam keadaan berbeza
ii. Pembumian Peralatan
Pembumian peralatan dilakukan untuk satu
sebab tertentu iaitu perlindungan kepada
manusia.
Apabila peralatan dibumikan, ia memberikan
satu laluan yang kurang rintangan ke bumi.
Kuasa elektrik akan mengalir ke bumi dan
arus tidak mengalir ke badan jika tersentuh
peralatan tersebut, kerana rintangan badan
lebih tinggi daripada rintangan pengalir bumi.

Kelebihan Sistem Pembumian

Keseluruhan sistem adalah terikat dengan
daya jisim umum bumi.

Semua logam yang telah dimasukkan, satu
laluan yang disediakan bagi arus bocor ke
bumi dan memutus litar.

Kelemahan Sistem Pembumian

Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu
sistem pembumian yang lengkap adalah mahal.

Bagi sistem TT di mana punca bumi tidak
disediakan oleh pembekal, sekiranya salah satu
pengalir bumi sambungan putus atau tercabut
maka tidak ada lagi laluan arus bocor ke jisim
bumi; ini membahayakan pengguna.

Jenis-jenis Sistem Pembumian
Jenis-jenis sistem pembumian ada kaitan
dengan punca bekalan pengguna yang
dibekalkan oleh pihak berkuasa pembekal.
Diantaranya yang diluluskan oleh IEC ialah :
i. Sistem TT
ii. Sistem TN-S
iii. Sistem TN-C
iv. Sistem TN-C-S
v. Sistem IT
Takrif Huruf Pertama
Huruf pertama menunjukkan susunan
pembumian di punca bekalan pengguna
(pihak berkuasa bekalan).

T Satu atau lebih punca bekalan dibumikan.
Ini disusun oleh pihak berkuasa pembekal.

I Tiada punca bekalan pengguna dibumikan
Takrif Huruf Kedua
Huruf kedua menunjukkan susunan
pembumian di pemasangan penggguna.

T Semua pengalir logam yang terdedah
disambung terus ke jisim bumi.

N Semua pengalir logam yang terdedah
disambung terus ke pengalir bumi iaitu
punca bekalan pengguna.
Takrif Huruf Ketiga & Keempat
Huruf ketiga & keempat menunjukkan
susunan pengalir bumi punca bekalan.

S Pengasingan pengalir neutral dan bumi.

C Pengalir neutral dan bumi dicantum
dalam satu pengalir.
Sistem TN-C
Pengalir neutral & bumi dicantumkan dalam
satu pengalir bagi keseluruhan sistem.
Punca bumi Pemasangan
pengguna
Alat
perkakas
Bahagian pengalir terdedah
Punca bumi
tambahan
L1
L2
L3
N
Sistem TN-C
Pengalir neutral dan bumi disatukan dalam sebuah
kabel dikedudukan dua bahagian iaitu:
i. Bahagian pembekal
ii. Bahagian pengguna

Di kenali sebagai Earth Concentric System di mana
ianya boleh digunakan pada keadaan tertentu sahaja.

Contoh:
Penggunaan Sistem TNC Pembumian dalam kapal laut
dimana Earthing dibuat pada kipas kapal, motor kipas,
pada Carbon brush & slip ring.

Sistem TN-C
Di gunakan keseluruhan untuk pemasangan kabel
bawah tanah. Pembekal akan menyambung
pengalir bumi dari Sub-station ke terminal bumi
pengguna dan pembumian seterusnya adalah
melalui pengalir perlindungan ke bingkai logam
yang perlu di bumikan.

Sekiranya berlaku kerosakan, arus yang bocor
akan balik melalui pengalir bumi pembekal ke
eletrod bumi sub stesen membentuk satu litar
lengkap menyebabkan alat pelindungan akan
berfungsi.

Sistem TN-C-S
Pengalir neutral & bumi dicantumkan dalam
satu pengalir bagi sebahagian sistem.
Cantuman
Neutral dan
pp
Punca bumi
Pemasangan
pengguna
Alat
perkakas
Bahagian pengalir terdedah
L1
L2
L3
N
Sistem TN-C-S
Adalah kombinasi antara sistem TN-C di
bahagian punca bekalan dan sistem TN-S di
bahagian pengguna.

Di bahagian punca bekalan pengalir neutral dan
bumi di satukan.

Pada peralatan pengguna pengalir bumi dan
neutral di cantumkan.

Sistem TT
Satu atau lebih punca bekalan disambung ke bumi.
Bahagian pengalir terdedah disambung ke bumi
pengguna.
Punca bumi
Pemasangan
pengguna
Alat
perkakas
Bahagian pengalir terdedah
L1
L2
L3
N
Sistem TT
Adalah satu sistem yang dipraktikan di negara
kita, pengalir fasa dan neutral diambil dari pihak
pembekal (TNB).

Sistem pembumian pengguna dibuat secara
berasingan melalui pengalir bumi ke elektrod
bumi pengguna yang ditanam ke dalam tanah.

Oleh kerana nilai rintangan bumi kadangkala
tinggi pemasangan alat litar bocor ke bumi
(RCCB) mestilah diadakan di dalam
pemasangan.

Sistem IT
Sambungan terus diantara bahagian hidup
dengan bumi.
Pemasangan
pengguna
Alat
perkakas
Bahagian pengalir terdedah
L1
L2
L3
N
Galangan pembumian
Sistem IT
Mempunyai persamaan dengan sistem TT yang kita
gunakan.

Bagi punca bekalan pembekal disambung ke bumi
menerusi rintangan atau diasingkan terus dari bumi.

Rintangan dipasang untuk mengelakan arus rosak
masuk kepada sistem, sebab ianya sistem voltan
tinggi.

Tidak boleh dipasang untuk kegunaan awam. Ia hanya
dipasang pada transformer voltan tinggi di antara
stesen Janakuasa dan Pencawang masuk utama.

Sistem-sistem Pembumian
ELEKTROD
PENGGUNA
Rintangan
Underground Cable
(XLPE-Armoured)
TNS
TNC-S
IT
11kV
415V

PMU
SSB
PENGGUNA
SAVR (Sesalur Atas Voltan Rendah)
Sub Station
MSB
TNB
TT
Cara mengelak kebocoran ke bumi
Bertebat sepenuhnya

Bertebat dua lapis

Membumikan semua logam yang terdedah

Mengasingkan logam agar tidak bersentuh
dengan bahagian alat yang membawa arus

Perkara yang perlu dibumikan
Semua struktur logam dalam sistem
pendawaian (yang bukan membawa arus)
seperti salutan logam, perisai pembuluh,
salur, sesalur, dawai katenari dan sebagainya.

Struktur logam yang terdedah bagi semua
radas termasuk yang bukan berkaitan dengan
elektrik seperti paip air, rangka rumah dan
sebagainya.

Satu punca belitan sekunder bagi pengubah.


Perkara yang tidak perlu dibumikan
Klip logam untuk memasang kabel

Penutup logam lampu

Rantai logam untuk gantungan lampu atau
peralatan

Peralatan lampu antik yang dibuat daripada logam

Logam kecil seperti skru, plat nama dll

Istilah-istilah Pembumian
0. Dawai pengikat sama upayaan tambahan :
Sambungan bersama secara elektrik diantara logam
yang terlibat dengan pemasangan elektrik.

1. Bumi :
Sambungan yang berkesan ke bumi

2. Elekrod bumi :
Batang (rod) logam, plat logam dan sistem paip
logam dalam tanah atau sebarang benda berpengalir
bagi memperoleh sambungan bumi yang berkesan.

Istilah-istilah Pembumian
3. Pengalir keselanjaran bumi :
Pengalir termasuk sebarang pengapit yang disambung ke punca
bumi pengguna. Ia termasuklah konduit, sesalur, salutan logam
kabel, pengalir kabel keselanjaran bumi dan kord boleh lentur
sebagai pengalir keselanjaran bumi.

4. Dawai pembumi :
Pengalir akhir di antara punca bumi pengguna dengan elektrod
bumi atau yang serupa dengannya.

5. Dawai pengikat :
Sambungan sekali secara elektrik untuk membawa arus dan
memberi keupayaan yang sama di antara alat-alat logam yang tidak
terlibat dengan pemasangan elektrik.






Istilah-istilah Pembumian
6. Rintangan bumi :
Rintangan bumi tempat elektrod bumi pengguna
ditanamkan.

7. Galangan bagi litar rosak ke bumi :
Jumlah rintangan litar yang dilalui oleh arus
semasa berlaku litar bocor ke bumi bermula daripada
punca hidup bekalan hingga ke elektrod bumi.

8. Kawasan rintangan bumi :
Jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang
berada di dalam kawalannya (minimum 6 meter).


Istilah-istilah Pembumian
9. Rintangan gelung bumi :
Rintangan litar yang dilalui oleh arus bocor ke bumi
bermula daripada punca akhir pengalir keselanjaran bumi
hingga ke elektrod bumi.

10.Punca bumi pengguna :
Punca-punca tempat penyambungan semua pengalir
keselanjaran bumi sebelum disambungkan ke elektrod bumi.
Ia berada sama ada dalam kotak fius atau berhampiran
dengan kotak fius.

11.Kawasan rintangan bumi bertindih :
Kawasan penanaman elektrod kedua yang berada dalam
lengkaran 6 meter dari elektrod utama.



Pengalir Perlindungan
Pengalir perlindungan adalah suatu pengalir
yang menghubungkan semua bahagian logam
dalam pemasangan ke punca bumi pengguna @
terminal utama pembumian. Ini termasuklah
dawai pembumi & dawai pengikat.

Menggunakan Jadual 54F untuk menentukan
saiz luas keratan rentas pengalir perlindungan
litar dalam pemasangan pengguna.
Jadual 54F
Luas keratan rentas
pengalir fasa
(S)
Luas keratan rentas
minimum pengalir
perlindungan litar
(SP)
mm
2
S 16
16 < S 35
S > 35
mm
2
S
16
S/2
Pengalir Perlindungan
S = I
2
t
k
S = luas keratan rentas (mm
2)


I = arus kendalian (amp)

t = masa kendalian alat pelindungan (saat)


k = satu faktor bergantung kepada beberapa
tingginya suhu kabel yang dibenarkan
selamat (Jadual 54B,54C,dan 54D)


Pengalir Perlindungan
Bahagian logam sistem pendawaian seperti
konduit, sesalur dan salur boleh dijadikan
pengalir perlindungan sekiranya mematuhi
Peraturan IEC :

a) Jika saiz pengalir kurang dari 6 mm
2
, ia mestilah
bertebat dan sambungan mestilah kukuh.
b) Pengalir pelindung tidak bertebat dilindungi dari
tindakbalas kimia.
c) Setiap sambungan mematuhi kekuatan
mekanikal dan elektrikal.

Pengalir Perlindungan
Konduit boleh lentur tidak boleh digunakan
sebagai pengalir perlindungan.

Rintangan pengalir perlindungan adalah seperti
berikut:

a) Bagi pengalir jenis kuprum atau aluminium tidak
lebih 1.
b) Bagi konduit, sesalur atau salur tidak melebihi 0.5.

Pengalir Perlindungan
Sebab rintangan pengalir perlindungan tinggi :

(i) Punca earth lug berkarat;

(ii) Sambungan longgar;

(iii) Lapisan cat

(iv) Sambungungan bumi pada soket longgar

(v) Sambungan antara konduit dan kotak terminal
longgar.


Pengalir Bumi
Pengalir bumi mestilah dipastikan tidak putus.

Pengalir aluminium atau aluminium pelapik
kuprum tidak boleh digunakan.

Punca sambungan disertakan tag amaran.

Penentuan saiz merujuk Jad. 54 A.



Jadual 54A
Di lindungi dari
kerosakan mekanikal
Tidak dilindungi dari
kerosakan mekanikal
Lindungi dari karat
Sama dengan
pengalir fasa
16 mm
2
kuprum
16 mm
2
salutan
keluli
Tidak dilindungi dari
karat
25 mm
2
kuprum
50 mm
2
keluli

25 mm
2
kuprum
50 mm
2
keluli

Pengalir Ikatan
Ialah pengalir yang menghubungkan terminal
punca bumi alat-alat elektrik kepada bahagian-
bahagian logam seperti paip air, paip gas dsbnya.

Dua jenis pengalir ikatan utama dan tambahan.

Pengalir aluminium atau aluminium pelapik
kuprum tidak boleh digunakan sebagai ikatan ke
paip air.





Pengalir ikatan
Saiz tidak kurang daripada separuh pengalir
bumi. Saiz minimum ialah 6 mm
2
.

Pengalir ikatan utama ke paip air mestilah dibuat
seberapa dekat dengan punca bumi pengguna.

Pengalir ikatan tambahan saiz 2.5 mm
2
dengan
perlindungan mekanikal atau 4 mm
2
tanpa
perlindungan mekanikal.

Punca bumi pengguna
Ialah tempat dimana semua punca pengalir perlindungan
disambungkan. Biasanya terdapat di dalam papan agihan.

Dalam setiap pemasangan punca bumi pengguna atau bar
mestilah mampu menyambung pengalir-pengalir berikut :

a. Pengalir perlindungan litar
b. Pengalir ikatan utama

Sambungan yang dibuat di punca bumi pengguna
hendaklah kemas, kuat & sentiasa mempunyai keterusan.

Anda mungkin juga menyukai