Anda di halaman 1dari 24

Binaan Dinding

Pengenalan - Dinding
Dinding dibina untuk melindungi daripada cuaca yang buruk, binatang
liar dan sebagainya.
Oleh yang demikian pembinaan dinding hendaklah mempunyai ciri-
ciri yang tersendiri.
Ciri-ciri yang perlu diutamakan adalah:-
Kestabilan
Kekuatan
Perlindungan cuaca
Rintangan Kebakaran
Penyerapan bunyi

Kestabilan
Dari segi keselamatan, pembinaan dinding mestilah kukuh
dan stabil supaya tidak runtuh
Kestabilan sesebuah dinding bergantung kepada keadaan
asasnya, ketebalan dan ketinggiannya, tekanan yang
dihadapi (angin dan sebagainya), pusat gravity dan
sebagainya.
Faktor utama yang mengawal kestabilan dinding adalah asas
yang digunakan dan pusat gravity. Pusat Graviti yang rendah
akan menjamin kestabilan dinding.
Kekuatan
Kekuatan tersebut merujuk kepada keupayaan dinding
tersebut menahan tekanan, tegangan serta kekerasannya.
Kekuatan dinding adalah bergantung kepada bahan yang
digunakan dan juga cara pembimbinaannya.
Perlindungan Cuaca
Perlindungan cuaca adalah dari segi kebolehannya mencegah
kepanasan dan kesejukan dari memasukan ke dalam
bangunan.
Begitu juga kebolehannya menentang air hujan meresap
kedalamnya.
Ciri-ciri ini juga dikawal oleh kegunaan bahan dan cara
pembinaannya.
Rintangan kebakaran
Ini merujuk kepada kekuatannya dan kebolehannya menahan
rintangan api apabila terbakar.
Ciri-ciri tersebut bergantung kepada bahan yang digunakan.
Rintangan kebakaran akan menjamin keselamatan nyawa
apabila berlaku kebakaran pada bangunan.
Serapan Bunyi
Kaedah pembinaan dan jenis bahan yang digunakan
bertanggungjawab kepada kebolehan dinding dalam
menyerap bunyi.
Ciri ciri ini menjamin keselesaan dan ketenteraman di
dalam bengunan

Bahan-bahan yang digunakan - Dinding
Kayu
Kayu banyak digunakan untuk membina rangka dan papan dinding.
Kayu terbukti sebagai bahan dinding yang sangat baik dari segi
ketahanan, keselesaandan kecantikkan.
Dinding berangka kayu banyak digunakan sebagai dindingsekat dalam
pembinaan berangka konkrit.
Jenis kayu digunakan untuk membinadinding ialah cengal, meranti,
keruing, dammar minyak dan sebagainya.
Kayu cengal sesuai dibina di tempat cuaca yang panas dan sejuk.
Meranti pula sesuaiuntuk segala pembinaan di dalam bangunan

Dinding Kayu
Bahan-bahan yang digunakan - Dinding
Logam
Digunakan sebagai rangka ataupun pelapisan(cladding) dalam
pembinaan dinding.
Dalam pembinaan dinding sekat untuk pejabat dan dalam bangunan
perindustrian,rangka ini boleh didapati manakala pelapisan logam
pula didapati di gudang ,berek tentera dan beberapa jenis bangunan
perindustrian.
Jenisnya terdiri daripada aluminium , besi bergalvani, keratan keluli
guling ,bentuk keluli bergelek dan sebagainya
Dinding Logam
Bahan-bahan yang digunakan - Dinding
Konkrit Bertetulang
Digunakan untuk pembinaan tembok seperti tembok empangan,
tembok kolam, tembok bangunan di bawah aras bumi dan tembok
penahan.
Konkrit tetulang ini dihasilkan menggunakan acuan dan diawet
sebelum dipasang.
Dua kaedah penyediaan :-
Konkrit Pasang Siap
Konkrit In-situ

Dinding Konkrit Bertetulang
Dinding Konkrit Bertetulang
Bahan-bahan yang digunakan - Dinding
Bata ialah bahan pembinaan tembok yang meluas digunakan dalam
segala pembinaan.
Tembok yang dibina dengan bata berupa tembok bata elok dan
tembok bata dilepa.
Terdapat pelbagai jenis bentuk susunan bata yang digunakan bagi
tujuan pembinaan dinding bata.

Dinding - Bata
Bahan-bahan Lain
Blok Berongga
Kayu Komposit
Komposit Kayu & Plastik
Jenis-jenis Dinding
Pelajar diminta untuk mendapatkan
maklumat tentang jenis dinding seperti:-
Dinding Tanggung Beban
Dinding Panel
Dinding Monolit

Kemasan Dinding
Pilihan kemasan dinding adalah tidak sukar sekiranya kita
tahu kesesuaiannya selain memenuhi konsep ruang. Kriteria
yang perlu diambilkira ialah :-
Fungsi - Selamat, selesa, tahan lasak, mudah dibersihkan, dijaga
serta dibaiki, darjah ketahanan tinggi terhadap kebakaran dan
kesesuaian dari segi nilai akustik.
Estetika - Keindahan dari segi warna dan keadaan semula jadi
sesuatu kawasan, tekstur sesuatu bahan yang memberi kesan
visual dan rekaan corak
Jenis-jenis kemasan
Kebanyakan bangunan kini dibina daripada batu-bata yang
dikemaskan dengan simen lepa sebelum diturap pula dengan
kemasan kedua.
Antara kemasan biasa ditonjolkan adalah:
Kemasan lembut meliputi cat air dan minyak, kertas dinding dan
panel fabrik.
Kemasan keras membabitkan jubin seramik, jubin batu seperti
marmar dan granit, tanah liat (terracotta), simen dan batu pasir
serta panel kayu.
Kemasan keras dan semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana
tahan cuaca.
Fungsi Kemasan dinding
Peranan dinding bukan setakat melindungi pandangan luar
tetapi berfungsi pembahagi ruang dalam rumah. Dinding
dalam rumah menjurus kepada kemasan serta nilai estetika
berbanding di bahagian luar yang bertindak sebagai
pelindung kesan cuaca seperti hujan, angin dan sinar
matahari.
Tugasan Pelajar - Asas Binaan Tangga &
Bumbung
Pelajar diminta untuk membuat bacaan dan rujukan dari aspek:-
Tangga
Jenis-jenis Tangga
Larian lurus
Suku pusingan
Separuh pusingan
Geometri
Prinsip pembinaan tangga
Pembinaan tangga kayu
Pembinaan tangga konkrit bertetulang
Bumbung
Empat jenis Penutup Bumbung
Faktor pemilihan jenis bumbung

Selesai
Pertanyaan.

Anda mungkin juga menyukai