Anda di halaman 1dari 35

KELEBIHAN AL-QURAN

• AL-QURAN SEBAGAI PENSYAFAAT DAN PENGHUJAH


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
‘Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana)
syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah
(yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa
meletakkan al-Quran dihadapannya maka al-Quran
akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang
meletakkan al-Quran dibelakangnya maka al-Quran
akan mencampakkannya ke neraka’
KELEBIHAN AL-QURAN
• AL-QURAN SEBAGAI SUMBER MENGHAMPIRKAN
DIRI KEPADA ALLAH S.W.T.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali


kepada Allah s.w.t (menghampir diri kepada-Nya)
melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama
yang datang terus daripada-Nya yakni al-Quran ‘
KELEBIHAN AL-QURAN
• AL-QURAN SEBAGAI CAHAYA KEHIDUPAN DAN BEKALAN KE
AKHIRAT.

Sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w. :


Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w
memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: ‘Semaikanlah perasaan taqwa
kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-
amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi.
Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk
kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat’.
KELEBIHAN AL-QURAN
• AL-QURAN SEBAGAI KEMEGAHAN BAGI UMAT ISLAM

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Daripada Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:


Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai
kemegahan yang mana manusia berbangga
dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan
umatku ialah Al-Quran yang mulia.’
KELEBIHAN AL-QURAN
• AL-QURAN ADALAH SATU PERLEMBAGAAN YANG LENGKAP
BAGI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN
Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
‘Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi
Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang
jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan
keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang
mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan
mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang
terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan
menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan lurus.’
(Surah Al-Maidah: 15 &16)
KELEBIHAN AL-QURAN
• AL-QURAN JUGA MERUPAKAN SENJATA YANG PALING
BERKESAN UNTUK MEMBERSIHKAN JIWA DAN
MENYINARKANNYA

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang


bermaksud:
‘Daripada Ibnu Umar r.a berkata:“Rasulullah s.a.w telah
bersabda yang bermaksud; hati manusia akan berkarat
seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk
menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak
mengingati mati dan membaca Al-Quran’.
KELEBIHAN AL-QURAN
• MEMBACA AL-QURAN DISIFATKAN SEBAGAI
SANTAPAN ROHANI KEPADA TIAP-TIAP
ORANG ISLAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan


Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima
hidangan Allah sebanyak mana yang kamu
boleh.’
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:

‘Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan


datang pada hari kiamat sebagai syafa'at
kepada pembacanya’.

( Riwayat Muslim )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata :

‘Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang


bermaksud: Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al
Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi
kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan
Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah
( mempertahankan ) orang yang membaca dan
mengamalkannya’.
( Riwayat Muslim )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah
berkata:

‘Rasulullah s.a.w. bersabda yang


bermaksud: Sebaik manusia di antara
kamu orang yang mempelajari Al Quran
dan mengajarnya kepada orang lain’.
( Riwayat Bukhari )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Aisyah r.a. telah berkata:

‘Bersabda Rasulullah s.a.w. yang


bermaksud: Orang yang membaca Al
Quran dan susah untuk menyebut ayatnya
ia mendapat dua pahala’.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata :
‘Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : Umpama orang
mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti
limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.Umpama orang
mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak
ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang
membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi
dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca
Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit’.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang
bermaksud:

‘Sesungguhnya Allah mengangkat martabat


beberapa golongan dan merendahkan
martabat yang lain dengan sebab Al
Quran’.
( Riwayat Muslim )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi
Muhammad S.A.W. telah bersabda yang
bermaksud:

‘Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam


dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan
kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia
menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki
yang dianugerahkan kemewahan harta lalu
dinafkahkannya siang dan malam’.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata :

‘Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor


kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula
melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula
menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa
Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa
tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah )
ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran’.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata :

‘Rasulullah S.A.W.bersabda yang


bermaksud: Sesungguhnya orang yang
tidak ada di dalam ingatannya sesuatu
pun daripada ayat Al Quran seperti rumah
yang roboh’.
( Riwayat Tirmizi )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud:

‘Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang


yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah
dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana
engkau memperelokkan urusan di dunia,
sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di
akhir ayat yang engkau bacakan’.

( Riwayat Abu Daud dan Tirmizi )


KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan :

‘Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang
beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar
di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia
mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak
melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab :
Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak
pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari
dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik
dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya’.
(Riwayat Muslim )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi
Muhammad S.A.W bersabda yang
bermaksud:

‘Orang yang paling layak mengimami kaum


di dalam sembahyang ialah mereka yang
terfasih membaca Al Quran’.
( Riwayat Muslim )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad
S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di
peperangan Uhud kemudian beliau bersabda yang
bermaksud:

‘Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat


berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku
tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya
maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad’.
( Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di
hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian
dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca
kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda yang bermaksud :

‘Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah


kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan
datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan
mereka berdoa dengannya’.
( Riwayat Tirmizi )
KELEBIHAN AL-QURAN
• Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata :

‘Barangsiapa yang membaca satu huruf


daripada Al Quran maka baginya satu
kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan
sepuluh pahala, aku tidak bermaksud Alif ,
Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu
huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf’.
( Riwayat Ad Darimi &Tirmizi )
KELEBIHAN MEMBACA &
MENDENGAR BACAAN
AL-QURAN
• Daripada Abi Umamah r.a katanya, aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

‘Bacalah olehmu akan Al-Quran,


sesungguhnya dia datang pada Hari
Kiamat kelak memberi syafaat kepada
tuannya’.
( Riwayat Muslim )
KELEBIHAN MEMBACA &
MENDENGAR BACAAN
AL-QURAN
• Daripada Aisyah r.a katanya, sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

‘Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia


mahir dalam membacanya, bersamanya
malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang
yang membaca Al-Quran dalam keadaan
tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka
baginya dua pahala’.
( Riwayat Muslim )
KELEBIHAN MEMBACA &
MENDENGAR BACAAN
AL-QURAN
• Daripada Nawwas bin Sam’an r.a katanya,
aku telah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

‘Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan


ahlinya, yang beramal dengannya di dunia.
Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali
Imran, kedua-duanya berhujah membela
tuannya’.
( Riwayat Muslim )
KELEBIHAN MEMBACA &
MENDENGAR BACAAN
AL-QURAN
• Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘ Barangsiapa membaca satu huruf daripada


kitab Allah maka baginya satu kebaikan.
Dan satu kebaikan (digandakan) dengan
sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan
(Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu
huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf ‘
( Riwayat al-Tirmidzi )
KELEBIHAN MEMBACA &
MENDENGAR BACAAN
AL-QURAN
• Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Bacalah olehmu akan al-Quran


sesungguhnya ia akan datang pada hari
qiamat memberi syafa’at kepada
pembacanya’.
( Riwayat Muslim )
KELEBIHAN MEMBACA &
MENDENGAR BACAAN
AL-QURAN
• Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah


membaca al-Quran’.
( Riwayat al-Tirmidzi )
KELEBIHAN MEMBACA &
MENDENGAR BACAAN
AL-QURAN
• Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Barangsiapa mendengar satu ayat dari


kitab Allah (al-Quran) maka ia akan
menjadi cahaya untuknya pada hari
qiamat’
( Riwayat Ahmad )
KELEBIHAN BELAJAR &
MENGAJAR AL-QURAN
• Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang


belajar al-Quran dan mengajarkannya’.
( Riwayat al-Bukhari )
KELEBIHAN BELAJAR &
MENGAJAR AL-QURAN
• Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Orang yang mahir dengan al-Quran akan


bersama malaikat yang mulia lagi
berbakti. Dan orang yang membacanya
dalam keadaan sulit (susah) dan
merangkak-rangkak maka baginya dua
pahala (kebajikan)’.
( Riwayat Muslim )
KELEBIHAN BELAJAR &
MENGAJAR AL-QURAN
• Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang


belajar al-Quran dan mengajarkannya
kepada manusia’.
( Riwayat al-Syihab )
KELEBIHAN BELAJAR &
MENGAJAR AL-QURAN
• Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Sesiapa yang mangajarkan anaknya Al-Quran


dengan melihat, maka diampunkan baginya
dosanya yang lalu dan yang akan datang dan
sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan
maka setiap anaknya itu membaca satu ayat,
Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga
akhir ayat yang diamalkannya’.
( Riwayat At Tabrani )