Anda di halaman 1dari 50

GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI

Konsep Pinggir Pantai


Adalah zon yg terletak di antara tikas air
pasang dgn tikas air surut ombak.

Pantai merupakan satu jalur linear daratan yg


terdiri drp timbunan bahan mendak yg peroi
seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dan
kelodak yg berasal dari laut dan sungai.

Antara agen geomorfologi yg bertindak di zon


pinggir pantai ialah:
Ombak
Arus
Arus Pasang-surut
Tindakan Angin

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 1


nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 2
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 3
Agen Geomorfologi Pinggir Pantai
1. Ombak, terbahagi 2;

Ombak Pembina mengangkut dan


memendapkan bahan muatannya di pinggir
pantai lalu membentuk jaluran pantai yg lebar.

Ombak Pembinasa menghakis dan


memusnahkan jaluran pantai yg telah dibina
oleh ombak pembina. Biasa berlaku ketika ribut
pada musim tengkujuh atau kesan gelombang
‘Tsunami’ akibat gempa bumi dan gerakan
tektonik di dasar laut.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 4


Agen Geomorfologi Pinggir Pantai
2. Arus
Terdapat pelbagai jenis arus seperti arus
pesisir pantai (hanyutan pesisir pantai) terhasil
drp perbezaan sudut damparan dan balikan
ombak.
Arus ini bergerak disepanjang garis pantai dan
mengangkut bahan pantai secara ‘zig-zag’.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 5


Agen Geomorfologi Pinggir Pantai
3. Arus pasang-surut
Agen pasang dan surut juga mempengaruhi
bentuk-bentuk bumi di zon pinggir pantai
khususnya di muara sungai.
Pasang dan surut terjadi akibat putaran bumi di
atas paksinya.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 6


Agen Geomorfologi Pinggir Pantai
4. Angin

Bertindak di zon luar pesisir yg tidak dicapai


oleh tikas air pasang.
Angin boleh mengangkut, memendap dan
memusnahkan bentuk-bentuk muka bumi yg
terdapat di zon luar pesisir ini.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 7


Agen Geomorfologi Pinggir Pantai
3. Arus pasang-surut
Agen pasang dan surut juga mempengaruhi
bentuk-bentuk bumi di zon pinggir pantai
khususnya di muara sungai.
Pasang dan surut terjadi akibat putaran bumi di
atas paksinya.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 8


Faktor mempengaruhi proses
geomorfologi Pinggir pantai
1. Halaju angin
Menentukan saiz dan kekuatan ombak.
Tiupan angin perlahan membolehkan ombak
pembina terbentuk untuk memendapkan
muatannya.
Angin kencang menghasilkan ombak pembinasa
yg bertindak menghasilkan hakisan.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 9


Faktor mempengaruhi proses
geomorfologi Pinggir pantai
2. Orientasi pantai
Pantai yg terdedah secara langsung kepada
serangan ombak seperti kawasan pantai timur
Semenanjung Malaysia akan mengalami kadar
hakisan yg kuat semasa Monsun Timur Laut.
Pantai yg terlindung pula akan mengalami
kadar pemendapan yg tinggi kerana di kawasan
ini halaju ombak menjadi perlahan.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 10


Faktor mempengaruhi proses
geomorfologi Pinggir pantai
3. Kedalaman air

Kawasan pantai yg dalam mengalami kadar


hakisan yg tinggi.

Kawasan pantai yg cetek pula mengalami


pemendapan yg tinggi kerana ombak
kehilangan tenaga akibat geseran dgn dasar
pantai.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 11


Faktor mempengaruhi proses
geomorfologi Pinggir pantai
4. Faktor Geologi

Meliputi jenis dan ketahanan batuan serta


struktur cerun tersebut.
Pantai yg terbentuk oleh batuan yg keras tahan
di hakis ombak dan pantai itu berbentuk
tanjung.
Pantai yang berbatuan lembut, mudah terhakis
dan ia akan membentuk teluk.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 12


Faktor mempengaruhi proses
geomorfologi Pinggir pantai
5. Kualiti dan kuantiti bahan

Jika Ombak membawa muatan yg keras seperti


batu kerikil dan batu tongkol maka kadar
hakisan pantai akan meningkat kerana bahan
tersebut bertindak sebagai alat penghakis yg
berkesan.
Jika ombak membawa batuan yg lembut dalam
kuantiti yg banyak seperti batu lada, kulit-kulit
kerang dan siput serta pasir laut akan
mempengaruhi pemendapan di pantai
berkenaan.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 13


Faktor mempengaruhi proses
geomorfologi Pinggir pantai
6. Pertembungan arus laut dgn arus sungai

Pertembungan kedua-dua arus ini selalunya


berlaku di muara.
Kedua-dua arus kehilangan tenaga lalu
memendapkan bahan-bahanya di dasar muara
berkenaan.
Kadar pemendapan bergantung kepada kuantiti
bahan yg di bawa oleh kedua-dua arus.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 14


Faktor mempengaruhi proses
geomorfologi Pinggir pantai
7. Perbezaan tikas air pasang dan tikas air surut

Semakin besar beza maka zon yang boleh


dihakis dan dimendapkan menjadi semakin
lebar.
Tikas air pasang yg tinggi dan tikas air surut yg
rendah di muara akan mempengaruhi kelebaran
bahan muatan yg akan dimendapkan
seterusnya kelebaran delta yg akan terbentuk.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 15


Faktor penyebab kelandaian dan
kecuraman pantai
1. Jenis dan saiz bahan mendak (Sedimen)

Bahan mendak kasar akan membentuk pantai


yang curam manakala bahan mendak halus
akan membentuk pantai yg landai.
Taburan bijian pasir menunjukkan bijian kasar
di sebelah atas cerun dan semakin halus
menghala ke gigi air.
Cerun landai lebih curam di bahagian atas
berbanding dgn bahagian bawah.
Keadaan ini disebabkan tenaga damparan
ombak lebih tinggi semasa menghempas pantai
berbanding tenaga lurutannya.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 16


Faktor penyebab kelandaian dan
kecuraman pantai
2. Faktor jenis dan kekuatan ombak.

Ombak pembinasa (ombak junam) mempunyai


tenaga kinetik yg kuat untuk menghempas dan
memusnahkan cerun pantai.
Selepas ombak ini berlaku cerun pantai yg
landai bertukar menjadi cerun curam.
Profil rentas pantai juga menjadi lebih pendek
krn ombak ini mempunyai kusa hakis-angkut yg
kuat.
Sekiranya ombak pembina (ombak limpah)
berlaku pantai akan banyak bahan enapan yg
akan dimendapkan menjadi pantai yg landai.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 17


Faktor penyebab kelandaian dan
kecuraman pantai
3. Orientasi pantai

Pantai yg terdedah kepada lautan luas akan


menerima damparan dan arus yg kuat
membantuk cerun yg curam seperti pantai
timur Semenanjung Malaysia yg terdedah
kepada damparan ombak Laut China Selatan.
Pantai yg terlindung pula akan menerima
damparan dan arus yang lemah yg membentuk
cerun landai dengan bahan enapannya seperti
pantai barat Semenanjung Malaysia yang
terlindung dari tiupan angin oleh Pulau
Sumatera.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 18


Faktor penyebab kelandaian dan
kecuraman pantai
4. Faktor manusia

Pantai yang dibangunkan dengan aktiviti


penebangan pokok hutau pantai, mengorek
pasir dan mendalamkan muara sungai akan
mengalami hakisan yang kuat menyebabkan
cerun pantai menjadi curam.
Aktiviti penyuburan pantai seperti penanaman
pokok rhu dan bakau, membina benteng pecah
ombak akan menyebabkan penambahan pasir
pantai yang menjadikan cerun landai.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 19


Faktor penyebab kelandaian dan
kecuraman pantai
5. Pengaruh arus

Arus pasang surut yang bergerak selari dengan


garis pantai akan memendakkan bahan enapan
yang banyak jika pantai bersebelahan dengan
muara sungai.
Semakin banyak bahan mendapan yang di bawa
arus maka cerun pantai menjadi landai.
Pantai yang berlumpur lebih landai berbanding
pantai yang berpasir kerana ia mempunyai
kuantiti, mengalami serakan dan timbun-
tambah bahan sedimen yang lebih banyak.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 20


Hakisan Ombak
1. Tindakan Hidraulik

Tindakan hakisan yang disebabkan oleh kuasa


air laut itu sendiri tanpa melibatkan
bahan/muatan yang dibawanya.
Ombak yang menghempas pantai (swash) akan
memampatkan udara yang terdapat dalam
rekahan batuan menyebabkan rekahan
mengalami pengembangan.
Apabila ombak mengundur (backwash) udara
dalam rekahan menguncup maka rekahan
mengalami kenduran.
Proses yang berulang-ulang menyebabkan
batuan pecah dan runtuh.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 21


Hakisan Ombak
2. Tindakan kikisan atau lelasan

Tindakan ini melibatkan bahan-bahan muatan


yg di bawa ombak dgn batuan di kaki cenuram
atau tanjung yg mengadap ombak.
Bahan ombak seperti batu pasir, kerikil, batu
lada, serpihan batuan akan bertindak sebagai
alat penghakis untuk mengesel dan
menghauskan kaki cenuram tadi.
Keberkesanan proses ini amat dipengaruhi
oleh bahan yg dibawa oleh ombak.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 22


Hakisan Ombak
3. Tindakan lagaan

Proses hakisan yang melibatkan perubahan saiz


dan bentuk pada bahan-bahan pantai apabila
mereka berlanggar dan berlaga sesama sendiri.
Contohnya batu tongkol bertukar menjadi
serpihan prismatik yg lebih kecil akibat
perlanggaran.
Perlanggaran berlaku dalam dua arah iaitu ke
atas dan ke bawah semasa damparan dan
semasa lurutan ombak.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 23


Hakisan Ombak
4. Tindakan larutan

Proses hakisan laut secara kimia iaitu air laut


bertindak melarutkan mineral batuan yang ada
di pinggir pantai.

Contohnya mineral mudah larut dan bersifat


menyerap air seperti kalsium karbonat (batu
kapur) akan menjadi kalsium hidrogen karbonat
atau kalsium bikarbonat.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 24


Bentuk bumi Hakisan Ombak
1.Tebing tinggi
Terhasil apabila cerun di tepi pantai runtuh akibat
tindakan hidraul pada rekahan di tebing.

Terbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun


tebing pantai semasa air pasang

Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk


runtuh, maka tebing tinggi terbentuk

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 25


nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 26
Bentuk bumi Hakisan Ombak
2. TANJUNG

Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang


mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang
berselang-seli.

Terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan


hakisan ombak.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 27


Bentuk bumi Hakisan Ombak
3. Teluk

Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang


mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang
berselang seli.

Terbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis


oleh ombak.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 28


Bentuk bumi Hakisan Ombak
4. Gerbang Laut

Terhasil daripada hakisan gua laut.


Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi
dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan
membentuk gerbang laut.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 29


Bentuk bumi Hakisan Ombak
5. Batu Tunggul

Terhasil akibat tindakan penggondolan terhadap


gerbang laut.
Apabila bumbung gerbang laut runtuh, batu tunggul
terbentuk.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 30


Bentuk bumi Hakisan Ombak
6. Tunggul Sisa

Batu tunggul yang terhakis akan membentuk


tunggul sisa akhirnya.

Tunggul sisa hanya boleh kelihatan ketika air laut


surut.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 31


Pengangkutan Ombak
1.Golekan
Bahan –bahan yang bundar dan besar yang digerakkan di
dasar laut oleh ombak

2. Hanyutan pesisir pantai


Pergerakan bahan-bahan seperti pasir, batu kelikir selari
dengan pantai.

3. Ampaian
Bahan-bahan mendak yang halus dan ringan seperti
tanah liat dan kelodak digerakkan secara terampai-
ampai dalam laut.

4. Seretan
Bahan-bahan diseret di bahagian bawah laut dari atas
pantai ke luar pantai oleh arus seret.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 32


Faktor mempengaruhi pengangkutan
ombak
1. Tenaga arus
Arus yang kuat mampu mengangkut bahan-bahan ke tempat
yang lebih jauh.

2. Saiz bahan
Semakin berat dan besar bahan yang diangkut kadar
pengangkutan menjadi lemah.

3. Orientasi pantai
Pantai yang terdedah kepada ombak akan menggalakkan proses
pengangkutan

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 33


Faktor mempengaruhi pengangkutan
ombak

4. Halangan
Pokok bakau dan binaan groin akan menghalang proses
pengangkutan.

5. Tenaga ombak
Ombak pecah menyeret bahan-bahan ke arah pantai dan
unduran ombak menarik balik setengah daripada bahan
tersebut.Ombak yang serong mengangkut bahan di sepanjang
pantai.Jika tenaga ombak hilang, proses pengangkutan terhenti.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 34


Bentuk Bumi Pemendapan Ombak

1. Pantai
Kawasan pingir laut yg terletak antara tikas air surut yg
terendah dgn tikas air pasang yg tertimggi.

2. Beting pasir
Merupakan penimbunan pasir yang merentangi
sesebuah teluk
Terbentuk samada selari dengan garisan pantai atau
bersudut tepat dengannya

3. Tetanjung
Merupakan permatang berupa tanduk yang dibentuk
oleh pemendapan pasir di hujung teluk atau muara
sungai
Anak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian
hujungnya bersambung dengan pinggir pantai
Juga dikenali sebagai tetanjung

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 35


Kesan aktiviti pembangunan ke atas
pinggir pantai
Aktiviti manusia yang menyebabkan hakisan pantai

1.Pembangunan pelancongan – pembinaan hotel,


resort, chalet dll
2.Pemusnahan hutan bakau untuk projek
pembangunan
3.Aktiviti pengorekan pasir.

Kadar hakisan meningkat menyebabkan pantai semakin sempit.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 36


Langkah Mengawal hakisan pantai

1. Langkah perundangan

Melibatkan pelaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah


sesuatu sumber daripada mengalami kemusnahan.
Cth Melalui Akta Perhutanan Negara 1984 kawasan hutan
bakau di gazetkan sebagai kawasan hutan simpan.

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 37


Langkah Mengawal hakisan pantai

2. Pengurusan Strategik

- Pengawalan penebangan hutan bakau.


Cthnya menggunakan kaedah tebangan
memilih.
- Penanaman semula tumbuhan pinggir pantai
- Pembinaan benteng batuan dan tembok
penahan untuk mencegah hanyutan pasir.
- pembinaan daik untuk mencegah kemasukan
air laut
- Pembinaan dinding konkrit di cerun curam
pinggir pantai

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 38


Langkah Mengawal hakisan pantai

3. Kempen

- kesedaran dalam kalangan masyarakat umum sentiasa


dilakukan melalui kempen, forum, usaha gotong-royong.
- pendidkan alam sekitar sama ada secara formal atau
tak formal

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi Pinggir Pantai 39


Bentuk bumi tindakan ombak

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi


Pinggir Pantai 40
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 41
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 42
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 43
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 44
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 45
Tindakan Hidraul

nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi


Pinggir Pantai 46
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 47
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 48
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 49
nsnj2009 Geografi 942/2 -Geomorfologi
Pinggir Pantai 50

Anda mungkin juga menyukai