Anda di halaman 1dari 24

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

merupakan satu kurikulum baharu yang


mementingkan perkembangan individu secara
holistik.
Bagaimanakah peranan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) boleh membantu para
guru melaksanakan KSSR serta
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara (FPN).
Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR)
KSSR diperkenalkan sebagai usaha menyusun
semula dan menambah baik kurikulum sedia
ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk
memenuhi keperluan semasa serta menghadapi
cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi
persekolahan Januari lalu bertujuan
meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri
daripada standard kandungan dan
pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam
satu tahap persekolahan.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) adalah menggantikan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR).
KSSR adalah reka bentuk kurikulum
berasaskan 6 tunjang iaitu
Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal
dan Estetika
Sains dan Teknologi serta Keterampilan
Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti
dan Inovasi, Keusahawanan dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) secara eksplisit dengan
memfokuskan kepada 4M iaitu:-
Membaca
Menulis
Mengira
Menaakul

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan ,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara

Objektif Pendidikan
Negara
1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab
dan boleh memenuhi kewajipannya
sebagai seorang warganegara
2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir
serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara
produktif serta sempurna, demi memberi
sumbangan terhadap kemajuan dan
perkembangan negara.
3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami
dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi
mengikut Perlembagaan.

4. Melahirkan rakyat yang taat setia
kepada Raja dan inta kepada negara.
5. Melahirkan rakyat yang memahami
serta mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara dan bersikap toleransi
demi mewujudkan perpaduan rakyat
berbilang kaum.
6. Mengurangkan jurang perbezaan dari
segi ekonomi sosial dan peluang di
antara kaum dengan membekalkan
kemudahan-kemudahan asas
pendidikan kepada golongan yang
kurang berada.

Peranan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) boleh
membantu para guru
melaksanakan KSSR serta
merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara (FPN).
Komunikasi Dengan TMK, guru dapat meminta murid menulis karangan
menggunakan perisian pemprosesan perkataan seperti MS Word.
Guru boleh membimbing murid memasukkan imej untuk
mengukuhkan karangan supaya lebih menarik.
Guru juga dapat mencari maklumat melalui Internet untuk
mengukuhkan lagi karangan murid.
Menghantar tugasan atau berkongsi idea
melalui e-mel.
Merekod suara dan mendengar semula bagi
tujuan latihan sebutan.
Pembentangan tugasan atau projek dalam
bentuk digital.
Guru dapat memuat turun perisian komputer secara
percuma seperti Go Mouse dan Animated
Typing Skill bagi aktiviti kemahiran
menggunakan tetikus dan menaip serta
mengenal abjad. Murid akan merasa
seronok untuk mempelajarinya.

Kerohanian,
Sikap dan Nilai
Sains dan
Teknologi
Perkembangan
Fizikal dan
Estetika
Guru dapat menjalankan aktiviti pengajaran dengan
menggunakan TMK.
Contohnya, guru dapat meminta murid membuat
karangan dan bercerita menggunakan video atau
gambar, dan buku
skrap atau projek folio digital.
Guru juga dapat menggunakan perisian pemproses
perkataan, perisian persembahan dan perisian grafik
(MS Word, MS PowerPoint dan MS Paint), kamera
atau kamera video digital dan Internet dalam
pembelajaran mereka.
Guru juga dapat mengamalkan sikap murni semasa
menggunakan perkakasan dan perisian.
Guru boleh menggunakan voice recorder bagi merekod
suara sebagai aktiviti latihan suara.


Keterampilan Diri
Kemanusiaan
Guru juga dapat meningkatkan keyakinan murid melalui
TMK semasa pembentangan idea atau laporan melalui
perisian pemproses perkataan, perisian persembahan,
perisian pangkalan data dan perisian grafik (MS Word, MS
PowerPoint,
MS Excel, MS Access dan MS Paint), kamera atau
kamera video digital dan Internet.
Guru juga dapat menggunakan e-mel dan laman sosial
web
dapat menggalakkan interaksi sosial antara murid dengan
rakan sebaya dari dalam dan luar negara.
Dengan TMK juga guru dapat menghasilkan projek yang
dapat menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif
antara
sekolah di dalam dan luar negara melalui
Internet.
Guru dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan
perpaduan dalam diri murid melalui aktiviti menggunakan
Internet.
KSSR mampu mendorong
meningkatkan kreativiti guru dan
murid melalui pendekatan P&P seperti
didik hibur dan elemen nilai tambah
merentas kurikulum. Guru dibekalkan
dengan buku panduan kreativiti untuk
membantu pelaksanaan P&P
Kaedah dan teknik yang pelbagai
diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat
murid. Modul Language Arts yang
menekankanpendekatan didik hibur dan
apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik
dan efektif dijalankan melalui aktiviti
menyanyi, jazz chants, choral speaking,
drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain
yang sesuai.

KSSR mampu mendorong meningkatkan
kreativiti guru dan murid melalui pendekatan
P&P seperti didik hibur dan elemen nilai
tambah merentas kurikulum.

TMK juga memudahkan tugasan mengajar guru
dan membantu guru dalam meningkatkan
penguasaan pelajar dalam mata pelajaran.
Guru guru akan lebih terdorong untuk menyediakan
bahan dan aktiviti P&P yang lebih menarik dan
mencabar.
Dengan adanya teknologi, kerja guru bertambah
mudah dan menarik.
Murid murid pastinya ternanti-nanti sesuatu yang
belum pernah dilihatnya.
Maklumat yang terpapar di skrin tentunya sesuatu
yang lain dan baharu.
Guru juga dapat menyediakan persembahan
pengajaran yang menarik dengan menggunakan
aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand,
Page Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi
grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo,
dan dianimasikan secara bijaksana.
Dalam TMK, Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) telah dikenal pasti
sebagai bahan yang dapat membantu guru dan
pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang
diikuti.
Pihak Kementerian sedang berusaha
menyediakan bahan PPBK yang secukupnya bagi
empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains,
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang
digunakan oleh pelajar-pelajar.
Dengan PPBK, guru dapat menerangkan
bahagian-bahagian yang sukar untuk difahami
melalui penggunaan multimedia dan ini dapat
memudahkan pelajar memahami konsep yang
abstrak dengan bantuan adunan elemen-elemen
teks, audio, video, animasi, dan grafik.
Ini membolehkan sesuatu proses penerangan
dilakukan dengan lebih mudah dan pantas.
Contohnya dalam menghuraikan kesan
penyakit demam Denggi terhadap
manusia, guru menayangkan rakaman
video tentang punca-punca penyakit
demam Denggi dan gambar-gambar yang
dirakam menggunakan kamera digital
akibat daripada tindakan manusia yang
tidak bertanggungjawab. Bahan-bahan
multimedia interaktif dibangunkan dengan
menggunakan bahan visual grafik, teks,
muzik, video serta animasi yang
membantu mengukuhkan lagi kefahaman
pelajar terhadap sesuatu konsep.

Guru boleh menggunakan TMK untuk
membina soalan di mana guru mampu
mengakses pelbagai jenis bentuk latihan dan
soalan untuk para pelajar mereka
terutamanya bagi para pelajar yang bakal
menduduki peperiksaan awam yang patut
didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan
peperiksaan bagi menyiapkan diri mereka
untuk peperiksaan yang bakal dihadapi.
Maka, guru-guru tidak perlu berjumpa
dengan pihak pentadbiran sekolah ataupun
pihak penjual buku bagi mendapatkan buku
yang diperlukan oleh guru dan para pelajar..

Menggunakan TMK untuk meningkatkan
produktiviti dan pembelajaran
Mengubahsuai hasil kerja sedia ada dengan
menggunakan jadual, imej, audio dan pelbagai
format fon mengikut kesesuaian.
Menggunakan kemahiran perisian hamparan
elektronik
(MS Excel) dengan menggunakan rumus
(tambah dan
tolak) bagi membuat analisa mudah seperti
membuat
perbandingan terhadap sesuatau data yang
diperolehi.
Menggunakan TMK untuk
mengemukakan idea dan maklumat
secara kreatif dan inovatif
Menghasilkan tugasan dengan
menggunakan perisian aplikasi yang
bersesuaian untuk menyampaikan idea
baru.
Menghasilkan produk digital yang
mengintegrasikan
perisian hamparan elektronik dan
perisian persembahan
(MS Excel dan MS PowerPoint) secara
kreatif .
Guru boleh melaksanakan p&p interaktif
di makmal komputer sekolah.
Semasa p&p di dalam bilik darjah, guru
boleh menggunakan komputer riba,
perisian kursus dan projektor LCD. Guru
boleh meminta murid untuk
mencuba aktiviti yang disediakan di
dalam komputer riba guru. Guru juga
boleh memuat turun bahan dari laman
web lebih awal dan menggunakan
laman tersebut semasa pengajaran.
Guru mengajar dengan bantuan
perisian p&p dan modul pengajaran
yang mana guru telah menyediakan
bahan tersebut sebelum masuk ke
kelas.
Contohnya,


CamStudio CamStudio dapat merakam semua aktiviti paparan
dan
audio pada komputer dan mencipta piawaian
industri
AVI fail video dan menggunakan built-in SWF
Producer. Guru juga boleh menggunakan
CamStudio
untuk merakam pengajaran mereka.
Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Perkembangan Fizikal dan
Estetika
Keterampilan diri
Custom
Test
Membina, mengedit dan menjalankan ujian.
Program
ini merupakan alat untuk menguji
kemampuan atau
kemahiran murid pada setiap topik pilihan.
Perisian ini
boleh digunakan untuk tujuan pendidikan
dan kuiz
kendiri sebelum ujian.
Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Sains dan Teknologi
Perkembangan Fizikal dan
Estetika
Keterampilan diri
Hangman Idea permainan ini adalah untuk meneka
kata atau
frasa yang dipilih secara rawak. Sesuai
untuk
latihan perbendaharaan kata atau ejaan.
Komunikasi
Ray's
Letters
and
Numbers
Senang digunakan dan sesuai untuk kanak-
kanak
berusia 3-6 tahun. Satu cara yang
berkesan untuk
mengajar abjad, nombor, mengira, ejaan
mudah,
papan kekunci dan banyak lagi..
Sains dan
Teknologi
Animated
Beginning
Typing
Program ini direka untuk murid yang ingin
belajar cara
betul menggunakan papan kekunci. Kesan
bunyi dan
animasi digunakan untuk memudah dan
menimbulkan
keseronokan belajar kepada murid. Animasi
tutorial
disediakan bagi membantu murid
menggunakannya
Komunikasi
Sains dan
Teknologi
Meningkatkan profesionalisme guru

Menjimatkan masa