Anda di halaman 1dari 32

PENGUNSIAN

BANGUNAN
Oleh
PB SD AZMAN BIN
SAID

TEKNIK PENGUNSIAN
BANGUNAN
Mengikut Akta Bomba 1988 seksyen (5)
adalah menjadi peranan Jabatan Bomba
Dan Penyelamat Malaysia didalam
mengambil bahagian langkah langkah
berikut:

Melindungi nyawa dan harta benda

sekiranya berlakunya kebakaran.


Menentukan adanya jalan keluar
kebakaran, penyelenggaraan dan
pengawal yang sempurna.
Menentukan adanya jalan keluar yang
mencukupi dari semua permis yang
ditetapkan sekiranya berlakunya
kebakaran.

Untuk mencapai maksud ini setiap


penghuni mestilah membiasakan
atau sering membuat latihan
pengunsian bangunan dan
menggunakan jalan keluar biasa
dan jalan keluar kecemasan yang
ada didalam bangunan tersebut.

PENGENALAN
Adalah amat penting agar setiap penghuni
mengetahui dan biasa dengan jalan-jalan
keluar didalam bangunan. Satu-satunya
cara bagi memastikan perkara ini dapat
dicapai hanya dengan mengamalkan skim
pengusian bangunan dengan sekerapkalinya dengan menggunankan jalan-jalan
keluar kecemasan yang ada didalam
bangunan tersebut.

Bagi tujuan tersebut Jabatan Bomba


Dan Penyelamat Malaysia telah
mengeluarkan Perintah Tetap No.
50/80 persediaan melawan
kebakaran bangunan tinggi.

GARIS PANDUAN
TEKNIK
PENGOSONGAN
BANGUNAN

MENGUJUDKAN
KOMITI ATAU
JAWATANKUASA.

PENGURUS
Bertanggungjawab dalam
apa-apa keputusan yang
telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa.

PEMBANTU PENGURUS

Membantu tugastugas pengurus


didalam latihan.

PENGAWAL
INSIDEN

Menerima maklumat dari

pembantu Insiden dan


melapurkan kepada Pegawai
Bomba yang mengendalikan
Operasi/latihan.

PEMBANTU PENGAWAL
INSIDEN
Bertanggungjawab sebagai unit

pemadaman dan penunjuk kepada


kakitangan, arah jalan keluar dan
seterusnya berada ditempat perhimpunan
untuk membuat panggilan nama
kakitangan. Setelah selesai hendaklah
melapurkan kepada Pengawal Insiden
jumlah kakitangan.

PEGAWAI KESELAMATAN

Bertanggungjawab mengawal
pergerakan latihan dan
menunjukan arah tempat
perhimpunan serta menjaga
kawalan keselamatan di luar
bangunan.

CHECK POINT
Pembantu pengurus dan

pengawal insiden menyediakan


satu check point bagi tujuan
menerima maklumat daripada
Pembantu Pengawal Insiden
untuk di laporkan kepada Pegawai
Bomba.

TEMPAT PERHIMPUNAN
Satu tempat yang difikirkan sesuai untuk

menghimpunkan semua kakitangan untuk


membuat panggilan nama / mengenal
pasti kakitangan yang hilang. Tempat
perhimpunan tersebut adalah dikawasan
yang lapang dan selamat daripada
kebakaran. Semua tugas ini dilakukan oleh
Pembantu Pengawal Insiden.

MENGENALPASTI
KAKITANGAN
Semua Pembantu Pengawal Insiden
hendaklah mengenalpasti kakitangan yang
Berisiko (berpenyakit) :
1. Kakitangan yang cacat anggota
2. Kakitangan perempuan yang
mengandung .

3. Kakitangan yang berpenyakit seperti


darah tinggi , asma ( lelah) , lemah
jantung dan lain-lain yang dianggap
penyakit yang sensitif.

4.

Semua kakitangan yang ada penyakit


seperti diatas hendaklah diberikan
keutamaan semasa dalam latihan atau
dalam kecemasan.

PERGERAKAN DALAM
LATIHAN ATAU
KECEMASAN.

MENDENGAR LOCENG
KECEMASAN
1. Semua penghuni bangunan hendaklah

meninggalkan tempat bertugas dan


keluar dari bangunan ketempat yang
diarahkan dan dirancangkan untuk
membuat panggilan nama dan jangan
berpatah balik mengambil barang-barang
yang tertinggal.

2. Semua jawatankuasa Komiti hendaklah


melaksnakan tugas yang diarahkan
seperti :a) Memanggil Bomba.
b) Menunjukan arah jalan keluar kepada
penghuni dan pelawat.
c) Melawan kebakaran
d) Melapurkan kejadian dan perkara yang
perlu kepada Pegawai Bomba yang
mengetuai operasi.

PERINGATAN

1. Semua pergerakan meninggalkan

bangunan hendaklah menggunakan


tangga Keselamatan . Jangan

menggunakan lift.

2. Selepas satu-satu latihan kecemasan /


kebakaran , pemeriksaan awal perlu
dilakukan oleh unit salvage dan fire
team bagi menentukan kakitangan
selamat untuk memasuki semula ke
dalam bangunan untuk melaksanakan
tugas-tugas biasa.

LANGKAH-LANGKAH
YANG PERLU DIAMBIL
PERHATIAN
SEMASA PEMERIKSAAN
INI IALAH :

a) Menentukan jalan-jalan keluar

(biasa) dan jalan-jalan keluar


kecemasan selamat digunakan.
b) Jika ada tumpahan /halangan
bahan-bahan merbahaya seperti
amonia, acid dan lain-lain lagi
yang boleh memudaratkan
kepada kakitangan hendaklah
dilakukan pembersihan.

c) Barang-barang yang

berselerakan /terjatuh
disebabkan oleh kebakaran ,
pastikan tidak ada kebocoran ,
kemerbahayaan ketempat lain
Pindahkan ketempat yang
selamat (bahan-bahan kimia)
dengan mengunakan peralatanperalatan yang telah
dilengkapkan.

d) Semua alat-alat kelengkapan

kebakaran seperti alat pemadam


api , hose reel hendaklah
dikembalikan ketempat asalnya
selepas digunakan. Sementara
alat pemadam api yang telah
kosong hendaklah diisikan
semula dan diletakan ditampat
asal.

e) Tentukan tidak ada wayer wayer

f)

hidup mahupun mati merentangi


atau bertindih pada bahan-bahan
mudah alir.
Satu keputusan hendaklah dibuat
selepas pemeriksaan dan
pembersihan , samada perlu atau
tidak kakitangan untuk memasuki
semula kedalam bangunan bagi
menjalankan tugas-tugas seperti
biasa.

POST MORTEM
Satu kajian selepas latihan
kecemasan mahupun kebakaran hendaklah
dilakukan Post Mortem. Ini bertujuan agar
setiap kelemahan kelemahan yang
terdapat semasa menjalani latihan tersebut
dapat diperbaiki dari masa kesemasa.
Kajian ini meliputi apa jua kandungan
dalam latihan :

1. Kerjasama Jawatankuasa seperti

mana yang telah dirancang.


2. Check Point.
3. Check List.
4. Tempat Perhimpunan.
5. Tugas-tugas.
6. Masa.
7. Peralatan pencegahan kebakaran
8. Kerjasama dangan pihak Bomba dan
lain-lain agensi yang terlibat.

9. Arahan dan peraturan dipatuhi atau

sebalikanya.
10.Ulasan keseluruhan dari kedua-dua
pihak yang didalam latihan ( Bomba
dan Pengurus bangunan yang
terlibat).
11.Lain-lain perkara yang difikirkan
penting dan perlu dibuat kajian/
post mortem.

JIKA MENEMUI KEBAKARAN

Pecahkan alat pecah kaca yang

paling hampir.
Lawan dan padamkan kebakaran
dengan menggunakan alat
pemadam api yang disediakan.

JIKA DENGAR LOCENG


KECEMASAN
Tinggalkan bangunan dengan segera
Lapurkan diri dicheck point dan
pastikan nama anda dicatitkan
didalam senarai tersebut.
Jangan lari
Jangan pergi kebilik menyimpan
pakaian atau tandas.

Jangan berhenti atau berpatah

balik untuk mengambil barangbarang yang tertinggal.


Gunakan tangga keselamatan
dan jangan sesekali
menggunakan lift.

Anda mungkin juga menyukai