Anda di halaman 1dari 62

QAWAID FIQHIYYAH

Dibentangkan oleh:

Muhammad Hazman Bin Shafii
Muhammad Abdillah Bin Mat Ali
Muhammad Syahir Bin Rosmi
Khairul Naim Bin Jaafar
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat
Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan
Oleh Keraguan
Kesusahan Membawa Kemudahan
Kemudaratan hendaklah dihapuskan
Adat dijadikan hukum




Pengenalan
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi
pembatalan hukum kerana penurunan wahyu telah
berakhir.
Namun, ruang ijtihad masih terbuka di atas dasar
prinsip-prinsip fiqh Islam yang fleksibel.
Para ulama juga sependapat tidak dapat dinafikan
bahawa terdapat perubahan hukum berdasarkan
perubahan masa.

Sambungan..
Perkataan qawaid dari segi bahasa bermaksud
asas rumah dan selainnya.
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan
(membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail
(seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah
daripada kami (amalan kami), Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha
Mengetahui". [al-Baqarah ayat 127]

Definisi
Dari segi bahasa juga bermaksud seorang perempuan
yang duduk, pemalas, undang-undang atau ibu negeri.
Dari segi istilah syarak, ia bermaksud hukum yang
dipraktikkan ke atas keseluruhan masalah juziyyat.
Kaedah fiqhiyyah pula merupakan satu prinsip umum
dalam fiqh.
Merangkumi hukum-hukum syarak yang umum selaras
dengan masalah-masalah yang telah berlaku dan
permasalahan yang baru muncul, yang termasuk di
bawah tajuk prinsip-prinsip berkenaan.

Faktor terbentuknya Qawaid
Fiqhiyah
Fahamilah benar-benar masalah yang engkau hadapi
yang mana hukum-hukumnya engkau tidak temui di
dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Ketahuilah persamaan dan sebanding serta menujulah
ke arah yang lebih disukai oleh Allah SWT dan lebih
hampir kepada yang benar. [surat khalifah Umar al-
Khattab kepada Abu Musa al-Asyari]
Peranan para ulama dan mujtahid.
Terdapat kaedah-kaedah umum yang berasaskan adat
kebiasaan yang muncul dalam perkembangan hidup
manusia.

Faedah mempelajari ilmu
Qawaid Fiqhiyyah
Merupakan ilmu yang sangat penting kepada para
mujtahid dalam berijtihad dan menetapkan sesuatu
hukum fiqh.
Membantu untuk mengetahui hukum-hukum yang
terperinci serta menjelaskan berkaitan dengan fiqh
Islam.
Ilmu ini sebagai jalan untuk memahami hakikat fiqh,
punca pengambilan dan rahsia-rahsianya.
Sambungan
Menjadikan seseorang itu lebih faham akan penghayatan fiqh
dan mampu untuk menghubung dan mengeluarkan hukum-
hukum dan mengetahui hukum daripada masalah-masalah
yang tidak termaktub serta hukum masalah yang sentiasa
wujud sepanjang masa.
Melalui ilmu ini, seseorang itu tidak perlu menghafal masalah
juziyyat yang terlalu banyak jumlahnya, kerana masalah
juziyyat tersebut sudah termasuk dalam kaedah-kaedah
kulliyah.
Pecahan dan cabang-cabang masalah fiqh dapat dikuasai
dan diketahui melalui kaedah fiqhiyyah ini.

KAEDAH KULLIYYAH DAN
QAWAID FIQHIYYAH
1) Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan
Niat. ( )
Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap
perkara itu menurut tujuannya atau setiap
perkara diambil kira berdasarkan niatnya.
Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan
oleh mukallaf ditentukan oleh niatnya. Asal
kaedah ini diambil daripada sabda Nabi,
antaranya :

A) Hadis daripada Saidina Umar yang diriwayatan
oleh Muslim:

,

.

Terjemahan: sesungguhnya setiap pekerjaan itu
diambil kira berdasaran niat, dan sesungguhnya bagi
setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang
berhijrah kerana Allah dan rasuln-Nya maka
hijrahnya itu kerana Allah dan rasul-Nya. Sesiapa
yang berhijrah kerana dunia yang ingin
diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana
wanita yang ingin dikahwaninya . Maka hijrahnya itu
berdasarkan apa yang ia hijrahkannya.

B) Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-
Baihaqi:

Terjemahan : tidak dikira amalan sesiapa yang tidak
berniat.


c) Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan
oleh Ibn Majah:

Terjemahan : manusia akan dibangkitkan berdasarkan
niatnya.


Oleh itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal
sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau dosa. Untuk
itu, amalan yang tidak disertai niat tidak mendatang apa-
apa kesan.

1.1 Pecahan Kaedah

Berdasarkan kepada kaedah pertama diatas boleh
dipecahkan Kepada beberapa kaedah lain yang lebih
kecil. Antaranya:

a. ( )
Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat
yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak akan
kesamaran dengan yang lain.
Contohnya seperti beriman kepada Allah, takut dan
mengharap kepada-Nya, membaca al-Quran, zikir.
Hal ini kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza
dengan yang lain, tetapi diwajibkan niat pada
membaca al-Quran apabila dinazarkannya bagi
membezakan fardhu dengan yang lainnya.

b. ( )
Disyaratkan tayin(menentu) dalam mana-
mana amalan yang mempunyai
persamaan, tetapi tidak disyaratkan tayin
pada amalan yang tidak kesamaran
dengan yang lain.
Contohnya yang disyaratkan tayin ialah
seperti solat, dan yang tidak diperlukan
tayin adalah seperti taharah, haji dan
umrah.

c. ( )
Sesuatu amalan yang tidak disyratkan
taarrudh baginya sama ada secara
ringkas mahupun terperinci, apabila
ditayinkan dan tersalah tayin itu maka ia
tidak memudaratkan(tidak batal).
Contohnya, seperti tayin tempat solat dan
waktunya, tayin imam akan makmun
dibelakangnya, tiba-tiba tersalah maka
tidak batal solat tersebut.

d. ( )
Amalan-amalan yang disyratkan tayin,
jika tersalah tayin maka ia membatalkan
amalan itu.
Contohnya, tersalah niat puasa kepada
niat solat atau sebaliknya, dan dari solat
zohor kepada asar.

e. ( )

Amalan-amalan yang wajib ditaarrudh
baginya secara ringkas dan tidak
disyaratkan tayinnya secara terperinci
apabila ditayinkan dan tersalah maka ia
menjadi mudarat(batal).
Contohnya, seseorang yang sembahyang
jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian
ternyata yang disembahyangkan itu
Umar, atau ditentukan lelaki yang
sebenarnya perempuan, maka terbatal
sembahyang jenazah itu jika tidak
disebutkan mayat itu.
f. ))

Iaitu niat seseorang yang dilakukan
dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau
mengkhususkan ucapan dan perkataan
yang am, tetapi dia tidak boleh
mengumunkan lafaz yang khas.
Contohnya, seseorang yang berkata demi
Allah aku tidak akan bercakap dengan
satu orang dan dia niatkan orang itu Umar.

g. ( )

Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk
kepada niat orang yang berlafaz kecuali
satu masalah sahaja iaitu sumpah
dihadapan hakim.
Ini kerana sumpah dihadapan hakim
adalah berdasarkan kepada niat hakim
bukan dikira mengikut niat orang yang
bersumpah.

h.( )

Yang diambil kira dalam masalah akad
atau kontrak ialah tujuan dan
matlamatnya, bukan berdasarkan kepada
lafaz dan kalimah-kalimah sahaja.
Contohnya, apabila seseorang berkata
aku beli dari engkau sehelai baju yang
sifatnya sekia-sekian dengan harga ini.
Lalu dijawab oleh penjual, ya, aku
jualkannya kepada engkau.


2) Perkara Yang Yakin Tidak
Dihilangkan Oleh Keraguan
( )

Maksudnya ialah sesuatu perkara yang
tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku,
maka sebarang keraguan yang datang
kemudian untuk meragui keyakinan itu
tidak diambil kira.
Ia juga bermaksud yang asal dan yakin itu
tidak boleh ditinggalkan hukumnya
disebabkan oleh syak dan ragu-ragu.

Asal kaedah ini dengan berdalilkan dalil
hadis, antaranya:
a) Hadis daripada Abu Said al-Khudri
yang diriwayatkan oleh Muslim. Nabi
bersabda:

:
.
Terjemahan: Jika seseorang kamu ragu-
ragu ketika sembahyangnya, ia tidak ingat
berapa rakaatkah yang telah
dilakukannya: tiga atau empat? Maka
ketepikanlah keraguan tersebut dengan
keyakinan.

2.1 Pecahan kaedah
Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain.Antaranya :

a. ( )
Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya.
Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya
atau akhir dengan mengikut sabit hukum pada masa lampau.

Daripada kaedah ini terbentuk beberapa masalah, contohnya:
Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas
maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang yang yakin
berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih berhadas.

Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia syak
tentang naik fajar (subuh) maka puasanya sah sebab asalnya
malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari atau tidak
maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang masih kekal.
b. ( )

Asal sesuatu perkara bebas daripada
tanggungjawab.
Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang
manusia pada permulaannya dilahirkan dengan
ketiadaan zimmah dari sebarang kewajipan atau
tanggungjawab dan keadaan ini berterusan
hingga datang ke atasnya sebab-sebab atau
faktor yang membawa ia kepada
bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.
Oleh kerana terlepas daripada tanggungjawab itu
merupakan asal dan terikat dengan hak itu adalah
perkara yang mendatang, maka tidak diterima
dakwaan orang yang mendakwa bahawa
seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab
(melakukan sesuatu perkara) bahkan mestilah ia
mendatangkan saksi atau dengan sumpah
daripada pihak yang mendakwa.
Di antara masalah fekah yang terbit daripada
kaedah ini ialah:

Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa
bahawa berlaku kerosakkan pada barang yang
dipinjamkannya di dalam tangan orang yang
meminjam(peminjam) dan ia menuntut ganti rugi
barang tersebut, kemudian si peminjam
menafikannya, maka dibenarkan penafian
peminjam barang.

Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal
membawa keterangan terhadap dakwaannya,
kemudian orang yang kena dakwa (yang tertuduh)
itu diperintahkan supaya bersumpah tetapi ia
berdiam sahaja, maka tidak boleh dijatuhkan
hukuman ke atasnya kerana asalnya terlepas
daripada tanggungjawab.

c. ( )

Asalnya sesuatu itu tidak ada.
Ia bermaksud setiap yang tiada mestilah
mendahului ada.
Untuk itu maka tiada yang asal itu
hendaklah dikembalikan kepadanya,
hingga sabit perkara baru yang boleh
menghilangkan yang asal itu.
Daripada pecahan kaedah ini lahir beberapa
hukum dan masalah fekah:
Seseorang yang menggunakan harta orang
lain mengatakan bahawa ia diizinkan , tetapi
tuan punya barang menafikan dakwaan
tersebut. Maka pengakuan pemilik barang
yang diterima kerana asal harta orang lain itu
tidak mendapat keizinan.
Seseorang menafikan ia melakukan
persetubuhan dengan seseorang, maka
hendaklah diterima penafiannya, kerana
asalnya dan mengikut asalnya tidak ada
perhubungan seks.

d. ( : , )

Sesiapa yang syak adakah ia telah
melakukan sesuatu atau belum, maka
dianggap ia belum melakukaknnya.
Sesiapa yang yakin telah mengerjakan
sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul
keraguan adakah pekerjaan yang telah
dikerjakan itu sedikit ataupun banyak,
maka ditanggungkan hukumnya di atas
yang sedikit kerana pekerjaan yang sedikit
itu diyakini.
Di antara contoh yang terbit darinya:

Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah
tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam
sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka hendaklah ia
sujud sahwi kerana asalnya ia tiada melakukannya.

Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah satu
daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun tersebut.
Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka wajib ia
mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia syak itu.

Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau tiga kali
anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia mengambil yang
sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan basuhan yang ketiga.

e. ( )

Asal bagi tiap-tiap kejadian dikira berdasarkan masa yang
paling hampir sekali.
Berdasarkan kaedah ini tersebut beberapa hukum,contohnya:

Seseorang yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia
tidak ingat samada ia bermimpi atau tidak ketika tidur, maka
wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di sisi
mazhab Syafie dan wajiblah ia mengulangi sembahyang yang
dilakukannya selepas daripada tidur yang akhir sekali.

Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu
perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut
kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak
wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin
berwudhuk dengan air yang najis.

f. ( , )

Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang
menunjukkan haram.

Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi
Darda yang diriwayatkan oleh Bazzar dan al-
Tabrani:
, ,
, ,

Bermaksud: Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah
SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu
adalah haram dan perkara yang didiamkan
daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah
kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin
lupa terhadap sesuatu.


Daripada kaedah tersebut terbit beberapa
masalah:
Binatang yang tidak jelas atau samar-
samar nas tentang haramnya, hukumnya
adalah halal dimakan.
Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan
yang tidak diketahui nama dan hukumnya
adalah halal dimakan
g. ( )

Asal di dalam percakapan ialah hakikat.
Berdasarkan kaedah ini terbentuk beberapa
masalah dan hukum, contohnya:

Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan
sesuatu kepada anak-anaknya tidak termasuk
cucunya menurut pendapat yang asah, kerana
nama anak pada hakikatnya ialah anak sejati.

Jikalau seseorang itu bersumpah tidak akan
membeli, selepas itu ia mewakilkan kepada orang
lain supaya membeli, ia tidak wajib membayar
kaffarah.

h. ( )

Kemaluan perempuan itu asalnya haram.
Berdasarkan kaedah ini lahir beberapa
hukum dan masalah :
contoh seseorang yang ingin berkahwin
dengan perempuan yang dia tidak yakin
sama ada perempuan itu mahramnya atau
ajnabi, maka haram dia berkahwin
dengannya, kerana berdasarkan
pengharaman asalnya.

3) Kesusahan Membawa
Kemudahan ( )
Kaedah ini bermaksud , apabila terdapat
sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam
menunaikan dan melaksanakan perintah
Allah, maka perintah itu dringankan , tidak
seperti asalnya.

Kaedah ini berdasarkan dalil al-Quran dan
hadis :
a) Sebagaimana firman Allah, Surah al-Baqarah
ayat 185 :
Terjemahannya: (dengan ketetapan Yang
demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran.
b) Firman Allah lagi Surah al-Maaidah ayat
6 :
Terjemahan: Allah tidak mahu menjadikan
kamu menanggung sesuatu kesusahan
(kepayahan)

c) Hadis daripada Abu Hurairah yang
diriwayat oleh Buhari dan Muslim :
,
Terjemahan : Sesungguhnya kamu diutus
untuk memudahkan dan bukan diutus untuk
menyusahkan.

Tujuan Musyaqqah

Pada dasarnya kaedah: Kesukaran membawa
kemudahan mempunyai tujuan tertentu dan
dengan memenuhi syarat tertentu iaitu :
a. Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan
kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar
daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-
tugas yang dibebankan itu amat berat untuk
dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada
kemudharatan kepada diri atau harta benda. Jadi
kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh
membawa kepada keringanan seperti puasa
orang yang sakit boleh membawa kepada
bahaya, maka syara' memberi kemudahan
kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia
wajib mengqhadakannya.

b. Adapun mushaqqah atau kesusahan
biasa yang tidak boleh dijadikan sebab
bagi keringanan atau rukhsah. Iaitu
kesusahan yang tidak membawa
kemudaratan kepada diri dan jiwa.
Contohnya berpuasa pada musim panas
dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak
boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau
mengambil rukhsah.

Sebab-sebab Rukhsah

Menurut penelitian ulama, terdapat
beberapa sebab kesusahan yang dapat
memberi keringanan terhadap perlaksanaan
hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah
dalam melakukan ibadat dan lainnya
terbahagi kepada tujuh perkara :

Pertama: Musafir atau mengembara, maka
hukum syara' mengharuskan qhasar
sembahayang, meninggalkan puasa,
menyapu khuf lebih daripada kadar sehari
semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.

Kedua: Penyakit, syara' telah memperuntukkan
hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya:
syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika
dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau
bertambah sakit yang mungkin boleh membawa
kepada kemudharatan atau mati anggota badan,
diharuskan kepadanya duduk atau berbaring
semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan
sujud secara isyarat.
Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia
keluar dari masjid dan menggantikan orang lain
untuk mengerjakan ibadat haji.
diharuskan berubat dengan menggunakan najis
harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia
membuat rawatan dan pemeriksaan.
Ketiga: Paksaan.
orang yang dipaksa dan diugut dengan
sesuatu tindakakn yang boleh mengancam
nyawa atau anggota badan seperti dipaksa
supaya melafazkan perkataan kufur maka
harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi
iman di hatinya tetap teguh kepada Allah.

Keempat: Terlupa
menjadi sesuatu sebab bagi hukum
keringanan. Seperti mereka yang mati atau
minum secara terlupa tidaklah membatalkan
puasa.

Kelima: Kejahilan.
juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa
kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu
rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah
yang ia miliki secara berkongsi maka syarak
membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka
berdua.

Keenam: Umum al-Balwa (kesukaran dalam perkara)
juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan
seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu
suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar
air kencingnya.
oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan
najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam
masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan
dan lain-lain lagi.
Ketujuh: Kekurangan
juga termasuk didalam kaedah ini seperti
tidak dibebankan ke atas kanak-
kanak(taklif) dan orang gila.
Kaum perempuan tidak diwajibkan ke
atasnya seperti sembahyang Jumaat,
jihad dan diharuskan kepadanya memakai
pakaian daripada sutera dan emas.
Pecahan Kaedah
Daripada kaedah ini , terbentuk beberapa
pecahan iaitu :
a) Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi
luas.
Contohnya seorang wanita yang kehilangan
walinya (tidak diketahui dimana dia berada,
hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali
hakim ditempat itu, maka bolehlah ia melantik
seorang lelaki sebagai wali tahkim bagi
mengahwinkan dengan lelaki pilihannya.
Selain itu, diharuskan perempuan yang
beridah keluar rumah apabila keadaan
mendesak seperti bekerja untuk saran hidup.
B) Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia
akan menjadi sempit.
Maksudnya apabila darurat telah menimpa
seseorang atau jemaah, kalau beramal dengan
hukum asal yang disyarakkan dalam keadaan
biasa akan menyulitan dan membebankan mereka
untuk melaksanakannya
maka kerana itu diberi keringanan dan
kemudahan keatas mereka selagi mana darurat
itu masih wujud.
Inilah makna sesuatu perkara apabila tersepit
akan menjadi luas. Tetapi apabila hilang darurat
tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia
disyariatkan. Inilah yang dimaksudkan apabila
menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan
sempit.
(4
Kemudaratan hendaklah
dihapuskan
Kaedah ini membawa pengertian bahawa
kemudaratan itu harus dihilangkan dengan makna
kemudaratan yang telah terjadi. Apabila keadaan demikian
berlaku maka ia wajib dihilangkan. Kaedah ini juga membawa
maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah
dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah
dihilangkan sama. Dalil asas kepada kaedah ini ialah sabda
Rasulullah SAW :

Maksudnya : Tidak ada kemudaratan dan tidak
memudaratkan.

Oleh itu, jumhur ulama menetapkan bahawa segala
yang boleh memudaratkan kaum Muslim adalah wajib dijauhi.
Selaras dengan kata-kata Imam al-Shatibi yang mengatakan
bahawa sesungguhnya syariat itu diasaskan untuk membawa
kemaslahatan kepada manusia.

Pecahan
kaedah























a)
kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan
kemudaratan.
Kaedah ini bermaksud, biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan,
namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga.
Apatah lagi jika lahir bahaya yang lebih besar. Hal ini kerana
seandainya ia diharuskan, sudah tentulah ia bertentangan dengan
kaedah asas iaitu ( . )


Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah :
1. Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan
orang lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makananya
diambil.
2. Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah
kepada pesakit yang memerlukan darah, jika darah yang diambil
menyebabkan pula orang itu tenat atau membawa kepada
kematian.
3. Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada
jika dibimbangi memudaratkannya.


b)
kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan
kemudaratan yang lebih ringan.
kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua kemudaratan, atau
apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah diperhatikan
mana yang lebih besar bahaya. Iaitu dengan dilaksanakan yang lebih
kecil bahayanya dan dihindarkan yang lebih besar kemudaratannya.
Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah :

1. Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih
besar.
2. Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika
dengan cara itu bayi dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.
3. Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja
sebarang kemungkaran yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara
terang-terang bimbang akan membahayakannya.
4. Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang,
boleh sembahyang dengan pakaian sekadar yang termampu.



c)


menolak kerosakan didahulukan daripada
mengambil kemaslahatan.
Kaedah ini memberi maksud, apabila bertembung antara perkara yang
membawa kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada
kemudaratan, pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada mencegah
kemudaratan. Oleh itu, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan
daripada usaha untuk mendapat kebaikan yang sedikit. Hal ini kerana
dibimbangi kerosakan tersebut akan merebak hinggalah menyebabkan
lahirnya kemudaratan yang lebih besar. Firman Allah SWT : [21]

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang
arak dan judi. Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar
dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar
dari manfaatnya.
Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah :
1. Menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih
besar bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan
yang sedikit.
2. Berbohong asalnya diharamkan, namun ia diharuskan jika untuk
membawa kemaslahatan seperti mendamaikan dua pihak yang
bertelagah.
3. Menyedut air ke dalam hidung sunat pada asalnya, namun bagi orang
yang berpuasa adalah makruh kerana dibimbangi akan terbatal
puasanya.



d)
Ditanggung kemudaratan berbentuk khas untuk
menolak kemudaratan berbentuk am.
Kaedah ini ditinjau dari sudut keumuman pengkhususan kemudaratan
dan bahaya. Berdasarkan kaedah ini, sesuatu masalah terpaksa
dihadapi dengan mendatangkan sesuatu kemudaratan yang mana pada
waktu itu hendaklah ditempuhi kemudaratan khusus bagi menghindarkan
kemudaratan yang lebih umum.
Hal ini kerana bahaya kemudaratan yang berbentuk khusus adalah
kurang jika di bandingkan dengan kemudaratan yang berbentuk umum.
Antara hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah :

1. Ditegah doktor yang gila untuk mengubati pesakit dan hendaklah
diletakkan di bawah kawalan dan penjagaan rapi.
2. Harus menahan golongan-golongan tertentu yang terlibat dalam
menyebarkan fitnah dan ajaran sesat.
3. Harus menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai
unsur-unsur ganja dan candu serta yang boleh dijadikan bahan
penyalahgunaan dadah, untuk memebendung bahaya dalam
masyarakat.


e)
Kemudaratan dibendung semungkin yang
dapat.
Kaedah ini berasal daripada kaedah Usuliyyah yang berkaitan
dengan skop kewajipan mencegah kemudaratan dan bahaya yang
mana jika kemudaratan itu dapat dibendung seluruhnya, maka itulah
yang terbaik.
Namun, jika tidak termampu untuk berbuat demikian, maka
lakukanlah sekadar yang termampu. Hal ini kerana taklif syarak itu
dikenakan terhadap mukallaf adalah menurut kadar kemampuannya.
Untuk itu, usaha untuk menyekat segala kemudaratan tersebut
supaya tidak berlaku hendaklah diusahakan. Hukum-hukum furu
yang lahir daripada kaedah ini ialah :

1. Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan membukukan al-
Quran supaya ia tidak hilang.
2. Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai arak agar
tidak timbul masalah yang lebih besar.
3. Sekiranya mungkin dapat dicegah haiwan yang memekik atau
berteriak dengan menggunakan suara atau sergahan, maka tidak
perlulah menghindarkannya dengan tangan mahupun kayu.


f)
Kemudaratan yang terjadi tidak boleh
dianggap telah lama terjadi.
Syariat Islam tidak membezakan sedikit pun antara kemudaratan yang
lama dengan yang baru sahaja berlaku, bahkan semuanya wajib di
cegah dan dihilangkan. Justeru itulah kaedah ini merupakan kaedah
pelengkap kepada kaedah asas yang sebelum ini.
Selain itu, walaupun syariat memaafkan dan memberi kelonggaran
terhadap berkekalan atau lama itu tidak ada sebarang kemudaratan
padanya. Sebaliknya, jika terdapat padanya kemudaratan, walaupun ia
telah lama berlaku, tetap wajib dihapuskan dan tidak ada beza dengan
kemudaratan yang baru berlaku. Hukum-hukum furu yang lahir daripada
kaedah ini ialah :
1. Diharuskan melarang doktor yang berpenyakit sawan daripada merawat
pesakit, walaupun doktor tersebut telah mempunyai pengalaman yang
lama dalam merawat pesakit.
2. Kiranya saluran longkang rumah seseorang itu mengalir di jalan umum
dan mengganggu orang ramai, maka ia hendaklah dihapuskan
walaupun telah lama berlaku.

(5

)Adat dijadikan hukum)



Adat ialah apa yang menjadi kebiasaan orang ramai atau
segolongan dari kalangan mereka. Ia merupakan perkara yang
diulang-ulang menurut kebiasaan sesuatu golongan mengikut
cara tertentu dan diterima sebagai logik.
Menurut al-Jurjani, adat adalah sesuatu perbuatan atau
perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia. Apa
yang penting ialah ia dapat diterima oleh akal manusia serta
dilakukan secara berulang-ulang.
Uruf pula ialah perkara yang dapat diterima dan disenangi
menurut perasaan manusia. Ia adalah perkara yang tetap
dalam diri manusia dari segi akal dan diterima oleh tabiat
semulajadi yang sejahtera. Untuk itu, uruf ialah perkara yang
selaras dengan perasaan dan tabiat manusia yang mana
merangkumi perkataan dan perbuatan.

Kaedah ini membawa maksud sesuatu adat
kebiasaan itu dapat ditetapkan sebagai hukum
atau adat menentukan hukum. Untuk itu, para
ulama menetapkan bahawa uruf dan adat
kebiasaan itu merupakan salah satu daripada
sumber hukum dalam keadaan ketiadaan nas
syarak.
Namun, jika adat atau uruf kebiasaan itu
bercanggah dengan nas, ia ditolak serta merta.
Sebagai contoh adat masyarakat Jahiliyyah yang
mengharuskan anak lelaki mengahwini bekas
isteri bapanya atau ibu tirinya.


Pecahan
kaedah
)


(









a) ) (
Sesungguhnya adat yang diiktibar apabila berlaku
berterusan atau kebiasaan dan lebih banyak
berlaku. Adat kebiasaan yang diiktibar apabila ia berterusan
berlaku. Justeru itu, adat kebiasaan berada pada
kedudukan syarat. Sebaliknya, jika adat kebiasaan itu
berlaku secara tidak berterusan, ia perlu kepada nas
atau pun dalil untuk mengharuskannya. Dalam konteks
tersebut, sekiranya apa yang berlaku itu jelas secara
berterusan pada adat kebiasaan, yang berterusan itu
dikira sebagai hukum. Untuk itu, jadilah kedudukan
akad menurut apa yang berlaku pada adat kebiasaan.
Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah
:

1. Seseorang yang melanggani majalah biasanya
majalah tersebut sampai ke rumah setiap bulan. Untuk
itu, apabila berlaku akad langganan, walaupun tanpa
menyebut penghantaran, maka majalah tersebut
secara langsungnya hendaklah dihantar. Jika tidak,
pelanggan boleh menuntutnya.

b)

Semua perkara yang dibawa oleh syarak berbentuk mutlak
dan tiada dasar yang menjelaskannya daripada sudut
syarak atau bahasa. Ia dikembalikan kepada uruf
kebiasaan.
Kaedah ini menjelaskan terdapat hukum yang ada
ketepatannya dalam syarak, namun hanya secara mutlak
sahaja. Ianya tidak ada sebarang penjelasan atau dalil syarak
yang menjelaskannya. Oleh itu, ianya hendaklah dirujuk
kepada adat kebiasaan. Antara hukum-hukum furu yang lahir
daripada kaedah ini ialah :

1. Berkaitan waktu dan tempoh haid serta kadarnya.
2. Berkaitan tempat penyimpanan yang sepatutnya dalam kes
berkaitan dengan hukum hudud jenayah mencuri.



c)
Berlaku pertentangan antara uruf umum dan uruf
khas.
uruf am ialah adat kebiasaan yang berlaku dalam kalangan
semua umat Islam di seluruh Negara Islam dan ianya
member kesan kepada hukum. Manakala uruf khas pula
ialah adat kebiasaan yang hanya berlaku dalam kalangan
sesetengah negara umat Islam sahaja dan ia juga member
kesan kepada hukum. Hukum-hukum furu yang lahir
daripada kaedah ini ialah :
1. Seseorang itu menggunakan barang orang lain tanpa akad.
Namun, menurut adat kebiasanaan penggunaannya,
pengguna mestilah menjelaskan bayaran. Justeru,
pengguna wajib membayarnya kerana dikira terkenal dalam
masyarakat.
2. Seseorang bapa menghantar anaknya untuk belajar al-
Quran untuk satu tempoh. Selepas itu berlaku perselisihan
antara bapa dan guru berkaitan dengan upah mengajar.
Jadi, perkara ini dihukum dengan member upah menurut
adat kebiasaan sesebuah kawasan tersebut.


d)
Hakikat ditinggalkan dengan ada petunjuk
menurut adat
Kadang kala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang
berbeza. Satunya membawa pengertian hakiki, dan satu lagi
membawa pengertian majazi. Namun, pengertian majazi adalah
lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat.
Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, pengertian yang hakiki
diketepikan dan pengertian majazi itu boleh dijadikan hujah untuk
diamalkan. Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah
:

1. Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja.
Namun, sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak
boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualkan barang
tersebut kepada orang lain dengan alasan jual beli belum
terlaksana sepenuhnya. Adat kebiasaanya ialah setelah dibayar
sebahagian daripada jumlah harga barang, maka akad jualan telah
pun terlaksana.