Anda di halaman 1dari 35

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

(BBV 30103)

FPTV, UTHM

BAB 5

Komponen
Kawalan

Penyentuh

Pengenalan

Merupakan satu suis peranti elektro-magnetik (geganti)


yang digunakan untuk mengawal suis kuasa ataupun
mengawal litar.

Diaktifkan oleh input kawalan dan ianya boleh


meninggikan dan merendahkan voltan/arus.

Terdiri daripada sesentuh utama, sesentuh tambahan dan


gegelung penyentuh.

Digunakan untuk mengawal motor elektrik, pencahayaan,


haba , kapasitor dan sebagainya.

Simbol Penyentuh

Gambarajah Binaan Penyentuh

Komponen-komponen Penyentuh
a) Sesentuh Utama
- Pengedalian beban utama. Saiznya besar /tebal mengikut
kadaran arus.

b) Sesentuh bantu
- Mengawal litar kawalan. Arus rendah, sesentuh kecil. Bahan
diperbuat daripada perak.
c) Gelong kendalian
- Mendapatkan kemagnetan untuk menarik angker dan menarik
sesentuh bergerak. Sesentuh terbuka akan tertutup dan sebaliknya.
d)

Teras boleh gerak


- Magnet sementara tinggi kecekapannya. Ia menggerakan bar
bersilang setelah gelong kendalian keluarkan daya tarikan magnet.

sambungan
e)

Teras tetap
- Terdiri lapisan keluli. Teras tetap akan jadi elektromagnet
setelah gelong kendalian mendapat bekalan dan menarik
teras boleh gerak.

f)

Spring menolak
- Menolak teras boleh gerak tatkala gelong kendalian
diluputkan dan akan membuka sentuhan sesentuh tertutup
dan sebaliknya.

g)

Bar bersilang
- Terdapat beberapa sesentuh boleh gerak.

Terdiri daripada 3 bahagian:


1.

sesentuh utama
mengalirkan arus atau memberhentikan arus
kepada motor.

2.

sesentuh tambahan
mengalirkan arus atau memberhentikan arus
kepada gegelung penyentuh dan alat pandu yang
lain.
gegelung penyentuh
nilai voltan mesti sesuai dengan gegelung supaya
tenaga magnet kuat untuk menarik angker.

3.

PRINSIP OPERASI
Apabila

arus melalui elektromagnetik, medan


magnet akan dihasilkan di mana ia akan
menarik objek besi tersebut.
Kemudian teras pada sesentuh akan menarik
kepada teras yang terbuka kepada teras
yang tertutup.
Gegelung elektromagnetik menghasilkan
lebih banyak arus mengikut prinsip kearuhan.

sambungan
Pergerakan sesentuh adalah berkadar dengan
pergerakan teras magnet.
Arus akan mengalir ke dalam gegelung dan
menghasilkan urat daya magnet yang menarik
omboh supaya ia bergerak dari keadaan terbuka
kepada keadaan tertutup.
Sesentuh-sesentuh suis disambung secara
mekanikal ke omboh supaya apabila omboh
bergerak kepada keadaan menutup,ia juga akan
turut sama tertutup.

Kebaikan

Keburukan

1. Boleh dikawal secara kawalan


jauh.

1. Mahal untuk digunakan dalam


pepasangan domestik.

2. Boleh memutuskan litar secara


automatik jika voltan tergendala
atau tiada.

2. Terhad kepada beban sederhana


sahaja bagi pemasukan bekalan.

3. Alat perlindungan boleh


3. Litar kawalan merupakan kerja
mengendalikan penyentuh dalam
tambahan dalam senggaraan.
keadaan beban lampau atau
pintas.
4. Bagi penghidup bersaiz besar, ia
boleh dikendalikan dalam litar
kawalan (arusnya rendah).
Maka itu peralatan dalam litar
tersebut tidaklah begitu besar.

Geganti kawalan

Fungsi

Geganti berfungsi untuk menghubungkan


atau memutus aliran arus elektrik yang
dikawal dengan memberikan tegangan dan
arus tertentu pada koilnya.
Geganti merupakan peranti elektronik yang
berfungsi seperti suis

Geganti

Kendalian

Sesebuah geganti mula beroperasi apabila


litar lengkap terjadi
Arus elektrik yang dibekalkan melalui
gegelung

Kendalian

Teras besi akan menjadi magnet disebabkan


oleh bekalan arus mengelilinginya yang di
bawa oleh gegelung atau koil.

Kendalian

Teras besi yang menjadi magnet akan


menarik bilah spring yang asalnya normally
close menjadi normally open.

Kendalian

Setelah bekalan diputuskan kemagnetan


pada teras besi akan hilang dan akan
menyebabkan bilah spring akan menjadi
normally close kembali disebabkan oleh
spring yang menarik bilah spring.

Jenis-jenis geganti

Jenis-jenis geganti

Geganti Masa

Pengenalan

Geganti lewat masa ialah sejenis alat


kawalan yang digunakan supaya
mengadakan lewat masa di antara satu
bahagian (penyentuh) dengan bahagian
(penyentuh) yang lain di dalam litar
kawalan. Ianya digunakan untuk
menangguhkan masa operasi sesuatu
output dalam tempoh masa tertentu.

Simbol Geganti Masa


Geganti Masa

Kendalian Geganti Lewat Masa

TDOE (Time Delay On Energising) Geganti


lewat masa ini berkendali apabila bekalan
diberi kepadanya.

TDODE (Time Delay On De Energising)


Geganti lewat masa ini berkendali sebaik
sahaja bekalan diputuskan.

Jenis-Jenis Geganti Lewat Masa


1.

Kendalian suhu

Apabila bekalan diberi kepada gegelung


pemanas, suhu akan meningkat
menyebabkan dwilogam melengkung dan
menolak sesentuh dari sedia tutup (NC)
menjadi terbuka dan sedia buka (NO)
menjadi tertutup.

Sambungan
2.

Kendalian pneumatik dan magnetik


Semasa gegelung magnet diberi bekalan,
gegelung magnet tersebut akan menarik pelucuk
(plunger) dan menolak sesentuh dari sedia tutup
(NC) menjadi terbuka manakala sesentuh sedia
buka (NO) akan tertutup.Pergerakan pelucuk
berpandukan berapa cepatnya udara masuk ke
ruang udara melalui liang udara.

Sambungan
3.

Kendalian motor
Apabila bekalan kepada gegelung magnet,
gegelung magnet tersebut akan menjalankan
satu rotor (seperti motor aruhan kecil) dan
mengendalikan sesentuh.
Semasa rotor berputar satu set gear dan
spring akan memberi lewat masa.

Sambungan
4.

Kendalian elektronik

Semasa bekalan diberi kepada geganti lewat masa


jenis ini maka proses mengecas kapasitor bermula.
Selepas kapasitor dicas maka voltan di dalamnya
akan meningkat. Voltan tersebut digunakan untuk
membuka sesentuh sedia tutup (NC) dan menutup
sesentuh sedia buka (NO) (seperti transistor, SCR,
atau triac). Litar mengecas kapasitor mempunyai
satu perintang boleh ubah. Cepatnya kapasitor
dicas bergantung kepada nilai rintangannya.

GEGANTI BEBAN LEBIH

Pengenalan

Gambarajah:Geganti beban lampau

Contoh litar geganti beban


lebih

Fungsi
-untuk memutuskan litar pemula motor apabila berlakunya lebihan arus
pada motor disebabkan terlebih beban.

Jenis-jenis Geganti Beban Lampau

Terdapat 4 jenis iaitu:


a)Kendalian suhu
b)Kendalian hidrolik dan kemagnetan
c)Kendalian pneumetik dan magnetik
d)Kendalian elektronik

Kendalian

Geganti beban biasanya berada dalam keadaan litar


tertutup (normally close) yang mana akan terbuka
bila berlaku pemanasan apabila arus berlebihan
berlaku dalam litar.Geganti yang pada mulanya
mempunyai kadar haba yang rendah dan meningkat
selaras dengan peningkatan arus pada motor.
Kenaikan arus mencapai had arus yang ditetapkan
menyebabkan trip berlaku menyebapkan litar berada
dalam keadaan terbuka,dan memutuskan arus ke
motor .
Jika geganti beban lebih terpelantik ia boleh direset
dengan menekan butang reset. Geganti beban lebih
biasanya mengalami kerosakan apabila komponen
bahagian dalamnya terbakar.

KESIMPULAN

Komponen seperti Penyentuh ( Contactor ),


Geganti Kawalan ( Control Relay ), Geganti
Masa ( Timer Relay ), Geganti Beban Lampau
( Thermal OverLoad Relay) merupakan antara
komponen yang digunakan dalam litar
kawalan.

Sekian,
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai