Anda di halaman 1dari 9

AZAN DAN IQAMAH

SYARAT-SYARAT SAH
SUNAT-SUNAT

Makna Azan
Dari Segi Bahasa: Memberitahu
Dari Segi Syarak: Perkataan yang
tertentu utuk memaklumkan kepada
orang ramai tentang masuknya waktu
solat fardu.
MAKNA IQAMAH
Sebutan tertentu untuk
membangkitkan para hadirin
mengerjakan sembahyang
SYARAT-SYARAT SAH AZAN
Beragama Islam: Tidak sah azan orang kafir kerana dia tiada kelayakan
untuk melakukan ibadat.

Mumayyiz: Tahu membezakan antara baik dan buruk. Tidak sah azan bagi
kanak-kanak yang tidak mumayyiz kerana tiada kelayakn untuk melakukan
ibadat dan tidak dapat mempastikan waktu.

Lelaki: Tidak sah azan perempuan untuk lelaki, sebagaimana tidak sah
perempuan menjadi imam bagi lelaki

Tertib: Seruan lafaz menurut sunnah sebagaimana yang telah ditetapkan.

Berturutan antara semua lafaznya: Tidak terpisah dengan tempoh masa
yang lama antara satu lafaz dan lafaz berikutnya.

Menyaringkan suara: apabila azan untuk solat berjemaah. Azan untuk solat
sendirian, sunat menyaringkan suara sekiranya bukan di masjid dan tempat
yang ada solat jemaah. Sementara di masjid dan tempat yang ada solat
jemaah, sunat memperlahankan suara supaya tidak disangkakan masuk
waktu solat yang lain pula.

SYARAT-SYARAT SAH
IQAMAH
Syarat iqamah sama seperti syarat-
syarat azan.
SUNAT-SUNAT
AZAN
Mengadap kiblat: Kiblat merupakan arah termulia, dan
itulah cara yang telah diterima daripada ulama salaf dan
khalaf.

Suci daripada hadas kecil dan besar: Makhruh azan bagi
orang ketika berhadas lebih-lebih lagi bagi orang yang junub.

Berdiri ketika azan: Hadis Nabi: Wahai Bilal berdirilah dan
serukan solat .(Abu Daud 876)

Memalingkan muka ke kanan: ketika mengucap
dan memalingkan muka ke kiri ketika mengucap .
Manakala dada tetap mengadap kiblat.

Melafazkan kalimah azan dengan tartil: iaitu dengan
berhati-hati kerana tujuan azan adalah pengumuman kepada
mereka yang tiada disitu. Sebutan dengan tartil adalah lebih
berkesan.



SUNAT-SUNAT AZAN

Mengulang lafaz azan: iaitu mengucapkan dua kalimah
syahadah secara perlahan sebelum menyerukannya secara
nyaring.

Tathwib:ketika azan subuh dengan mengucapkan
sebanyak dua kali selepas lafaz (hadith Abu
Daud RA).

Muazzin yang bersuara nyaring dan baik: supaya dapat
melunakkan hati pendengar dan tertarik menyambut
seruannya.

Muazzin yang berakhlak mulia dan adil: supaya seruannya
lebih senang diterima berbanding orang fasiq, kerana berita
daripada orang fasiq tidak boleh diterima.

Tidak melanjutkan suara: dan tidak melagukannya ketika
azan, malah makhruh bernuat demikian.

SUNAT-SUNAT
AZAN
Sunat ada dua orang muazzin di masjid untuk azan
subuh: seorang azan sebelum terbit fajar sadiq, seorang lagi
azan selepas terbit fajar sadiq.

Sunat diam bagi orang yang mendengar azan dan
menjawabnya:sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin.

Berdoa dan berselawat ke atas Nabi selepas azan: apabila
azan selesai, sunat bagi muazzin dan orang yang
mendengarnya berselawat serta berdoa dengan doa yang
dianjurkan oleh Nabi.

SUNAT-SUNAT
IQAMAH
Sunat-sunat iqamah juga sama
seperti azan dengan tambahan
sunat orang yang azan itu sendiri
yang melakukan iqamah: dan sunat
orang yang mendengar seruan
iqamah
menjawabnya dengan
berkata . (Abu Daud 528)

Anda mungkin juga menyukai