Anda di halaman 1dari 30

PENGENALAN TUANGAN

Pemprosesan bahan merupakan sains dan teknologi bagi


mengubah bahan menjadi barangan berguna yang
mempunyai struktur dan sifat yang dikehendaki. Pelbagai
cara dan kaedah yang boleh digunakan dan salah satunya
ialah melalui proses tuangan. Ia merupakan proses
pembuatan yang tertua lebih kurang sejak tahun 4000
SM. Pengeluarannya terhad hanya menghasilkan
barangan keperluan dan senjata.

TEKNOLOGI FOUNDRI
Kerja logam yang melibatkan satu proses
pengeluaran di mana bahan yang diperlukan,
dipanaskan sehingga lebur dan kemudiannya
dituangkan ke dalam acuan dan dibiarkan memejal
melalui penyejukan tersendiri sebelum dikeluarkan
untuk dibersihkan atau di mesin semula.

KEPENTINGAN KERJA TUANGAN

Menghasilkan komponen yang rumit


Komponen berongga
Barangan bersaiz kecil
Barangan bersaiz besar
Bahan logam yang sukar dilakukan kerja logam
Jimat kos
Kitar semula

ASPEK PENTING DALAM PROSES


TUANGAN
1) RONGGA ACUAN
- Bentuk produk yang dihasilkan akan
mengikut bentuk rongga acuan

2) PROSES MELEBUR
- Berupaya menghasilkan bahan lebur pada
suhu yang dikehendaki.

3) TEKNIK MENUANG
- Memastikan teknik yang sesuai untuk
menuang

ASPEK PENTING DALAM PROSES


TUANGAN
4) PROSES PEMEJALAN
- Aspek penting kerana rekabentuk acuan yang
tidak sesuai menghasilkan kecacatan

5) MENGELUARKAN LOGAM TUANG


- Logam tuangan mestilah boleh dikeluarkan
dengan mudah

6) MEMBERSIH, MEMERIKSA DAN MENGUJI


- Acuan perlu dibersihkan dan diperiksa
begitu juga dengan tuangan itu sendiri

JENIS2 PROSES BAGI TUANGAN


1)

Tuangan pasir (sand casting).

2)

Tuangan lilin hilang (lost wax/investment).

3)

Tuangan acuan tekanan (pressure die-casting).

Tuangan Pasir (sand casting)


Satu acuan dihasilkan dengan memadatkan pasir-pasir
pengacuan (campuran pasir silika dengan satu kadar
tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat),
mengelilingi satu bentuk corak komponen yang
biasanya diperbuat dari kayu. Susunan ini
membolehkan bentuk/corak kayu itu dikeluarkan dan
dengan itu meninggalkan satu bentuk acuan kosong
di mana ianya akan diisikan dengan cecair logam.

KOMPONEN TUANGAN

FUNGSI KOMPONEN
1) Pasir Pengacuanan (Acuan)
Menggunakan pasir silika (SiO2) kerana dapat merintangi suhu yang
tinggi dan boleh digunakan berulang kali dalam jangkamasa yang lama.
Ia dicampurkan dengan tanah liat sehingga 30%dan 5%air daripada
jumlah berat campuran.
2) Corak (Bentuk)
Alat pembentuk rongga acuan dan seterusnya membentuk tuangan
setelah dituang dengan logam lebur. Ia juga sebagai model bersaiz
penuh yang diukur menggunakan pembaris kecutan.

3) Teras (Rongga)
Adalah unjuran yang ditambah pada corak yang akan menghasilkan
bentuk cetakan didalam pasir acuan apabila sesuatu hasil tuangan
mempunyai rongga atau lubang

FUNGSI KOMPONEN
4) Kotak Acuan (flask)
Kotak yang diperbuat daripada logam atau kayu yang mana bahan
acuan diisi, sekiranya kotak acuan terdiri daripada dua bahagian,
bahagian atas dinamai acuan atas (cope) dan bahagian bawah dinamai
acuan bawah (drag).
5) Spru (sprue)
Bahagian yang menghubungkan antara cawan penuangan dengan
salur pelari supaya logam cair dapat menurun secara sekata tanpa
berlakunya aliran gelora.
6) Rongga penaik (riser)
Rongga tambahan yang lazimnya diperlukan terutama untuk menuang
komponen yang besar dan berfungsi sebagai takungan yang akan
mengeluarkan udara.

Alatan Tangan
POURING BESIN
Sebagai
takungan logam, berfungsi untuk
membekalkan logam kepada tempat yang mudah
mengecut.

SPRU
Digunakan untuk membentuk saluran masuk dan saluran
keluar logam lebur.

PELANTAK
Digunakan untuk memadatkan pasir ketika membuat
acuan. Diperbuat daripada kayu atau logam

KOTAK ACUAN
Satu bekas yang digunakan untuk membuat acuan di
dalamnya. Kotakacuan terdiri daripada kotak acuan atas
(Cope) dan kotak acuan bawah (Drag). Ia diperbuat
daripada kayu atau logam.

SKRU PENAIK CORAK


Digunakan untuk menarik keluar corak dari dalam pasir.

SUDIP
Digunakan untuk memperbaiki kerosakan kecil pada
rongga acuan dan membuat alur aliran logam.

BEG DEBU
Diisikan dengan serbuk pemisah yang akan ditaburkan antara
permukaan kotak acuan atas atau bawah.

PENGAYAK
Digunakan untuk menapis butiran pasir sebelum membuat
acuan.

GREEN SAND HARDNESS


Untuk mengukur kepadatan pasir didalam acuan.

PROSEDUR MEMBUAT ACUAN


Kotak acuan bawah diletakkan di atas papan rata dan
bersih. Kotak acuan bawah hendaklah diterbalikkan. Corak
bawah diletakkan ke dalam kotak acuan bawah. Serbuk
pemisah ditaburkan ke aras papan acuan dan corak
Campuran pasir halus diletakkan di sekeliling corak
bawah sehingga pasir tersebut menutupi setebal 3 cm di
sekeliling corak.
Campuran pasir yang tersedia dimasukkan ke dalam kotak
acuan bawah sehingga daripada bekas tersebut.
Pelantak digunakan untuk memampatkan pasir dengan
hentakan yang perlahan-lahan

Campuran pasir ditambah sehingga ia melimpah kotak acuan


bawah dan padatkan dengan hentakan yang lebih kuat. Proses ini
diulang sehingga campuran pasir yang dipadatkan melebihi paras
kotak acuan bawah.

Bar perata digunakan untuk meratakan permukaan pasir yang


telah dimampatkan tadi. Bar perata ditarik dari satu penjuru
kotak acuan bawah sambil digerakkan kekiri dan ke kanan.
Gunakan trowel untuk melicinkan permukaan pasir.
Setelah siap proses mempatan pasir, terbalikkan kotak acuan
Dan uji kepadatan pada mempatan pasir

Kotak acuan bawah diterbalik supaya paten berada pada


bahagian atas, kemudian kotak acuan atas diletakkan pada
kedudukan yang betul diatas kotak acuan bawah.
Kedua-dua kotak acuan perlu dikunci dengan cermat supaya
kedudukannya sentiasa sejajar.
Kotak acuan bawah diterbalikan supaya corak berada pada
bahagian atas, kemudian kotak acuan atas diletakkan pada
kedudukan yang betul di atas kotak acuan bawah seperti di sebelah.
Kedua-dua kotak acuan dikunci dengan cermat supaya
kedudukannya sentiasa sejajar. Selepas itu serbuk pemisah
ditaburkan ke tas permukaan atas kotak acuan bawah.
Pasir halus diletakkan di sekeliling corak atas sehingga menutupi
corak lebih kurang 3 cm. Jari digunakan untuk memadatkan pasir
halus di sekeliling corak.

Pouring basin atau besen curahan diletakkan pada kedudukan


separuh kedalaman daripada permukaan pasir.

Spru dipusingkan sehingga longgar, kemudian diangkatkan.


Buat salur masuk pada spru.

Kotak acuan atas dipisahkan dan diterbalikan untuk mengeluarkan


corak. Sebelum corak diangkat ketuk corak perlahan-lahan supaya
permukaan corak dan pasir renggang. Gunakan skru penarik corak
untuk mengeluarkan corak atas dan corak bawah daripada acuan.

Dengan menggunakan pin skru, keluarkan


paten dari acuan.

Alur aliran logam dibuat dengan menggunakan sudu tuangan yang


hujunnya benbentuk segiempat. Alur aliran logam mestilah
menyambung rongga spru dan rongga acuan seperti gambarajah.
Alur aliran logam berfungsi mengalirkan logam lebur ke dalam
rongga acuan dari lubang spru.

Inilah hasilnya. Kedua-dua kotak acuan kemudiannya ditelakkan


kembali seperti sediakala.

Kapur sulfur oksida logam dimasukkan kedalam logam


lebur untuk membuang oksida-oksida yang terdapat
didalam logam lebur.

Kapur sulfur oksida logam dimasukkan kedalam logam


lebur untuk membuang oksida-oksida yang terdapat
didalam logam lebur.
Setelah logam lebur sepenuhnya logam tersebut akan
dikeluarkan daripada relau untuk melakukan proses
tuangan.

Proses tuangan dilakukan. Logam lebur dicurahkan


melalui besen curahan sehingga mengalir memenuhi spru
dan rongga acuan.

Setelah logam lebur memejal,hasil tuangan bolehlah


dikeluarkan dengan memecahkan acuan.

Hasil tuangan pasir yang terhasil setelah selesai melakukan


prosedur-prosedur kerja diatas.Untuk mendapatkan hasil
yang lebih kemas kerja-kerja finishing perlulah dilakukan.

KECACATAN TUANGAN
Hasil tuangan yang cacat sentiasa mendatangkan
masalah kepada industry foundry. Ini adalah proses
tuangan melibatkan pelbagai peringkat, terutamanya
pemboleh ubah yang melibatkan dangan suhu dan
haba. Kebanyakan kecatan tuangan boleh dielakkan
jika proses tuangan boleh dilakukan dengan berhati
hati. Proses tuangan melibatkan pelbagai pemboleh
ubah.

JENIS KECACATAN TUANGAN


Ujuran logam lebihan yang berlaku terhadap
produk.
Rongga
merangkumi rongga membulat dan
bentuk yang lain di bahagian dalam
atau di permukaan yang terdedah,
termasuklah lubang hembus (blow hole),
lubang jarum (pin hole) dan rongga
pengecutan seperti kelianggan.

Keterbahagian

retak,koyakkan panas, atau sejuk dan


terpisah sejuk.

Permukaan cacat

seperti lipatan permukaan,tindihan,


parutan, lapisan pasir yang melekat dan
kerak oksida.

Tuangan tidak penuh seperti tak mengalir, isipadu logam yang


dituang tidak mencukupi dan tercicir
keluar.

Dimensi tidak tepat disebabkan faktor faktor seperti


kelegaan pengecutan yang tidak sesuai,
ralat ketika meletak paten, pengecutan
tidak sekata, paten berubah bentuk atau
tuangan meleding.
Rangkuman
terjadi semasa peleburan, pemejalan
dan pengacuanan.

SEBAB KECACATAN

Reka bentuk tuangan dan paten


Prosedur pengacuanan
Peleburan dan penuagan logam lebur
Penyejukan dan pemejalan
Penghasilan mould

SEBAB SEBAB KECACATAN


TUANGAN PASIR

Keboleh telapan pada pasir (pasir terlalau padat)


Sistem pintu yang rosak
Penuangan yang tidak baik
Suhu penuangan rendah
Pasir tidak kuat
Suhu pengaloian terlalu tinggi
Pengecutan tidak baik

GAMBARAJAH JENIS-JENIS
KECACATAN

GAMBARAJAH JENIS-JENIS
KECACATAN

RUJUKAN ILMIAH
1. A text book of Production Technology Vol. I / O.P. Khanna / Dhanpat Rai
Publications
2. A text book of Production Technology (Manufacturing Processes) / P. C.
Sharma / S. Chand & Company Ltd
3. C.Anuar/R. Mamat/B.Ghazali 2011. Proses Membuat Corak dan
Acuan Pasir Jld.1. Universiti Malaysia Pahang.
4. C.Anuar/R. Mamat/B.Ghazali 2011. Proses Membuat Corak dan
Acuan Pasir Jld.2. Universiti Malaysia Pahang.
5. Z.A. Ahmad 1998. Proses Pembuatan Jld 1. Universiti Teknologi
Malaysia.