Anda di halaman 1dari 65

Puan Siti Azura Bahadin

Jabatan Psikologi Dan Kaunseling


Fakulti Pembangunan Sosial Dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
KECERDASAN

1. Darjah Kecerdasan (DK), atau Intelligent Quotient (IQ) dipercayai


mampu mempengaruhi keupayaan individu dalam mempelajari
sesuatu.

2. Perbezaan darjah kecerdasan antara dua individu telah dikenal pasti


ada kaitannya dengan tahap kemampuan , kebolehan dan keupayaan.

3. Individu yang mempunyai DK yang tinggi dipercayai lebih mudah


memahami sesuatu pembelajaran daripada individu yang mempunyai
DK yang rendah.
3. Menurut Zimbardo (2000), perkembangan urat saraf dan otak
mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam proses kognitif. Oleh itu,
keupayaan proses kognitif bergantung kepada darjah
kecerdasan (DK) yang dimiliki oleh seseorang individu itu.

4. Orang yang berotak cerdas akan menggunakan rangsangan dengan


lebih berkesan, dapat mengurus maklumat yang diterima untuk
membina konsep, dan mampu menyelesaikan masalah dengan lebih
cepat, berbanding dengan orang yang kurang cerdas.
DEFINISI “KECERDASAN”

1. Menurut Kamus Dewan (2003), kecerdasan boleh diertikan


sebagai “kesempurnaan akal seperti kepandaian, kepintaran dan
kecerdikan”.

2. Menurut David Wechsler (1975), kecerdasan adalah “kebolehan


seseorang individu memahami alam persekitarannya, dirinya
dan kepakarannya yang boleh membantunya menghadapi cabaran
hidup”.
3. Alfred Binet (1905) menyatakan bahawa kecerdasan bermaksud
“kesanggupan yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan
diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal
terhadap diri sendiri”.

4. Faktor utama kecerdasan ialah “kebolehan dan keupayaan


untuk membuat pentaakulan, pemahaman, dan penilaian
terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi” (Coon, 2003).

5. Galton (1869), Catell (1890) dan Hall (1924) bersetuju bahawa


“Kecerdasan adalah diwarisi daripada genetik. Anak yang pandai
disebabkan gen ibu bapa pandai”.
TEORI KECERDASAN

 Beberapa ahli psikologi telah


berusaha mengkaji tentang
kecerdasan.

 Hasil daripada kajian dan dapatan


mereka, beberapa Teori Kecerdasan
(dalam bentuk model) telah berjaya
diwujudkan.
1. MODEL KECERDASAN DWI-FAKTOR SPEARMAN

1.1. Menurut Spearman (1927), kecerdasan mengandungi sifat


kebolehan am (atau faktor G) dan sifat kebolehan khas (atau faktor
S).
1.2. Faktor yang menjadi asas kepada semua fungsi kecerdasan
ialah pengaruh faktor G.
1.3. Oleh sebab manusia mempunyai berbagai-bagai kebolehan,
kebolehan ini sebenarnya disebabkan oleh faktor S, iaitu
kebolehan khas.
1.4. Sifat kecerdasan dalam model Spearman terdiri daripada dua
faktor :-
(a) Faktor umum G adalah asas bagi perlakuan mental
seperti berjalan,
(b) Faktor khusus S menjelaskan bahawa fungsi mental
yang berfokus kepada sesuatu bidang seperti
matematik.
1.5. Spearman membahagikan faktor G kepada tiga komponen :-

(a) Pendidikan berhubung dengan sesuatu aspek.


(b) Prinsip kualitatif berhubung dengan kognitif.
(c) Perolehan daripada pendidikan, pengalaman dan
hubungan manusia dengan alam sekitar.
2. MODEL HIERARKI KUMPULAN - FAKTOR VERNON

2.1. Berasaskan model Spearman, Burt dan Vernon telah mencipta


model kecerdasan yang menyusun faktor S dan faktor G dalam
hierarki.

2.2. Mereka membahagikan faktor G kepada dua (2)


bahagian utama, iaitu :-

(a) Bahagian Verbal (ada kaitannya dengan penguasaan


bahasa),
(b) Bahagian Bukan Verbal (ada kaitannya dengan
penguasaan matematik dan psikomotor).
3. MODEL KUMPULAN FAKTOR

3.1. Thurstone (1935) membahagikan kecerdasan


kepada beberapa kebolehan mental asas.

3.2. Ertinya satu kebolehan, atau kemahiran, yang


melibatkan gabungan berbagai-bagai kebolehan
mental.
3.3. Dengan menggunakan teknik analisis faktor,
Thurstone mendapati bahawa kecerdasan boleh
terdapat dalam banyak bentuk, selain S dan G.
3.4. Thurstone mencadangkan bahawa
kecerdasan adalah terdiri daripada tujuh (7) kebolehan
mental yang asas iaitu :-
(a) pentaakulan,
(b) ketepatan persepsi,
(c) memori,
(d) ruang,
(e) nombor,
(f) kelancaran perkataan, dan
(g) pertuturan.
4. MODEL STRUKTUR-INTELEK GUILDFORD

4.1. Menurut Guildford (1959), beliau telah mencadangkan satu model


tiga (3) dimensi iaitu :-

(a) Dimensi Operasi


(b) Dimensi Kandungan
(c) Dimensi Hasil
4.2. Guildford berpendapat :

(a) Kecerdasan merupakan beberapa faktor yang


bergantung dalam satu kesatuan.

(b) Satu-satu faktor itu memiliki kebolehan yang unik.

(c) Gabungan itu dinamakan “4 x 5 x 6 factor”.


4.3. Gabungan ketiga-tiga dimensi ini menjadikan
kecerdasan adalah terdiri daripada 120 ‘kebolehan
intelek’.
(a) Dimensi Operasi

Ia mengandungi 5 aspek iaitu :-

(i) Ingatan,
(ii) Kebolehan kognitif,
(iii) Penghasilan bercapah,
(iv) Penghasilan berfungsi, dan
(v) Penilaian.
(b) Dimensi Kandungan

Dimensi ini pula terdiri daripada 4 aspek, iaitu :-

(i) Kandungan angka,


(ii) Lambang,
(iii) Makna, dan
(iv) Tingkahlaku.
(c) Dimensi Hasil

Ia terdiri daripada 6 aspek, iaitu :-

(i) Maklumat unit,


(ii) Kelas pertalian,
(iii) Implikasi,
(iv) Transformasi, dan
(v) Sistem.
5. TEORI KECERDASAN BEKU (Crystallized) dan
BENDALIR (Fluid)

5.1. Cattel (1963) telah membahagikan faktor G kepada :-

(a) crystallized (beku), dan


(b) fluid (cecair).

5.2. Kecerdasan yang berbentuk cecair (fluid) adalah


kecerdasan yang diwarisi dan bersifat sejagat, dan
tidak dipengaruhi oleh faktor budaya, pengalaman
ataupun pendidikan.
5.3. Kecerdasan berbentuk beku (crystallized) adalah
kecerdasan yang dipengaruhi oleh faktor
kebudayaan, pengalaman dan pendidikan.

5.4. Persekitaran dianggap penting dalam pembentukan


kecerdasan individu.
6. TEORI TIGA (3) JENIS PEMPROSESAN MAKLUMAT
STERNBERG

6.1. Sternberg (1958) mencipta teori kecerdasan mental


berpandukan kepada “cara manusia memproses
maklumat yang diperolehi”. Kebanyakan ahli psikologi
kognitif bersetuju dengan teori ini.

6.2. Teori Sternberg terbahagi kepada 3 bahagian :-


(a) Kecerdasan Komponen
(b) Kecerdasan Kontekstual
(c) Kecerdasan Eksperiental
6.3. Kecerdasan Komponen

 Ia melibatkan mekanisme mental.


 Mekanisme mental digunakan oleh
manusia untuk merancang dan
melaksanakan tugasan.
 Komponen ini berbentuk kebolehan
verbal dan penaakulan secara deduktif.
6.4. Kecerdasan Kontekstual

 Ia wujud dalam tiga (3) keadaan :-

(a) Adaptasi, iaitu mampu menyesuaikan seuatu


perkara dalam masyarakat.
(b) Pemilihan, iaitu mampu memilih ruang yang
tepat dalam persekitaran.
(c) Pembentukan, iaitu membentuk sesuatu
dengan keperluan kehidupan harian.
6.5. Kecerdasan Eksperiental

 Ia melibatkan cara individu bertidakbalas


dengan situasi.
7. TEORI KECERDASAN NEUROPSIKOLOGIKAL

7.1. Howard Gardner (1983) pula mencadangkan


bahawa penekanan kepada faktor G dan S dalam
memahami kecerdasan adalah terlalu sempit dan
kurang tepat. Beliau meragui kebenaran ukuran darjah
kecerdasan daripada teori itu.
7.2. Beliau telah mencadangkan konsep kecerdasan
pelbagai atau Multiple Intelligence yang
mengkelaskan kecerdasan kepada tujuh (7) jenis :-

(a) Linguistik,
(b) Logikal-Matematik,
(c) Spatial (teknikal),
(d) Bodily Keinestetic,
(e) Muzik,
(f) Interpersonal, dan
(g) Intrapersonal.
PENGUKURAN KECERDASAN

1. Pengukuran kecerdasan sering digunakan


untuk membuat diagnosis, pemilihan kerjaya
dan penempatan.
2. Umumnya pengukuran kecerdasan adalah rumit dan sukar kerana
ia melibatkan penggabungan dalam ketiga-tiga aspek tingkahlaku
iaitu (a) kecerdasan sosial, (b) kecerdasan konkrit, dan
(c) kecerdasan abstrak (Zimbardo,2000).

3. Disebabkan kesukaran itu, maka ujian kecerdasan cuma boleh


ditadbir oleh mereka yang mempunyai latihan, kelayakan dan
kemahiran khusus.
4. Pembentukan ujian kecerdasan melibatkan proses yang
rumit , sukar dan memakan masa yang lama, terutamanya
apabila hendak membentuk soalan-soalan.

4.1. Soalan-soalan yang hendak disediakan perlulah


sesuai terutama dari segi umur dan budaya.
4.2. Selain itu, soalan-soalan perlu disusun dari peringkat
mudah kepada susah.
4.3. Untuk kanak-kanak pada usia permulaan,
soalan yang diberi adalah mudah, berbanding
dengan kanak-kanak yang hampir kepada usia
remaja.
5. Ujian untuk mengukur kecerdasan umumnya boleh dibahagi
kepada 2 jenis iaitu:-

(a) Ujian Tadbir Individu, dan


(b) Ujian Tadbir Sendiri Secara Berkumpulan
5.1. Ujian Tadbir Individu

Antaranya ialah :

(a) Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS),


(b) Wechsler Intelligent Scale for Children (WISC), dan
(c) Stanford-Binet Intelligence Scale.

Ujian kecerdasan ini berkos agak tinggi untuk dikendalikan dan lambat
serta cuma boleh ditadbir oleh ahli psikometrik yang diiktiraf.
6.1. Ujian Tadbir Sendiri Secara Berkumpulan

(i) Biasanya lebih cepat dikendalikan dan tidak


semestinya dikendalikan oleh pakar serta kosnya lebih
murah berbanding Ujian Tadbir Individu.

(ii) Antaranya ialah :-


(a) California Mental Maturity Test (CMMT), dan
(b) Otis-Lennon Mental Ability Test.

(iii) Walau bagaimanapun wujud kontroversi dalam ujian ini


dari segi kebolehpercayaan dan kesahannya berbanding
dengan ujian tadbir secara individu (Zimbardo,2000).
7. Darjah Kecerdasan (IQ)

Darjah Kecerdasan (IQ) adalah suatu “Indeks


Kecerdasan” yang didefinisikan sebagai Umur
Akal (Mental Age) dibahagi dengan Umur
Kronologi (Chronological Age) dan didharabkan
dengan 100.
8. Pengiraan Darjah Kecerdasan (IQ)

(i) Umur Kronologi (UK)

Bagi mendapatkan nilai Darjah Kecerdasan


(DK) seseorang, Umur Kronologi (UK)
(Chronological Age [CA]), atau umur fizikal, individu
perlu diketahui terlebih dahulu.
(ii) Umur Akal (UA)

Umur Akal (UA) (Mental Age [MA]) diperolehi


setelah individu menjalani ujian kecerdasan
berdasarkan jumlah jawapan yang betul daripada
soalan untuk satu-satu peringkat umur.
Formula Pengiraan Darjah Kecerdasan (DK)

Menurut Lewis Terman (1916), nilai DK dikira mengikut formula


ini :
UA / UK x 100 = DK
Contoh:
(i) Siti berusia 10 tahun. Umur Akalnya ialah 12. Jadi, DK Siti
ialah :
12 / 10 x 100 = 120 (DK)

(ii) Aini pula berusia 12 tahun. Umur Akalnya juga 12. Maka DK
Aini ialah :
12 / 12 x 100 = 100 (DK)
Kesimpulannya

(i) DK telah menunjukkan bahawa Siti (10 tahun) lebih bijak


jika dibandingkan dengan Aini (12 tahun), walaupun
kemahiran kecerdasan mereka adalah lebih kurang sama.

(ii) DK seseorang individu itu adalah 100 apabila UA dan UK


individu tadi adalah sama. Oleh itu, skor DK 100 adalah
didefinisikan sebagai “Kecerdasan Sederhana”.
9. Purata DK Manusia

Daripada banyak kajian yang dilakukan oleh ahli


psikometrik, purata DK manusia ialah 100 dengan
sisihan piawai (standard deviation) 15.
10. Klasifikasi Kecerdasan Manusia

Merujuk kepada David Wechsler (1958), kecerdasan


manusia dapat dikelaskan kepada empat (4) golongan :-

(a) Profoundly Mentally Retarded


(b) Moderately Mentally Retarded
(c) Borderline Mentally Retarded
(d) Gifted
10.1. Profoundly Mentally Retarded

(a) Masalah terencat akal berlaku kepada orang yang


mempunyai DK 35 dan ke bawah.

(b) Mereka yang mengalaminya terlalu bergantung kepada


orang lain.

(c) Dipercayai bahawa seorang daripada 1000


manusia akan menjadi terencat akal.
10.2. Moderately Mentally Retarded

(a) Individu yang memiliki DK 35-50 boleh dibantu


untuk meningkatkan kecerdasan mentalnya.

(b) Dipercayai bahawa 3 daripada 1000 orang


mengalami tahap sedemikian.
10.3. Borderline Mentally Retarded

(a) Individu yang mempunyai DK 50-70 boleh


diajar dengan latihan khusus dan boleh
berdikari.
(b) Mereka ini digolongkan sebagai individu yang
memiliki mental tahap sederhana.
10.4. Gifted

(a) Manusia yang memiliki DK 140 dan ke atas


digolongkan sebagai manusia yang memiliki
kecerdasan mental yang istimewa.
11. PENENTUAN KECERDASAN

• Galton (1869), Catell (1890) dan Hall (1924)


bersetuju bahawa penentu kecerdasan adalah
diwarisi daripada genetik.
• Namun kemudian, Cattel (1963) mengakui
bahawa penentu kecerdasan juga adalah
berkaitan dengan faktor persekitaran seperti
budaya masyarakat.
12. PENDEKTAN-PENDEKATAN TEORI KECERDASAN

Sebenarnya, ahli-ahli psikologi memberikan


kenyataan yang tersendiri mengenai penentu
kecerdasan ini dan kenyataan tersebut dapat
diketahui melalui pendekatan teori kecerdasan
antaranya seperti berikut :-

(a) Pendekatan Behaviorisme


(b) Pendekatan Psikobiologi
(c) Pendekatan Kognitif
12.1. PENDEKATAN BEHAVIORISME

(a) Menurut John B. Watson (1924), tahap


kecerdasan manusia boleh dipertingkatkan, atau
dikurangkan, dengan cara memanipulasi alam
sekitar, tetapi tidak melibatkan unsur- unsur biologi
yang terdapat dalam tubuh manusia.
(b) Pakar-pakar behaviorisme percaya bahawa
jika seseorang anak diasuh dengan
rangsangan “kecerdasan”, maka anak berkenaan
akan menjadi cerdas kelak (Mahmood Nazar
Mohamed,1990).
(c) Dalam pendekatan ini, faktor pemakanan
dan kesihatan adalah penting. Anak-anak
yang kurang mendapat zat makanan yang
secukupnya akan menyebabkan
pertumbuhan mentalnya terbantut.
(d) Selain itu, beberapa ciri persekitaran yang
positif, seperti suasana tempat tinggal,
sosioekonomi dan hubungan sosial, dapat
merangsang perkembangan mental kanak-
kanak.
12.2. PEDEKATAN PSIKOBIOLOGI

(a) Pakar-pakar psikobiologi pula percaya bahawa


penentu kecerdasan sangat berkait dengan baka,
atau genetik (Mahmood Nazar Mohamed,1990).
Seorang anak akan menjadi cerdas jika ibu
bapanya cerdas.
(b) Pakar-pakar psikobiologi menjalankan penyelidikan
ke atas adik-beradik dan adik-beradik kembar, dari
satu (1) pasangan ibu bapa dan beberapa
variasi pasangan-pasangan lain.
(c) Mereka mendapati bahawa memang wujud
pengaruh genetik terhadap kecerdasan individu,
tetapi menurut mereka, faktor persekitaran juga
memberi sumbangan terhadap kecerdasan manusia.
12.3. PENDEKATAN KOGNITIF

(a) Menurut Sternberg (1958), penentu kecerdasan


berpandukan kepada cara manusia memproses
maklumat yang diperolehi. Kebanyakan ahli psikologi
kognitif bersetuju dengan teori yang dikemukakan
beliau iaitu Teori Triartrik Sternberg.
(b)Teori Triartrik Sternberg

Teori ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu

(i) Kecerdasan Komponen,

(ii) Kecerdasan kontekstual, dan

(iii) Kecerdasan Eksperiential.


(i) Kecerdasan Komponen

 Kecerdasan Komponen melibatkan


mekanisme mental.

 Mekanisme mental digunakan oleh


manusia untuk merancang dan melaksanakan
tugasan.

 Komponen ini berbentuk kebolehan verbal


dan penaakulan secara deduktif.
(ii) Kecerdasan Kontekstual

Kecerdasan Kontekstual pula wujud dalam


tiga (3) keadaan :

1. Adaptasi, iaitu mampu menyesuaikan


sesuatu perkara dalam masyarakat.

2. Pemilihan, iaitu mampu memilih ruang


yang tepat dalam persekitaran.

3. Pembentukan, iaitu membentuk sesuatu


dengan keperluan kehidupan harian.
(iii) Kecerdasan Eksperiential

 Kecerdasan Eksperiential melibatkan cara


individu bertidak balas dengan situasi.

 Individu yang memiliki kecerdasan ini ialah


mereka yang celik akal dan amat berkebolehan
membentuk idea-idea baru dan asli.

 Mereka boleh melihat sesuatu fenomena


daripada pelbagai sudut dan faham dengan
cepat.
13. KECERDASAN LUAR BIASA

13.1. Menurut Coon (2003), individu yang dikatakan


cerdas luar biasa ini lazimnya dikenali sebagai
“genius”. Terdapat kurang daripada 10% manusia
yang mendapat nikmat itu.

13.2. Beberapa ahli psikologi percaya bahawa individu


yang genius akan mendapat skor yang lebih
daripada 140 dalam ujian IQ.
14. KANAK-KANAK GENIUS

14.1. Persoalan wujud mengenai sama ada


kecerdasan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini
akan kekal sehingga dewasa atau sebaliknya.
14.2. Lewis M. Terman (1920) telah melakukan kajian terhadap
1500 kanak-kanak yang tahap IQ mereka 140 dan ke atas.

(a) Beliau mengikuti perkembangan umur mereka dan


mendapati bahawa kebanyakan daripada kanak-kanak ini
kekal genius ketika mereka dewasa.

(b) Ramai daripada mereka yang telah berjaya menamatkan


pengajian, mendapat ijazah lanjutan dan menjawat kerjaya
profesional..
14.3. Walaupun begitu, realitinya skor yang tinggi
bukanlah penentu sebenar kejayaan seseorang.
Secara umumnya, apabila kecerdasan
individu itu di tahap luar biasa, peluang
mereka untuk berjaya dilihat lebih baik.
14.4. Tidak semua manusia yang genius boleh
menjamin kejayaan. Ada yang gagal, seperti
menjadi penjenayah, penganggur dan
mengalami gangguan emosi.
14.5. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan
individu yang genius ini mendapat
peneguhan (berbentuk sokongan)
daripada persekitaran bagi membentuk
mereka menjadi insan yang berjaya
(Coon, 2003).
Contohnya didikan dan galakan ibu bapa.
14.6. Tanda-tanda awal menunjukkan kanak-kanak
itu genius ialah apabila mereka :-

(a) mendapat skor yang tinggi dalam ujian


psikometrik, atau

(b) menunjukkan bakat dan kemahiran


tertentu.
14.7. Menurut Coon (2003), mereka juga mampu
untuk melakukan perkara-perkara berikut,
antaranya :-
(a) menyelesaikan masalah yang diberi
dengan amat baik,
(b) boleh bertutur dengan lancar dalam usia
2-3 tahun,
(c) memiliki memori yang kuat,
(d) berbakat dalam seni, muzik, nombor,
(e) minat membaca, dan
(f) suka bekerjasama dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai