Anda di halaman 1dari 46

SYARAT BAHARU

PEMILIHAN PENGETUA
DAN GURU BESAR
(mulai 1/7/2014)
ASPIRASI ANJAKAN 5 PPPM
Anjakan 5: Memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah
Kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor
berasaskan sekolah yang kedua terpenting, selepas
kualiti guru dalam menentukan keberhasilan murid;
Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan yang
diamalkan pada masa kini sebahagian besarnya
ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan
bukannya kecekapan kepimpinan;

55% daripada semua pengetua/guru besar yang ada
pada masa kini tidak pernah mengikuti latihan
persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka
berada dalam perkhidmatan;
Setiap sekolah akan mempunyai pengetua /guru besar
berprestasi tinggi yang sentiasa gigih dalam
matlamatnya untuk meningkatkan keberhasilan
murid; dan
Pengetua/guru besar cemerlang akan diberi insentif
untuk berkhidmat di sekolah berprestasi rendah dan
akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti
yang lebih luas.

Anjakan 5: Memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah
Berkualiti tinggi merangkumi:

Mempunyai professional will;
Mempunyai tahap/nilai humility; dan
Mempunyai tahap/nilai integriti tinggi
Jangkaan PGB yang akan bersara
Syarat Umum
Syarat khusus
MEMPUNYAI BAKI PERKHIDMATAN TIGA (3)
TAHUN SEBELUM BERSARA

Contoh:
Iklan Urusan Pemangkuan Tahun 2015

BIL NAMA
TARIKH
BERSARA
LAYAK
TIDAK
LAYAK
1. Encik Ali Bin Ismail 31.12.2018 /
2. Encik Ismail Bin Ramli 01.01.2018 X
3. Puan Ramlah Binti Ali 02.01.2018 /
4. Puan Latifah Binti Omar 31.12.2017 X
Komponen Pentaksiran
Portfolio
Perbincangan Berkumpulan Tidak Terpimpin
(PBTT)
Temuduga Berstruktur (TDB)
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
Dimensi Yang Ditaksir
Prestasi - Predictor kepada
potensi calon

Kompetensi - Teras kepada
pencapaian
PANDUAN PENULISAN
PORTFOLIO UNTUK CALON
PENGETUA
DAN GURU BESAR
PENGENALAN
Portfolio adalah kaedah penilaian
berasaskan bukti (evidence)

Digunakan untuk menilai
kompetensi calon
OBJEKTIF
Portfolio adalah dokumentasi
bertulis beserta bukti pelaksanaan

Digunakan oleh pentaksir untuk
menilai kompetensi calon dalam
mengurus dan memimpin
organisasi/ sekolah
OBJEKTIF
Calon dinilai daripada aspek
penguasaan kompetensi dalam amalan
pengurusan dan kepimpinan.

Berdasarkan mana-mana satu
daripada 9 bidang dalam Standard
Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia (SKKSM, IAB, 2003).
SKKSM IAB 2003
Pengetua dan guru besar sebagai
peneraju sekolah hendaklah
bersedia melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan
kemahiran menangani cabaran
dunia pendidikan.
SKKSM IAB 2003
Dalam konteks ini Standard
Kompetensi Kepengetuaan
Sekolah Malaysia (SKKSM) dapat
dijadikan suatu piawaian
minimum yang perlu ada pada
pengetua dan guru besar sekolah.
SKKSM IAB 2003
SKKSM menyediakan standard
kompetensi dalam sembilan bidang
iaitu:
1. Pengurusan dan Kepimpinan
Organisasi;
2. Pengurusan Kurikulum;
3. Pengurusan Kokurikulum;
4. Pengurusan Hal Ehwal Murid;
SKKSM IAB 2003
5. Pengurusan Kewangan;
6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat;
7. Pengurusan Persekitaran dan
Kemudahan Fizikal;
8. Pengurusan dan Pembangunan
Sumber Manusia; dan
9. Pengurusan Perhubungan Luar
1. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
ORGANISASI
Bidang ini menghuraikan kompetensi
yang harus dimiliki oleh seseorang
pengetua/ guru besar dalam
menggerakkan sumber bagi mencapai
objektif organisasi dan mencakupi aspek
pembentukan hala tuju organisasi,
konsep pembelajaran sepanjang hayat,
menangani perubahan serta kualiti
peribadi dan profesional.
2. PENGURUSAN KURIKULUM
Bidang ini memberikan fokus
kepada fungsi pemimpin sebagai
pengurus kurikulum yang
menggerakkan segala sumber untuk
menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan bagi memastikan kejayaan
semua murid.
3. PENGURUSAN KOKURIKULUM
Bidang ini menekankan
tanggungjawab pengetua/ guru
besar memimpin dan mengurus
akitiviti kokurikulum untuk
menyokong dan mengukuhkan
proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan di luar
bilik darjah.
4. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Bidang ini menekankan tanggungjawab
pengetua/ guru besar dalam
mewujudkan sistem pengurusan hal
ehwal murid yang berkesan. Ia
bertujuan untuk meningkatkan taraf
kesihatan, kebajikan, keselamatan,
disiplin, keselesaan, keharmonian dan
kesejahteraan murid bagi mencapai
pendidikan berkualiti.
5. PENGURUSAN KEWANGAN
Bidang ini memberikan penekanan
kepada tanggungjawab pengetua/
guru besar dalam pengendalian
urusan kewangan sekolah yang kos
efektif, cekap dan berkesan bagi
menyokong program pendidikan
untuk membolehkan murid
menikmati pendidikan yang
bermakna.
6. PENGURUSAN PENTADBIRAN PEJABAT
Bidang ini menghuraikan kompetensi
dan tanggungjawab pengetua/ guru
besar dalam mewujudkan sistem
pentadbiran dan perkhidmatan pejabat
yang cekap ke arah pengurusan
pendidikan yang mantap lagi berkesan
supaya dapat memberikan
perkhidmatan pendidikan yang
berkualiti kepada stake-holders.
7. PENGURUSAN PERSEKITARAN DAN
KEMUDAHAN FIZIKAL
Bidang ini menjelaskan kompetensi dan
tanggungjawab pengetua / guru besar
dalam mengurus persekitaran dan
kemudahan fizikal sekolah secara cekap
dan berkesan bagi mewujudkan iklim
yang aman dan kondusif untuk proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dalam keadaan selamat,
tenang, selesa dan seronok.
8. PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
SUMBER MANUSIA
Bidang ini menyenaraikan kompetensi
dan tanggungjawab pengetua/ guru
besar dalam mewujudkan pengurusan
pembangunan sumber manusia yang
cekap, berkesan serta secara berterusan
bagi meningkatkan tahap
profesionalisme staf untuk memajukan
sekolah.
9. PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR
Bidang ini menghuraikan kompetensi
dan tanggungjawab pengetua/ guru
besar sekolah untuk menjalin hubungan
baik dengan ibu bapa/ penjaga, pihak
luar dan komuniti setempat. Pengetua/
guru besar sekolah hendaklah berusaha
melibatkan mereka dalam perkongsian
pintar bagi meningkatkan prestasi
murid.
OBJEKTIF (samb.)
Kompetensi yang dinilai melalui
portfolio adalah:
Berfikiran strategik (BS)
Membangunkan instruksi
berfokuskan kurikulum (MI)
Menganalisis dan menyelesaikan
masalah (AM)
OBJEKTIF (samb.)

Menguruskan kewangan (MW)
Memantau secara menyeluruh
(MM)
Membangunkan kapasiti manusia
(KM)
Menyedari dan mengurus kendiri
(UK)
KANDUNGAN PORTFOLIO
Bahagian A: Maklumat Peribadi Calon

Bahagian ini perlu diisi oleh calon
Penulisan butir-butir peribadi calon
sebagaimana yang diberikan dalam
Borang Maklumat Peribadi.

KANDUNGAN PORTFOLIO
Bahagian B: Dokumentasi Projek/ Inovasi/
Program Penambahbaikan
(15% dari markah keseluruhan)

Bahagian ini menghuraikan sumbangan
calon kepada organisasi yang signifikan
dalam tempoh masa 3 5 tahun terakhir
(2008 2013).
Selaras dengan 9 bidang dalam SKKSM.

KANDUNGAN PORTFOLIO

Calon pilih SATU projek/ inovasi/
program penambahbaikan yang memberi
impak kepada prestasi sekolah untuk
dihuraikan secara terperinci.

Penulisan huraian adalah antara 300
700 patah perkataan. (Jenis huruf Times
New Roman; saiz 12; langkau 1.5 baris)


FORMAT PENULISAN
Dalam bentuk karangan,
menggunakan perisian Microsoft
Word dan mempunyai struktur
kandungan seperti berikut:

Nama projek/ inovasi/ program
penambahbaikan
Justifikasi projek/ inovasi/ program
penambahbaikan dijalankan
(rasional) (AM)

FORMAT PENULISAN

Objektif projek/ inovasi/ program
penambahbaikan yang dijalankan (BS)
Adakah projek/ inovasi/ program
penambahbaikan selaras dengan visi dan
misi organisasi (BS)
Bila dan di mana projek/ inovasi/
program penambahbaikan dijalankan
(BS)

FORMAT PENULISAN
Siapa yang terlibat (KM)
Apakah peranan calon dalam
projek/ inovasi/ program
penambahbaikan ini (MI)
Bagaimana projek/ inovasi/ program
penambahbaikan ini dijalankan
(MI)
Bagaimana projek/ inovasi/ program
penambahbaikan ini berkait dengan
pembangunan instruksi (MI)

FORMAT PENULISAN
Apakah perkaitan antara projek/
inovasi/ program penambahbaikan
dengan pembangunan kapasiti
manusia (KM)
Bagaimana pemantauan projek/
inovasi/ program penambahbaikan
dijalankan (BS)(MM)
Bagaimana pengurusan kewangan
projek/ inovasi/ program
penambahbaikan berkenaan
diuruskan (MW)

FORMAT PENULISAN

Apakah impak projek/ inovasi/
program penambahbaikan kepada
pencapaian organisasi/ sekolah (cth:
anugerah, pingat/ peningkatan GPS/
peratus pencapaian/ Baiah/
peningkatan band/ peningkatan
kemahiran, penyertaan dll (KM)
(Lampiran sokongan hendaklah disertakan)
FORMAT PENULISAN

Apakah aspek pembangunan
kepimpinan dan pengurusan yang
diperoleh daripada pengalaman
melaksanakan projek/ inovasi/ program
penambahbaikan (AM) (UK)
Cadangan untuk menambahbaik
projek/ inovasi/ program
penambahbaikan yang telah dijalankan
(AM) (MM) (UK)
TUGAS CALON
Calon hendaklah menyediakan portfolio
mengikut format yang ditetapkan

Serahkan portfolio pada hari temuduga
kepada urus setia (satu salinan portfolio
dibawa oleh calon ke Temuduga
Berstruktur)

Anda mungkin juga menyukai